minit msrt surau

8
MINIT MESYUARAT PERTAMA AJK MASJID KG.PENGALAT BESAR PAPAR . Tarikh : 13.7.2011 (Rabu) Masa : 8.00 Malam. Tempat : Bilik Mesyuarat Masjid Kg.Pengalat Besar Papar. Agenda : 1. Perutusan Pengerusi 2. Penubuhan Biro dan Perlantikan Ketua Biro 3. Laporan Bendahari 4. Perbincangan Program Masjid Kg.Pengalat Besar. 5. Hal-Hal Lain 6. Ucapan Penangguhan Pengerusi / Doa Selamat 7. Jamuan Makan Malam Kehadiran : 1. En.Suhaili Hj.Sudin ( Pengerusi ) 2. Tn.Hj.Mailin Hj.Manjitar ( Tim.Pengerusi ) 3. Tn.Hj.Useh Jaya (KK Pengalat Besar ) 4. 5. Tn.Hj.Majid Jumat (JKKK Sekayan Papar ) 6. Tn.Hj.Jailani Riasin (Penasihat Biro Penerangan dan Publisiti ) 7. Tn.Hj.Arip Samad (Penasihat Biro Penyelengaraan dan Keceriaan ) 8. Tn.Hj.Jalil Mesir (Penasihat Biro Penerangan dan Publisiti ) 9. Tn.Hj.Dahlin Abang. (Penasihat Biro Kebajikan Umah ) 10.Tn.Hj Sudin Hj.Hashim. (Penasihat Biro Pendidikan Dan Dakwah ) 11. Tn.Hj.Daim Bidin. (Penasihat Biro Kebajikan Umah )

description

Ini minit mesyuarat surau kampung

Transcript of minit msrt surau

MINIT MESYUARAT PERTAMA AJK MASJID KG.PENGALAT BESAR PAPAR .

Tarikh: 13.7.2011 (Rabu)

Masa: 8.00 Malam.

Tempat: Bilik Mesyuarat Masjid Kg.Pengalat Besar Papar.

Agenda :

1.Perutusan Pengerusi

2.Penubuhan Biro dan Perlantikan Ketua Biro

3.Laporan Bendahari

4.Perbincangan Program Masjid Kg.Pengalat Besar.

5.Hal-Hal Lain

6.Ucapan Penangguhan Pengerusi / Doa Selamat

7.Jamuan Makan Malam

Kehadiran :

1. En.Suhaili Hj.Sudin( Pengerusi )

2. Tn.Hj.Mailin Hj.Manjitar( Tim.Pengerusi )

3. Tn.Hj.Useh Jaya(KK Pengalat Besar )

4. 5. Tn.Hj.Majid Jumat(JKKK Sekayan Papar )

6. Tn.Hj.Jailani Riasin(Penasihat Biro Penerangan dan Publisiti )

7. Tn.Hj.Arip Samad(Penasihat Biro Penyelengaraan dan Keceriaan )

8. Tn.Hj.Jalil Mesir(Penasihat Biro Penerangan dan Publisiti )

9. Tn.Hj.Dahlin Abang.(Penasihat Biro Kebajikan Umah )

10.Tn.Hj Sudin Hj.Hashim.(Penasihat Biro Pendidikan Dan Dakwah )

11. Tn.Hj.Daim Bidin.(Penasihat Biro Kebajikan Umah )

12. Hjh.Jubaidah Hj.Sudin.(Penasihat Biro Hal-ehwal Muslimah )

13. Hjh.Siah Gansau(Penasihat Biro Hal-ehwal Muslimah )

14. En.Wahab Hj.Manjitar(Penasihat Biro Belia/Rakan Masjid )

15. En.Rosley Hj.Md.Lair(Penasihat Biro Penyelangaraan dan Keceriaan)

16. En.Jasri Amir Abjul(Tim.Setiausaha )

17. En.Abd.Rashid Alan( Bendahari )

18. En.Daud Alan(Tim.Bandahari)

19. En.Mazlan Mandin(Juruaudit )

20. En.Wasli Hj.Madiasin(Ketua Biro Penerangan dan Publisiti )

21. En.Adanan Hj.Nasir(Ketua Biro Kebajikan Umah )

22. En.Yahya Nordin(Ketua Biro Pendidikan dandakwah )

23. En.Suhaimi Saidi(Ketua Biro Penyelangaraan dan Keceriaan )

24. Cik Suraya Hj.Harun(Ketua Biro Hal-Ehwal Muslimah )

25. Shalawati Ibrahim

26. Pn.Yantey Adam

1.Perutusan Pengerusi MasjidKg.Pengalat Besar Papar (En.Suhaili Hj.Sudin)

1.1Beliau menhargai komitmen dan berterima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang sudimeluangkan masa mengahdiri mesyuarat ini walaupun ianya diadakan di waktu malam.Pengerusimenjelaskan kesuntukan masa memaksa beliau mengadakan mesyuarat ini secepat mungkinterutama merancang aktiviti sempena bulan Ramadhan ini.

1.2Beradasarkan mandat yang diberikan oleh ahli mesyuarat yang lalu,beliau akan menyusun danmemperkemaskan AJK Masjid ini dengan menubuhkan biro-biro tertentu dan berharap akanmendapat kerjasama erat dari semua pihak terutama golongan tua yang amat diperlukanpandangan dan pendapat mereka.

1.3Pengerusi kemudian memperkenalkan AJK Masjid yang dipilih oleh beliau berdasarkan mandatyang telah diberikan. AJK yang dilantik adalah:-

Setiausaha: En.Nerawi Hj.Diasin.

Tim.Setiausaha: En.Jasri Amir Abjul.

Tim.Bendahari: En.Daud Alan

Juruaudit: 1. En.Mazlan Mandin.

2. (Akan dilantik kemudian).

2.Penubuhan Biro dan perlantikan Ketua Biro.

2.1Biro Kebajikan Umah;

Ketua: En.Adanan Hj.Nasir

Penasihat; Tn.Hj Ismail Parhang, Tn.Hj.Daim Bidin , Tn.Hj.Dahlin Abang.

2.2Biro Pendidikan Dan Dakwah;

Ketua:En.Yahya Nordin

Penasihat; Tn.Hj.Wadin Gansau, Tn.Hj.Sudin Hashim.

2.3Biro Penerangan Publisiti;

Ketua;En.Wasli Hj.Madiasin

Penasihat;Tn.Hj.Jailani Riasin, Tn.Hj.Jalil Mesir.

2.4Biro Penyelengaraan dan Keceriaan;

Ketua; En.Suhaimi Saidi

Penasihat; Tn.Hj.Arif Samad, En.Basni Jaffar dan En.Rosley Hj.Md.Lair.

2.5Biro Hal-ehwal Muslimah ;

Ketua; Cik.Suraya Hj.Harun

Penasihat;Pn.Hjh.Jubaidah Hj.Sudin, Pn.Hjh Siah Gansau.

2.6Biro Belia/Rakan Masjid ;

Ketua; (calon akan dilantik kemudian)

Penasihat; En.Wahab Hj.Manjitar, En.Rahim Hj.Lasim.

**Semua Ketua Biro akan bermasyuaratmembantuk AJK masing-masing.

Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju melantik

Tn.Hj.Ramli Tajudin (Ketua kampung Sekayan),

Tn.Hj.Useh Jaya ( Ketua kampung Pengalat Besar),dan

Tn.Hj Majid Jumat (JKKK Kg.Sekayan),

MenjadiPenasihat UtamakepadaAJK IndukMasjid Kg.Pengalat Besar Papar.

3.Laporan Bendahari (En.Abd.Rashid Alan).

3.1Setelah meneliti laporan yang disediakan,mesyuarat sebulat suara menerima laporanBendahari.Baki wang di dalam akaun bank ialah RM 31,907.21 dan wang tunai dalam tangan

RM 424.35 .

3.2Mesyuarat juga bersetuju memilihAgro bank/Bank Pertaniansebagai bank untuk simpananwangAJK Masjid Kg.Pengalat Besar Papar dan tiga orang penama buku simpanan tersebut ialah

Pengerusi,BendaharidanSetiausaha. Kuasa menanda tangan untuk keluaran wang adalahseperti berikut;

1.BendaharibersamaPengerusiatau

2.BendaharibersamaSetiausaha.

3.3Mesyuarat bersetuju melantik En.Ahmad Jeman sebagai ketua bagi wang Tabung Jumaat.

Ketua Biro Penyelengaraan dan Keceriaan pula diberi kuasa menyelia pekerja masjid yang telah

dilantik.

3.4.Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju bendahari dibenarkan memegang wang tunai maksimum

sebanyak RM 1 000.00 (RM Satu Ribu ).

4.Perbincangan Program Masjid Kg.Pengalat Besar Papar.

4.1Kenduri Kesyukuran Menyambut Ramadhan.

Mesyuarat bersetuju mengadakan majlis tersebut melalui Biro Hal-ehwal Muslimah

yang akan dibuat pada;-

Tarikh:28.7.2011 (Khamis)

Masa:8.00 malam (Lepas sembahyang Isya).

4.2Mesyuarat juga memutuskan Makan Moreh sepanjang bulan Ramadhan ini mengikut kaedahlama iaitu atas keikhlasan penduduk menghantar makanan.Walau bagaimanapun pihak AJKMasjid (Biro Kebajikan & Biro Muslimah) akan sentiasa bersedia.

Borang Senarai Nama Peserta Moreh akan dibuat oleh Biro Kebajikan.

4.3Mesyuarat juga bersetuju dengan cadangan Biro Penyelengaraan dan Keceriaan akanmengadakan gotong royong membersihkan Masjid Kg.Pengalat Besar pada 23.7.2011 (Sabtu).

4.4Mesyuarat sebulat suara bersetuju meneruskan program pengajian Al-Quran yang dikendalikanoleh Ust.Maruf Ishak.

Biro Penerangan dan Publisiti diminta menghebahkan perkara-perkara ini untuk maklumanpenduduk Kampung Pengalat Besar Papar.

5.Hal-hal lain

5.1Nama masjid Kg.Pengalat Besar akan dibincangkan lebih lanjut pada mesyuarat akan datangselepas merujuk kepada pihak-pihak berkenaan.

Makluman.

5.2Hjh.Jubaidah mencadang agar disediakan ruang khas untuk memandikan mayat.Perkara ini akan

dibincangkan lebih lanjut nanti dan buat sementara waktu bolehlah digunakan ruang dihadapantandas.

Makluman dan tindakan AJK Masjid.

5.3En.Wahab Hj.Manjitar mencadangkan disediakan carta organisasi lengkap bergambar dandipaparkan di papan kenyataan masjid.

Tindakan Setiausaha dan Biro Keceriaan.

5.4Hjh.Jubaidah Hj.Sudin mencadangkan almari /kabinet khas untuk menyimpan pinggan mangkukmasjid.

Tindakan Pengerusi dan Setiausaha

5.5En.Mailin Hj.Manjitar barharap AJK Masjid sentiasa komited dan sudi hadir dalam setiapmesyuarat yang akan datang.Beliau amat berbesar hati dengan kesudian AJK baru yang denganrela memberikan khidmat walaupun tahu AJK Masjid ini tidak dibayar gaji hanya beramal semata-mata.

Makluman dan Tindakan semua AJK Masjid.

5.6En.Rosley Hj.Md.Lair menyampaikan derma ikhlas RM 500.00 kepada bendahari untuk kenduriKesyukuran Menyambut Ramadhan dan berharap masyarakat Kg.Santing dijemput memeriahkanmajlis kenduri tersebut.

Tindakan Bendahari / Biro Penerangan dan Publisiti.

5.7En.Yahya Nordin mencadangkan AJK Masjid menyediakan garis panduan atau perlembagaan dandidaftarkan untuk mengelakkan sebarang masalah yang mungkin timbul nanti.

Tindakan Pengerusi dan Setiausaha.

6.Ucapan Penangguhan dan Doa Selamat.

- Pengerusi berharap segala yang telah dirancangkan akan dapat dijalankan dengan penuh rasa tanggungjawab semua AJK dan hanya Allah yang akan membalas segala amal baik yang dilakukan.

- bacaan doa selamat oleh pengerusi.

* Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.05 malam.

* Jamuan makan.

Disediakan oleh :

Jasri Amir Abjul

Tim.Setiausaha,

AJK Masjid Kg.Pengalat Besar , Papar

Dicadang Untuk Pengesahan Minit oleh :()

_____________________________________

Disokong oleh :()

_____________________________________