Minit Mesyuarat Pj 1

4
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT LATIFF MUAR, 83600 JOHOR MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI KALI KEDUA 2015 Tarikh : 6 April 2015 Hari : Isnin Masa : 8.30 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat KEHADIRAN: 1. Pn Hjh Faridah Binti Saripan 2. Pn Siti Hawa binti Ramlee 3. En Amir Asyraf bin Muhammad Saat 4. Pn Ruslina binti Miskan 1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih serta mengalu- alukan kehadiran guru-guru pada mesyuarat kali ini. 2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT 2.1 Minit mesyuarat sebelum ni diterima dan disahkan dengan sebulat suara. 3.0 AGENDA BARU 3.1 SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 3.1.1 Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah diasingkan mengikut pecahan waktu yang telah ditetapkan. 1

description

minit

Transcript of Minit Mesyuarat Pj 1

Page 1: Minit Mesyuarat Pj 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT LATIFF MUAR, 83600 JOHOR

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI KALI KEDUA 2015

Tarikh : 6 April 2015Hari : IsninMasa : 8.30 pagiTempat : Bilik Mesyuarat

KEHADIRAN:

1. Pn Hjh Faridah Binti Saripan2. Pn Siti Hawa binti Ramlee3. En Amir Asyraf bin Muhammad Saat4. Pn Ruslina binti Miskan

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran

guru-guru pada mesyuarat kali ini.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat sebelum ni diterima dan disahkan dengan sebulat suara.

3.0 AGENDA BARU

3.1 SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

3.1.1 Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah diasingkan mengikut pecahan waktu yang telah ditetapkan.

3.1.2 Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah dipisahkan menjadi Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

3.1.3 Agihan waktu Pendidikan Jasmani 2 kali seminggu dijalankan selama 30 minit setiap waktu.

3.1.4 Masa Pendidikan Jasmani tidak boleh ditukarkan kepada Pendidikan Kesihatan dan tidak boleh digunakan untuk mengajar subjek lain.

Tindakan: Semua guru PJ

1

Page 2: Minit Mesyuarat Pj 1

3.2 RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI3.2.1 Puan Siti Hawa menerangkan tentang rancangan pengajaran

harian (RPH) yang perlu dibuat setiap guru. Cara penulisan RPH perlulah selaras bagi tujuan penyelarasan apabila dipantau pihak atasan. Bagi tahun 6 rancangan pengajaran masih sama iaitu menggunakan format KBSR seperti tahun sebelumnya. Manakala bagi tahun 1, 2 , 3, 4 dan 5 menggunakan format baru iaitu KSSR.

3.2.2 Bagi rancangan pengajaran untuk tahun 1, 2 ,3 ,4 dan 5 terdapat perbezaan sedikit kerana telah menggunakan sukatan pelajaran baru iaitu Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR).

3.2.3 Puan Siti Hawa telah menerangkan serba sedikit tentang rancangan pengajaran harian KSSR dengan menunjukkan beberapa contoh.

3.2.4 Puan Siti Hawa juga menerangkan bahawa rancangan pengajaran harian untuk KSSR mempunyai standart kandungan, pembelajaran, elemen EMK dan refleksi hendaklah jelas serta teliti dan beberapa penekanan elemen iaitu keusahwanan.

Tindakan: Semua guru PJ

3.3 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH4.3.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah untuk Subjek Pendidikan

Jasmani masih belum mendapat apa-apa maklumat daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Puan Siti Hawa memaklumkan jika ada maklumat tentang PBS, beliau akan maklumkan kepada guru-guru secepat mungkin.

Tindakan: Makluman

3.4 SEGAK

3.4.1 Ujian SEGAK kali pertama akan dijalankan pada bulan Mac dan kali kedua akan dijalankan mulai bulan Ogos.

Tindakan: Ketua Panitia dan guru PJK Tahap 2

4.0 HAL-HAL LAIN

4.1 Bilik PJ perlulah dikunci sentiasa dan guru yang ingin menggunakan alatan perlulah berjumpa dengan Ketua Panitia, Setiausaha Sukan atau pihak pentadbiran.

4.2 Guru hendaklah mengiringi murid semasa mengambil dan menghantar alatan PJ.

4.3 Pakaian bagi guru PJK perlulah berpakaian sukan sewaktu menjalani aktiviti PJ sama ada guru lelaki atau guru perempuan.

2

Page 3: Minit Mesyuarat Pj 1

4.4 Selesai sahaja aktiviti PJK, pastikan alatan PJ disusun kemas dan teratur.

Tindakan: Semua guru PJ

5.0 UCAPAN PENANGGUHAN

5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi dengan bacaan surah Al-Asr.

Disedia oleh

_______________________(En Amir Asyraf bin Muhammad Saat)Setiausaha Panitia PJSK Parit Latiff

Disemak oleh

______________________(Siti Hawa Binti Ramlee)Ketua Panitia PJSK Parit Latiff

Disah oleh

_______________________(Pn Hjh Sainah Binti Puniran)Guru BesarSk Parit Latiff

3