minit_pbs_1_2015

3
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BARU, MELAKA. MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PBS KALI KE 1/201 5 Tarik : 2 Febuari 2015 Hari : Isnin Ma!a : 2.10 petang T"#$a%: Makmal Komputer SK Bukit Baru K"a&ira'( Rujuk lampiran kehairan BIL PERKARA 1. U)APAN PENGERUSI *P'. R+!'a'i i'%i M&. Tair- 1.1 !engerusi mengu"apkan ribuan terima kasih kepaa semua guru #ang hair. 1.2 !engerusi telah memba"akan misi an $isi Sekolah Kebangsaan Bukit Baru sebagai ingatan an makluman semua guru. Ti'&aka' ( Mak #a' 2. U)APAN PENASIHAT *P' N r!aki'a i'%i A#a& Ha i&i'- 2.1 Memberi salam an mengu"apkan terima kasih kepaa guru #ang hair alam mes#uarat ka 2.2 Memba"a misi %umum& an $isi %'okus& Kementerian. 2.( Beliau mengu"apkan tahniah kepaa ja)atankuasa !BS #ang telah ikekalkan ja)atan bagi tahu 2015. 2.* Beliau berharap unit !BS akan mengatur strategi supa#a tahap penguasaan Ban bagi mu hingga +ahun 5 paa tahun 2015 ini akan meningkat. 2.5 Beliau berharap agar semua guru akan bekerjasama membantu Kementerian an sekolah men"apai objekti' pelaksaan !BS i sekolah. Ti'&aka'( Mak #a' . PERKARA YANG IBIN)ANGKAN .1 A ia' T a! Ja3a%a'k a!a PBS P"ri' ka% S"k+ a (.1.1 ,gihan -a)atankuasa !BS seperti alam lampiran #ang telah iearkan. Rujuk ampiran. (.1.2 Surat !elantikan -a)atankuasa akan iberi kepaa semua -/Kuasa !BS (.1.( iharapsemua ketua alam -/Kuasa!BS terutama -/Kuasa!enjaminan Kualiti !BS apat menjalankan tugas masing masing seperti #ang tersenarai alam biang tugas #ang tela Ini bagi memastikan Kualiti !elaksanaan !BS i SK Bukit Baru beraa i lanasan #ang #ang iharapkan oleh K!M. +inakan : -/Kuasa !BS (.2 P"'"%a$a' Ha a% 4 &a' Ma% a#a% (.2.1 !en#ebaran an !embua#aan !BS alam kalangan ibu bapa aalah melalui akti$iti sarana an juga akti$iti seperti ari !ena'taran Muri +ahun 13 ari Bertemu 4aris an lain lain ak i'ikirkan sesuai. +inakan : Makluman (.2.2 alam mes#uarat panitia mata pelajaran agena !BS an juga I 6S perlu i)ujukan ba pelajaran #ang berkaitan kerana ia merupakan agena besar kerajaan. +inakan : Ketua !anitia

description

bbb

Transcript of minit_pbs_1_2015

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BARU, MELAKA.

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BARU, MELAKA.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PBS KALI KE 1/2015Tarikh:2 Febuari 2015Hari:IsninMasa:2.10 petang

Tempat:Makmal Komputer SK Bukit Baru

Kehadiran:Rujuk lampiran kehadiranBILPERKARA

1.UCAPAN PENGERUSI (Pn. Rosnani binti Md. Tahir)

1.1Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir.

1.2Pengerusi telah membacakan misi dan visi Sekolah Kebangsaan Bukit Baru sebagai ingatan dan makluman semua guru.

Tindakan : Makluman

2.UCAPAN PENASIHAT (Pn Nurshakinah binti Ahmad Halidin)

2.1Memberi salam dan mengucapkan terima kasih kepada guru yang hadir dalam mesyuarat kali ini.2.2Membaca misi (umum) dan visi (fokus) Kementerian.

2.3Beliau mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa PBS yang telah dikekalkan jawatan bagi tahun 2015.2.4Beliau berharap unit PBS akan mengatur strategi supaya tahap penguasaan Band bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 5 pada tahun 2015 ini akan meningkat.2.5Beliau berharap agar semua guru akan bekerjasama membantu Kementerian dan sekolah dalam mencapai objektif pelaksaan PBS di sekolah.Tindakan: Makluman

3. PERKARA YANG DIBINCANGKAN

3.1Agihan Tugas Jawatankuasa PBS Peringkat Sekolah

3.1.1Agihan Jawatankuasa PBS seperti dalam lampiran yang telah diedarkan. Rujuk Lampiran.

3.1.2Surat Pelantikan Jawatankuasa akan diberi kepada semua J/Kuasa PBS

3.1.3Diharap semua ketua dalam J/Kuasa PBS terutama J/Kuasa Penjaminan Kualiti PBS dapat menjalankan tugas masing-masing seperti yang tersenarai dalam bidang tugas yang telah diedarkan. Ini bagi memastikan Kualiti Pelaksanaan PBS di SK Bukit Baru berada di landasan yang betul seperti yang diharapkan oleh KPM.

Tindakan : J/Kuasa PBS3.2Penetapan Halatuju dan Matlamat

3.2.1Penyebaran dan Pembudayaan PBS dalam kalangan ibu bapa adalah melalui aktiviti sarana dan juga aktiviti seperti Hari Pendaftaran Murid Tahun 1, Hari Bertemu Waris dan lain-lain aktiviti yang difikirkan sesuai.

Tindakan : Makluman

3.2.2Dalam mesyuarat panitia mata pelajaran agenda PBS dan juga LINUS perlu diwujudkan bagi mata pelajaran yang berkaitan kerana ia merupakan agenda besar kerajaan.

Tindakan : Ketua Panitia

3.2.3Jaminan Kualiti PBS perlu dimantapkan lagi. Semua dokumentasi PBS iaitu Fail Guru, Rekod Transit , Modul PPPM, Template Excell dan sebagainya perlu dibuat pemantauan berkala oleh J/Kuasa Pemantauan.

Tindakan : J/Kuasa Pemantauan

3.2.4 Semua guru yang dilantik sebagai penilai PBPPP perlu membuat pemantauan dari segi keberkesanan pengajaran guru kepada pembelajaran murid. Tidak semua murid mempunyai gaya pembelajaran yang sama. Oleh itu guru perlu lebih prihatin dengan keupayaan murid memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Gunakan pendekatan pedagogi yang sesuai untuk murid-murid yang lemah agar pengajaran lebih berkesan.

Tindakan : J/Kuasa Pemantauan

3.3Melantik Pentaksir Sekolah

3.3.1Semua guru mata pelajaran bagi tahun 1, 2, 3 dan 4 akan dilantik sebagai pentaksir sekolah. Surat lantikan akan diberikan kepada guru-guru yang terlibat.

Tindakan : SU PBS

3.4Penetapan Sistem Fail PBS

3.4.1Fail Guru dikekalkan seperti tahun 2014. SU PBS diminta menyediakan Fail Guru bagi guru yang baru mengajar KSSR.

Tindakan : SU PBS

3.4.2Modul PPPM digunakan untuk Tahap 1 manakala Pelaporan Prestasi digunakan untuk Tahap 2 (Tahun 4 dan 5).Tindakan : Makluman

3.4.3Setiap guru mata pelajaran KSSR perlu mempunyai hardcopy dan softcopy. Hardcopy bertindak sebagai rekod transit sebelum dipindahkan ke softcopy dan juga memudahkan pemantauan dilakukan.

Tindakan : Semua guru

3.5Peraturan-peraturan Am Pelaksanaan PBS

3.5.1Pelaksanaan PBS yang dilaksanakan di sekolah berlandaskan Manual Pengurusan PBS yang telah dibekalkan oleh KPM. Oleh itu semua perkara yang dibincangkan dan sebarang keputusan yang diambil dalam mesyuarat kali pertama untuk sesi persekolahan 2015 ini akan menjadi dasar dalam pelaksanaan PBS di SK Bukit Baru. Setiap aspek perbincangan adalah amat penting untuk pengesanan pihak luar terhadap dasar-dasar PBS yang telah ditetapkan. Oleh itu, semua keputusan perlu dilaksanakan kerana telah menjadi dasar

Tindakan : Makluman

3.5.2Ujian atau peperiksaan bukanlah menjadi kesalahan untuk dilaksanakan memandangkan penilaian murid dibuat berdasarkan nisbah 60% daripada Pentaksiran Pusat dan 40% merupakan Pentaksiran Sekolah. Sekiranya murid tidak dibiasakan dengan ujian atau peperiksaan, ini menimbulkan kesukaran mereka untuk menghadapi Pentaksiran Pusat yang akan diduduki semasa di tahun 6.

Tindakan : Makluman

3.5.3Mesyuarat telah menetapkan bahawa Penilaian Sumatif akan diadakan dua kali iaitu pada bulan Mei dan Oktober bagi semua mata pelajaran. Markah murid akan dijana dengan menggunakan Sistem Excell oleh guru kelas.

Tindakan : Guru Kelas

3.6Penetapan Jadual Kerja Pelaksanaan (Carta Gantt)

3.6.1Jadual kerja pelaksanaan akan disediakan oleh SU PBS. J/Kuasa Penjaminan Kualiti diminta membuat draf takwim pelaksanaan mengikut bidang masing-masing dan serahkan kepada SU PBS untuk disusun.

Tindakan : SU PBS

3.7Pengurusan Pelaksanaan PBS bagi kes-kes khas

3.7.1Guru-guru Tahun 1 diminta mengenalpasti murid-murid berkeperluan khas agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil dengan segera.

Tindakan : Guru-guru Tahun 1

4Hal-hal Lain

4.1Guru besar mencadangkan agar mesyuarat khas Jawatankuasa Penjaminan Kualiti di adakan dalam jangkamasa terdekat bagi membincangkan dengan lebih mendalam mengenai PBS agar intergriti guru dalam membuat pentaksiran tidak dipertikaikan dan berlaku seperti yang diharapkan oleh KPM.

4.2SU PBS diminta menetapkan masa yang sesuai.

Tindakan : SU PBS

5 Ucapan Penangguhan

5.1Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua dan menangguhkan mesyuarat pada pukul 3.30 petang.

Dicatat oleh:

Puan NurRashidah binti Jalaludin

Setiausaha PBS

SK Bukit Baru, Melaka.