Mt Assgment - Copy
description
Transcript of Mt Assgment - Copy
PENGENALAN
Difinisi isipadu cecair adalah merujuk kepada kandungan sesuatu yang
berbentuk cecair yang terdapat dalam sesuatu bekas atau alat penyukat
cecair yang digunakan dalam bentuk piawai yang sebenar ataupun tidak.
Biasanya cecair akan mengikut bentuk yang digunakan untuk diisi cecair
tersebut. Kandungan cecair boleh disukat dengan menggunakan alat bukan
piawai sebenar dan alat piawai sebenar. Cecair boleh disukat di dalam
sesuatu bekas contohnya dengan menggunakan botol, baldi, cawan, gelas,
dan sebagainya. Bahan yang dinyatakan adalah tiada ukuran piawai. Cecair
yang disukat dalam alat penyukat iaitu mengikut unit piawai adalah
menggunakan tabung uji, silinder penyukat, bikar penyukat dan sebagainya.
Alat bukan piawai sebenar biasanya hanya boleh dibandingan seperti isipadu
yang lebih atau kurang. Alat piawai sebenar pula ialah penggunaan sistem
metrik iaitu menggunakan sukatan mililiter ( ml) ataupun liter (l).Contoh cecair
ialah seperti air,minyak,raksa dan sebagainya.
1
1.) Penganggaran isipadu air dengan menggunakan unit bukan piawai
Tujuan: Menganggar isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai
Hasil pembelajaran: Di akhir pembelajaran, murid boleh menganggar isipadu air dengan menggunakan unit bukan piawai.
Bahan bantu Mengajar: Bekas yang pelbagai bentuk seperti cawan, mangkuk, botol mineral dan cawan.
Langkah-langkah:
1. Guru membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan dan setiap
kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli.
2. Setiap kumpulan hendaklah mempunyai seorang ketua kumpulan, seorang
pengadil, dua orang pemain dan seorang pencatat.
3. Murid-murid membantu guru menyediakan bekas-bekas yang dipenuhi
dengan isipadu cecair mengikut stesen-stesen yang ditetapkan.
4. Guru mengadakan pertandingan meneka bilangan sukatan gelas air yang
diperlukan bagi setiap bekas yang dipenuhi dengan isipadu cecair.
5. Pemain A dan pemain B hendaklah membuat tekaan terhadap bilangan
sukatan sudu berdasarkan isipadu cecair yang ada dalam bekas-bekas
itu.
6. Pencatat hendaklah merekodkan jawapan yang diberikan oleh kedua-dua
pemain tersebut.
2
7. Selepas itu, setiap ketua kumpulan diminta untuk menyukat bilangan
sukatan gelas yang diperlukan dan pencatat akan merekodkan jawapan
ke dalam kad tugasan.
8. Bilangan paling banyak bagi jawapan yang betul atau paling dekat dikira
sebagai pemenang.
9. Guru sebagai pembimbing.
10. Guru membuat kesimpulan.
BEKAS-BEKAS GELAS MANGKUK BOTOL MINERAL CAWAN
ANGGARAN
Jadual 1
Penutup:
Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, pelajar-pelajar dapat menganggar
bilangan sukatan gelas air yang diperlukan bagi memenuhi penuh setiap
bekas yang berlainan saiz. Selain itu, menyedari bahawa isipadu cecair boleh
dianggar dengan menggunakan pelbagai bekas yang tidak standard seperti
gelas.
3
Isipadu cecair ialah jumlah ruang yang diisi dalam sebuah bekas. Satu ciri
cecair
yang penting ialah isipadunya tetap tidak berubah walaupun bentuk bekasnya
berubah.
Unit bukan piawai untuk isipadu cecair ialah sebarang ukuran isipadu
abitrari yang digunakan sebagai unit. Contoh biasa bekas yang digunakan
adalah sudu, cawan, mangkuk, dan baldi.
Unit piawai isipadu cecair diterima di peringkat antarabangsa. Contohnya
liter, gelen, pint dan kuart. Unit-unit seperti gelen, pint dan kuart alah unit
Imperial untuk isipadu cecair manakala millimeter dan liter adalah unit metrik.
2) Pengukuran isipadu air dengan menggunakan unit bukan piawai.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur dan
membandingkan isipadu cecair dengan
perbandingan secara langsung menggunakan unit
bukan piawai dengan betul.
Bahan Bantu Mengajar : Bekas yang pelbagai bentuk dan saiz seperti cawan,
gelas, mangkuk, botol air mineral dan sebaldi air.
gelas mangkuk botol mineral
sebadi air
4
Cawan
Langkah-langkah :
1.) Bahagikan murid kepada tiga kumpulan di mana setiap kumpulan disertai
murid yang mempunyai pencapaian yang tinggi dan pencapaian yang
rendah supaya mereka dapat menjalankan kerja secara pembelajaran
koperatif.
2.) Lantik ketua dalam kumpulan untuk mengetuai kumpulan tersebut dalam
membuat aktiviti.
3.) Lantik seorang pencatat dari setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan
ukuran isipadu kumpulan masing-masing.
4.) Guru mengagihkan 4 set bekas ( gelas, mangkuk, botol mineral dan
cawan )yang berbeza kepada murid mengikut kumpulan.
5.) Mula - mula guru minta murid mengisi segelas air dari baldi ke dalam
setiap bekas dan membuat perbandingan.
6.) Kemudian setiap kumpulan akan merekod bilangan gelas air yang diisi ke
dalam setiap bekas sehingga penuh.( dalam jadual 1)
7.) Guru membimbing murid membuat anggaran bilangan kuantiti gelas berisi
air ke dalam bekas. Ini termasuk sukatan kosong,setengah, lebih, kurang,
penuh.
Bil Bekas Bilangan gelas yang diperlukan untuk
memenuhi penuh bekas
1. Gelas 2
2. Mangkuk 4
3. Botol Mineral 6
4. Cawan 3
5
Penutup:
Untuk aktiviti ini bilangan gelas yang diisi ke dalam bekas akan
menentukan isipadu air bekas tersebut. Bekas yang besar akan lebih banyak
air / kuantiti gelas. Walaubagaimanapun yang paling penting ialah kuantiti /
6
sukatan air yang sama akan kelihatan berbeza jika saiz bekas tidak sama.
3.) Penganggaran isipadu air dengan menggunakan unit piawai
Hasil pembelajaran: Di akhir pembelajaran, murid boleh menganggar isipadu air cecair dengan menggunakan unit piawai dengan betul.
Bahan bantu mengajar: silinder penyukat, jug, botol mineral, cawan
Langkah-langkah:
1.) Murid-murid diberi penerangan mengenai penggunaan istilah milliliter dan
simbol yang diguna pakai iaitu ml.
2.) Murid-murid seterusnya ditanya mengenai kepentingan tajuk cecair dan
isipadu dalam kehidupan harian.
3.) Guru menunjukkan peralatan yang akan digunakan untuk menyukat cecair
dan isipadu iaitu silinder penyukat.
4.) Murid diberi penerangan bagaimana untuk membaca sukatan air yang
sebenar serta kedudukan mata yang betul.
5.) Guru membahagikan pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan kecil.
6.) Guru mengehadkan setiap kumpulan mengandungi 4 dan 5 orang.
7.) Guru melantik seorang dalam setiap kumpulan sebagai ketua dan
seorang pencatat
8.) Setiap kumpulan akan diberikan satu set bekas yang berlainan saiz .
7
9.) Pelajar diminta menganggar isipadu air (mililiter) dalam setiap bekas.
Bil Bekas Anggaran isipadu air ( mililiter)
1. Jug
2. Botol mineral
3. Cawan
4. Tin cola
8
4) . Pengukuran isipadu air dengan menggunakan unit piawai
Hasil Pembelajaran :Di akhir pembelajaran, murid boleh menyukat isipadu
cecair dengan menggunakan unit piawai dengan betul
iaitu milliliter.
Bahan bantu Mengajar : Bekas berbeza saiz seperti , jug , botol mineral, tin
cola, gelas dan sebaldi air, lembaran kerja dan
silinder penyukat.
Silinder Penyukat Jug botol mineral gelas tin cola Sebaldi air
Langkah-langkah:
1.) Murid diperkenalkan dengan alat-alat penyukat isipadu yang mempunyai
senggatan untuk menyukat bacaan isipadu cecair.
9
2.) Bahagikan murid kepada tiga kumpulan di mana setiap kumpulan disertai
murid yang mempunyai pencapaian yang tinggi dan pencapaian yang
rendah supaya mereka dapat menjalankan kerja secara pembelajaran
koperatif
3.) Lantik seorang pencatat dari setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan
sukatan isipadu air .
4.) Guru mengagihkan setiap kumpulan dengan empat bekas yang berlainan
saiz, sebaldi air serta 2 silinder penyukat masing - masing dalam unit
mililiter.
5.) Setiap kumpulan dikehendaki mengisi penuh setiap bekas dengan air.
6.) Kemudian menyukat isipadu air dalam setiap bekas dengan menuang air
ke dalam silinder penyukat.
7.) Guru membimbing murid untuk menyukat isipadu air di dalam silinder
penyukat yang mempunyai unit mililiter
8.) Seorang ahli dalam setiap kumpulan dilantik untuk merekodkan
keputusan bacaan isipadu air yang telah diambil.
9.) Setiap kumpulan mencatat bacaan isipadu air pada setiap bekas pada
jadual 2 di bawah.
Jadual 2:
10
Bil Bekas Isipadu air (mililiter)1 Jug 20002 Botol Mineral 10003 Cawan 7004 Tin cola 500
Jadual 2:
Bekas Isipadu air dalam bekas (mililiter)
11
Penutup:
Untuk aktiviti ini murid dapat menganggar dan menyukat isipadu cecair
menggunakan unit metrik iaitu mililiter serta dapat membanding bezakan
sukatan isipadu cecair dalam bekas yang berlainan. Contohnya, jug,botol
mineral, cawan dan tin cola. Milimeter ialah unit metrik bagi isipadu cecair dan
1 mililiter bersamaan dengan 0.001 liter. Walaubagaimanapun yang paling
penting ialah kuantiti / sukatan air yang sama akan kelihatan berbeza jika saiz
bekas tidak sama. Ini akan dapat diketahui murid jika mereka menggunakan
sukatan mililiter seperti silinder penyukat.
12
13
REFLEKSI
Isipadu cecair ialah jumlah ruang yang diisi dalam sebuah bekas. Satu ciri
cecair yang penting ialah isipadunya tetap tidak berubah walaupun bentuk
bekasnya berubah. Unit bukan piawai untuk isipadu cecair ialah sebarang
ukuran isipadu abitrari yang digunakan sebagai unit. Contoh biasa bekas
yang digunakan adalah sudu, cawan, mangkuk, dan baldi. Unit piawai isipadu
cecair diterima di peringkat antarabangsa. Contohnya, liter gelen, pint dan
kuart. Unit-unit seperti gelen, pint dan kuart adalah unit imperial untuk isipadu
cecair manakala millimeter dan liter adalah unit metrik.
Masalah peggunaan unit bukan piawai dalam aktiviti menyukat air ialah
kekeliruan atau kesalahan konsep dikalangan murid akan timbul. Pelajar-
pelajar dalam kumpulan umur ini biasanya pernah mendengar atau
menggunakan istilah-istilah yang berkaitan dengan isipadu cecair seperti
‘lebih banyak’, ‘sedikit’, ‘sama’ atau ‘kurang’ apabila diminta untuk mengukur
isipadu cecair. Mereka biasanya masih tidak dapat membezakan isipadu
cecair di dalam dua bekas yang berbeza saiz atau bentuk. Pelajar-pelajar
akan membuat perbandingan dengan menggunakan ‘tinggi’ atau ‘rendah’ bagi
menunjukkan banyaknya isipadu cecair di dalam sesuatu bekas dan
bukannya membandingkannya dari segi kandungan cecair di dalam bekas
tersebut. Pelajar-pelajar akan membuat andaian bahawa paras air yang lebih
tinggi adalah lebih banyak isipadunya berbanding kandungan air di dalam
bekas yang lebih rendah. Selain itu, sesentengah murid kurang memahami
bagaimana menyukat isipadu air dengan menggunakan unit bukan piawai
keranan ia bukan ditatifkan oleh antarabangasa.
Sebaliknya, menerusi aktiviti menyukat isipadu air dalam unit piawai murid
dapat mencatat dan membaca isipadu cecair dengan tepat dan cepat. Hal ini
14
demikian kerana terdapat alat penyukat isipadu air yang ditakrifkan di
peringkat antarabangsa iaitu silinder penyukat. Contohnya, apabila murid-
murid menuangkan air ke dalam bekas yang berlainan iaitu silinder penyukat (
milimiter), mereka akan terus mendapat bacaan isipadu air sebenar. Selain
itu, dengan adanya unit piawai sebagai penyukat isipadu air, murid-murid
dapat menyukat isipadu air menggunakan unit metrik iaitu millimeter serta
dapat membandingkanbezakan sukatan isipadu cecair dalam bekas yang
berlainan. Bukan itu sahaja, selepas menggunakan silinder peyukat untuk
menyukat isipadu cecair, murid dapat mengetahui bahawa sukatan isipadu air
yang sama akan kelihatan berbeza jika saiz bekas tidak sama. Tambahan
pula, pengunaan unit piawai dalam menyukat isipadu air dapat mengelakkan
masalah yang berkaitan dengan penggunaan unit yang berbeza dan juga
membolehkan analisis dan perbandingan data yang berbeza menjadi lebih
mudah kerana unit yang sama digunakan. Contohnya, kami menggunakan
silinder penyukat untuk menyukat isipadu air dalam gelas yang berlainan.
Pengukuran isipadu cecair yang betul adalah amat penting untuk setiap
daripada kita kerana diseluruh kehidupan kita kelak, kita akan dikelilingi
dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan kita membuat sukatan yang telah
ditetapkan untuk membolehkan kita menjayakan sesuatu aktiviti yang bakal
kita lakukan itu kelak. Antara aktiviti tersebut ialah, mengukur kandungan
cecair ubatan yang telah ditetapkan oleh doktor untuk pesakit mereka,
membuat sukatan air yang betul untuk memasak samaada masakan biasa
ataupun kek mahupun kuih, mengukur kandungan cecair-cecair lain yang
sering digunakan didalam kehidupan seharian kita seperti air, minyak, cat
dan banyak lagi. Kesemua ini menuntut kita memiliki asas yang kukuh
bagaimana untuk mengukur isipadu cecair dengan tepat
15
Rujukan
Booker, G. Boon, D, Briggs, J. Davey G. (1998). Teaching primary
mathematics. 2nd ed. Sydney: Longman.
Panel Hisab (1980). Panduan Mengajar Timbang dan Sukat (dalam Sistem
Metrik) untuk Sekolah-sekolah Rendah. Pusat Perkembangan
Kurikulum: Kuala Lumpur.
Sufian Hussin (1993). Pengajaran Matematik KBSR. Strategi Membina
Kemahiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Williams, M.E. (1975). Come and Measure –Capasity. London: Macmillan.
Measurements & Conversions. Diakses pada 8 September 2014 dari
http://www.tedmontgomery.com/convrsns/index.html
Maintaining Affiliation with NCTM (2014). Diakses pada 8 September 2014
dari http://www.nctm.org/resources/content.aspx?id=1138
16