Minit Mesyuarat Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2013

download Minit Mesyuarat Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2013

of 5

Transcript of Minit Mesyuarat Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2013

  • 7/27/2019 Minit Mesyuarat Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2013

    1/5

    Minit Mesyuarat Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2013

    Tarikh : 18 March 2013

    Hari : Isnin

    Masa : 2 petang

    Tempat : Perpustakaan sekolah

    KEHADIRAN :

    1. Encik Mahmud Bin Sahmat

    2. Cik Norhaiza bt Hasbullah

    3. Pn. Roshasliza bt Che Husin

    4. Pn. Zariani bt Zahari

    5. Pn. Sharifah Napisah

    6. Encik Sabri b. Nor

    7. En. Muhammad Khairi b. Sahmat

    8. Pn. Koriaty bt. Talep

    9. Pn. Masayu bt. Mohamed

    10.Pn. Celina Stephen11.Pn. Bidah Mued

    12.Pn. Norlia bt. Ghani

    13.Pn. Lucy Neow

    14.Pn. Malini Ebot

    15.Pn. Norashikin bt. Mohd Bohari

    16.En. Massen b. Lamat

    17.En. Awangku Zainal Abidin

    18.Pn. Saroja Bell

    19.Pn. Huda bt. Muhammad

    20.Cik Norsyukriah bt. Kamaruddin

    21.Pn. Pirick ak Gere

    22.Pn. Qutrunnnada bt. Dzulkifli

  • 7/27/2019 Minit Mesyuarat Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2013

    2/5

    AGENDA

    1. Ucapan Alu-Aluan

    1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh En Mahmud B. Sahmat selaku Penolong

    Kanan Kokurikulum SK St. Teresa. Beliau mengucapkan terima kasih

    kepada semua yang hadir di dalam mesyuarat ini. Beliau mengingatkan

    supaya guru-guru yang terlibat dapat memberi kerjasama untuk program

    ini.

    1.2 Beliau menyerahkan mesyuarat ini untuk dikendalikan oleh Cik Norhaiza

    binti Hasbullah selaku Ketua Projek perkhemahan unit beruniform

    peringkat sekolah Sk. St Teresa 2013.

    1.3 Cik Norhaiza Hasbullah menerangkan perancangan pekhemahan.

    Kemudian membahagikan tugasan jawatankuasa kepada guru-guru.

    2. Pemilihan Peserta

    2.1 Peserta dipilih hanya 40 orang murid yang aktif daripada Persatuan

    Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah, Tunas Kadet Remaja

    Sekolah dan Tunas Puteri.

    2.2 Ianya dipilih berdasarkan kepada jawatan yang dipegang dan

    kehadiran murid.

    2.3 Setiap Unit beruniform harus memilih hanya 10 orang murid yang terdiri

    daripada murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja.

    2.4 Guru penasihat setiap unit beruniform harus menghantar nama peserta

    yang dipilih kepada setiausaha Pn. Zariani Zahari sebelum atau pada 20

    March 2013.

  • 7/27/2019 Minit Mesyuarat Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2013

    3/5

    3. Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

    3.1 Pengerusi meminta cadangan daripada guru untuk aktiviti LDK. En.

    Massen bin Lamat telah mencadangkan supaya membuat aktiviti

    membina logo kumpulan. Beliau mencadangkan supaya logo yang dibina

    oleh setiap kumpulan mestilah dilukis pada bendera dan diwarnakan.

    Setiap ahli kumpulan harus sentiasa membawa logo ini kemana sahaja

    mereka pergi sebagai lambang atau identiti kumpulan mereka.

    3.2 Pn. Malini Ebot pula mencadangkan supaya diadakan aktiviti bertajuk

    Siapa Saya dalam aktiviti ice breaking. Aktiviti ini meminta semua

    peserta berdiri dan membuat lingkaran. Setiap peserta diminta untuk

    memperkenalkan nama dan satu hal lain mengenai dirinya dalam

    bentuk kalimat pendek (tidak boleh lebih dr enam perkataan).

    4. Pertandingan yang akan dilaksanakan pada hari perkhemahan

    4.1 Pengerusi meminta cadangan daripada ahli jawatankuasa untuk

    mengutarakan pendapat mengenai pertandingan yang akan

    dillaksanakan pada hari perkhemahan.

    4.2 Pn. Roshasliza bt Che. Husin mencadangkan supaya diadakan

    pertandingan Pencarian Harta Karun. Pertandingan ini menuntut

    para peserta bergerak dari satu tempat kepada satu tempat iaitu melalui

    checkpoint-checkpoint yang telah ditetapkan. Pada setiap

    checkpointjuga para peserta diuji dengan diminta menjawab beberapa

    soalan yang dikemukakan. Kumpulan yang dapat menjawab soalan

    dapat mengumpul mata dan boleh bergerak ke checkpoint yang lain

    sehingga berakhir ke checkpoint yang terakhir.

  • 7/27/2019 Minit Mesyuarat Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2013

    4/5

    4.3 Pn. Dara bt Sebi pula mencadangkan supaya diadakan pertandingan

    memasak.

    4.4 Cadangan ini disokong oleh Pn. Saroja Bell dan diputuskan sebulat suara

    oleh ahli mesyuarat.

    5. Hal-Hal Lain

    5.1 En. Masen menguruskan tentang peminjaman khemah peserta.

    5.2 Pn. Anna Sibon bersedia untuk mencari bahan-bahan pertandingan

    masakan dan hadiah peserta.

    5.3 Keselamatan peserta turut dibincangkan. Pelan sokongan seperti

    penyediaan ubat dicadangkan oleh Pn. Huda bin Mohammad.

    6. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5 petang.

    Disediakan oleh : Disahkan oleh:

    . ..

    (ZARIANI BINTI ZAHARI) (CIK NORHAIZA BINTI HASBULLAH)

    Setiausaha, Ketua Projek,

    Perkhemahan Unit Beruniform, Perkhemahan Unit Beruniform,

    Sk St. Teresa. Sk st. Teresa

  • 7/27/2019 Minit Mesyuarat Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2013

    5/5