Minit Mesyuarat Panitia Matematik 1 (2015)

5
SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 8 (F) MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 1/2015 Tarikh : 13 Januari 2015 Masa : 1.35 petang Hari : Selasa Tempat : Bilik Mesyuarat Sk Palong 8 (F) Kehadiran : 1. En. Noor Azmee Bin Arshad (Guru Besar) 2. En. Sharif Bin Mansor (GPK 1) 3. En. Shukor Bin Ahmad (Ketua Panitia) 4. Cik Nurul Khairani Bt Kahar (Setiausaha) 5. En. Kamarudin Bin Mohamed Yassin 6. Cik Nur Azlin Bt Mohd Noor 7. En. Hadi Syamsul Bin Azmi 1. UCAPAN PENGERUSI : EN. SHUKOR BIN AHMAD (K. PANITIA) 1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru di atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua ahli panitia dalam menjayakan program panitia pada tahun lepas dan kehadiran pada mesyuarat pada kali ini. 1.2 Pengerusi juga berharap aktiviti yang dirancang pada tahun ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. Tindakan : Makluman 2. UCAPAN PENASIHAT : EN. NOOR AZMEE BIN ARSHAD (GURU BESAR) 2.1 En. Noor Azmee Bin Arshad mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat menghadirkan diri ke mesyuarat Panitia Matematik Bil. 1/2015. 2.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah berjaya mendapat peratus lulus sebanyak 97% bagi mata pelajaran Matematik dalam Peperiksaan UPSR Tahun 2014 yang lalu. Walaupun ianya menurun berbanding peratus lulus tahun lalu, Namun ianya tetap

description

VDSFS

Transcript of Minit Mesyuarat Panitia Matematik 1 (2015)

Page 1: Minit Mesyuarat Panitia Matematik 1 (2015)

SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 8 (F)

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

BIL 1/2015

Tarikh : 13 Januari 2015

Masa : 1.35 petang

Hari : Selasa

Tempat : Bilik Mesyuarat Sk Palong 8 (F)

Kehadiran :

1. En. Noor Azmee Bin Arshad (Guru Besar)2. En. Sharif Bin Mansor (GPK 1)3. En. Shukor Bin Ahmad (Ketua Panitia)4. Cik Nurul Khairani Bt Kahar (Setiausaha)5. En. Kamarudin Bin Mohamed Yassin6. Cik Nur Azlin Bt Mohd Noor7. En. Hadi Syamsul Bin Azmi

1. UCAPAN PENGERUSI : EN. SHUKOR BIN AHMAD (K. PANITIA)1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru di atas kerjasama

yang telah diberikan oleh semua ahli panitia dalam menjayakan program panitia pada tahun lepas dan kehadiran pada mesyuarat pada kali ini.

1.2 Pengerusi juga berharap aktiviti yang dirancang pada tahun ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya.

Tindakan : Makluman

2. UCAPAN PENASIHAT : EN. NOOR AZMEE BIN ARSHAD (GURU BESAR)2.1 En. Noor Azmee Bin Arshad mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat

menghadirkan diri ke mesyuarat Panitia Matematik Bil. 1/2015.2.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah berjaya mendapat peratus

lulus sebanyak 97% bagi mata pelajaran Matematik dalam Peperiksaan UPSR Tahun 2014 yang lalu. Walaupun ianya menurun berbanding peratus lulus tahun lalu, Namun ianya tetap boleh dibanggakan.Beliau berharap pada tahun ini, peratus lulus bagi mata

Page 2: Minit Mesyuarat Panitia Matematik 1 (2015)

pelajaran Matematik dapat dilonjakkan semula kepada 100% bagi menyamai pencapaian pada tahun 2013 yang lalu.

2.3 Beliau juga berharap agar semua ahli panitia dapat merancang dan melaksanakan program yang berkesan untuk membantu dalam pembelajaran murid pada tahun ini dan mengekalkan peratus lulus dalam UPSR pada tahun 2015.

Tindakan : Makluman3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1 En. Kamarudin mencadangkan agar minit mesyuarat yang lepas disahkan dan disokong oleh Cik Nururl Khairani.

4. PERKARA BERBANGKIT4.1 Tiada

5. PERKARA YANG DIBINCANGKAN

5.1 TOV Tahun 20145.1.1 TOV mata pelajaran matematik bagi setiap kelas hendaklah dibuat berdasarkan

markah Peperiksaan Akhir Tahun 2013. Bagi memudahkan guru, guru boleh membuka Sistem SAPS untuk mengisikan TOV murid-murid.

5.1.2 TOV hendaklah disediakan dalam tiga salinan. Salinan pertama ditampal di dalam buku rekod guru, salinan kedua di tampal di dalam kelas yang di ajar dan salinan ketiga disimpan di dalam dokumen panitia Matematik.

5.1.3 TOV yang dibuat hanya melibatkan murid-murid Tahun 5 dan 6 sahaja memandangkan Tahun 1, 2, 3 dan 4 terlibat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Tindakan : Semua Guru Matematik

5.2 KSSR5.2.1 Bagi guru yang terlibat dalam pengajaran KSSR, satu fail mata pelajaran perlu

diwujudkan dan sentiasa dikemaskini.5.2.2 Semasa pengajaran dilaksanakan, evidens yang digunakan perlu disimpan ke

dalam fail perkembangan murid dan evidens tersebut perlu berdasarkan standard prestasi yang telah diberikan.

5.2.3 Setiap guru mata pelajaran diingatkan supaya menyediakan rekod transit bagi setiap kelas yang di ajar dan merekodkannya setelah membuat penilaian ke atas murid-murid. Rekod transit tersebut perlu disimpan bagi memudahkan guru-guru membuat rujukkan ketika ingin mengisi data tersebut ke dalam sistem SPPBS atau untuk tujuan pemantauan.

Page 3: Minit Mesyuarat Panitia Matematik 1 (2015)

5.2.4 Pengerusi memaklumkan bahawa sistem SPPBS belum lagi dibuka untuk tahun 2014 dan dijangkakan akan di buka pada bulan April 2014 berdasarkan surat pemberitahuan yang diterima.

5.2.5 Pengerusi meminta semua ahli panitia dapat melaksanakan pengajaran berdasarkan Kurikulum KSSR dan melaksanakan PBS sepanjang masa.

Tindakan : Guru KSSR5.3 Huraian Sukatan / Rancangan Tahunan dan cara penulisan RPH

5.3.1 Pengerusi memaklumkan kepada ahli panitia bahawa Huraian Sukatan dan Rancangan Tahunan telah dikumpulkan dalam fail panitia. Guru boleh mengambilnya di dalam fail dan perlu dipulangkan kembali.

5.3.2 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian pada tahun ini sebulat suara dipersetujui di tulis di dalam Bahasa Melayu sepenuhnya yang melibatkan Tahun 1 sehingga Tahun 6.

5.3.3 Format Pernulisan Rancangan Pengajaran Harian bagi tahun 1, 2, 3 dan 4 perlu mengikut format KSSR, manakala bagi tahun 5 dan 6 adalah mengikut format penulisan KBSR.

5.3.4 Penulisan refleksi pengajaran perlu ditulis selepas sesuatu pengajaran dilaksanakan pada ruangan refleksi di dalam buku RPH.

Cadangan penulisan – 20/30 orang murid dapat menjawab 10/20 soalan latihan dengan betul

Tindakan : Semua guru Matematik

5.4 Perancangan Tahunan Panitia Matematik5.4.1 Mesyuarat Panitia dilaksanakan sekurang-kurangya empat kali setahun.5.4.2 Mengadakan minggu Matematik dalam setahun.5.4.3 Mengadakan program Bijak Sifir sepanjang tahun.5.4.4 Menganjurkan Bengkel Matematik bagi Murid Tahun 6 sebelum Peperiksaan

UPSR.5.4.5 Rancangan Tahunan Panitia Tahun 2014 (Sila rujuk lampiran)5.4.6 Pengerusi berharap agar perancangan tahunan dapat dijalankan dengan lancar.5.4.7 Pencerapan Pentadbir dan Ketua panitia serta pemeriksaan buku latihan akan

dijalankan dan jadual pencerpan akan diedarkan kepada ahli panitia secepat mungkin.

Tindakan : Semua guru Matematik

5.5 Pencapaian UPSR 20135.5.1 Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru matematik di atas

pencapaian yang membanggakan kerana Peratus Lulus mata pelajaran Matematik pada tahun 2013 ialah 100% . Kejayaan yang dicapai adalah berkat usaha dan

Page 4: Minit Mesyuarat Panitia Matematik 1 (2015)

kerjasama yang jitu dikalangan guru-guru dan berharap usaha yang baik ini diteruskan pada tahun ini.

5.5.2 Pengerusi memaklumkan bahawa Peratus lulus untuk tahun 2014 ialah 100% iaitu mengekalkan pencapaian pada tahun 2013.

Tindakan : Semua guru Matematik

5.6 LINUS5.6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat 8 orang murid tahun 2 Wira yang

belum menguasai kemahiran Numerasi dan 3 orang murid tahun 3 Satria yang masih belum menguasai kemahiran Numerasi. Pengerusi berharap murid ini dapat dibantu oleh guru yang mengajar murid tersebut. Bagi murid Tahun 1, mereka belum dikenalpasti lagi sehingga mereka selesai menduduki ujian saringan LINUS 1 kelak yang dijangkakan bermula pada bulan Mac.

5.6.2 Pengerusi berharap murid LINUS yang berada pada tahun 3 pada tahun ini dapat di pulihkan sepenuhnya bagi mencapai 100% murid menguasai kemahiran Numerasi pada penghujung tahun 2013.

5.6.3 Pengerusi juga meminta guru yang mengajar murid LINUS dapat menulis dalam RPH masing-masing aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas.

5.6.4 Meminta guru meneruskan penggunaaan BBB semasa PdP dan menggunakan modul yang dibekalkan semasa pengajaran LINUS.

Tindakan : Guru LINUS

5.7 PROTIM5.7.1 PROTIM pada tahun ini akan dilaksanakan berdasarkan instrumen yang akan

dibekalkan oleh KPM serta meminta guru mengikut prosedur kerja yang akan ditetapkan oleh KPM.

Tindakan : Guru PROTIM

5.8 Angaran Perbelanjaan5.8.1 Alat-alat yang masih diperlukan adalah seperti blok pecahan, kad nombor, wang

contoh. Alat penimbang, jam dan tali pengukur.

Tindakan : Ketua Panitia

5.9 Hal-Hal Lain5.9.1 En. Kamarudin memaklumkan bahawa sistem SPPBS pada tahun 2013 tidak

dapat diakses dengan baik dan menyukarkan guru-guru mengisi data pencapaian murid terutama di akhir sesi persekolahan. Beliau berharap masalah ini dapat di

Page 5: Minit Mesyuarat Panitia Matematik 1 (2015)

atasi bagi memudahkan guru mengisi data dan tidak membebankan guru-guru untuk membuka sistem tersebut pada lewat malam.

5.9.2 Pengerusi berharap semua ahli panitia dapat bekerjasama dan berganding bahu untuk membantu murid-murid dalam mata pelajaran dan seterusnya meningkatkan pencapaian mata pelajaran Matematik dikalangan murid-murid Sk Palong 8 (F) pada tahun ini.

5.9.3 Guru Besar berharap agar prestasi Matematik terutamanya UPSR pada tahun 2014 dapat dikekalkan dan meningkatkan pencapaian Matematik murid-murid yang lain pada tahun ini.

Tindakan : Semua guru Matematik

6. UCAPAN PENANGGUHAN6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:00 petang.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

……………………… …………………….(Cik Nurul Khairani Bt Kahar) (En. Shukor Bin Ahmad)Setiausaha Panitia Matematik Ketua Panitia MatematikSk Palong 8 (F) Sk Palong 8(F)

Disemak Oleh :

……………………(En. Sharif Bin Mansor)

GPK Kurikulum Sk Palong 8 (F)