Minit Meting TMK Ke2

4
MINIT MESYUARAT PANITIA TMK KALI KE 2 MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI SEKOLAH KEBANGSAAN PINANG TUNGGAL KALI 2 / 2015 TARIKH : 20 APRIL 2015 MASA : 1.20 ptg – 2.30 ptg TEMPAT : BILIK MESYUARAT KEHADIRAN : 9 orang HADIR: 1. Pn. Maneseh Bt Jaafar ( PK 1 ) 2. En. Rashidi B Che Romli ( Ketua Panitia ) 3. Pn. Norazliza Bt Jamil ( Setiausaha ) 4. Pn. Che Azizah Bt Jab ( DST Thn 1 ) 5. Pn. Noor Azirah Bt Hashim ( DST Thn 2 ) 6. Pn. Norhayati Bt Abd Aziz ( DST Thn 3 ) 7. En. P.A Pooh Balan A/L Ariputhri (ICTL Thn 6) 8. En. Abd Rahim B Chik ( ICTL Thn 6 ) 9. Pn. Salwana Bt Othman ( ICTL Thn 6 ) TIDAK HADIR : Tiada AGENDA MESYUARAT 1. Perutusan Pengerusi 1.1 Mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli ke mesyuarat Panitia TMK kali ke-2. Memandangkan TMK merupakan subjek baru untuk Tahun 4, guru yang mengajar hanya 2 orang. Walau bagaimana pun adalah diharapkan pada tahun 2015 ini subjek TMK Tahun 4 dapat berjalan seperti yang dirancangkan dalam perancangan tahunan subjek TMK Tahun 4. Tindakan: Untuk Makluman

description

Minit Mesyuarat TMK Kali 2

Transcript of Minit Meting TMK Ke2

MINIT MESYUARAT PANITIA TMK KALI KE 2

MINIT MESYUARAT

PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

SEKOLAH KEBANGSAAN PINANG TUNGGAL

KALI 2 / 2015

TARIKH: 20 APRIL 2015

MASA: 1.20 ptg 2.30 ptg

TEMPAT: BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN: 9 orang

HADIR:

1. Pn. Maneseh Bt Jaafar ( PK 1 )

2. En. Rashidi B Che Romli ( Ketua Panitia )

3. Pn. Norazliza Bt Jamil ( Setiausaha )

4. Pn. Che Azizah Bt Jab ( DST Thn 1 )

5. Pn. Noor Azirah Bt Hashim ( DST Thn 2 )

6. Pn. Norhayati Bt Abd Aziz ( DST Thn 3 )

7. En. P.A Pooh Balan A/L Ariputhri (ICTL Thn 6)

8. En. Abd Rahim B Chik ( ICTL Thn 6 )

9. Pn. Salwana Bt Othman ( ICTL Thn 6 )

TIDAK HADIR :

Tiada

AGENDA MESYUARAT

1.Perutusan Pengerusi

1.1Mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli ke mesyuarat Panitia TMK kali ke-2. Memandangkan TMK merupakan subjek baru untuk Tahun 4, guru yang mengajar hanya 2 orang. Walau bagaimana pun adalah diharapkan pada tahun 2015 ini subjek TMK Tahun 4 dapat berjalan seperti yang dirancangkan dalam perancangan tahunan subjek TMK Tahun 4.

Tindakan: Untuk Makluman

2. Pengesahan minit mesyuarat terdahulu.

Cadangan : Pn. Norhayati Bt Abd Aziz

Sokongan : En. Abd Rahim B Chik

Tindakan: Untuk Makluman

3. Perkara-perkara berbangkit.

Tiada perkara berbangkit.

Tindakan: Untuk Makluman

4.PBS

4.1Pentaksiran Berasaskan Sekolah secara offline perlu dibuat untuk rujukan tentang tingkah laku murid terhadap tajuk yang dipelajari. Manakala markah Ujian Bulanan perlu dimasukkan dalam SAPS . Tujuan ujian bulanan diadakan untuk mengukur pengetahuan dan kekuatan daya ingatan murid. Berdasarkan pengukuran ini kita sepatutnya dapat mengenalpasti murid yang lemah untuk diberi pemulihan dan seterusnya meningkatkan pemahaman murid dalam subjek TMK ini.

Tindakan: Guru mata pelajaran

4.2Program Pementoran KSSR TMK Tahun 4 & 5 telah dijalankan oleh En Rashidi B Che Romli selaku Ketua Panitia yang telah mengikuti Kursus Penyebaran KSSR TMK Tahun 4 & Tahun 5. Progam Pementoran ini diberikan kepada Pn. Norazliza Bt Jamil selaku Guru TMK Tahun 4 pada tahun 2015 ini. Tujuan program pementoran ini diadakan untuk menyebarluaskan aspek pentaksiran dan penilaian yang perlu diikuti oleh murid Tahun 4 kepada guru yang mengajar TMK Tahun 4. Selain itu, program pementoran ini juga dijalankan untuk menerangkan modul perekodan secara offline. Program pementoran ini telah dijalankan pada awal bulan Januari yang lalu.

Tindakan: Guru mata pelajaran

5.Post Mortem Ujian Bulanan 1 - Mac 2015

5.1Guru subjek membentangkan pencapaian murid dalam kelas masing-masing. Bagi murid Tahap 1, pencapaian sangat memuaskan hingga mencapai kelulusan 95%. Walaupun soalan yang berkaitan dengan TMK sedikit sahaja yang ditanya dalam ujian tersebut, namun peratus kelulusan yang tinggi ini menunjukkan murid Tahap 1 boleh menjawab soalan TMK dengan baik.

5.2Bagi pencapaian murid Tahun 4, sebanyak 78.87% atau seramai 112 orang pelajar yang berjaya menguasai subjek TMK. Bagi pencapaian murid Tahun 5 pula, sebanyak 66.91% atau seramai 91 orang pelajar yang berjaya menguasai subjek TMK.

5.3Guru subjek TMK Tahun 4 & Tahun 5 membentangkan beberapa kelemahan murid semasa menjawab soalan ujian tersebut. Antara kelemahan tersebut :

i) tidak memahami soalan

ii) tidak membuat ulangkaji

iii) tidak dapat membaca dengan lancar

iv) tidak dapat menulis

5.4Cadangan untuk membaiki kelemahan :

i) membimbing murid untuk memahami kehendak soalan

ii) sentiasa membuat ulangkaji bersama murid

iii) meningkatkan usaha untuk murid dapat membaca & menulis

Tindakan: Guru mata pelajaran

6.Aktiviti Panitia

6.1.Pengerusi mengedarkan Program Perancangan Strategik TMK Tahun 2015 kepada semua ahli. Semua ahli diminta meneliti program tersebut dan akan dibincangkan perjalanan aktivitinya pada perjumpaan akan datang.

Tindakan: Makluman semua guru

7.Frog VLE

7.1Semua ahli diingatkan agar sentiasa menggunakan Frog VLE sebagai satu kaedah untuk mengajar subjek DST & TMK kepada murid. Guru boleh membina bahan sendiri atau mengambil bahan daripada guru-guru lain untuk diajar kepada murid. Galakkan murid menggunakan chrome book di makmal komputer sebagai cara menarik minat murid untuk belajar subjek DST & TMK.

Tindakan: Makluman semua guru

8.Pembelian alatan

8.1Guru-guru boleh menyenaraikan peralatan PdP yang ingin dibeli dan diserahkan kepada Pengerusi untuk dipanjangkan kepada Guru Besar.

Tindakan: Makluman semua guru

9. Hal-hal lain

Tiada

10. Ucapan Penangguhan

Puan Maneseh berharap pada tahun 2015 ini aktiviti Karnival TMK dapat dijalankan untuk menarik minat murid pada subjek TMK. Melalui aktiviti-aktiviti Karnival TMK, guru dan murid dapat menunjukkan kebolehan dalam menggunakan perisian dan peralatan ICT.

Tindakan: Makluman semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Dicatat oleh,

.

( NORAZLIZA BT JAMIL )

Setiausaha,

Panitia TMK,

SK Pinang Tunggal.