Minit Mesyuarat Sejarah 2 2011 (2003) New

download Minit Mesyuarat Sejarah 2 2011 (2003) New

of 7

Transcript of Minit Mesyuarat Sejarah 2 2011 (2003) New

  • 8/6/2019 Minit Mesyuarat Sejarah 2 2011 (2003) New

    1/7

    SMK TUN MUTAHIR75350 BATU BERENDAM, MELAKA

    Bil 2/2011

    _____________________________________________________________________________________________

    MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI KEDUA

    Tarikh : 26 April 2011Tempat : Perpustakaan SekolahMasa : 1.15 Petang

    KEHADIRAN :

    1. Pn. Kok Ah Cheng ( Ketua Panitia)

    2. E. Ghafar Bin Yahya ( GPK HEM)3. En. Muhammad Izuan Bin Rejab ( Setiausaha )4. En. Chua Kai Huat5. Cik Azizi @ Nor Azizi Bt. Mahmood6. Pn. Pang Fuie Shee7. Pn. Nur Eleeza Bt. Amir8. Cik Noorazrina Ruhaida Idyanti Bt. Zorkornaini9. Cik Nur Fadiah Bt. Muhammad

    TIDAK HADIR :

    1. Cik Siti Norhanes Bt. Zailani -Urusan di Jabatan Pelajaran Melaka

    2. Cik Sadiah Bt. Kamar -

    URUSETIA :

    1. En. Muhammad Izuan Bin Rejab ( Pencatat )

  • 8/6/2019 Minit Mesyuarat Sejarah 2 2011 (2003) New

    2/7

    AGENDA MESYUARAT

    1.0 Ucapan Tuan Pengerusi

    Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan semuaahli panitia.

    2.0 Ucapan GKMP Sains Sosial dan Kemanusiaan

    Pengerusi mewakili pihak Pn. Lim Lay Neo selaku GKMP Kemanusiaan menyampaikanpesanan yang telah dititipkan untuk semua ahli panitia. Pn. Lim Lay Neo meminta agarmenghidupkan kembali KRA dan KPI serta Kad Laporan. Kad Laporan Panitiamerupakan satu cara mengukur pencapaian panitia. Beliau juga menyatakan bahawaPCG tidak boleh digunakan untuk makan dan minum pegawai tetapi dalam hal ini bolehdigunakan wang SUWA. Beliau juga mengingatkan guru subjek Sejarah Tingkatan 4 dan

    5 wajib lulus dan kemungkinan besar akan bermula dengan format baru iaitumempunyai 3 kertas. KBSM akan ditukar menjadi KSSM dan berkemungkinan semuaguru Sejarah akan mengikuti kursus. Beliau juga mengatakan yang sukatan pelajaranSejarah SPM akan ditukar pada tahun 2017 manakala PMR akan dimansuhkan padatahun 2014. Oleh itu, PBS wajib dimulai dari Tingkatan 1.

    Tindakan : Ketua Panitia & Guru-Guru Sejarah

    3.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Pertama 2011

    3.1 Pencadang : En.Chua Kai HuatPenyokong : Cik Azizi @ Nor Azizi Bt. Mahmood

    4.0: Bangkitan Minit Mesyuarat Kali Pertama 2011

    4.1 Cik Azizi@ Nor Azizi Bt. Mahmood membangkitkan perkara 6.2.4 iaitu memintapenjelasan sama ada bengkel teknik menjawab soalan masih ingin dibuatataupun tidak. Pengerusi memaklumkan bahawa program ini telah dibuat padabulan Mac yang lalu bagi peringkat PMR dan SPM tetapi untuk peringkat SPMakan dibuat sekali lagi iaitu sasarannya bulan September.

    Tindakan : Ketua Panitia Sejarah

    4.2 En. Chua Kai Huat membangkitkan perkara 6.2.5 iaitu meminta agar ProgramKembara Sejarah digabungkan dengan Projek Pendidikan Sivik danKewarganegaraan tetapi tidak dipersetujui oleh pengerusi kerana kertas kerjabagi projek Sejarah sudah dibuat dengan sasarannya melibatkan pelajarTingkatan 3 dan akan dilaksanakan pada bulan Jun.

    Tindakan : Ketua Panitia & Guru Tingkatan Tiga

    4.3 Melalui perkara 6.5.2, Pengerusi mengingatkan guru-guru Sejarah yangmencetak (fotostat) nota dan latihan di luar sekolah mesti mengemukakan resit.Pengerusi memaklumkan bahawa koleksi soalan sejarah bagi Tingkatan 3 dan 5akan disediakan.

    2

  • 8/6/2019 Minit Mesyuarat Sejarah 2 2011 (2003) New

    3/7

    Tindakan : Ketua Panitia

    4.4 Pengerusi membangkitkan perkara 7.1 iaitu beliau menjelaskan bahawa komiksejarah telah diserahkan kepada penyelaras Tingkatan 1. Bagi pembahagianmarkah dalam peperiksaan, beliau mengatakan 90% akan bergantung kepada

    peperiksaan manakala 10% lagi berdasarkan folio. Pengerusi mengutarakanrasa kurang berpuas hati dengan target Qnet sejarah tingkatan 3 tahun inikerana semasa pelajar di Tingkatan 2, terdapat guru Sejarah yang memberimarkah folio terlalu tinggi. Bagi perkara 7.3, Pengerusi mengatakanbahawa naskah contoh kertas model telah diberi kepada En. Ghafar B. Yahya.

    Tindakan : Ketua Panitia & Guru-Guru Sejarah

    5.0 : Analisis Keputusan SPM 2010

    5.1 Analisis dan Post Mortem Peperiksaan SPM 2010Pengerusi memaklumkan bahawa target Qnet pada 2010 dapat dicapai.

    Terdapat perubahan apabila peningkatan dari segi kualiti dan kualiti. Bilangan Atelah meningkat iaitu dari 7 orang pada tahun 2009 kepada 29 orang pelajarpada tahun 2010. Kualiti juga meningkat iaitu daripada GPMP 7.76 pada tahun2009 meningkat kepada 6.67 pada tahun 2010.Butiran lanjut berdasarkan jadual di bawah :

    Analisis Post Mortem Keputusan SPM 2010-Matapelajaran Sejarah

    TAH

    UN

    JUM.

    AMB

    IL

    CEMERLANG KEPUJIAN LULUS GAGAL

    GPM

    P

    BE

    ZAA+ A A-

    Ju

    m.

    % B+ B C+ C

    Ju

    m.

    % D E

    Ju

    m.

    % G

    Ju

    m.

    %

    200

    9

    258 0 2 5 7

    2.

    7

    5 7

    1

    2

    2

    1

    45

    1

    7.

    4

    2

    4

    4

    4

    68

    2

    6.

    4

    1

    3

    8

    6

    5

    3.

    5

    7.7

    6

    1.0

    9

    201

    0

    269 4

    1

    2

    1

    3

    29

    1

    0.

    8

    1

    4

    1

    7

    1

    9

    2

    2

    72

    2

    6.

    8

    3

    4

    2

    6

    60

    2

    2.

    3

    1

    0

    8

    4

    4

    0.

    1

    6.6

    7

    Peningkatan dari segi kualiti

    Gred Purata Sejarah 2009 = 7.76Gred Purata Sejarah 2010 = 6.67Beza GP = +1.09

    Peningkatan dari segi kuantiti

    Peratus lulus Sejarah 2009 = 46.5%Peratus lulus Sejarah 2010 = 59.9%Beza Peratus = +13.4%

    3

  • 8/6/2019 Minit Mesyuarat Sejarah 2 2011 (2003) New

    4/7

    Analisis :-

    A. Kekuatan1. Latih tubi intensif yang lebih banyak dan terancang.2. Kelas tambahan dilakukan bermula bulan Februari hingga September.3. Latih tubi soalan-soalan peperiksaan percubaan dari negeri lain.4. Guru yang mengajar adalah guru opsyen Sejarah.5. Ceramah teknik menjawab soalan telah dijalankan dalam bulan Mac dan Oktober.

    B. Kelemahan1. Penguasaan Bahasa Melayu sangat lemah dalam kalangan pelajar kelas hujung seperti 5K1,

    5K2, 5K3, 5K4 dan 5PD terutamanya pelajar bukan Melayu.2. Masalah ponteng kelas dan ponteng sekolah.3. Pelajar kurang minat terhadap matapelajaran Sejarah kerana menganggapnya tidak

    mempunyai nilai komersial.

    C. Strategi Untuk Meningkatkan Pencapaian1. Menghabiskan sukatan pelajaran selewat-lewatnya pada bulan Ogos.2. Memberi latih tubi terancang berdasarkan tajuk-tajuk kecil.3. Mengadakan kelas tambahan.4. Mengadakan ceramah teknik menjawab soalan.5. Memberi soalan peperiksaan percubaan SPM negeri lain sebagai latih tubi tambahan.6. Melaksanakan program Qnet untuk memupuk minat pelajar terhadap Sejarah seperti :

    i. Memberi nota dalam bentuk peta minda kepada pelajar supaya nota menjadi lebih menarik,ringkas dan padat.

    ii.Memberi ganjaran kepada pelajar cemerlang untuk meningkatkan kualiti. Tindakan : Semua Guru Sejarah6.0 Analisis Ujian Berkala 1

    Jadual keputusan Ujian Berkala 1 2011

    TKN.CEMERLANG LULUS GAGAL

    Bil.(org)

    %Bil.

    (org)%

    Bil.(org)

    %

    1 9 3.95 71 31.15 148 64.91

    2 3 1.18 88 34.65 163 64.17

    3 13 4.1 96 30.28 208 65.62

    4

  • 8/6/2019 Minit Mesyuarat Sejarah 2 2011 (2003) New

    5/7

    4 18 6.48 74 23.04 186 66.91

    5 23 9.95 76 32.91 132 57.14

    6.1 Tingakatan 1Cik Nur Fadiah Bt. Muhammad menjelaskan bahawa terdapat sedikitkemerosotan dari segi pencapaian. Hal ini disebabkan masalah disiplin pelajaryang kerap ponteng kelas dan tidak mendengar apa yang diajar oleh guru.Pengerusi meminta agar dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sejarah didalam kelas menggunakan peta konsep yang memudahkan pemahaman pelajar.

    Tindakan : Cik Nur Fadiah Bt. Muhammad & Penyelaras Tingkatan

    6.2 Tingkatan 2Pn. Nur Eleeza Bt. Amir menjelaskan bahawa kebanyakan pelajar kurangmemahami isi pelajaran yang disampaikan di samping kurang fasih berbahasaMelayu. Hal ini mendorong kepada ketidakpekaan terhadap pelajaran yangdisampaikan oleh guru. Pengerusi mencadangkan agar banyak latihan difotostatsupaya pelajar dapat meningkatkan pemahaman terhadap pelajaran.

    Tindakan : Pn. Nur Eleeza Bt. Amir & Penyelaras Tingkatan

    6.3 Tingkatan 3En. Muhammad Izuan Bin Rejab menjelaskan bahawa kebanyakan pelajarkurang penghayatan terhadap matapelajaran ni. Pelajar kurang bersedia danditambah dengan masalah tidak memahami dan kurang fasih berbahasa Melayu.Pengerusi mencadangkan sama seperti yang diperkatakan untuk Tingkatan 2.

    Tindakan : En. Muhammad Izuan Bin Rejab

    6.4 Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

    En.Chua Kai Huat memaklumkan pelajar SPM kekurangan modul pembelajaran.

    Oleh itu, beliau mencadangkan agar duit PCG digunakan untuk mendapatkansemua modul untuk pelajar khususnya bagi pelajar Tingkatan 5. Selain itu, beliau

    juga meminta panitia menyediakan kertas jawapan untuk melatih pelajarmenjawab soalan esei. Soalan-soalan peperiksaan 5 tahun yang lepas bolehdigunakan oleh pelajar dan guru dalam sesi perbincangan. En. Ghafar Bin Yahyaakan memberikan soalaon-soalan esei untuk digunakan oleh pelajar.

    Tindakan : Pn. Kok Ah Cheng & En. Ghafar Bin Yahya

    7.0 Program Qnet Tingkatan 1 hingga 5Semua penyelaras tingkatan sudah menetapkan sasaran Qnet. Berikut merupakanjadual yang menunjukkan sasaran Qnet bagi tahun 2011 :

    Tkn. Sasaran Sekolah Sasaran Panitia PenyelarasCemerlang Lulus Harapan Cemerlang Lulus Harapan

    1 24 115 88 41 181 14Cik Siti Norhanes

    Bt. Zailani

    228 135 100 47 200 16

    Cik Noorazrina RuhaidaIdyanti

    334 161 125 58 243 19

    En. Muhammad IzuanBin Rejab

    4 21 263 17 45 172 65 Cik Azizi @ Nor Azizi

    5

  • 8/6/2019 Minit Mesyuarat Sejarah 2 2011 (2003) New

    6/7

    Bt. Mahmood

    517 208 14 38 146 55

    Cik Sadiah Bt. Kamar

    Tindakan : Semua Guru Sejarah

    8.0 Laporan Kewangan

    8.1 Pembentangan Laporan Kewangan Suku Pertama oleh Pengerusi. Pengerusimemaklumkan bahawa sumber kewangan PCG sejumlah RM 3326.00. Namun,setakat bulan April, perbelanjaan hanya digunakan sebanyak RM 290 keranaperuntukan tahun 2011 baru diterima pada bulan Mac. Pengerusi memaklumkan

    juga bahawa sekiranya guru-guru sejarah membeli sesuatu peralatan ataumencetak nota dan latihan pembelajaran boleh merujuk kepada beliau.Pengerusi menjelaskan bahawa segala alatan bantu mengajar seperti penmarker dan refil sudah ditempah tetapi masih dalam proses penerimaan.

    Tindakan : Ketua Panitia & Guru-Guru Sejarah

    9.0 Hal-Hal Lain

    Perkembangan Staf

    9.1 Taklimat PBS Sejarah PMRRujuk lampiran di belakang.Tindakan : Semua Guru Sejarah Tingkatan 1,2 & 3

    9.2 Pembentangan Kertas Kerja Program PanitiaPn. Pang Fuie Shee membentangkan Program Panitia iaitu lawatan sambilbelajar. Dalam hal ini, sasaran pelajar ditumpukan kepada pelajarsejarah kelas yang agak cemerlang. Pengerusi meminta Cik Azizi @ Nor AziziBt. Mahmood menyediakan borang kebenaran ibu bapa untuk diagihkan kepadapelajar-pelajar yang terlibat dalam program tersebut manakala En. MuhammadIzuan Bin Rejab ditugaskan untuk mengawal disiplin dan keselamatan pelajar.

    Tindakan :Cik Azizi @ Nor Azizi Bte Mahmood,

    En. Muhammad Izuan Bin Rejab &Ketua Panitia Sejarah

    9.3 Guru yang menyediakan kertas soalan ujian dan peperiksaan harus memberikansatu salinan jawapan kepada guru matapelajaran pada hari ujian ataupeperiksaan. Pengerusi juga mengingatkan bahawa JSU wajib dibuat dananalisis item juga perlu dibuat bagi tiga kelas pertama setiap tingkatan.

    Tindakan : Semua Guru Sejarah

    6

  • 8/6/2019 Minit Mesyuarat Sejarah 2 2011 (2003) New

    7/7

    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.50 petang.

    Disediakan oleh :

    Muhammad Izuan Bin RejabSetiausaha Panitia Sejarah

    29 April 2011

    7