Minit Msyrt pemilihan prasekolah2014

5
I. PERUTUSAN PENGERUSI (EN. W MOHD SABERI B. WAN MAHMUD – GB ) Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua waris yang telah sudi hadir dan tahniah juga kepada semua yang murid yang berjaya menerima Prasekolah SKSK sebagai tempat pertama untuk belajar,.Selain hadir untuk pendaftaran kemasukan ke kelas prasekolah, mesyuarat kali pertama sesi 2015 juga akan diadakan. 1. Iklan permohonan kemasukan ke kelas prasekolah sesi 2014 telah disiarkan mulai 1 Julai hingga 30 September 2014. 2. Jumlah permohonan yang diterima ialah 50 permohonan iaitu diperingkat awal seramai 46 orang dan permohonan lewat seramai 4 orang. 3. Murid lelaki terdiri daripada 29 orang dan murid perempuan seramai 21 orang yang berusia 4+ dan 5+. 4. Mesyuarat pemilihan telah dijalankan pada 20 Oktober 2014 (Isnin) dan keputusan adalah muktamad. Jumlah murid yang diterima masuk seramai 50 orang sahaja bagi 2 buah kelas iaitu Bestari dan Wawasan. 5. Oleh kerana jumlah permohonan tidak melebihi 50 orang, maka semua murid diterima masuk secara automatik. 6. Surat tawaran telah dikeluarkan kepada semua yang berjaya mulai 1 November 2014. 7. Mesyuarat ini akan membincangkan pelantikan AJK Waris sesi 2015 dan seterusnya aktiviti bagi tahun 2015. 8. Harapan pihak pentadbiran, semoga segala aktiviti yang dirancang dan dianjurkan akan mendapat kerjasama daripada semua pihak terutama waris prasekolah 2015. 9. Sebarang masalah yang dihadapi boleh berurusan dengan guru pra, ppm atau guru besar bagi membincangkan segala permasalahan yang timbul. Pihak sekolah sangat menghargai cadangan dan komen yang membina terutamanya bagi kepentingan dan kecemerlangan anak-anak. Untuk makluman II. PERUTUSAN GURU PRASEKOLAH – PN ROZIAH BT HASHIM 10. Puan Roziah mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir untuk pendaftaran dan mensyuarat kali pertama prasekolah sesi 2015. Tahniah kepada yang berjaya. Kehadiran waris pada hari ini bagi membincangkan tentang perkara yang perlu kepada persetujuan waris semua.

description

minit mesyuarat

Transcript of Minit Msyrt pemilihan prasekolah2014

I

I. PERUTUSAN PENGERUSI (EN. W MOHD SABERI B. WAN MAHMUD GB )Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua waris yang telah sudi hadir dan tahniah juga kepada semua yang murid yang berjaya menerima Prasekolah SKSK sebagai tempat pertama untuk belajar,.Selain hadir untuk pendaftaran kemasukan ke kelas prasekolah, mesyuarat kali pertama sesi 2015 juga akan diadakan. 1. Iklan permohonan kemasukan ke kelas prasekolah sesi 2014 telah disiarkan mulai 1 Julai hingga 30 September 2014.2. Jumlah permohonan yang diterima ialah 50 permohonan iaitu diperingkat awal seramai 46 orang dan permohonan lewat seramai 4 orang. 3. Murid lelaki terdiri daripada 29 orang dan murid perempuan seramai 21 orang yang berusia 4+ dan 5+.4. Mesyuarat pemilihan telah dijalankan pada 20 Oktober 2014 (Isnin) dan keputusan adalah muktamad. Jumlah murid yang diterima masuk seramai 50 orang sahaja bagi 2 buah kelas iaitu Bestari dan Wawasan.

5. Oleh kerana jumlah permohonan tidak melebihi 50 orang, maka semua murid diterima masuk secara automatik.

6. Surat tawaran telah dikeluarkan kepada semua yang berjaya mulai 1 November 2014. 7. Mesyuarat ini akan membincangkan pelantikan AJK Waris sesi 2015 dan seterusnya aktiviti bagi tahun 2015.8. Harapan pihak pentadbiran, semoga segala aktiviti yang dirancang dan dianjurkan akan mendapat kerjasama daripada semua pihak terutama waris prasekolah 2015.

9. Sebarang masalah yang dihadapi boleh berurusan dengan guru pra, ppm atau guru besar bagi membincangkan segala permasalahan yang timbul. Pihak sekolah sangat menghargai cadangan dan komen yang membina terutamanya bagi kepentingan dan kecemerlangan anak-anak. Untuk makluman II. PERUTUSAN GURU PRASEKOLAH PN ROZIAH BT HASHIM10. Puan Roziah mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir untuk pendaftaran dan mensyuarat kali pertama prasekolah sesi 2015. Tahniah kepada yang berjaya. Kehadiran waris pada hari ini bagi membincangkan tentang perkara yang perlu kepada persetujuan waris semua.11. Waktu persekolahan bagi murid prasekolah bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.12. Minum pagi akan disediakan oleh Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Oleh itu diminta murid datang ke sekolah sebelum jam 8.00 pagi . Kudapan akan diberi pada jam 10.00 pagi.

13. Waris diminta mengambil anak-anak diluar pintu hadapan sekolah pada jam 12.00 tengah hari. Sekiranya hari hujan waris boleh mengambil anak-anak di kelas prasekolah masing-masing.14. Pendidikan Agama Islam akan diajar oleh beberapa orang ustazah dan seorang ustaz. Matapelajaran lain akan diajar oleh guru prasekolah.

15. Sekiranya anak-anak tidak hadir ke sekolah, hendaklah dimaklumkan kepada guru atau ppm dengan menunjukkan surat pemberitahuan atau sijil sakit daripada doktor. 16. Waris tidak digalakkan untuk membenarkan anak ponteng sekolah kerana sikap ini akan berlanjutan sehingga anak darjah satu di aliran perdana. Banyak perkara yang anak-anak akan ketinggalan dalam pelajaran jika sikap ini tidak dibuang. Untuk maklumanIII. PENGESAHAN MINIT MESYUARATTIADAIV. PERKARA BERBANGKITTIADAV. TAKWIM / AKTIVITI PRASEKOLAH

17. Setiausaha mengedarkan takwim / aktiviti prasekolah yang dicadangkan oleh AJK guru prasekolah. 18. Pn. Noriza menyatakan bahawa lawatan sambil belajar akan diadakan sebanyak 2 kali. Lawatan ini tidak diwajibkan ke atas semua waris, terbuka kepada waris yang berminat. Sekiranya waris tidak mahu menyertai lawatan tersebut, murid pra juga tidak dibenarkan untuk turut serta.19. Aktiviti Prasekolah bagi peringkat kumpulan pula melibatkan futsal (bola sepak) dan dan bola jarring, Karnival Bijak Prasekolah. Pn. Noriza menyatakan bahawa aktiviti dalam carnival ini ialah bacaan lancar Bahasa Melayu, Spelling ( English Language ), Matematik, Mewarna dan Hafazan. Hari Kecemerlangan Prasekolah juga diadakan di peringkat daerah dengan murid yang terpilih sahaja menyertainya. Murid yang berumur 6 tahun diutamakan.20. Acara futsal bola sepak dan bola jaring hanya melibatkan 7 orang murid perempuan dan 7 orang murid lelaki. Aktiviti ini dipertandingkan sehingga ke peringkat negeri dan kebangsaan.21. Waris sebulat suara bersetuju untuk mengadakan aktiviti Sukaneka dan Hari Keluarga di Pantai Merdeka kerana ia merupakan acara tahunan prasekolah. 22. Semua aktiviti yang akan dijalankan diberitahu melalui surat yang diedarkan kepada waris.

23. Waris bersetuju sebulat suara dengan aktiviti yang dicadangkan.

Untuk MaklumanVI. PENERANGAN PEMAKANAN OLEH PN NOOR SUHAILA BT SABDIN ( PEMBANTU PENGURUSAN MURID / PPM)24. Minum pagi akan disediakan mulai 7.45 pagi. Oleh yang demikian murid diminta datang awal untuk minum. Sekiranya murid terlambat, minum pagi tidak akan diberi kerana P&P akan bermula pada jam 8.00 pagi.25. Kudapan aknan disediakan pada jam 10.00 pagi. Menu yang dihidangkan seperti nasi goreng, nasi putih, bihun goreng dan sebagainya mengikut menu yang telah dicadangkan oleh pihak kementerian.Tindakan :PPM

26. Sekiranya terdapat anak-anak yang alergi dengan sesuatu makanan, hendaklah dimaklumkan kepada guru dan PPM dengan segera. Tindakan : Waris 27. Pada bulan Ramadhan, makan dan minum tidak disediakan bagi melatih murid berpuasa. Murid boleh membawa bekal dan PPM akan menyediakan tempat untuk mereka makan. Makanan kering akan dipek dan diberi kepada murid seminggu sekali sepanjang bulan Ramadhan.Tindakan : PPM

VII. PELANTIKAN AJK WARIS28. Waris yang hadir besetuju melantik :

a. Pengerusi

: En. Ghazali b. Hassan

b. Naib Pengerusi: Pn. Rozina bt Che Omarc. AJK waris

: 1. Pn. Cik Intan bt Mansor 2. Pn, Siti Rusna bt Ramli

3. Pn. Zuraini bt Mohd Ali

4. Pn. Zuriyani bt Zainol

5. Pn. Nur Hidayah bt Abu Samah

6. Pn. Faridah bt Abu Bakar

7. En. Zulkarnain bt Abdul Hamid

8. Pn. Noraini bt Abu Hassan

29. En. Ghazali berharap mendapat kerjasama dari semua waris dalam menjayakan segala aktiviti yang telah dirancang.

VII. HAL-HAL LAIN

30. Semua murid prasekolah diwajibkan memakai baju seragam prasekolah, stoking putih dan kasut sekolah ( putih). Selipar tidak dibenarkan.31. Murid prasekolah tidak dibenarkan ponteng sekolah kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kehadiran murid prasekolah adalah sama seperti murid tahun 1 -6.Murid yang tidak hadir perlu menunjukkan surat tunjuk sebab atau sijil sakit dari hospital atau klinik.

32. Sekiranya waris perlu kepastian tentang sesuatu perkara, boleh hubungi guru atau pihak pentadbir bagi kesahihan perkara tersebut..

33. Waris sebulat suara bersetuju untuk membayar :

a. T-Shirt Prasekolah ( sepasang )RM 28.00 (wajib)b. Tanda nama ( kain)

RM 5.00 ( wajib)c. Gambar graduasi

RM 28.00 ( pilihan )d. Berus gigi ( 2 batang)

RM 7.00 ( wajib ) e. Buku Bacepat

RM 18.00 ( wajib)JUMLAH

RM 86.00

Tindakan : Waris34. Guru dan waris diharapkan dapat bekerjasama dalam satu pasukan demi kemajuan

anak didik kita.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang.

Disediakan oleh

Disemak oleh,

.

( ROZIAH BT HASHIM)

(EN.GHAZALI B. HASSAN)Setiausaha Prasekolah,

Pengerusi Waris PrasekolahSK Seri Kuala.

SK Seri Kuala