Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 2-2014

9
SMK RANCHA-RANCHA, 87032, W.P LABUAN MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 2/2014 Tarikh : 01/07/2014 Masa : 1.30 – 3.50 petang Tempat : Bilik Mesyuarat SK Layang-Layangan Pengerusi : Omar Baki Matusin (Pengetua) Hadir : 1. Omar Baki Matusin (Pengetua) 2. Abdul Rahman Ahmad (Penolong Kanan Pentadbiran) 3. Awang Sofien Awg Mohdzar (Penolong Kanan HEM) 4. Wan Zuriah Wan Mat Yim (Penolong Kanan Kokurikulum) 5. Abdul Ghafar Salleh 6. Zaharah Mat Jali 7. Cheng Pau Ching 8. Sapri Idris 9. Faisal Firdaus Tuah 10. Nurul Adilla Md Zain 11. Siti Suhila Abdul Rahman Tidak Hadir Bersebab 1. Jasmini Daud (pulang dengan kebenaran kerana tidak sihat) 2. Faradzillah Pairan (cuti bersalin) AGENDA 1.0 UCAPAN PENGERUSI 1.1 Encik Omar Baki Matusin mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada mesyuarat kali ini. Tindakan : Makluman 1

description

contoh minit mesyuarat

Transcript of Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 2-2014

Page 1: Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 2-2014

SMK RANCHA-RANCHA, 87032, W.P LABUANMINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 2/2014

Tarikh : 01/07/2014

Masa : 1.30 – 3.50 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Layang-LayanganPengerusi : Omar Baki Matusin (Pengetua)

Hadir :

1. Omar Baki Matusin (Pengetua)2. Abdul Rahman Ahmad (Penolong Kanan Pentadbiran)3. Awang Sofien Awg Mohdzar (Penolong Kanan HEM)4. Wan Zuriah Wan Mat Yim (Penolong Kanan Kokurikulum)5. Abdul Ghafar Salleh6. Zaharah Mat Jali7. Cheng Pau Ching8. Sapri Idris9. Faisal Firdaus Tuah10. Nurul Adilla Md Zain11. Siti Suhila Abdul Rahman

Tidak Hadir Bersebab1. Jasmini Daud (pulang dengan kebenaran kerana tidak sihat)2. Faradzillah Pairan (cuti bersalin)

AGENDA

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Encik Omar Baki Matusin mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada mesyuarat kali ini.

Tindakan : Makluman

1.2 Pengerusi meminta agar analisis kehadiran ibu bapa ke Program Interaksi Akademik dapat disediakan untuk Sarana ibu bapa.

Tindakan : Guru Tingkatan

1

Page 2: Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 2-2014

1.3 SMK Rancha-Rancha akan menerima 3 orang guru baharu, 2 orang guru lelaki dan 1 orang guru perempuan yang akan melapor diri pada 2 Julai 2014.

Tindakan : makluman

1.4 Salah seorang guru baharu akan menggantikan Puan Faradzillah Pairan untuk mengajar mata pelajaran Sejarah sehingga beliau habis cuti bersalin.

Tindakan : makluman

1.5 Jadual waktu baharu perlu disediakan dan diedarkan kepada semua guru berikutan kemasukan 3 orang guru baharu tersebut.

Tindakan : Abdul Ghafar Salleh

1.6 Satu kursus dalaman akan diadakan berkaitan dengan Aplikasi S4 yang merupakan kaedah baru pencerapan guru-guru secara online. Aplikasi S4 akan mula digunakan sebaik sahaja sekolah melantik admin sistem dan menerima ID dari JPNWPL

Tindakan : makluman

1.7 Pencerapan terhadap PdP guru perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun mengikut jadual pencerapan yang disediakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran.

Tindakan : Ustaz Rahman Ahmad

1.8 Semua pencerapan akan dilaksanakan dari awal sehingga tamat waktu PdP.Tindakan : makluman

1.9 Selepas sekolah menerima ID VLE FROG dari JPNWPL, semua guru perlu membuka akaun FROG masing-masing dan membangunkan akaun tersebut untuk membolehkan berlakunya interaksi akademik maya yang berkesan di antara guru dan murid-murid.

Tindakan : Semua Guru

1.10 Tuan Pengetua telah mendengar taklimat PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia) di peringkat jabatan pada 30 Jun 2014. Taklimat dalaman berkenaan PPPM akan disampaikan pada 11 Julai 2014 dan akan diteruskan dengan majlis berbuka puasa di Palm Beach Resort. Laporan taklimat PPPM perlu disediakan oleh setiausaha PPPM yang dilantik.

Tindakan : Makluman

1.11 Sekolah perlu menubuhkan Jawatankuasa PPPM yang terdiri daripada :-Pengerusi : Encik Omar Baki MatusinNaib Pengerusi : Ustaz Abdul Rahman bin AhmadSetiausaha : Puan Faradzillah Pairan

Tindakan : Makluman2

Page 3: Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 2-2014

1.12 Semua guru mata pelajaran perlu menyediakan headcount Peperiksaan Pertengahan Tahun yang telah dilaksanakan pada bulan Mei 2014.

Tindakan : semua guru

1.13 Berkaitan dengan Pengurusan PBS :- Semua guru mata pelajaran perlu mencetak laporan perkembangan pelajar

masing-masing. Semua Penolong Kanan, Ketua Bidang, Ketua Panitia, guru mata pelajaran perlu

menyediakan 2 fail yang terdiri dari :I. Fail Markah – mengandungi markah pelajar.

II. Fail Pengurusan – mengandungi pekeliling berkaitan PBS, surat siaran, dan PPPM.

Tindakan : Semua guru

1.14 Semua guru perlu memastikan bilangan kursus yang dihadiri mecukupi 7 hari setahun. Guru-guru yang telah menghadiri kursus perlu mengemaskini maklumat kursus di dalam aplikasi e-SPLG atau memaklumkan maklumat kursus yang dihadiri kepada Cik Zaharah Mat Jali sebagai Setiausaha LDP sekolah.

Tindakan : Semua guru

1.15 Tuan Pengetua mengingatkan semua guru perlu mengemaskini data di dalam apikasi e-pangkat terutamanya berkaitan maklumat diri guru.

Tindakan : Semua guru

1.16 Semua Ketua Bidang dan Penolong Kanan diseru supaya memohon NPQEL (National Profesional Qualification for Educational Leaders) yang dikeluarkan oleh Institut Aminudin Baki (IAB) kerana PPPM (2013-2025) telah menetapkan bahawa bermula Julai 2014, prasyarat pelantikan sebagai Penolong Kanan dan Pengetua ialah wajib memiliki NPQEL.

Tindakan : Ketua Bidang dan Penolong Kanan

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 1/2014

2.1 Minit mesyuarat disahkan oleh Cik Zaharah Mat Jali dan disokong oleh Puan Siti Suhila Abdul Rahman tanpa sebarang pindaan.

Tindakan : Makluman

3

Page 4: Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 2-2014

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Merujuk kepada Minit Mesyuarat Kurikulum Bil. 1/2014, para 2.3 di muka surat 2 berkaitan dengan penyediaan fail meja :-

Fail meja hanya perlu disediakan sekali sahaja dalam setahun. Fail meja perlu mengandungi :-

i. Senarai tugas guruii. Proses kerja guru

iii. Carta aliraniv. Senarai semak

Tarikh akhir penyediaan fail meja ialah pada 31 Ogos 2014.Tindakan : semua guru

3.2 Merujuk kepada Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 1/2014, para 2.4 di muka surat 2 berkaitan dengan Pengurusan PBS :-

Penolong Kanan Pentadbiran perlu menyediakan hardcopy Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid bagi semua mata pelajaran di dalam Fail Induk PBS.

Tindakan : Ustaz Abdul Rahman Ahmad

Semua Ketua Bidang perlu menyediakan hardcopy Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid bagi semua mata pelajaran di bawah bidang masing-masing di dalam Fail PBS.

Tindakan : Ketua Bidang

Semua Ketua Panitia perlu menyediakan hardcopy Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid mata pelajaran di bawah panitia masing-masing di dalam Fail PBS.

Tindakan : Ketua Panitia

3.3 Merujuk kepada Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 1/2014, para 2.5 di muka surat 2 berkaitan dengan keputusan menukar nama SMK Rancha-Rancha kepada SMK Samudera Al-Marjan, Tuan Pengetua mengarahkan nama SMK Rancha-Rancha dikekalkan untuk memudahkan semua urusan rasmi sekolah.

Tindakan : Makluman

4

Page 5: Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 2-2014

4.0 PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1 Ketua Panitia perlu menyediakan fail panitia yang mengandungi :- jadual mesyuarat panitia sukatan pelajaran Program kecemerlangan panitia (perancangan dan pelaksanaan) Pentaksiran (headcount dan laporan post-mortem) Pencerapan Jadual dan borang pemeriksaan buku rampaian guru mata pelajaran. Nombor Rujukan fail ada dilampirkan bersama Minit Mesyuarat Kurikulum

Bil 1/2014.Tindakan : Ketua Panitia

4.2 Fail keras warna hitam tidak perlu didaftarkan manakala Fail Induk Panitia warna putih perlu didaftarkan menggunakan nombor rujukan yang telah ditetapkan.

Tindakan : Makluman

4.3 Post-mortem peringkat panitia perlu diadakan bermula 2 Julai 2014 (Rabu).Tarikh cadangan penyediaan headcount sekolah yang lengkap ialah pada 11 Julai 2014 (Jumaat) dan tarikh cadangan mesyuarat post-mortem sekolah ialah pada 14 Julai 2014 (Isnin).

Tindakan : Ketua Panitia dan semua guru

4.4 Tuan Pengetua mencadangkan teknik PdP konvensional diubahsuai dengan guru memberi latihan dahulu kepada pelajar di dalam kelas dan guru membimbing pelajar menyiapkan latihan tersebut sebelum tamat waktu PdP. Nota pula akan dibekalkan kepada pelajar untuk diulangkaji di rumah.

Tindakan : Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5

Page 6: Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 2-2014

5.1 Ustaz Abdul Rahman memaklumkan bahawa guru-guru tingkatan tiga hanya boleh memasang soalan penilaian PT3 untuk para pelajar bermula dari bulan Oktober 2014.

Tindakan : Makluman

5.2 Beliau menambah, ID untuk mengakses soalan PT3 hanya akan diberikan kepada Pengetua sahaja dan Pengetua akan maklumkan ID tersebut hanya kepada Setiausaha Peperiksaan untuk dimaklumkan pula kepada seorang guru mata pelajaran paling kanan bagi mengelakkan kebocoran soalan.

Tindakan : Makluman

5.3 Selain itu, Soalan PT3 digubal oleh lembaga tetapi akan ditadbir oleh sekolah.Tindakan : Makluman

5.4 Taklimat PT3 Bahasa Arab Peringkat Negeri akan disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman pada 7 Julai 2014 dan 8 Julai 2014. Taklimat PT3 peringkat sekolah pula akan disampaikan pada 11 Julai 2014.

Tindakan : Makluman

5.5 Cik Nurul Adilla Md Zain memaklumkan bahawa Pertandingan Projek Inovasi Peringkat Negeri akan diadakan pada bulan Ogos 2014 dan Peringkat Kebangsaan pula akan diadakan pada bulan Oktober 2014. Setiap negeri perlu menghantar dua kumpulan untuk Pertandingan Projek Inovasi Peringkat Kebangsaan. 1 kumpulan terdiri daripada 12 orang dengan 3 pembentang.

Tindakan : Makluman

5.6 Puan Wan Zuriah mengingatkan kepada semua guru bahawa latihan untuk aktiviti kokurikulum tidak boleh menggunakan waktu PdP lebih dari satu jam.

Tindakan : Makluman

5.7 Encik Sapri Idris mencadangkan penggunaan buku kerja sebagai bahan bantu untuk mempercepatkan PdP selain dapat membantu penguasaan pelajar terhadap topik yang diajar.

Tindakan : Makluman

5.8 Tuan Pengetua meminta semua guru menyediakan kompilasi soalan ‘Cuti-Cuti Belajar’ (CCB) yang terdiri dari tugasan ulangkaji untuk semua mata pelajaran. Kompilasi soalan ini akan digunakan pelajar pada waktu cuti sekolah. Pelajar yang tidak menghantar tugasan selepas cuti sekolah akan didenda.

Tindakan : semua guru

6

Page 7: Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 2-2014

5.9 Encik Awang Sofien Awg Mohdzar mencadangkan agar guru yang meninggalkan sekolah sewaktu PdP dapat menyediakan ‘kit guru ganti’ seperti set permainan berbentuk pendidikan sebagai bahan ketika ketiadaan guru.

Tindakan : semua guru

5.10 Puan Wan Zuriah Wan Mat Yim mengingatkan semua guru perlu memberi maklumat lengkap setiap kali mengisi borang maklumbalas minit mesyuarat kepada pihak JPNWPL.

Tindakan : Semua guru

5.11 Ustaz Abdul Rahman memohon supaya lagu sekolah diubahsuai sedikit melodinya di bahagian chorus untuk memperindahkan lagi susunan lagu tersebut selain memudahkan warga sekolah menyanyikannya.

Tindakan : Jasmini Daud

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Encik Omar Baki mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan perkongsian idea oleh semua guru dalam mesyuarat pada hari ini.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.50 petang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………………………………. ………………………………………………(NURUL ADILLA MD ZAIN) (OMAR BAKI MATUSIN)Setiausaha Kurikulum II Pengetua

7