Minit Mesyuarat Panitia Bil 1 2015

2
SPSK PK 07/3 SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDAN JALAN 4/76, DESA PANDAN 55100 KUALA LUMPUR MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 1 /TAHUN 2015. Tarikh : 22 JANUARI 2015 Masa : 2.00 PETANG Tempat : BILIK SERI PANDAN Pengerusi : PN HASANAH BT. SAID Kehadiran : 1. Pn. Hasanah bt Said (Ketua Panitia) 2. Pn. Norazizah bt. Israpil (Setiausaha Panitia) 3. Pn. Azizah bt. Mohd Nor 4. Pn. Che Rohana bt. Mezah 5. Pn. Najat Aishah bt. Ab Wahid 6. Pn. Nor Athmah bt. Mohd Bahar 7. Pn. Nor Hazianty bt. Abu Hasan 8. Cik Nur Idayu bt. Mat Jusuff 9. Pn. Siti Zubaidah bt. Hussain 10. Pn. Zamilah bt. Ahmad Zamri 11. Pn. Aslinda bt. Abdul Razak 12. En. Azman b. Mohamad 13. Pn. Hamizan bt. Rati 14. Cik Noor Atikhah bt. Yaacob 15. Pn. Anita bt. Othman 16. Pn. Zabedah bt. Sulieman 17. Pn. Aishah Dora bt. Yacob 18. Cik Juliana bt. Abdullah Sani 19. Pn. Siti Zauwiah bt. Hashim 20. Pn. Siti Noor Hidayahti bt. Rohani Hadir Bersama (Jika ada) : 1. Pn. Maheran bt. Abd Halim ( Guru Besar ) 2. Uma Rajaretham A/P M.T Rajaretnam ( GPK T&K) Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar & Pudu 1 Februari 2014 Keluaran 02 |Pindaan 00 1

description

Harap dapat membantu

Transcript of Minit Mesyuarat Panitia Bil 1 2015

PK 15/3

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDAN

JALAN 4/76, DESA PANDAN

55100 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARATPANITIA BAHASA MELAYU BIL 1 /TAHUN 2015.Tarikh

: 22 JANUARI 2015Masa

: 2.00 PETANGTempat

: BILIK SERI PANDANPengerusi

: PN HASANAH BT. SAIDKehadiran

: 1. Pn. Hasanah bt Said

(Ketua Panitia)2. Pn. Norazizah bt. Israpil

(Setiausaha Panitia)

3. Pn. Azizah bt. Mohd Nor

4. Pn. Che Rohana bt. Mezah

5. Pn. Najat Aishah bt. Ab Wahid

6. Pn. Nor Athmah bt. Mohd Bahar

7. Pn. Nor Hazianty bt. Abu Hasan

8. Cik Nur Idayu bt. Mat Jusuff

9. Pn. Siti Zubaidah bt. Hussain

10. Pn. Zamilah bt. Ahmad Zamri 11. Pn. Aslinda bt. Abdul Razak

12. En. Azman b. Mohamad

13. Pn. Hamizan bt. Rati

14. Cik Noor Atikhah bt. Yaacob

15. Pn. Anita bt. Othman

16. Pn. Zabedah bt. Sulieman

17. Pn. Aishah Dora bt. Yacob

18. Cik Juliana bt. Abdullah Sani

19. Pn. Siti Zauwiah bt. Hashim 20. Pn. Siti Noor Hidayahti bt. Rohani

Hadir Bersama (Jika ada): 1. Pn. Maheran bt. Abd Halim ( Guru Besar )

2. Uma Rajaretham A/P M.T Rajaretnam ( GPK T&K)1.0 PERUTUSAN 1.1 Perutusan Pengerusi1.1.1 Puan Hasanah selaku pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang dapat hadir dalam mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Bil.1 bagi tahun 2015.

1.1.2 Beliau juga mengarapkan agar mesyuarat kali pertama bagi tahun

2015 mendapat keberkatan dariNya.

1.1.3 Beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua ahli panitia diatas kecemerlangan UPSR bagi tahun 2014.

Tindakan: Makluman semua guru1.2 Perutusan Penasihat

1.2.1 Puan Maheran menyatakan kekesalan kerana mesyuarat panitia Bahasa Malaysia yang sepatutnya diadakan lebih awal terpaksa ditangguhkan beberapa kali diatas sebab-sebab tertentu.

1.2.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli panitia opsyen Bahasa Malaysia diatas lantikan sebagai AJK Panitia Bahasa Malaysia. Namun bagi guru yang bukan opsyen Bahasa Malaysia akan dipertimbangkan sekiranya ada kemasukan guru baru.Tindakan: Makluman semua guru2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1. Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia Bil 4/2014 dicadangkan pengesahannya oleh Puan Siti Zubaidah bt. Hussain dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Tindakan: Makluman semua guru

3.0 PERKARA BERBANGKIT:3.1 RPH (Rancangan Pengajaran Harian) - Pengerusi mengucapkan tahniah diatas penghasilan RPH yang baik dan mantap dan beliau berharap agar ada penambahbaikan pada masa akan datang.

- Beliau juga mengingatkan semua guru agar menghasilkan RPH berdasarkan item-item yang telah ditetapkan oleh sekolah amanah.

Tindakan: Makluman semua guru

3.2 PAT ( Peperiksaan Akhir Tahun ) - Pengerusi mengucapkan tahniah untuk peperiksaan akhir tahun yang berjalan lancar.

- Beliau juga mengingatkan agar guru-guru memperbaiki segala kekurangan pada peperiksaan pertengahan tahun nanti.Tindakan: Makluman semua guru

4.0 PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1 Pengurusan Panitia

i. Penggunaan Buku Latihan

- Tahun 1 Puan Zabedah

1- Tatabahasa

4- Karangan dan bina ayat mudah

Tahun 2 Puan Norazizah

1 Tatabahasa

1 Pemahaman

1 Penulisan

Tahun 3 Puan Zamilah

2 Tatabahasa

1 Karangan

Tahun 4 Puan Nor Hazianty

2 buku tatabahasa1 - buku pemahaman

1 - karangan/penulisan

Tahun 5 Puan Hamizan

1 tatabahasa

1 - kefahaman

1 - penulisan

Tahun 6 Puan Che Rohana

2 - tatabahasa2 - kefahaman

4 - penulisan Pengerusi turut mengingatkan semua guru agar menghabiskan semua latihan-latihan yang terdapat dalam buku aktiviti yang dibeli oleh ibu bapa.

Tindakan: Makluman semua guruii. Semakan Hasil kerja

Para guru diingatkan agar menyemak buku latihan murid secara berkala yang bertujuan untuk penambahbaikan.

Penandaan pula hendaklah menggunakan pen merah. Terdapat beberapa item yang perlu diambil kira iaitu tarikh penandaan, arahan untuk membuat pembetulan, sebab pembetulan dan juga sedikit pujian.

Setiap latihan juga hendaklah dicatatkan ke dalam borang SPSK 06/01.

Tindakan: Makluman semua guru

iii. Penggubal Soalan Peperiksaan

Semua guru telah diedarkan dengan jadual penggubal soalan.

Format bagi kertas soalan peperiksaan hendaklah menggunakan format yang digunakan sebelum ini.

Ujian prestasi 1 dan 2 hendaklah dijalankan bagi tahun empat. Soalan yang disediakan hendaklah bersesuaian.

Guru-guru penggubal soalan juga diingatkan agar patuh pada tarikh penghantaran kertas soalan kerana kertas soalan tersebut perlu diuruskan.

Jika guru-guru menghadapi sebarang masalah hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Panitia atau pun setiausaha lebih awal.

Bagi makluman semua guru kertas soalan bagi PRA UPSR 1 telah siap dan diminta guru-guru yang berkaitan membuat persediaan lebih awal.

Pengerusi juga telah memberi maklum bahawa tidak akan ada peperiksaan mata pelajaran teras pada peperiksaan akhir tahun.

Selain itu, pengerusi telah megingatkan bahawa semua muka hadapan dan format kertas soalan mestilah diselaraskan.

Tindakan: Makluman semua guruiv Carta Organisasi

Pengerusi telah menegur dan membuat penambahbaikan terhadap carta organisasi yang telah sedia ada.

Beliau mengarahkan agar susunan diselaraskan dan mengikut tahun yang diajar.

Tindakan: S/U Panitia4.2 KSSR Tahun 5 - Laporan awal disampaikan oleh Puan Hamizan selaku guru Bahasa Malaysia bagi tahun 5.

- Beliau menyatakan bahawa masih terdapat kekaburan pada minggu pertama. Ini kerana buku teks yang dibekalkan banyak berkaitan dengan kemahiran lisan dan kurang latihan untuk murid.

- Selain dari itu beliau turut memaklumkan bahawa beliau dan beberapa orang guru Bahasa Malaysia tahun 5 yang lain sedang dalam proses menyesuaikan diri. Mereka lebih suka berbincang mengenai RPH dan BBM yang akan digunakan sepanjang proses pembelajaran.

- Dalam masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa buku teks tidak dibekalkan untuk guru.

Tindakan: Makluman semua guru

4.3 Aktiviti Panitia Bahasa Malaysia

- Merujuk kepada lampiran yang diedarkan, pelancaran Bulan Bahasa akan dijalankan pada 5 Oktober 2015. Maklumat berkenaan pelancaran tersebut akan dimaklumkan pada mesyuarat panitia akan datang.

- Ketua Panitia dan Setiausaha dikehendaki berbincang dan memaklumkan dapatan perbincangan kepada Guru Besar.

- Mesyuarat juga menetapkan beberapa orang guru untuk menyelaras beberapa aktiviti panitia, iaitu:

i. Pertandingan Bercerita- Tahap 1 Puan Zamilah

- Tahap 2 Puan Che Rohana

ii. Pidato Diraja Tahap 1 tiada

Tahap 2 Puan Anita

iii. Lawatan Puan Nor Hidayahti

Cik Noor Atikhah

Guru-guru mencadangkan agar diadakan lawatan ke Istana Budaya yang dijangkakan pada bulan April.iv. Pelancaran Kempen Membaca Cik Nur Idayu

v. MBM

- Tahun 1 - Puan Azizah

- Puan Aslinda

- Tahun 2 Puan Norazizah

- Puan Siti Zauwiah

- Tahun 3 Puan Aishah Dora

- Puan Nor Athmah

- Tahun 4 Puan Najat Aishah

- Puan Nor Hazianty

- Tahun 5 Puan Hamizan

- En. Azman

- Tahun 6 akan dijalankan selepas peperiksaan UPSR.

Tindakan: Makluman semua guru

4.4 Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2014 - Seramai enam orang murid yang gagal dalam peperiksaan akhir tahun 2014 kini berada di kelas 3 Bestari. Guru yang berkenaan dikehendaki melipatgandakan usaha bagi memastikan murid tersebut tidak gagal pada peperiksaan akan datang.

- Guru yang berkenaan dikehendaki mencari bahan tahun lepas untuk menguji tahap pencapaian murid tersebut dari semasa ke semasa.

- Selain itu, seramai tujuh orang murid yang gagal pada peperiksaan akhir tahun 2014 kini berada di kelas 4 Gemilang. Guru yang berkenaan hendaklah mengambil langkah yang sepatutnya bagi meningkatkan tahap pencapaian murid tersebut.

- Pengerusi menyatakan bahawa kelas pemulihan terpaksa ditangguhkan berikutan kekurangan guru. Cikgu pemulihan iaitu Cik Juliana diarahkan agar menggantikan mata pelajaran En. Zarfan yang telah berpindah.

- Dalam masa yang sama, pengerusi turut mengarahkan agar guru yang berkenaan mengenalpasti murid yang gagal pada peperiksaan akhir tahun 2014 yang kini berada di kelas 5 Bestari.

- Manakala selaku guru Bahasa Malaysia bagi kelas 6 Karisma, Puan Hasanah dikehendaki mengenalpasti murid yang gagal untuk dibimbing.

Tindakan: Makluman semua guru

4.5 Linus - Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Panita Bahasa Malaysia kerana mendapat anugerah 100 peratus daripada PPDW.

- Penasihat juga mengucapkan tahniah diatas pencapaian yang amat membanggakan tersebut.

Tindakan: Makluman semua guru

5.0 Hal-hal lain

5.1 En. Azman

Beliau mengajar Bahasa Malaysia bagi tiga kelas. Tugasan yang agak mencabar pada tahun ini. Beliau mengambil pendekatan mengadakan banyak aktiviti dalam kelas bagi menarik perhatian murid. Beliau juga menyatakan bahawa kebanyakan murid mampu membina ayat tapi kurang gramatis.

- Guru Besar selaku penasihat mencadangkan agar pada tiga bulan pertama guru mengadakan pelbagai aktiviti menarik selain menggabung jalin dengan pelbagai subjek lain.

5.2 Cik Juliana

Beliau menyatakan bahawa beliau baru sahaja selesai menjalankan ujian diagnostik. Terdapat seramai sembilan orang murid yang menjalani ujian tersebut dan hanya seorang sahaja yang lulus. Beliau dikehendaki meneruskan latihan dan bimbingan yang sepatutnya.

5.3 Puan Zabedah

Beliau menyatakan bahawa kebanyakan murid tahun satu iaitu kelas beliau sudah mampu membatang perkataan. Disiplin murid tahun satu tersebut juga terkawal dan bagus. Beliau menetapkan bahawa murid-murid tidak dibenarkan minum atau ke tandas sewaktu guru sedang mengajar di hadapan.

5.4 Puan Azizah Beliau merupakan guru kelas bagi tahun 1 Efektif dan 1 Bestari. Beliau menyatakan bahawa latihan bacaan intensif tidak dimulakan lagi. Selain itu, beliau mencadangkan agar disediakan guru ganti bagi mata pelajaran matematik menggantikan Puan Marina yang sedang cuti bersalin.

5.5 Puan Nor Athmah 3 Gemilang dan 5 Gemilang merupakan cabaran beliau pada tahun ini. Beliau menyatakan bahawa tahun ini merupakan pertama kali mengajar tahap 1. Namun guru-guru lain sering menghulurkan bantuan. Selain itu beliau turut menyatakan bahawa masih kabur dengan KSSR bagi tahun 5.

5.6 Puan Siti Zauwiah

Beliau merupakan guru Bahasa Malaysia bagi tahun 2 Bestari. Beliau menyatakan bahawa terdapat seorang murid aktif dan beliau menggunakan pendekatan reverse psikology.

5.7 Puan Siti Zubaidah

Tahun ini beliau diamanahkan mengajar Bahasa Malaysia kepada tahun 2 Bestari. Oleh kerana murid sudah bercampur, beliau mencari kelemahan murid. Hal ini kerana murid masih dalam pembinaan ayat. Selain itu beliau mengambil pendekatan memberi ganjaran kepada murid untuk menarik perhatian.

5.8 Puan Nor Hidayahti

Beliau telah menguji murid dengan aspek pembinaan ayat. Namun murid masih melakukan kesilapan mudah seperti tanda titik dan juga penggunaan huruf kecil dan besar. Beliau mengambil pendekatan dengan memberi sticker bintang bagi menarik perhatian murid.

5.9 Puan Aslinda

Beliau pula merupakan guru Bahasa Malaysia bagi tahun 1 Gemilang. Tahun 1 masih lagi berada dalam minggu transisi. Beliau menyatakan bahawa sesetengah murid sudah boleh membaca tetapi amat perlahan. Beliau mengambil pendekatan disiplin untuk menarik perhatian murid.

5.10 Cik Nur Idayu Beliau merupakan guru Bahasa Malaysia bagi tahun 3 Intelek. Beliau menyatakan bahawa aspek tatabahasa harus ditekankan kerana murid tahun 3 tersebut agak lemah dalam aspek tatabahasa. Oleh itu beliau menggunakan sticker ganjaran bagi menarik minat murid.

5.11 Puan Nor Hazianty

Selaku guru Bahasa Malaysia bagi tahun 4 Intelek, beliau menyatakan bahawa murid menghadapi masalah dalam pembinaan karangan. Oleh itu beliau akan menekankan lagi aspek pembinaan ayat terhadap murid-murid tersebut.

5.12 Puan Aishah Dora Beliau mengajar Bahasa Malaysia bagi tahun 3 Bestari. Beliau menyatakan bahawa telah menjumpai teknik bagi menarik perhatian murid semasa proses pembelajaran.

5.13 Puan Che Rohana

Beliau merupakan guru kelas dan guru Bahasa Malaysia bagi tahun 6 Dinamik dan 6 Efektif. Bagi kelas 6 Dinamik masalah tidak ketara, namun bagi 6 Efektif terdapat beberapa masalah yang dapat dikesan. Antaranya tidak sampai separuh dari kelas menyiapkan kerja rumah yang diberi. Selain itu murid kelas tersebut agak nakal dan aktif.

5.14 Puan Anita

Walaupun beliau merupakan guru baru di SK Desa Pandan, beliau telah diamanahkan supaya mengajar Bahasa Malaysia bagi tahun 6 Gemilang dan 5 Dinamik. Beliau menyatakan sedang dalam proses mengenali murid-murid tersebut.

5.15 Puan Zamilah

Beliau merupakan guru Bahasa Malaysia bagi tahun 3 Dinamik dan 3 Efektif. Beliau menyatakan bahawa semua murid tahun 3 Dinamik dalam keadaan terkawal. Namun bagi tahun 3 Efektif terdapat seorang murid yang bermasalah iaitu Danial Irfan. Murid tersebut didapati agak mengganggu keadaan kelas tersebut semasa sesi pembelajaran sedang dijalankan.

5.16 Puan Hamizan

- Beliau merupakan guru Bahasa Malaysia bagi tahun 5 Bestari dan 5 Intelek. Beliau menyatakan bahawa tiada sebarang masalah dalam kelas 5 Bestari. Tetapi terdapat seorang murid yang bermasalah dalam kelas 5 Intelek. Murid tersebut didakwa memerlukan lebih perhatian semasa di dalam kelas.

5.17 Cik Noor Atikhah

Selaku guru Bahasa Malaysia bagi tahun 2 Intelek dan 2 Gemilang, beliau menyatakan bahawa terdapat beberapa orang murid yang didapati tiada buku tulis. Namun masalah itu telah dapat diselesaikan setelah beberapa tindakan dibuat. 5.18 Puan Hasanah

Beliau merupakan guru Bahasa Malaysia bagi tahun 6 Intelek dan 6 Bestari. Beliau menyatakan bahawa ada sesetengah murid tahun 6 Intelek yang mempunyai masalah. Keaadaan ini amat berbeza dengan murid 6 Bestari yang lebih senang dikawal.

Tindakan: Makluman semua guru

5.19 PKJR

- Pengerusi turut mengingatkan guru-guru bahawa PKJR ( Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ) hendaklah diteruskan sepanjang tahun. Aspek PKJR hendaklah dikongsikan bersama dengan waktu pembelajaran NILAM. Hendaklah dipastikan ia diajarkan pada waktu PSS yang terdapat dalam jadual.

Tindakan: Makluman semua guru

5.20 Buku Nilam

- Guru diingatkan bahawa terdapat 2 buah buku Nilam dimana satu untuk Bahasa Malaysia dan satu lagi untuk Bahasa Inggeris. Bagi proses pengumpulan maklumat di lakukan oleh guru kelas. Manakala proses semakkan dilakukan oleh guru mata pelajaran.

Tindakan: Makluman semua guru

5.21 Puan Uma Rajaretham

- Beliau memaklumkan bahawa pada hari Selasa yang lepas Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur telah datang secara mengejut bagi tujuan penyemakkan berikutan kunjungan Pengarah Jabatan pada 6 Februari 2015 yang akan datang. Beliau menekankan aspek Bilik Darjah Abad 21 iaitu kelas yang berasaskan ICT.

- Selain itu beliau memohon agar guru-guru dapat bekerjasama untuk meningkatkan prestasi Nilam sekolah. Guru-guru disarankan agar memberi rangsangan kepada murid-murid agar suka membaca.

- Beliau turut menyentuh isu berkaitan dengan kerja rumah yang dibakalkan kepada murid-murid. Guru-guru dikehendaki mencatat jikalau ada memberi kerja rumah kepada murid. Borang akan diedarkan bertujuan untuk merekodkan latihan dan kerja rumah yang diberikan kepada murid.

- Beliau turut memaklumkan bahawa pada hari Sabtu, 24 Januari 2015 akan diadakan majlis gotong-royang bilik guru. Guru-guru yang berkaitan juga hendaklah memastikan papan kenyataan panitia hendaklah dikemaskini.

Tindakan: Makluman semua guru6.0 Penutup

- Pengerusi telah menangguhkan mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia kali Pertama pada pukul 4.45 petang. Beliau berharap agar Panitia Bahasa Malaysia pada tahun ini akan terus bergerak dengan baik.

Disediakan oleh,

_______________________

( NORAZIZAH BT. ISRAPIL)

Setiausaha Panitia Bahasa Malaysia

SK Desa Pandan, KL

1Hak Cipta Terpelihara Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar & Pudu

1 Februari 2014 Keluaran 02 |Pindaan 00

9