MINIT MESYUARAT MBJ PIHAK PEKERJA DENGAN … MBJ JBNS Bil 1 2010.pdf · jbn: 100-9/4327/klt.2(80)...

10
JBN: 100-9/4327/KLT.2(80) MINIT MESYUARAT MBJ PIHAK PEKERJA DENGAN PIHAK PENGURUSAN JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Pada : 29 Mac 2010 (ISNIN) Masa : 2.30 Petang Tempat : Bilik Mesyuarat, Tingkat 1, Jabatan Bendahari Negeri Sabah ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- SENARAI KEHADIRAN: 1. Encik A. Shafiuddin Hj. Abidin - Pengerusi Mesyuarat MBJ Pihak Pengurusan 2. Encik Hussein Alisaputra Setiausaha MBJ Pihak Pengurusan 3. Encik Benesely Bullah MBJ Pihak Pengurusan 4. Encik Justine Sinsoi MBJ Pihak Pengurusan 5. Puan Jeanie Liew MBJ Pihak Pengurusan 6. Encik Hamdan Hamzani Pengerusi MBJ Pihak Pekerja 7. Encik Christopher Dyonisius Timbalan Pengerusi MBJ Pihak Pekerja 8. Puan Hjh. Kee Y Kamariah Naib Pengerusi (1) MBJ Pihak Pekerja 9. Encik Ag. Yahya Ag. Damit Naib Pengerusi (2) MBJ Pihak Pekerja 10. Encik Mohd Rizan Abran Setiausaha MBJ Pihak Pekerja 11. Tuan Haji Safri Idris Ahli MBJ Pihak Pekerja 12. Puan Dg. Juraidah Abd. Rahim Ahli MBJ Pihak Pekerja 13. Puan Noraisah Mat Salleh Ahli MBJ Pihak Pekerja 14. Puan Hjh. Maimunah Chia Ahli MBJ Pihak Pekerja 1/10

Transcript of MINIT MESYUARAT MBJ PIHAK PEKERJA DENGAN … MBJ JBNS Bil 1 2010.pdf · jbn: 100-9/4327/klt.2(80)...

Page 1: MINIT MESYUARAT MBJ PIHAK PEKERJA DENGAN … MBJ JBNS Bil 1 2010.pdf · jbn: 100-9/4327/klt.2(80) minit mesyuarat mbj pihak pekerja dengan pihak pengurusan jabatan bendahari negeri

JBN: 100-9/4327/KLT.2(80)

MINIT MESYUARAT MBJ PIHAK PEKERJADENGAN PIHAK PENGURUSAN

JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH

Pada : 29 Mac 2010 (ISNIN)Masa : 2.30 PetangTempat : Bilik Mesyuarat, Tingkat 1,

Jabatan Bendahari Negeri Sabah-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SENARAI KEHADIRAN:

1. Encik A. Shafiuddin Hj. Abidin - Pengerusi MesyuaratMBJ Pihak Pengurusan

2. Encik Hussein AlisaputraSetiausaha MBJ Pihak Pengurusan

3. Encik Benesely BullahMBJ Pihak Pengurusan

4. Encik Justine SinsoiMBJ Pihak Pengurusan

5. Puan Jeanie LiewMBJ Pihak Pengurusan

6. Encik Hamdan HamzaniPengerusi MBJ Pihak Pekerja

7. Encik Christopher DyonisiusTimbalan Pengerusi MBJ Pihak Pekerja

8. Puan Hjh. Kee Y KamariahNaib Pengerusi (1) MBJ Pihak Pekerja

9. Encik Ag. Yahya Ag. DamitNaib Pengerusi (2) MBJ Pihak Pekerja

10. Encik Mohd Rizan AbranSetiausaha MBJ Pihak Pekerja

11. Tuan Haji Safri IdrisAhli MBJ Pihak Pekerja

12. Puan Dg. Juraidah Abd. RahimAhli MBJ Pihak Pekerja

13. Puan Noraisah Mat SallehAhli MBJ Pihak Pekerja

14. Puan Hjh. Maimunah ChiaAhli MBJ Pihak Pekerja

1/10

Page 2: MINIT MESYUARAT MBJ PIHAK PEKERJA DENGAN … MBJ JBNS Bil 1 2010.pdf · jbn: 100-9/4327/klt.2(80) minit mesyuarat mbj pihak pekerja dengan pihak pengurusan jabatan bendahari negeri

15. Encik Salim UsolAhli MBJ Pihak Pekerja

16. Puan Masbeh JamaniAhli MBJ Pihak Pekerja

17. Encik Izanuddin NoordinAhli MBJ Pihak Pekerja

18. Encik Ismail AdikAhli MBJ Pihak Pekerja

19. Puan Mariaty J. ChuanAhli MBJ Pihak Pekerja

20. Puan Baitah EkunAhli MBJ Pihak Pekerja

TIDAK HADIR BERSEBAB:

1. Cik Chui Nget NgoPengerusi MBJ Pihak Pengurusan

2. Puan Ummi Khalelah Bt. KulaAhli MBJ Pihak Pekerja

3. Encik Surin BidinAhli MBJ Pihak Pekerja

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa Pengerusi MBJ Pihak Pengurusan iaitu Bendahari

Negeri tidak dapat menyertai mesyuarat atas urusan mustahak yang lebih penting.

2. Mesyuarat diteruskan dengan dipengerusikan oleh Timbalan Bendahari Negeri

iaitu Encik A. Shafiuddin Hj. Abidin.

3. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan selamat petang dan salam

sejahterah kepada semua Ahli MBJ Jabatan Bendahari Negeri Sabah Sesi 2009-

2011 yang hadir pada mesyuarat kali ini.

4. Pengerusi memaklumkan bahawa agenda mesyuarat pada kali ini ialah bagi

membincangkan perkara-perkara yang berbangkit dan isu-isu yang diutarakan oleh

kakitangan JBNS.

2/10

Page 3: MINIT MESYUARAT MBJ PIHAK PEKERJA DENGAN … MBJ JBNS Bil 1 2010.pdf · jbn: 100-9/4327/klt.2(80) minit mesyuarat mbj pihak pekerja dengan pihak pengurusan jabatan bendahari negeri

II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT MBJ PIHAK PEKERJA JABATAN BENDAHARI

NEGERI SABAH BIL. 1/2010

Minit Mesyuarat MBJ Pihak Pekerja Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bil 1/2010 disahkan

tanpa sebarang pindaan.

III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT DARIPADA MINIT MESYUARAT MBJ PIHAK

PEKERJA JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH BIL. 1/2010

1. Merujuk kepada perkara III.1:

Penubuhan semula kelab kebajikan, rekreasi dan sukan jabatan diserahkan kepada

Pihak Pengurusan untuk membuat keputusan. Pengerusi memaklumkan bahawa

Pihak Pengurusan mengambil keputusan agar pengerusi kelab yang lama merujuk

kepada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mengetahui tindakan

selanjutnya bagi mengaktifkan kembali kelab tersebut. Surat makluman kepada

pengerusi kelab yang lama perlu dikeluarkan untuk tindakan.

Tindakan : Setiausaha MBJ Pihak Pekerja

2. Merujuk kepada perkara III. 2:

Penyediaan Kad Elektronik kepada Pejabat Bendahari Daerah bagi memudahkan

urusan mereka di Ibu Pejabat masih belum disediakan. Pihak Pengurusan

memaklumkan bahawa kad tersebut telah disediakan. Namun demikian, pihak

Pejabat Bendahari Daerah masih belum mengetahui tentang kad tersebut.

Bahagian Pengurusan Bendahari Daerah dan Kewangan akan mengambil tindakan

untuk memaklumkan perkara tersebut.

Tindakan : Bahagian Pengurusan Bendahari Daerah Dan Kewangan

3. Merujuk kepada perkara III. 3:

Bendahari Daerah Kunak perlu mengemukakan surat kepada JKR untuk

membesarkan ruang pejabat kepada JKR. Bahagaian Pengurusan Bendahari

3/10

Page 4: MINIT MESYUARAT MBJ PIHAK PEKERJA DENGAN … MBJ JBNS Bil 1 2010.pdf · jbn: 100-9/4327/klt.2(80) minit mesyuarat mbj pihak pekerja dengan pihak pengurusan jabatan bendahari negeri

Daerah dan Kewangan akan memaklumkan kepada Bendahari Daerah Kunak untuk

mengemukakan kembali surat tersebut.

Tindakan : Bahagian Pengurusan Bendahari Daerah Dan Kewangan

4. Merujuk kepada perkara III. 4:

Perkembangan terkini mengenai kadar tambang teksi. Pihak Pengurusan

memaklumkan bahawa perkara ini telah dikemukakan kepada persatuan teksi.

Namun demikian, pihak persatuan teksi masih lagi mengkaji kadar tambang

tersebut. Selain itu juga, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di

Sabah belum bersedia untuk mengenakan penggunaan meter tambang bagi Teksi.

Walau bagaimanapun, Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa tuntutan tambang

teksi yang ingin dituntut perlulah bersesuaian.

Tindakan : Makluman

IV. ISU-ISU YANG DIKEMUKAKAN OLEH MBJ PIHAK PEKERJA DAN TINDAKAN

DARIPADA MBJ PIHAK PENGURUSAN

1. MBJ Pihak Pekerja memohon maklum balas daripada Pihak Pengurusan mengenai

perkembangan terkini kakitangan gred 17-22 yang telah disenaraikan jabatan untuk

syor KUP tetapi belum mendapat sebarang makluman atau jawapan.

1.1 Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa syor kenaikan pangkat KUP telah

dikemukakan kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri

(SPAN). Setakat ini, seramai sembilan (9) orang gred N17 telah pun berjaya

didalam syor KUP ke gred N22. Bagi gred W Pihak Pengurusan tiada

maklumat terkini daripada pihak SPAN dan Pihak Pengurusan masih

menunggu jawapan daripada pihak SPAN mengenai kedudukan gred W

tersebut.

Tindakan : Makluman

4/10

Page 5: MINIT MESYUARAT MBJ PIHAK PEKERJA DENGAN … MBJ JBNS Bil 1 2010.pdf · jbn: 100-9/4327/klt.2(80) minit mesyuarat mbj pihak pekerja dengan pihak pengurusan jabatan bendahari negeri

2. MBJ Pihak Pekerja mencadangkan agar alat penghawa dingin di Ibu Pejabat dan

juga di Pejabat Bendahari Daerah dapat diselia setahun sekali.

2.1 Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa penyeliaan penghawa dingin

adalah berdasarkan keperluan. Bahagian Pengurusan Bendahari Daerah

dan Kewangan pernah mengemukakan kepada kontraktor untuk sebutharga

bagi menyelia penghawa dingin berjadual, namun sebutharga tersebut

adalah amat tinggi dan tidak sesuai. Pihak Pengurusan mengambil perhatian

akan perkara ini.

Tindakan : Makluman

3. Kelengkapan pejabat yang diletakkan di ruang legar pejabat mencacatkan

pemandangan dan dikhuatiri boleh menjadi sarang tikus atau ular. Cadangan agar

pelaksanaan hapus kira kelengkapan pejabat yang tidak digunakan lagi dapat

dijalankan.

3.1 Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa Ketua Seksyen Gaji dan Pencen

perlu mengemukakan surat kepada Bahagian Pengurusan Bendahari

Daerah dan Kewangan mengenai perkara tersebut. Surat makluman kepada

Ketua Seksyen Gaji dan Pencen perlu dikeluarkan untuk tindakan.

Tindakan : Setiausaha MBJ Pihak Pekerja

3.2 Manakala Bahagian Pengurusan Bendahari Daerah dan Kewangan akan

mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan bagi hapus kira

kelengkapan pejabat yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan.

Tindakan : Bahagian Pengurusan Bendahari Daerah dan Kewangan

4. MBJ Pihak Pekerja memohon kepada Pihak Pengurusan agar smart card

kakitangan yang telah usang dapat ditukar baru. Perkara ini disebabkan Smart Card

yang usang ini kadangkala tidak dapat dikesan oleh mesin kehadiran elektronik.

5/10

Page 6: MINIT MESYUARAT MBJ PIHAK PEKERJA DENGAN … MBJ JBNS Bil 1 2010.pdf · jbn: 100-9/4327/klt.2(80) minit mesyuarat mbj pihak pekerja dengan pihak pengurusan jabatan bendahari negeri

4.1 Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa kakitangan yang memiliki Smart

Card yang telah usang perlu dikenalpasti untuk tujuan penggantian kad baru

tersebut.

Tindakan : Setiausaha MBJ Pihak Pekerja

4.2 Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa terdapat beberapa situasi bagi

permohonan kad baru iaitu:

4.2.1 Bagi permohonan kad yang hilang, laporan polis perlulah dilakukan

terlebih dahulu. Perkara ini perlu dilakukan bagi mengelakkan

sebarang perkara yang boleh mengakibatkan pemilik kad dilibatkan

bagi kes kecurian atau kehilangan di pejabat.

4.2.2 Bagi pemohonan kad baru yang tidak melibatkan kehilangan kad atau

kerosakkan kad, pemohon akan dikenakan bayaran sebanyak

RM 30.00.

Tindakan : Makluman

5. Kakitangan di Seksyen Pentadbiran dan Rekod memohon agar alat penghawa

dingin dapat dipasangkan. Perkara ini disebabkan alat penghawa dingin yang ada

sekarang adalah centralize yang dikawal oleh Seksyen Penerimaan dan

Pembayaran.

5.1 Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa perkara ini telah diambil tindakan.

Seksyen Pentadbiran dan Rekod telah memohon sebanyak tujuh (7) buah

alat penghawa dingin daripada Bahagian Pengurusan Bendahari Daerah dan

Kewangan. Tindakan seterusnya akan diambil oleh Jabatan Kerja Raya.

Tindakan : Makluman

6. MBJ Pihak Pekerja mencadangkan agar dua anugerah dapat diwujudkan iaitu

Anugerah Seksyen Terbaik dan Anugerah Pengurusan Perakaunan Terbaik di

Pejabat Akauntan Gunasama dan JMS.

6/10

Page 7: MINIT MESYUARAT MBJ PIHAK PEKERJA DENGAN … MBJ JBNS Bil 1 2010.pdf · jbn: 100-9/4327/klt.2(80) minit mesyuarat mbj pihak pekerja dengan pihak pengurusan jabatan bendahari negeri

6.1 Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa cadangan Anugerah Seksyen

Terbaik ini masih boleh dikaji. Walaubagaimanapun, jika cadangan ini

hendak dilaksanakan satu mekanisme pengukuran terbaik dan tepat perlu

disediakan. Pihak Pengurusan mengambil maklum akan perkara ini.

Tindakan : Makluman

6.2 Manakala cadangan Anugerah Pengurusan Perakaunan Terbaik di Pejabat

Akauntan Gunasama dan JMS, satu jawatankuasa yang berasingan dan

bebas perlu diwujudkan untuk menjalankan pengauditan. Namun demikian,

Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa peranan JBNS adalah diluar

bidang pengauditan ini kerana telah terdapat jabatan-jabatan dan badan-

badan khas yang menjalankan tugasan pengauditan ini seperti Jabatan Audit

Negara dan Audit Dalaman, Kementerian Kewangan. Walaubagaimanapun,

Pihak Pengurusan mengambil maklum akan perkara ini.

Tindakan : Makluman

7. Papan kenyataan di ruang legar diluar Seksyen Pentadbiran dan Rekod telah usang

dan rosak. MBJ Pihak Pekerja memohon kepada Pihak Pengurusan untuk

penukaran papan kenyataan yang baru.

7.1 Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa perkara ini telah diambil tindakan.

Sebutharga telah diperolehi dan kesesuaian papan kenyataan ini masih lagi

dikaji.

Tindakan : Makluman

8. Bulb lampu di kawasan ruang legar JBNS ada yang telah rosak. Keadaan ini boleh

membahayakan kakitangan JBNS yang bekerja lebih masa pada waktu malam

kerana ruang legar yang gelap.

8.1 Pihak Pengurusan dimaklumkan bahawa bulb lampu di lorong keluar garaj

dan tempat letak kereta juga tidak menyala. Keadaan ini juga membahaya

7/10

Page 8: MINIT MESYUARAT MBJ PIHAK PEKERJA DENGAN … MBJ JBNS Bil 1 2010.pdf · jbn: 100-9/4327/klt.2(80) minit mesyuarat mbj pihak pekerja dengan pihak pengurusan jabatan bendahari negeri

kakitangan JBNS. Pihak Pengurusan mengambil perhatian perkara ini dan

akan mengambil tindakan yang sesuai.

Tindakan : Makluman

9. MBJ Pihak Pekerja memohon kepada Pihak Pengurusan agar jabatan dapat

membeli water dispenser filter untuk penyimpanan di Unit Stor. Unit Stor boleh

menukar sendiri filter tersebut tanpa melibatkan syarikat luar.

9.1 Pihak Pengurusan bersetuju jabatan akan membeli filter tersebut dan

disimpan Unit Stor. Perkara ini melibatkan kesihatan kakitangan kerana

penggunaan water dispenser yang meluas dikalangan kakitangan JBNS.

Tindakan : Bahagian Pengurusan Bendahari Daerah dan Kewangan

V. HAL-HAL LAIN

1. Majlis Dialog MBJ Pihak Pekerja Bersama Kakitangan Pejabat Bendahari Daerah

Tahun 2010 Sesi 1 dan Sesi 2.

1.1 Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa tarikh Majlis Dialog MBJ Pihak

Pekerja sesi 1 pada 10 – 12 Mei 2010 perlu dijadualkan semula kerana

tarikh tersebut bersamaan dengan tarikh berlangsungnya Mesyuarat

Akauntan Gunasama Bersama Pihak Pengurusan JBNS.

Tindakan : MBJ Pihak Pekerja

1.2 Pihak Pengurusan meminta MBJ Pihak Pekerja menyediakan senarai ahli-

ahli yang akan menyertai sesi 1 dan sesi 2, anggaran kos yang terlibat

termasuk penginapan, makan minum dan pengangkutan dan isu-isu yang

akan dibincangkan untuk dikemukakan kepada Penolong Bendahari

Negeri(PDK).

Tindakan : Setiausaha MBJ Pihak Pekerja

8/10

Page 9: MINIT MESYUARAT MBJ PIHAK PEKERJA DENGAN … MBJ JBNS Bil 1 2010.pdf · jbn: 100-9/4327/klt.2(80) minit mesyuarat mbj pihak pekerja dengan pihak pengurusan jabatan bendahari negeri

1.3 Pihak Pengurusan memaklumkan MBJ Pihak Pekerja bahawa majlis

dialog yang akan diadakan tersebut merupakan satu aktiviti rasmi jabatan

dan perlu diadakan secara formal. Bagi memanfaat peluang sesi dialog

tersebut, perkara yang perlu dielakkan semasa sesi dialog tersebut diadakan

ialah memastikan kehadiran dan penglibatan semua kakitangan di Pejabat

Bendahari Daerah pada sesi tersebut.

Tindakan : MBJ Pihak Pekerja

2. Pihak Pengurusan mencadangkan agar Jabatan Bendahari Negeri Sabah dan

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah dapat bekerjasama untuk bergotong

royong bagi membersihkan persekitaran pejabat bagi kedua-dua jabatan. Bagi

merealisasikan perkara ini, satu tarikh perlu dikenalpasti untuk menjalankan aktiviti

ini.

Tindakan : MBJ Pihak Pekerja

3. MBJ Pihak Pekerja mencadangkan agar latihan Tilawah Al-Quran dapat diadakan

untuk kakitangan JBNS. Perkara ini perlu memandangkan penglibatan tahunan

jabatan di dalam Majlis Tilawah Anggota Perkhidmatan Awam Peringkat

Kementerian Kewangan. Pihak Pengurusan mengambil maklum akan perkara ini.

Tindakan : Makluman

4. Mesyuarat bersetuju dengan cadangan jadual mesyuarat MBJ sesi 2010. Jadual ini

akan dimasukkan ke dalam kelender aktiviti Jabatan. Namun demikian jadual ini

boleh berubah jika terdapat perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan berlaku.

Berikut adalah cadangan jadual tersebut:

9/10

Page 10: MINIT MESYUARAT MBJ PIHAK PEKERJA DENGAN … MBJ JBNS Bil 1 2010.pdf · jbn: 100-9/4327/klt.2(80) minit mesyuarat mbj pihak pekerja dengan pihak pengurusan jabatan bendahari negeri

4.1 Mesyuarat MBJ Pihak Pekerja

Bilangan Tarikh Masa HariBil. 1/2010 10/03/2010 8.30 am RabuBil. 2/2010 24/05/2010 8.30 am IsninBil. 3/2010 23/08/2010 8.30 am IsninBil. 4/2010 22/11/2010 8.30 am Isnin

4.2 Mesyuarat MBJ Pihak Pekerja Bersama Pengurusan

Bilangan Tarikh Masa HariBil. 1/2010 29/03/2010 8.30 am IsninBil. 2/2010 21/06/2010 8.30 am IsninBil. 3/2010 20/09/2010 8.30 am IsninBil. 4/2010 13/12/2010 8.30 am Isnin

Tindakan : Makluman

VI. PENANGGUHAN MESYUARAT

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan

Mesyuarat MBJ Pihak Pekerja Dengan Pihak Pengurusan Jabatan Bendahari

Negeri Sabah Bil. 1/2010.

2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30pm.

Disediakan oleh:- Disemak oleh:-

(MOHD RIZAN ABRAN) (A. SHAFIUDDIN HJ. ABIDIN)Setiausaha MBJ MBJ Pihak PengurusanPihak Pekerja

Tarikh : 05 April 2010

10/10