Minit Mesyuarat Unit Ict Kali Pertama Tahun 2014

6
MINIT MESYUARAT UNIT ICT KALI PERTAMA TAHUN 2014 TARIKH : 18/03/2014 MASA : 02:30 P.M TEMPAT : BILIK SEMINAR KEHADIRAN: En Ahmad bin Abu Bakar Tn Hj Azlan bin Ngah Pn Hjh Wan Nooriman bt Wan Jaafar Pn Noraini bt Ghani Pn Hjh Hasnorlida bt Haron Pn Rajni bt Razik Pn Hjh Wan Faridah bt Mohd Noor En Rusli bin Mat Nor Pn Marnizal bt Mad Rani Pn Noriah bt Mamat Pn Zuzana bt Mamat Pn Rozita bt Musa Pn Jalilahwati bt Jalil Pn Ruhayuwati bt Ali AGENDA: 1. Kata-kata aluan Pengetua (Pengerusi Unit ICT) 1.1. Tuan Pengetua selaku Pengerusi unit ICT meminta ahli mesyuarat membaca ummul kitab sebagai pembuka cara dan mengucapkan selamat datang kepada semua AJK yang hadir ke mesyuarat unit ICT buat kali pertama tahun 2014. Semoga mesyuarat boleh berjalan dengan lancer dan sempurna. Tindakan: makluman 2. Ucapan GPK Pentadbiran (Naib Pengerusi)

description

Jom Meeting

Transcript of Minit Mesyuarat Unit Ict Kali Pertama Tahun 2014

MINIT MESYUARAT UNIT ICT KALI PERTAMA TAHUN 2014

TARIKH: 18/03/2014MASA: 02:30 P.MTEMPAT: BILIK SEMINAR

KEHADIRAN:En Ahmad bin Abu BakarTn Hj Azlan bin NgahPn Hjh Wan Nooriman bt Wan JaafarPn Noraini bt GhaniPn Hjh Hasnorlida bt HaronPn Rajni bt RazikPn Hjh Wan Faridah bt Mohd NoorEn Rusli bin Mat NorPn Marnizal bt Mad RaniPn Noriah bt MamatPn Zuzana bt MamatPn Rozita bt MusaPn Jalilahwati bt JalilPn Ruhayuwati bt Ali

AGENDA:1. Kata-kata aluan Pengetua (Pengerusi Unit ICT)

1.1. Tuan Pengetua selaku Pengerusi unit ICT meminta ahli mesyuarat membaca ummul kitab sebagai pembuka cara dan mengucapkan selamat datang kepada semua AJK yang hadir ke mesyuarat unit ICT buat kali pertama tahun 2014. Semoga mesyuarat boleh berjalan dengan lancer dan sempurna.

Tindakan: makluman

2. Ucapan GPK Pentadbiran (Naib Pengerusi)

2.1. En Ahmad mengucapkan tahniah kepada semua AJK kerana dapat menjalankan tugas dengan cemerlang dan makmal ICT dalam keadaan ceria dan bersih sepanjang tahun 2013.2.2. En Ahmad menjelaskan bebanan unit ICT semakin kurang kerana dengan kehadiran EIO baru Cik Nurul Suaidah binti Saidi yg boleh berperanan sebagai juruteknik komputer.Tindakan: makluman

3. Ucapan Guru Penyelaras

3.1. Penyelaras memaklumkan bahawa sekolah telah mewujudkan bilik akses/Pusat akses sebagai tambahan tempat mendapatkan maklumat dan membuat kerja kursus pelajar hasil daripada komputer di makmal komputer yang telah dilupuskan.3.2. Penyelaras juga memaklumkan sekolah telah mendapat sebanyak 40 buah chrome book sebagai penggantian komputer yang telah dilupuskan.3.3. Penyelaras juga memaklumkan bahawa Pn Jalilahwati akan mengambil alih tugas sebagai penyelaras pusat sumber menggantikan beliau yang beralih tugas kepada penyelaras Unit ICT.Tindakan: makluman

4. Kandungan Mesyuarat

4.1. Penyelaras memperkenalkan organisi unit ICT bagi tahun 2014.

4.2. Pengagihan jawatankuasa kerja unit ICT tahun 2011

PenyelarasEn Rusli bin Mat Nor

S/U dan perkembangan stafPn Marnizal bt Mad Rani

Pengurusan aset dan dokumentasiPn Zuzana bt Mamat

KeceriaanPn Ruhayuwati bt Ali

Pembelajaran dan pengajaranPn Noriah bt Mamat

Pusat AksesEn Rusli bin Mat Nor

Pengurusan dan penyelenggaraanPn Rozita bt Musa

Tindakan: semua AJK4.3. Penyelaras menjelaskan bahawa makmal ICT tidak dapat dibuka nya kepada guru-guru memandangkan kekurangan komputer menyebabkan satu bilik sahaja yang boleh digunakan.. Guru-guru yang ingin menggunakan makmal ICT bolehlah beritahu awal ataupun mendapatkan kunci daripada penyelaras makmal komputer Puan Zuzana bt Mamat.Tindakan: penyelaras

4.4. Status terkini komputer yang terdapat di makmal ICT dan Bilik Akses.

4.4.1. 40 buah chromebook dapat berfungsi dengan baik di Makmal Komputer4.4.2. 10 buah komputer menpunyai sambungan internet di Bilik Akses4.4.3. Komputer guru di bilik akses berfungsi dengan baik4.4.4. Projektor boleh digunakan di Makmal Komputer

(sila rujuk lampiran)

4.5. Pertukaran rangkaian internet dari schoolnet kepada 1BestariNet

4.5.1. Penyelaras yang mewakili pihak pengetua telah hadir ke taklimat 1BestariNet.4.5.2. Rangkaian internat schoolnet telah tamat kontrak pada disember 2011 dan akan diganti dengan YTL 1BestariNet.4.5.3. Perkhidmatan internat digambarkan semakin laju dengan 1BestariNet.

Tindakan: makluman

4.6. Jadual waktu penggunaan makmal ICT

4.6.1. Jadual waktu penggunaan makmal ICT masih belum disediakan kerana menunggu perubahan jadual waktu sekolah daripada pengetua yang akan dilakukan pada bulan mac. Untuk tempoh itu guru-guru boleh menggunakan makmal ICT pada bila-bila masa.Tindakan: penyelaras

4.7. ICTL untuk tingkatan satu dan dua masih berjalan seperti biasa. Guru-guru dikehendaki membiasakan diri dengan chromebook terutama dalam pengajaran menggunakan google doc, kerana chrome book tidak mengandungi Microsoft Office.

Tindakan: semua AJK

4.8. Rangkaian internet dipusat akses telah dapat digunakan setelah pendawaiannya siap dijalankanoleh penyelaras sendiri.Tindakan:semua AJK

4.9. Blog SMKPS

4.9.1. Blog SMKPS telah dibangunkan oleh Cik Nurul Suaidah EIO namun agak kekurangan bahan dan idea sehingga tidak dikemaskini sehingga kini4.9.2. Alamat laman sesawang SMKPS

4.10. Penggunaan makmal ICT

4.10.1. Makmal ICT sering dilawati oleh pegawai dari PPD dan PKG kerana ianya sering dijadikan pusat kursus peringkat PKG dan juga PPD. Peningkatan penggunaan oleh guru-guru amat dialukan.4.10.2. Penyelaras berharap pada tahun 2014 lebih ramai guru-guru menggunakan makmal ICT dan menulis rekod penggunaan.

Tindakan: semua AJK

5. Hal-hal lain

5.1. Penyelaras meminta kerjasama semua AJK untuk membuat gotong-royong menceriakan makmal ICT dan juga bilik akses.5.2. AJK memberi cadangan agar pihak sekolah dapat menyediakan perkhidmatan internet ke seluruh bangunan kelas yg masih tidak mampu untuk akses zoom 1Bestarinet.

Tindakan: semua AJK6. Ucapan penangguhan

6.1. Berharap semua AJK unit ICT dapat memberi kerjasama dan komitmen yang penuh sepanjang tahun 2014 agar semua perancangan dapat berjalan dengan baik6.2. Mesyuarat ditangguh pada 4:00 p.m.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......( MARNIZAL BT MAD RANI ) ( RUSLI BIN MAT NOR ) Setiausaha Penyelaras Unit ICT Unit ICT SMK PULAU SERAI SMK PULAU SERAI

Disemak oleh,

.......( WAN SU BIN WAN JAAFAR ) Pengetua/Pengerusi Unit ICT SMK PULAU SERAI