Minit Mesyuarat Panitia Bm 2015

download Minit Mesyuarat Panitia Bm 2015

of 4

description

sekolah jenis kebangsaan minit mesyuarat

Transcript of Minit Mesyuarat Panitia Bm 2015

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 2015

Tarikh: 18 Mac 2014Hari: SelasaMasa: 8.30 pagi 10.30 PagiTempat: Bilik GerakanPengerusi: Pn. Gnammoney a/p Joseph @ Kanniah ( Guru Besar )

Kehadiran :1. PN. Gnammoney a/p Joseph@ KanniahPenasihat2 Pn. Aruna a/p ThannimalaiPenasihat Akademik3. Cik. Kala a/p Salamba DuraiSetiausaha4. Cik. Subashini a/p SatasilanGuru Akademik 5. En. Ragunathan a/lKrishnanGuru Akademik6. En. Kannan a/l ManichamGuru Akademik

Tidak hadir :1. Tiada

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua guru

1.2. Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan panitia Bahasa Melayu.Makluman: Ahli Panitia

AGENDA 2 : UCAPAN TUAN PENASIHAT

2.1.Penasihat mengalu-alukan kehadiran Cik. Kala a/p Salamba Durai selaku Ketua Panitia yang juga guru bagi menggantikan guru Bahasa Melayu yang telah berpindah sekolah.

Makluman: Ahli Panitia

2.2Mengumumkan keputusan 75% UPSR 2013 untuk matapelajaran Bahasa Melayu Pemahaman dan 50% untuk Bahasa Melayu Penulisan.

Makluman: Ahli Panitia

2.3.Berharap pada tahun ini akan berlaku peningkatan dalam mata pelajaran ini.Makluman: Ahli Panitia

2.4Menerangkan tentang dasar dan polisi Kementerian Pelajaran iaitu Program NKRA iaitu Program LINUS.

Makluman: Ahli Panitia

2.5Menekankan tentang visi dan misi sekolah pada 2015 serta usaha yang diperlukan oleh semua guru untuk menjayakannya.

AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PANITIA YANG LALU

3.1. Cik. Kala a/p Salamba Durai selaku Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu.3.2 Cik. Subashini a/p Satasilan mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh Pn. Aruna a/p Thannimalai

Makluman: Ahli Panitia

AGENDA 4 : PERKARA BERBANGKIT

Tiada

AGENDA 5 : DASAR KURIKULUM

5.1.Pengerusi menjelaskan pada tahun 2011, dasar Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan kepada murid-murid tahun 1. Pengerusi meminta guru-guru yang terlibat supaya bersiap sedia untuk pemantauan. Semua dokumen KSSR boleh dimuat naik melalui laman web www.moe.gov.my/bpk. atau kssronline.com Makluman: Ahli Panitia

5.2.Pengerusi juga menjelaskan dasar-dasar kurikulum yang sedia ada seperti PROTIM, dan, LINUS (Literasi) perlu diambil perhatian sewajarnya.Tindakan: Ahli Panitia

AGENDA 6 : RANCANGAN PELAJARAN

6.1.Pengerusi menjelaskan tentang penyediaan rancangan pelajaran tahunan (RPT), rancangan pelajaran harian (RPH) dan huraaian sukatan pelajaran (HSP) hendaklah disediakan dengan lengkap dan mengikut format yang sedia ada. Bagi tahun 1, 2 dan 3, format KSSR perlu digunakan manakala tahun 4, 5 dan 6 menggunakan format KBSR.Tindakan: Ahli Panitia

6.2.Pengerusi memberitahu bahawa HSP boleh dimuat naik melalui laman web www.moe.gov/bpk. Makluman: Ahli Panitia

6.3.Pengerusi juga mengingatkan bahawa semua dokumen perlu disediakan secepat mungkin untuk pemantauan.Tindakan: Ahli Panitia

AGENDA 7 : BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

7.1.Pengerusi menjelaskan bahawa buku Rekod Mengajar Guru pada tahun ini perlu disediakan mengikut format KSSR untuk tahun 1, 2 dan 3 manakala tahun 4, 5 dan 6 mengikut format KBSR.Tindakan: Semua Warga Sekolah7.2.Pengerusi berharap semua guru menyediakan buku Rekod Mengajar Guru sehari sebelum pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Tindakan: Semua Warga Sekolah

AGENDA 8 : PROSEDUR PEMBELIAN DAN PENGURUSAN STOK

8.1.Pengerusi menjelaskan kepada semua guru tentang prosedur pembelian dan pengurusan stok panitia.Tindakan:Semua Warga Sekolah

8.2.Pengerusi memberitahu mana-mana guru yang ingin membeli bahan bantuan mengajar hendaklah mengisi Nota Minta dan berbincang dengannya untuk persetujuan.Tindakan: Semua Warga Sekolah

AGENDA 9 : PENCERAPAN HASIL KERJA MURID

9.1.Pengerusi meminta semua guru mengadakan pencerapan kerja murid setiap minggu.Tindakan: Semua Guru

9.2.Pengerusi juga meminta semua guru memberi latihan yang lebih terutama kepada murid-murid tahun 6.Tindakan: Semua Guru

AGENDA 10 : KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

10.1.Pengerusi meminta semua guru merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) mengikut tahap murid.Tindakan: Semua Guru

10.2.Pengerusi menjelaskan bahawa penggunaan buku teks dan buku aktiviti perlu digunakan semaksimum mungkin. Walau bagaimanapun, buku kerja tambahan akan disediakan untuk tujuan P&P.Tndakan: Semua guru10.3.Pengerusi juga menjelaskan penggunaan ICT dalam P&P digalakkan bagi menarik minat murid.Tindakan: Semua guru

AGENDA 11 : HAL-HAL LAIN

12.1.Semakan buku tulis murid-murid perlu diteruskan. Tindakan: Semua guru

AGENDA 12 : UCAPAN PENANGGUHAN

13.1.Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana menyumbang idea untuk meningkatkan prestasi dan menggerakkan panitia Bahasa Melayu.13.2.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.

Disediakan oleh,

........CIK KALA A/P SALAMBA DURAISetiausaha

Disahkan oleh,

PN.GNAMMONEY A/P JOSEPHGuru Besar SJK(T) Pasir Gajah.