MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
SK FAKEH ABD SAMAD, 25150 KUANTAN PAHANG.
BIL 1/ 2015
TARIKH : 19.1.2015
MASA : 1.30 tengahari
TEMPAT : Pusat Sumber Sekolah
KEHADIRAN :
1. En. Zulkifli bin Ismail
2. En. Jasmani bin Enjah
3. En. Noradzan bin Eskandar
4. En. Khairul mizan bin Marob
5. En. Nazerin bin Husan
6. En. Mohd Fadlee bin Mohd Zubri
7. Pn. Saifatul Nurul Zaima binti Abdul Gehani
8. Pn. Junaidah binti Mohamad
1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan terima kasih atas kehadiran semua AJK
Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
1.2 AJK dimaklumkan agar meningkatkan lebih usaha dalam meningkatkan kualiti
proses pengajaran dan pembelajaran.
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PEND. JASMANI DAN KESIHATAN BIL. 1/2014
2.1 Minit mesyuarat Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Bil. 1/2014 telah disahkan
tanpa pindaan .
Pencadang : Pn Junaidah binti Mohamad
Penyokong : En Nazerin bin Husan
3 ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN.
3.1 Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentakisran ( DSKP ) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ).
3.1.1 Semua guru tahun 1 hingga tahun 5 diminta muat turun DSKP sendiri di
Laman web BPK.
3.1.2 Guru-guru tahun 6 yang mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
diminta menggunakan sukatan KBSR.
3.2 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani.
3.2.1 RPH mestilah berdasarkan DSKP . Aktiviti yang dirancang hendakah
berfokuskan kepada murid dan mesti ada penilaian daripada guru.
3.3 Rancagan Pengajaran Harian Pendidikan Kesihatan.
3.3.1 Semua guru diminta merujuk atau memuat turun RPH di lama Web BPK.
3.4 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ).
3.4.1 Program segak berfokuskan kepada murid tahap 2 terutama yang
mengalami obesiti.
3.4.2 Program SEGAK akan dilaksanakan pada 18.4.2015 untuk tahun 4 ,
25.4.2015 untuk tahun 5 dan 8.5.2015 untuk tahun 6 .
3.5 Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ).
3.5.1 semua guru hendaklah merujuk buku teks untuk membuat PBS.
Penilaian boleh dibuat bila-bila masa.
3.6 Penilaian ( Peperiksaan ).
3.6.1 Pada tahun 2015, pembahagian markah untuk pendidikan jasmani akan
dipecahkan kepada 50% peperiksaan dan 50% dipadang, manakala
pendidikan kesihatan pula 100 % peperiksaan. Penggubal soalan diminta
menghantar satu salinan beserta dengan skema jawapan kepada KP dan
SU peperiksaan.
3.7 Stor, peralatan dan keceriaan.
3.7.1 Pada tahun ini, En Azwandi ditugaskan untuk menjaga stor
sukan. Semua peralatan yang akan digunakan akan direkodkan
oleh beliau di dalam buku yang disediakan.
3.7.2 Semua guru mestilah mengutamakan keselamatan semasa
mengambil peralatan di dalam stor sukan. Pastikan guru
mengiringi murid semasa mengambil dan menghantar peralatan
stor sukan. Hanya 2 orang murid sahaja yang boleh mengambil
dan menghantar alatan .
3.7.3 Semua guru hendaklah memastikan peralatan suka disimpan
dengan baik dan ditempat yang sepatutnya setelah digunakan.
3.8 Pakaian semasa Pendidikan Jasmani.3.8.1 Semua guru dan murid diminta memakai pakaian sukan yang lengkap
ssemasa proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Jasmani di
padang.
4 HAL-HAL LAIN
4.1 Pembinaan soalan peperiksaan bagi pertengahan tahun dan akhir tahun
perlu diagihkan dan dibincangkan bersama guru mengikut aliran.
4.2 Semua guru boleh memohon untuk membeli barang atau peralatan PJK.
Jumlah Peruntukan belum dimaklumkan .
5 PENANGGUHAN MESYUARAT
5.1 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada pukul 2.15 petang dengan
ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.
Disediakan oleh , Disemak oleh ,
………………………………………… ……………………………………
( PN SAIFATUL NURUL ZAIMA BT ABD. GEHANI) ( EN ZULKIFLI BIN ISMAIL )
Setiausaha, Ketua panitia,
Panitia Pend. Jasmani dan kesihatan. Panitia Pend.Jasmani dan kesihatan,
SK Fakeh Abd Samad, Kuantan. SK Fakeh Abd Samad, Kuantan
Top Related