Minit Mesyuarat Majlis Kurikulum Sekolah

8
AGENDA MESYUARAT 1.0 PERUTUSAN PENGERUSI Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua ahli majlis dan mengucapkan syabas di atas perlantikan ketua panitia baharu 2013.Beliau menyampaikan taklimat berkaitan dasar-dasar yang perlu diketahui oleh semua ahli majlis. Antaranya, I. Ketua panitia perlu memastikan semua guru di bawah panitia masing- masing seiring bersama dalam mencapai kecemerlangan kurikulum. II. Post Mortem PMR – Semua guru yang mengajar Tingkatan 3 2012 perlu menyiapkan post mortem masing-masing sebelum akhir Januari 2013. III. ABM – Guru perlu menggunakan alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran supaya lebih menarik dan berpusatkan murid. IV. HOTS – High Order Thinking Skill akan dilaksanakan untuk meningkatkan budaya pelajar berfikir. 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Minit mesyuarat kali ke 5/2012 diterima dengan menambahkan En. Mohd Azmi b Mohd Rahim dalam senarai kehadiran. 3.0 PERKARA BERBANGKIT Tiada 4.0 PELAKSANAAN DASAR PENDIDIKAN MALAYSIA 4.1 PBS Oleh kerana ibu bapa kurang yakin terhadap pelaksanaan PBS, mesyuarat panitia perlulah fokus kepada pelaksanaan PBS bagi memastikan semua ahli panitia memahami PBS dengan lebih jelas.Guru juga perlulah mengetahui objektif pelaksanaannya dan mata pelajaran yang terlibat dengan PBS. Taklimat PBS akan diadakan pada 31/12/2012 bagi guru Tingkatan 2 dan Pendidikan Khas. Tindakan : Penyelaras PBS Sekolah 4.2 MBMMBI 1

description

JKS

Transcript of Minit Mesyuarat Majlis Kurikulum Sekolah

Page 1: Minit Mesyuarat Majlis Kurikulum Sekolah

AGENDA MESYUARAT

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua ahli majlis dan mengucapkan syabas di atas perlantikan ketua panitia baharu 2013.Beliau menyampaikan taklimat berkaitan dasar-dasar yang perlu diketahui oleh semua ahli majlis. Antaranya,

I. Ketua panitia perlu memastikan semua guru di bawah panitia masing-masing seiring bersama dalam mencapai kecemerlangan kurikulum.

II. Post Mortem PMR – Semua guru yang mengajar Tingkatan 3 2012 perlu menyiapkan post mortem masing-masing sebelum akhir Januari 2013.

III. ABM – Guru perlu menggunakan alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran supaya lebih menarik dan berpusatkan murid.

IV. HOTS – High Order Thinking Skill akan dilaksanakan untuk meningkatkan budaya pelajar berfikir.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Minit mesyuarat kali ke 5/2012 diterima dengan menambahkan En. Mohd Azmi b Mohd Rahim dalam senarai kehadiran.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4.0 PELAKSANAAN DASAR PENDIDIKAN MALAYSIA

4.1 PBS

Oleh kerana ibu bapa kurang yakin terhadap pelaksanaan PBS, mesyuarat panitia perlulah fokus kepada pelaksanaan PBS bagi memastikan semua ahli panitia memahami PBS dengan lebih jelas.Guru juga perlulah mengetahui objektif pelaksanaannya dan mata pelajaran yang terlibat dengan PBS. Taklimat PBS akan diadakan pada 31/12/2012 bagi guru Tingkatan 2 dan Pendidikan Khas.

Tindakan : Penyelaras PBS Sekolah

4.2 MBMMBI

Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris perlu menyediakan perancangan untuk menjayakan program MBMMBI untuk pelajar.Perancangan tersebut perlulah melibatkan persatuan akademik.

Tindakan : Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

4.3 Dasar 60 : 40

Pengerusi menekankan kepada ahli mesyuarat JKS Sekolah supaya melaksanakan dasar kerajaan untuk meningkatkan minat pelajar dalam jurusan sains. Dasar tersebut ialah dasar 60 : 40, iaitu 60 peratus pelajar dari aliran Sains dan 40 peratus aliran Sastera. Dasar ini menggalakkan pelajar untuk mengambil Jurusan Sains Tulen.

1

Page 2: Minit Mesyuarat Majlis Kurikulum Sekolah

4.4 LINUS

LINUS ialah program yang dilaksanakan di sekolah rendah untuk memastikan pelajar menguasai 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.

4.5 HOTSHigh Order Thinking Skill (HOTS) akan dilaksanakan untuk meningkatkan budaya pelajar berfikir.

( Makluman )

5.0 PENGURUSAN KURIKULUM

5.1 PENULISAN RANCANGAN MINGGUAN

5.1.1 Guru-guru diminta menulis rancangan pengajaran mingguan dengan lebih khusus, terperinci dan kemas.

5.1.2 Guru-guru digalakkan menggunakan komputer dalam menyediakan rancangan pengajaran mingguan dan harian.

5.1.3 Guru perlulah mengikut contoh penulisan rancangan harian yang dibekalkan dalam buku rekod mengajar berdasarkan matapelajaran yang diajar.

5.1.4 Refleksi perlu ditulis bilangan murid bukannya peratus dengan menggunakan pen yang berbeza.

5.1.5 Penggunaan Alat Bantu mengajar dan ICT ditekankan supaya pegajaran dan Pembelajaran lebih menarik dan berinovatif. Tindakan : PK Kurikulum

5.2 PENGURUSAN PANITIA

5.2.1 Ketua Panitia perlu mengadakan mesyuarat panitia masing-masing pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan dalam Buku Panduan Guru.Pengetua juga mengingatkan supaya Ketua Panitia yang mempengerusikan mesyuarat panitia tersebut.

5.2.2 Ketua panitia perlulah memastikan semua sukatan pelajaran, rancangan tahunan 2013 dan rancangan pengajaran mingguan serta penggubal soalan peperiksaan disediakan dan difailkan.

5.2.3 Ketua panitia perlulah mengumpul semua maklumat ahli panitia, jadual waktu, penyedia soalan ujian dan peperiksaan, dan penyelaras mata pelajaran dalam mesyuarat panitia.

5.2.4 Soalan ujian 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun adalah diselaraskan mengikut tingkatan, manakala ujian 2 perlulah dijalankan mengikut kesesuaian jadual pengajaran dan pembelajaran guru. Soalan yang disediakan perlulah ditandatangani oleh penyedia soalan, penyelaras matapelajaran dan Guru Kanan.

5.2.5 Penyedia soalan juga perlu menyediakan jadual spesifikasi ujian mengikut aras dan dimasukkan ke dalam fail bank soalan.

2

Page 3: Minit Mesyuarat Majlis Kurikulum Sekolah

5.2.6 Ketua panitia juga perlu memasukkan program peningkatan panitia dan peningkatan sekolah untuk tingkatan 1, 2 dan 4.

5.2.7 Hasil pencerapan dan semakan buku yang dijalankan hendaklah difailkan.

5.2.8 Fail analisis ujian dan peperiksaan, post mortem dan head count perlulah sentiasa dikemaskinikan. Tindakan : Guru Kanan

5.3 P & P

5.3.1 Guru perlu memastikan pegajaran dan pembelajaran mereka menarik serta berpusatkan pelajar.

5.3.2 Penggunaan teknik menyoal yang menyeluruh dan pelbagai oleh guru dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis para pelajar(KBKK) serta dapat meningkatkanbudaya pelajar untuk berfikir (HOTS).

5.3.3 Pendekatan guru dalam pengajaran dan pembelajaran perlulah ceria, mesra dan bermotivasi.

5.3.4 Ketua Panitia perlulah menetapkan bilangan buku latihan serta bilangan latihan yang selaras untuk setiap kelas dalam tingkatan yang sama.

5.3.5 Semua buku rampaian yang digunakan olah pelajar hendaklah dibeli hanya di kedai buku sekolah yang mempunyai lambang lencana sekolah sahaja.

5.3.6 Semua guru mata pelajaran perlulah memastikan pelajar menulis indek dan sentiasa membuat pembetulan bagi setiap kesilapan dalam latihan mereka.

5.3.7 Penyemakan buku pelajar yang dilakukan oleh guru mata pelajaran perlulah lebih kerap dan teliti, dan disertakan dengan komen yang membina dan pengukuhan yang bermotivasi.

5.3.8 Guru-guru yang mengajar kelas peperiksaan, iaitu Tingkatan 3 dan 5 perlulah memastikan sukatan pelajaran dihabiskan sebelum peperiksaan percubaan bermula.

5.3.9 Penyemakan buku pelajar dan pemantauan P &P oleh pentadbir, guru kanan dan ketua panitia akan dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti di dalam Buku Panduan Guru.

5.3.10 Sebelum ujian dan peperiksaan dijalankan, guru hendaklah memastikan pelajar membuat ulangkaji dengan bimbingan guru mata pelajaran. Makluman

3

Page 4: Minit Mesyuarat Majlis Kurikulum Sekolah

5.4 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

Ketua panitia perlu menyediakan program peningkatan akademik selain daripada program yang telah disediakan oleh pihak pentadbir. Antaranya,

5.4.1 Program Menggapai Bintang

Penentuan target untuk pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 bagi menjayakan Program Menggapai Bintang akan diadakan pada sekolah ganti 1 iaitu pada 26/1/2013. Guru Tingkatan perlulah menelefon ibu bapa untuk memastikan mereka hadir bersama pada hari berkenaan.

5.4.2 Program Menggilap Permata

5.4.3 Permata Hatiku

5.4.4 Program Dekat di Hati

5.4.5 Kem Permata ( Tingkatan 1, 2, 4 )

Tindakan : Penolong Kanan Kurikulum5.5 PUSAT SUMBER

5.5.1 Bagi menjayakan program NILAM, guru NILAM hendaklah memastikan pelajar membeli dua buah buku rekod NILAM iaitu untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

5.5.2 Program Jom Membaca yang diadakan di Dataran Ar Rahman akan diteruskan lagi pada tahun ini.

5.5.3 Ketua Panitia boleh mengemukakan cadangan buku rujukan untuk ditempatkan di Pusat Sumber.

Makluman

5.6 BELANJAWAN 2012

Semua wang panitia 2012 telah digunakan sepenuhnya.Ketua panitia diminta untuk menyediakan laporan perbelanjaan 2012 dan anggaran belanjawan panitia untuk tahun 2013.

Tindakan : Guru Kanan

6.0 LAPORAN ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PMR 2012

Majlis mengambil maklum:

Secara keseluruhan terdapat peningkatan dalam keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 iaitu GPS 2.95 berbanding dengan 3.04 bagi tahun 2011. Walau bagaimanapun, gred purata sekolah masih tersasar daripada sasaran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu GPS 2.60.

6.1 Bahasa Melayu

4

Page 5: Minit Mesyuarat Majlis Kurikulum Sekolah

Keputusan peperiksaan PMR 2012 meningkat dengan gred purata 2.33 berbanding 2.56 pada peperiksaan PMR 2011.Masalah yang telah dikenalpasti adalah terdapat pelajar yang tidak boleh membaca dan tahap pembelajaran yang rendah.Tindakan yang telah diambil untuk mengatasi masalah ini adalah mereka seharusnya menghadiri kelas-kelas pemulihan seperti kelas KIA 2M. ( Sila rujuk Laporan Post Mortem PMR)

6.2 Bahasa Inggeris

Keputusan peperiksaan PMR 2012 menurun dengan gred purata 3.74 berbanding 3.63 pada peperiksaan PMR 2011. ( Sila rujuk Laporan Post Mortem PMR)

6.3 Pendidikan Islam

Keputusan peperiksaan PMR 2012 meningkat dengan gred purata 2.51 berbanding 2.68 pada peperiksaan PMR 2011. ( Sila rujuk Laporan Post Mortem PMR)

6.4 Sejarah

Keputusan peperiksaan PMR 2012 meningkat dengan gred purata 3.16 berbanding 3.23 pada peperiksaan PMR 2011. ( Sila rujuk Laporan Post Mortem PMR)

6.5 Metematik

Keputusan peperiksaan PMR 2012 meningkat dengan gred purata 3.17 berbanding 3.36 pada peperiksaan PMR 2011. ( Sila rujuk Laporan Post Mortem PMR)

6.6 Sains

Keputusan peperiksaan PMR 2012 meningkat dengan gred purata 2.91 berbanding 3.01 pada peperiksaan PMR 2011. ( Sila rujuk Laporan Post Mortem PMR)

6.7 Geografi

Keputusan peperiksaan PMR 2012 meningkat dengan gred purata 3.22 berbanding 3.42 pada peperiksaan PMR 2011. ( Sila rujuk Laporan Post Mortem PMR)

6.8 Kemahiran Hidup 1 – Kemahiran Teknikal (KT)

Keputusan peperiksaan PMR 2012 menurun dengan gred purata 2.89 berbanding 3.52 pada peperiksaan PMR 2011. ( Sila rujuk Laporan Post Mortem PMR)

6.9 Kemahiran Hidup 2 – Ekonomi Rumah Tangga (ERT)

Keputusan peperiksaan PMR 2012 meningkat dengan gred purata 2.06 berbanding 2.39 pada peperiksaan PMR 2011.Masalah yang dihadapi adalah seorang pelajar mempunyai masalah kedatangan semasa tingkatan 1 dan 2 yang mana menjejaskan markah kerja kursus. Tindakan yang diambil adalah latihan berfokus dengan menggunakan soalan-soalan percubaan dari negeri-negeri lain.( Sila rujuk Laporan Post Mortem PMR)

5

Page 6: Minit Mesyuarat Majlis Kurikulum Sekolah

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 GURU PENASIHAT PERSATUAN AKADEMIK

Guru penasihat persatuan akademik perlu menyediakan rancangan aktiviti yang menarik dan bermanfaat kepada matapelajaran tersebut. Jika guru-guru ingin mengadakan lawatan, perlulah mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga pelajar.Guru-guru mestilah mengutamakan keselamatan pelajar dengan mengelakkan aktiviti yang boleh mengancam keselamatan pelajar.

Tindakan : Setiausaha Kokurikulum

7.2 LDP GURU

LDP perlulah dirancang mengikut panitia masing-masing. Antara LDP panitia yang boleh dibuat seperti Teknik Menanda Kertas bagi semua mata pelajaran. Tindakan : Guru Kanan

7.3 BELANJAWAN

7.3.1 Setiap perbelanjaan mestilah disertakan dengan dokumen yang lengkap.

7.3.2 Semua Guru Tingkatan yang mengutip bayaran tambahan haruslah menyerahkan wang tersebut kepada pejabat pada hari yang sama. Setiap serahan wang mestilah beserta resit dari pejabat.

7.3.3 Semua contoh borang berkaitan dengan pembelanjaan boleh didapati di pejabat seperti tatacara pembelian, nota minta dan sebagainya.

Makluman

8.0 PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.40 petang.

6