minit mesyuarat kedua

download minit mesyuarat kedua

of 3

description

minit mesyuarat kedua

Transcript of minit mesyuarat kedua

MINIT MESYUARAT REKABENTUK DAN TEKNOLOGI 2/2015

TARIKH: 17hb April 2014HARI: IsninMASA: 02.00 petang -3.30 petangTEMPAT: Bilik Mesyuarat SK Permas Jaya 1KEHADIRAN : 5 Orang guru

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI1.1. Ketua Panitia mengalu-alukan kehadiran guru.1.2. Beliau berharap semua guru telah bersedia untuk memberikan sepenuh komitmen terhadap perancangan dan pengurusan yang telah dirancang dan disusun oleh panitia bagi tahun ini.1.3. Tambahan lagi, pada tahun ini subjek RBT ini akan terus diajar berdasarkan KSSR yang merupakan dasar kerajaan dalam sistem pendidikan.1.4. Melalui kurikulum yang baru, amatlah diharapkan guru-guru yang terlibat dengan PdP RBT dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya agar murid-murid mencapai tahap penguasaan yang telah ditetapkan. (Makluman : Semua guru)PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS 2.1 Pn Shirly telah mengesahkan minit mesyuarat yang laluPERKARA BERBANGKIT3.1 Tiada perkara berbangkitISU-ISU MESYUARAT4.1 Pengurusan Fail Panitia4.1.1 Ketua Panitia mengingatkan agar fail-fail panitia diuruskan bermula awal tahun ini terutamanya selepas mesyuarat pertama diadakan.4.1.2 Ketua Panitia mengingatkan agar fail-fail tersebut mestilah mengandungi senarai jawatankuasa, Pelan Strategik, Taktikal dan Operasi, minit mesyuarat, biodata guru yang mengajar serta aktiviti tahunan selain RPT dan DSKP serta apa sahaja yang melibatkan panitia. (Makluman/ Tindakan : Guru Panitia)

4.2 Penyediaan Rekod Pengesanan 4.2.1 Semua guru perlu dipantau. Oleh itu, guru-guru perlu menyediakan boring rekod pengesanan dan ditampalkan pada buku RPH. Ketua Panitia akan sentiasa membuat pemantauan terhadap pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. (Makluman/ Tindakan : Guru Mata Pelajaran)

4.3 Peruntukan masa mengajar untuk TMK dan RBT4.3.1 Peruntukan waktu mengajar untuk TMK dan RBT adalah 2 masa seminggu (1 jam) yang diajar secara berselang-seli. 4.3.2 Guru-guru yang terlibat perlulah menghabiskan sukatan mengikut masa yang telah ditetapkan.(Makluman/ Tindakan :Guru matapelajaran)4.4 Ujian RBT4.4.1 Walaupun RBT merupakan matapelajaran dibawah KSSR, akan tetapi Guru Besar telah menetapkan supaya 2 kali ujian tetap diadakan bagi mengukur tahap pencapaian murid-murid.4.4.2 Dua kali ujian yang dimaksudkan ialah Ujian Penggal 1 dan Ujian Penggal 2.4.4.3 Oleh itu, disamping menguji Tahap Penguasaan (TP) mereka, penilaian sumatif turut diadakan untuk kebaikan akademik murid-murid.4.4.4 Guru matapelajaran hendaklah menyediakan soalan yang kemudiannya akan disemak oleh Guru Besar terlebih dahulu sebelum diperbanyakkan. (Makluman/ Tindakan : Guru Mata Pelajaran)

4.5 Penyediaan Soalan untuk RBT4.5.1 Soalan yang disediakan mestilah mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A (subjektif) dan Bahagian B (Objektif). 4.5.2 Bahagian A memperuntukkan 20 markah dan Bahgaian B pula memperuntukkan 30 markah.4.5.3 Guru-guru digalakkan membina soalan dengan berpandukan menggunakan JSU.(Makluman/ Tindakan :Guru matapelajaran)AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN5.1 Tiada hal-hal lain

PENANGGUHAN MESYUARAT6.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua guru.6.2 Beliau berharap mana-mana program yang telah dirancang akan kita laksanakan menikut kemampuan kita. Dengan adanya penambahbaikkan, beliau amat berharap semuanya akan berjalan lancar.6.3 Beliau juga mengingatkan dalam apa sahaja pengurusan, soal integriti adalah asas kepada perkhidmatan kita. 6.4 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Minit dicatat oleh:Disemak oleh:

..(MOHD EKHZAN B MAT YASIN)(SHIRLY HAMIMY BT MOHAMAD)Setiausaha Panitia TMK dan RBTKetua Panitia TMK dan RBT SKPJ 1

1