Minit Mesyuarat Panitia MT

7
SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKEK 72200 BATU KIKIR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS LAPORAN MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA SESI 2015 TARIKH : 8 JANUARI 2015 HARI : KHAMIS MASA : 10.00 – 11.00 PAGI TEMPAT : BILIK GERAKAN AGENDA : 1. Ucapan guru Penolong Kanan HEM 2. Ucapan Pengerusi Panitia 3. Jadual Waktu Matematik 4. Organisasi terkini Panitia Matematik 5. Huraian Sukatan dan Rancangan Pelajaran Tahunan 6. Sasaran Murid 7. Perancangan Program / Aktiviti 8. Hal-hal lain 9. Penangguhan Kehadiran : 1. Puan Norazuma Bt Mohd Norwi

description

panitia

Transcript of Minit Mesyuarat Panitia MT

Page 1: Minit Mesyuarat Panitia MT

SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKEK

72200 BATU KIKIR

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

LAPORAN MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA SESI 2015

TARIKH : 8 JANUARI 2015

HARI : KHAMIS

MASA : 10.00 – 11.00 PAGI

TEMPAT : BILIK GERAKAN

AGENDA :

1. Ucapan guru Penolong Kanan HEM2. Ucapan Pengerusi Panitia3. Jadual Waktu Matematik4. Organisasi terkini Panitia Matematik5. Huraian Sukatan dan Rancangan Pelajaran Tahunan6. Sasaran Murid7. Perancangan Program / Aktiviti8. Hal-hal lain9. Penangguhan

Kehadiran :

1. Puan Norazuma Bt Mohd Norwi2. En. Mohd Hafizuddin Bin Dzulkapli

Page 2: Minit Mesyuarat Panitia MT

1. Ucapan Guru Penolong Kanan HEM (Pn. Norazuma Bt Norwi)

1.1 Puan GPK Hem mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang dapat hadir dalam mesyuarat Panitia kali pertama pada tahun ini.

1.2 Puan GPK HEM memaklumkan bahawa Panitia Matematik akan diketuai oleh guru baru yang baru berpindah iaitu En. Mohd Hafizuddin bagi menggantikan beliau sebelum ini.

1.3 Beliau juga berharap agar mesyuarat kali pertama ini dapat berjalan dengan lancer serta apa yang dirancangkan dapat membantu dalam peningkatan kemajuan sekolah

1.4 Setiap guru yang mengajar perlu menyiapkan analisa serta target bagi tahun ini

1.5 Guru yang mengajar subjek matematik digalakkan untuk mengenalpasti murid yang mempunyai masalah dalam mata pelajaran matematik dan cuba mencari cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

1.6 Beliau memaklumkan agar guru matematik merujuk kepada fail panitia bagi mendapat maklumat mengenai program serta akviti yang ingin dijalankan pada tahun ini.

1.7 Puan GPK HEM mengingatkan agar menyediakan dan menghantar RPT sebelum 30/1/2015.

1.8 Beliau turut memaklumkan sukatan pelajaran tahunan boleh didapati dalam simpanan Panitia Matematik bagi memudahkan pdp di dalam kelas.

1.9 Sebelum beliau mengakhiri ucapan, beliau turut memaklumkan pencapaian bagi tahun 2014 ialah 100% lulus.

2. Ucapan Pengerusi (Ketua Panitia)

2.1 En. Mohd hafizuddin berterima kasih kepada GPK Hem atas kata aluan itu tadi. Beliau mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan pihak sekolah melantik beliau sebagai Ketua panitia yang baru.

2.2 Beliau berharap apa yang bakal dirancang pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mengharapkan keputusan Matematik pada tahun ini lebih baik pada peringkat UPSR serta ujian tahunan bagi setiap tahun.

Tindakan : Ketua Panitia

& Guru Matematik

Page 3: Minit Mesyuarat Panitia MT

3. Jadual Waktu Guru Matematik 2015

Tahun 1 : En. Mohd hafizuddin bin Dzulkapli

Tahun 2 : En. Mohd hafizuddin bin Dzulkapli

Tahun 3 : En. Mohd hafizuddin bin Dzulkapli

Tahun 4 : Puan Norazuma bt Mohd Norwi

Tahun 5 : Puan Norazuma bt Mohd Norwi

Tahun 6 : Puan Norazuma bt Mohd Norwi

Tindakan : Guru matematik

4. Organisasi Panitia Matematik 2015

Penasihat : Encik Misran bin Alimin

Pengerusi : Puan Norazuma bt Mohd Norwi

Ketua panitia : Encik Mohd Hafizuddin bin Dzulkapli

AJK : 1. Puan SIti Hadjar bt Hassan

2. Encik Muhammad Azim bin Muhamad

Tindakan : Makluman semua

5. Huraian Sukatan dan Rancangan Pengajaran Tahunan

5.1 Pengerusi memaklumkan segala bahan serta ABM yang ditinggalkan oleh guru terdahulu boleh mendapatkannya dengan Puan Rugayah (Lets Count).

5.2 beliau juga turut memaklumkan huraian sukatan boleh didapati dalam fail Panitia dan berharap guru-guru dapat memanfaatkan bahan yang telah disediakan.

Tindakan : Makluman semua

6. Sasaran murid

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang bertungkus lumus dalam meningkatkan prestasi murid terutamanya mata pelajaran Matematik pada peringkat UPSR pada tahun lalu.

6.2 Beliau berharap agar sasaran tahun ini dapat dikekalkan memandangkan keputusan tahun lalu murid UPSR mencapai 100% lulus.

Page 4: Minit Mesyuarat Panitia MT

6.3 Bagi tahun 2015, beliau mengaharapkan agar banyak aktiviti dapat dijalankan bagi meningkatkan prestasi murid menjelang UPSR pada tahun ini.

Tindakan : Guru Matematik

7. Perancangan program / Aktiviti panitia matematik 2015

7.1 Puan GPK HEM berharap agar buku Cepat Kira dapat difotostat dan diagihkan kepada murid secepat mungkin. Beliau mencadangkan agar setiap kali guru masuk ke kelas, guru akan mengarahkan murid untuk membaca sifir. Inilah sebagai rutin bagi murid-murid Tahun 6.

7.2 Beliau turut mencadangkan agar Aktiviti hafalan Sifir dijalankan di dalam kelas terutamanya setelah murid menyiapkan kerja sekolah yang telah dieberikan oleh guru.

7.3 Pada tahun ini, beberapa bengkel teknik menjawap soalan matematik akan diadakan bagi memberi pendedahan kepada murid kaedah menjawap UPSR dengan cara yang mudah dan tepat.

7.4 Penyediaan Modul akan dibuat bagi memudahkan murid serta guru membuat latihan latih tubi yang disediakan.hal ini dapat meningkat kemahiran guru seta murid dalam menjawap soalann yang disediakan.

7.5 Protim akan dilaksanakan, guru yang terlibat dapat bersedia dan murid akan diuji dengan diberi ujian khas.

7.6 Hari Khamis merupakan hari bagi mata pelajaran matematik, guru yang bertugas pada minggu tersebut digalakkan untuk menjalankan aktivi falan sifir dan bacaan sifir di tapak perhimpunan.

7.7 Beliau turut berpesan agar tahun ini LINUS dapat dikurangkan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Oleh yang demikian, guru yang mengajar dapat memberikan perhatian yang lebih kemahiran murid yang kurang mahir dalam penguasasaan subjek matematik.

Tindakan : Guru Matematik

8. Hal-hal lain

8.1 Bagi Tahap 1, murid-murid akan menggunakan buku petak-petak yang bersaiz besar. Seterusnya, setelah memasuki pertengahan tahu, murid digalakkan untuk menggunakan buku petak sederhana.

8.2 Bagi Tahap 2, murid dikehendaki untuk menggunakan buku petak kecil.

8.3 Laporan daripada Cikgu Pra bagi subjek matematik Tahun 2014 menyatakan murid perlu diberi lebih bimbingan. Lets Count sangat berguna kerana murid diberi peluang untuk mengira

Page 5: Minit Mesyuarat Panitia MT

8.4 Laporan dari guru Pemulihan memaklumkan bagi murid Tahun 3, murid-murid yang dikategorikan sebagai pemulihan adalah seramai 4 orang (Muna, Asnizam, Aqila, dan Amirul)

8.5 Beliau juga turut menyatakan bahawa murid pemulihan bahi Tahun 2 ialah Hafizan, Wong dan Aijal. Hafizan seringkali tidak hadir ke sekolah. Guru digalakkan untuk menggunakan ABM ketika mengajar dan SISC+ akan datang bagi memantau dan membantu guru dalam Pdp.

Tindakan : Guru Matematik

9. Penangguhan

9.1 Mesyuarat panitia matematik ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.

Tindakan : Makluman semua

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

……………………………… ………………………………………….

(Encik Mohd Hafizuddin bin Dzulkapli)

Ketua Panitia Matematik SK Tengkek 2015