Minutes Kurikulum 1

4
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA UTAMA, JALAN KEMPAS, BANDAR PUTRA 81000 KULAIJAYA, JOHOR MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL: 02 /TAHUN : 2011 Tarikh : 05 Januari 2011 (Rabu) Masa : 1.45 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, SKPU Pengerusi : Puan Rohani bt. Shamsudin Kehadiran (bilangan) : orang Nama Yang Hadir : seperti lampiran sebelah Nama Yang Tidak Hadir : - bersebab Turut Hadir (Jika ada) : tiada 1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1. Puan Rohani selaku pengerusi mesyuarat memulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Beliau mengucapkan rasa syukur kerana dapat mengadakan mesyuarat Kurikulum kali kedua pada hari ini. 1.2. Beliau mengucapkan terima kasih kepada yang sudi hadir pada mesyuarat kali kedua 2011 bagi melancarkan aktiviti kurikulum pada tahun 2011. Tindakan: Pengerusi 2 UCAPAN PENGERUSI 2.1 Ketua Panitia dikehendaki mengadakan mesyuarat panitia kali pertama pada minggu ini. 2.2 Perkara yang perlu dibincangkan di mesyuarat panitia: 2.2.1 cara-cara untuk meningkatkan prestasi matapelajaran. 2.2.2 buku rekod hendaklah dihantar pada hari Jumaat atau pagi Isnin atau Sabtu jika ada aktiviti ko-kurikulum. 2.3 Arahan terdahulu untuk meletakkan meja guru di belakang kelas boleh diubah bergantung kepada kuantiti murid di dalam kelas. Jika kelas terlalu sesak meja guru boleh diletakkan di hadapan kelas. 2.4 Kelas tahun 3 mungkin akan ditambah kerana murid terlalu ramai.

Transcript of Minutes Kurikulum 1

PK 15/3

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA UTAMA,JALAN KEMPAS, BANDAR PUTRA 81000 KULAIJAYA, JOHORMINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL: 02 /TAHUN : 2011Tarikh

: 05 Januari 2011 (Rabu)Masa

: 1.45 petangTempat

: Bilik Mesyuarat Utama, SKPUPengerusi

: Puan Rohani bt. Shamsudin

Kehadiran (bilangan)

: orangNama Yang Hadir

: seperti lampiran sebelahNama Yang Tidak Hadir : - bersebabTurut Hadir (Jika ada)

: tiada1KATA ALU-ALUAN PENGERUSI1.1. Puan Rohani selaku pengerusi mesyuarat memulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Beliau mengucapkan rasa syukur kerana dapat mengadakan mesyuarat Kurikulum kali kedua pada hari ini.

1.2. Beliau mengucapkan terima kasih kepada yang sudi hadir pada mesyuarat kali kedua 2011 bagi melancarkan aktiviti kurikulum pada tahun 2011. Tindakan: Pengerusi

2UCAPAN PENGERUSI2.1 Ketua Panitia dikehendaki mengadakan mesyuarat panitia kali pertama pada minggu ini.2.2 Perkara yang perlu dibincangkan di mesyuarat panitia: 2.2.1 cara-cara untuk meningkatkan prestasi matapelajaran.

2.2.2 buku rekod hendaklah dihantar pada hari Jumaat atau pagi Isnin atau

Sabtu jika ada aktiviti ko-kurikulum.

2.3Arahan terdahulu untuk meletakkan meja guru di belakang kelas boleh diubah bergantung kepada kuantiti murid di dalam kelas. Jika kelas terlalu sesak meja guru boleh diletakkan di hadapan kelas.2.4Kelas tahun 3 mungkin akan ditambah kerana murid terlalu ramai.

2.5Guru besar mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana berjaya mengawal perjalanan operasi sekolah setakat ini. Jadual waktu berjalan dengan lancar dan tiada pertembungan dan sebarang masalah.

2.6 Buku rekod mengajar adalah termasuk dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan semua guru hendaklah menjaga dan melengkapkan buku rekod. Guru Besar mengingatkan supaya menulis impak untuk setiap objektif. Tindakan: Semua guru

3UCAPAN GURU PENOLONG KANAN 1, EN HANNUAR B. HAMID3.1. En. Hannuar mengumumkan Setiausaha Kurikulum yang baru iaitu Puan Aidayu bt Misrun menggantikan Puan Noor Aini bt. Abdul Jalil. Setiausaha Pepriksaan ialah Cik Zalina bt Abd Manap menggantikan Puan Aidayu bt. Misrun.

3.2 Pesanan untuk Ketua Panitia

3.2.1 Setiap panitia dikehendaki mengadakan mesyuarat panitia kali pertama. Jadual mesyuarat panitia 06 Januari 2011 Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Islam.12 Januari 2011 Panitia Sains, Muzik, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Seni Visual.

13 Januari 2011 Panitia Kajian Tempatan, Sivik, Pendidikan Jasmani dan Pndidikan Kesihatan.

Masa: 1.30 tengahari

Tempat: bergantung kepada Ketua Panitia.

3.2.2 Ahli Jawatankuasa Panitia seperti Setiausaha, Biro dan Ahli Jawatankuasa kecil hendaklah dilantik.3.2.3Semua panitia dikehendaki menyediakan fail-fail. Fail kosong boleh didapati di pejabat. Satu taklimat akan dibuat mengenai sistem kod dan sistem fail. Fail yang telah siap hendaklah diletakkan di pejabat.

3.2.4 Semua guru diharapkan dapat mengadakan sukatan yang terkini. Perlu disimpan oleh semua guru, satu salinan untuk simpanan fail dan satu salinan untuk GPK 1.3.2.5 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) hendaklah ditulis sebanyak 46 minggu sesuai dengan takwim sekolah yang disediakan oleh En. Hannuar b Hamid (GPK 1). Minggu-minggu tersebut boleh dirujuk pada buku tersebut. Walaubagaimana pun, perlu ubah suai kerana cuti-cuti penggal dan cuti-cuti perayaan belum dimasukkan. Begitu juga dengan minggu-minggu peperiksaan. Perlu dimasukkan dalam RPT.3.2. Tarikh-tarikh peperiksaan sepanjang tahun 2011 ialah: 8 10 Mac 2001 (Ujian Setara 1) minggu ke 6 16 20 Mei 2011 (Peperiksaan tahun) Minggu ke 20 19 22 Julai 2011 (Ujian Setara 2) Minggu ke 29 18 21 Okt 2011 (Peperiksaan Akhir Tahun) Minggu ke 42

3.3. Rancangan Pelajaran Tahunan dihantar kepada Guru Besar pada minggu ketiga persekolahan dengan menyatakan nama, matapelajaran dan tahun yang diajar.

3.4. Setiap Ketua Panitia hendaklah menyediakan satu set format penulisan Rancangan Pengajaran Harian dan serahkan kepada GPK 1 bagi tujuan rujukan untuk guru-guru baru.

3.5 Setiap panitia perlu menghantar 2 program untuk 2011 yang akan dijalankan pada 2011. Perancangan strategik ini akan dibuat selama 5 tahun (2011 2015). Format boleh didapati daripada En. Hannuar. Setiap panitia diminta memastikan pelaksanaan setiap perancangan strategik dan dokkumen-dokumen berkaitan kerana ini akan dinilai dalam SSPK.3.6 Guru Besar mengingatkan supaya setiap guru menyediakan pelan J mengikut format terkini.

3.7 Encik Hannuar memaklumkan bahawa sekolah kekurangan guru dan akan menerima beberapa guru baru dalam masa terdekat.3.8 Belia memaklumkan bahawa terdapat jarak waktu rehat antara tahap 1 dan tahap 2 bagi membolehkan pihak kantin membuat persiapan.

3.9 Borang untuk kelas relief akan diletakkan di kaunter pejabat pada setiap pagi, setiap guru dikehendaki menyemak dan mengambilnya sebelum masuk ke kelas.

3.10 Puan Noor Aini menyatakan bahawa waktu loceng sekolah dibunyikan tidak tepat dan berlaku sedikit kekeliruan terutama waktu balik.

Encik Hannuar menyatakan bahawa waktu loceng telah ditetapkan oleh pihak kontraktor dan akan diperbetulkan. Buat sementara waktu semua pihak dikehendaki mengikut waktu seperti jam di pejabat.

3.11 Laporan guru bertugas akan ditulis secara back-dated mengikut format terkini.

3.12 Encik Rashid memberitahu tentang beberapa permintaan daripada pihak kantin, iaitu:

3.12.1 mengasingkan laluan murid lelaki dan murid perempuan

3.12.2 letakkan label pada laluan tersebut

3.12.3 pinggan dan cawan yang telah digunakan hendaklah diasingkan dan letak di dalam besin yang disediakan

3.12.4 buang sampah di dalam tong sampah yang disediakan

3.13 Puan Noor Aini dan Puan Zaimah menyatakan bahawa harga makanan di kantin adalah agak mahal.

Encik Hannuar menyatakan bahawa harga tersebut telah dinyatakan di dalam sebut harga yang dihantar kepada PPD, tetapi perkara ini boleh dibincangkan semula dengan pihak kantin.

3.14 Encik Hannuar memaklumkan bahawa semasa program tasmik dijalankan, guru Pendidikan Islam adalah membantu guru J-Qaf.Tindakan: Semua Guru

4HAL-HAL LAIN4.1 Guru Besar mengingatkan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran adalah core-business sekolah, jadi semua guru hendaklah memastikan setiap aktiviti yang ditulis di dalam buku rekod mengajar dilaksanakan dengan bijaksana dan berkesan.4.2 Beberapa orang guru akan dipantau sepanjang bulan Januari, pastikan persiapan dibuat dengan rapi.

4.3 Pastikan headcount untuk setiap subjek ditampal di dalam buku rekod mengajar. Setiausaha Headcount, Puan Aidayu akan membuat tindakan selanjutnya.4.4 Encik Hannuar meminta Cik Siti Nur Hidayu untuk menghantar enrolment murid pada esok hari bagi tujuan membuat anggaran perbelanjaan mengurus.4.5 Encik Hazman meminta semua guru kelas mengambil peratus TOV murid dari fail peribadi bagi tujuan streaming kelas.

5UCAPAN PENANGGUHAN5.1 Mesyuarat disudahi dengan Tasbih Kifarrah dan Surah al Asr.5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang. Tindakan: Pengerusi /Setiausaha

Disediakan oleh

Disemak oleh..............................................................

..................................................

(AIDAYU MISRUN)

(PUAN ROHANI BT SHAMSUDIN)

Setiausaha Kurikulum

Guru BesarSekolah Kebangsaan Putra Utama

Sekolah Kebangsaan Putra Utama