Minit mesyuarat pendidikan jasmani dan kesihatan

6
MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN SK FAKEH ABD SAMAD, 25150 KUANTAN PAHANG. BIL 1/ 2015 TARIKH : 19.1.2015 MASA : 1.30 tengahari TEMPAT : Pusat Sumber Sekolah KEHADIRAN : 1. En. Zulkifli bin Ismail 2. En. Jasmani bin Enjah 3. En. Noradzan bin Eskandar 4. En. Khairul mizan bin Marob 5. En. Nazerin bin Husan 6. En. Mohd Fadlee bin Mohd Zubri 7. Pn. Saifatul Nurul Zaima binti Abdul Gehani 8. Pn. Junaidah binti Mohamad 1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan terima kasih atas kehadiran semua AJK Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. 1.2 AJK dimaklumkan agar meningkatkan lebih usaha dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran. 2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PEND. JASMANI DAN KESIHATAN BIL. 1/2014 2.1 Minit mesyuarat Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Bil. 1/2014 telah disahkan tanpa pindaan .

Transcript of Minit mesyuarat pendidikan jasmani dan kesihatan

Page 1: Minit mesyuarat pendidikan jasmani dan kesihatan

MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

SK FAKEH ABD SAMAD, 25150 KUANTAN PAHANG.

BIL 1/ 2015

TARIKH : 19.1.2015

MASA : 1.30 tengahari

TEMPAT : Pusat Sumber Sekolah

KEHADIRAN :

1. En. Zulkifli bin Ismail

2. En. Jasmani bin Enjah

3. En. Noradzan bin Eskandar

4. En. Khairul mizan bin Marob

5. En. Nazerin bin Husan

6. En. Mohd Fadlee bin Mohd Zubri

7. Pn. Saifatul Nurul Zaima binti Abdul Gehani

8. Pn. Junaidah binti Mohamad

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan terima kasih atas kehadiran semua AJK

Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

1.2 AJK dimaklumkan agar meningkatkan lebih usaha dalam meningkatkan kualiti

proses pengajaran dan pembelajaran.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PEND. JASMANI DAN KESIHATAN BIL. 1/2014

2.1 Minit mesyuarat Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Bil. 1/2014 telah disahkan

tanpa pindaan .

Pencadang : Pn Junaidah binti Mohamad

Penyokong : En Nazerin bin Husan

3 ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN.

3.1 Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentakisran ( DSKP ) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ).

Page 2: Minit mesyuarat pendidikan jasmani dan kesihatan

3.1.1 Semua guru tahun 1 hingga tahun 5 diminta muat turun DSKP sendiri di

Laman web BPK.

3.1.2 Guru-guru tahun 6 yang mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

diminta menggunakan sukatan KBSR.

3.2 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani.

3.2.1 RPH mestilah berdasarkan DSKP . Aktiviti yang dirancang hendakah

berfokuskan kepada murid dan mesti ada penilaian daripada guru.

3.3 Rancagan Pengajaran Harian Pendidikan Kesihatan.

3.3.1 Semua guru diminta merujuk atau memuat turun RPH di lama Web BPK.

3.4 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ).

3.4.1 Program segak berfokuskan kepada murid tahap 2 terutama yang

mengalami obesiti.

3.4.2 Program SEGAK akan dilaksanakan pada 18.4.2015 untuk tahun 4 ,

25.4.2015 untuk tahun 5 dan 8.5.2015 untuk tahun 6 .

3.5 Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ).

3.5.1 semua guru hendaklah merujuk buku teks untuk membuat PBS.

Penilaian boleh dibuat bila-bila masa.

3.6 Penilaian ( Peperiksaan ).

3.6.1 Pada tahun 2015, pembahagian markah untuk pendidikan jasmani akan

dipecahkan kepada 50% peperiksaan dan 50% dipadang, manakala

pendidikan kesihatan pula 100 % peperiksaan. Penggubal soalan diminta

menghantar satu salinan beserta dengan skema jawapan kepada KP dan

SU peperiksaan.

Page 3: Minit mesyuarat pendidikan jasmani dan kesihatan

3.7 Stor, peralatan dan keceriaan.

3.7.1 Pada tahun ini, En Azwandi ditugaskan untuk menjaga stor

sukan. Semua peralatan yang akan digunakan akan direkodkan

oleh beliau di dalam buku yang disediakan.

3.7.2 Semua guru mestilah mengutamakan keselamatan semasa

mengambil peralatan di dalam stor sukan. Pastikan guru

mengiringi murid semasa mengambil dan menghantar peralatan

stor sukan. Hanya 2 orang murid sahaja yang boleh mengambil

dan menghantar alatan .

3.7.3 Semua guru hendaklah memastikan peralatan suka disimpan

dengan baik dan ditempat yang sepatutnya setelah digunakan.

3.8 Pakaian semasa Pendidikan Jasmani.3.8.1 Semua guru dan murid diminta memakai pakaian sukan yang lengkap

ssemasa proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Jasmani di

padang.

4 HAL-HAL LAIN

4.1 Pembinaan soalan peperiksaan bagi pertengahan tahun dan akhir tahun

perlu diagihkan dan dibincangkan bersama guru mengikut aliran.

4.2 Semua guru boleh memohon untuk membeli barang atau peralatan PJK.

Jumlah Peruntukan belum dimaklumkan .

5 PENANGGUHAN MESYUARAT

5.1 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada pukul 2.15 petang dengan

ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.

Disediakan oleh , Disemak oleh ,

………………………………………… ……………………………………

( PN SAIFATUL NURUL ZAIMA BT ABD. GEHANI) ( EN ZULKIFLI BIN ISMAIL )

Setiausaha, Ketua panitia,

Panitia Pend. Jasmani dan kesihatan. Panitia Pend.Jasmani dan kesihatan,

SK Fakeh Abd Samad, Kuantan. SK Fakeh Abd Samad, Kuantan

Page 4: Minit mesyuarat pendidikan jasmani dan kesihatan
Page 5: Minit mesyuarat pendidikan jasmani dan kesihatan