minitmesyurat2015

4
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MENGKUANG 14000 BUKIT MERTAJAM MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI KETIGA 2015 Tarikh : 8 Julai 2015 Hari : Rabu Masa : 2.30 petang Tempat : Bilik Dokumentasi SMK. Mengkuang Kehadiran : 1) En Mohd Rode bin Hamid 2) Pn. Rohaya binti Md Salleh 3) Pn. Rajeswary A/P Ramaya 4) Pn. Suraya Binti Sulaiman 5) Pn.Siti Habsyah binti Hariri 6) Pn Haryasindra binti Mohd Yakin 7) En. Zaki bin Said 8) Pn Khairunniza binti Abdul Hamid 9) Cik Nurul Husna Najwa binti Hashim 10) Cik Puteri Rabiahtul Adawiyah bt Mazlan 1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI 1.1 Encik Mohd Rode selaku pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru panitia Sejarah. 2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU 2.1 Pn Haryasindra mencadangkan supaya minit mesyuarat lalu disahkan. Disokong oleh Pn. Rajeswary. 3.0 PERKARA BERBANGKIT 3.1 Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun. 3.1.1 Encik Mohd Rode mamaklumkan ahli panitia bahawa prestasi subjek Sejarah dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu adalah menurun. Makluman: Semua Ahli Panitia

description

PANITIA SEJARAH

Transcript of minitmesyurat2015

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MENGKUANG14000 BUKIT MERTAJAM

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI KETIGA 2015

Tarikh: 8 Julai 2015Hari: RabuMasa: 2.30 petangTempat: Bilik Dokumentasi SMK. Mengkuang

Kehadiran:

1) En Mohd Rode bin Hamid2) Pn. Rohaya binti Md Salleh3) Pn. Rajeswary A/P Ramaya4) Pn. Suraya Binti Sulaiman5) Pn.Siti Habsyah binti Hariri6) Pn Haryasindra binti Mohd Yakin7) En. Zaki bin Said8) Pn Khairunniza binti Abdul Hamid9) Cik Nurul Husna Najwa binti Hashim10) Cik Puteri Rabiahtul Adawiyah bt Mazlan

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI1.1 Encik Mohd Rode selaku pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru panitia Sejarah.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU2.1 Pn Haryasindra mencadangkan supaya minit mesyuarat lalu disahkan. Disokong oleh Pn. Rajeswary.

3.0 PERKARA BERBANGKIT3.1 Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun.3.1.1 Encik Mohd Rode mamaklumkan ahli panitia bahawa prestasi subjek Sejarah dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu adalah menurun.Makluman: Semua Ahli Panitia

3.1.2 Pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 tidak mencapai GPS yang telah ditetapkan oleh sekolah.Makluman: Semua Ahli Panitia

3.1.3 Antara cadangan yang telah dikenalpasti oleh ahli panitia adalah menyediakan Modul bagi tingkatan 5 yang telah siap sedia di reso dan akan digunakan oleh pelajar sebelum peperiksaan percubaan SPM.Makluman: Semua Ahli Panitia3.1.4 Selain itu, latihan menggunakan buku Sasbadi yang berharga RM7 setiap satu akan dipesan. Panitia akan meminta sumbangan daripada PIBG sebanyak RM4 untuk setiap pelajar dan pelajar hanya perlu membayar RM3.Makluman: Semua Ahli Panitia

3.1.5 Kelas tambahan untuk pelajar tingkatan 5 juga akan diteruskan Tindakan : Guru Tingkatan 5

3.1.6 Penceramah luar juga akan dipanggil untuk memberi ceramah teknik menjawab pada 24 Julai 2015Makluman: Semua Ahli Panitia

4.0 PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME 4.1 Lesson Study4.1.1 Pn Khairunniza memberi penerangan tentang projek Lesson Study yang akan dilaksanakan oleh panitia Sejarah sebagai salah satu program peningkatan profesionalisme.Makluman: Semua Ahli Panitia

4.1.2 Lesson Study merupakan satu program pembangunan professional guru yang membentuk sebuah komuniti belajar secara konsisten dan sistematik dalam kalangan guru dalam usaha meningkatkan potensi diri individu guru dan anggota kumpulan.Makluman: Semua Ahli Panitia

4.1.3 Melalui Lesson Study, guru-guru akan mengkaji pembelajaran melalui perancangan dan pemerhatian secara koloboratif ke arah memperkembangkan kualiti pengajaran mereka supaya dapat memberi impak yang positif terhadap aspek pembelajaran murid.Makluman: Semua Ahli Panitia

4.1.4 Program ini akan diadakan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri sebagai LDP Panitia Sejarah.Tindakan : Semua ahli Panitia

5.0 HAL-HAL LAIN5.1 Bulan Kemerdekaan5.1.1 Tugas untuk membuat gimik bagi Sambutan Hari Kemerdekaan diserahkan kepada dua orang guru pelatih iaitu Cik Nurul Husna Najwa dan Cik Puteri Rabiahtul Adawiyah.Tindakan : Guru Pelatih.

5.1.2 Nama-nama AJK untuk sambutan hari kemerdekaan yang terdiri daripada ahli Panitia Sejarah akan diberi oleh Encik Rode.Tindakan : Ketua Panitia

5.2 Pn Rajeswary A/P Ramaya meminta agar ketua panitia membuat pembelian marker pen pelbagai warnaTindakan : Ketua Panitia

5.3 Pn Rohaya menyoal sama ada jadual anjal untuk calon SPM akan diteruskan atau tidak pada tahun ini. Encik Rode menyatakan bahawa jadual anjal akan diteruskan dan masa pelaksanaan akan ditentukan oleh pihak pentadbir.

Mesyuarat ditangguhkan pada 3.30 petang.

Disediakan oleh,Disemak Oleh,

. .(KHAIRUNNIZA BT ABDUL HAMID) ( MOHD RODE B HAMID)Panitia SejarahKetua Panitia SejarahSMK Mengkuang