MINYAK PATI TULEN MEDITERRANEAN - gobellavita.com · Minyak pati Mediterranean berkuasa yang...

4
MEDITERRANEAN Koleksi HEALING MONTÉ • ALLEVIAVÉ • IMUNNÉ • SANTO • RESPIRO • PASSIONÉ CITRO SLIM • CALMA • FRESCO • DIGESTIONÉ • FEMMINA • ENERGIA MINYAK PATI TULEN 12 Campuran Minyak Pati Tulen Mediterranean Eksklusif

Transcript of MINYAK PATI TULEN MEDITERRANEAN - gobellavita.com · Minyak pati Mediterranean berkuasa yang...

Page 1: MINYAK PATI TULEN MEDITERRANEAN - gobellavita.com · Minyak pati Mediterranean berkuasa yang terbukti dapat melawan patogen ini digabungkan dengan Gelam Wangi, Kayu ... Gedang Putih,

MEDITERRANEAN Koleksi

HEALING MONTÉ • ALLEVIAVÉ • IMUNNÉ • SANTO • RESPIRO • PASSIONÉ CITRO SLIM • CALMA • FRESCO • DIGESTIONÉ • FEMMINA • ENERGIA

M I N Y A K PAT I T U L E N

12 Campuran Minyak Pati Tulen Mediterranean Eksklusif

Page 2: MINYAK PATI TULEN MEDITERRANEAN - gobellavita.com · Minyak pati Mediterranean berkuasa yang terbukti dapat melawan patogen ini digabungkan dengan Gelam Wangi, Kayu ... Gedang Putih,

Campuran Minyak Pati Mediterranean Eksklusif kami dapat melegakan, menghidupkan, dan mengimbangi kedua-dua Badan dan Minda dengan serta merta.

SET KESEMUA 12 CAMPURAN MINYAK PATISet ini terdiri daripada kesemua 12 campuran terhebat kami di dalam botol bersaiz 5ml.

Cubalah kesemua campuran minyak pati kami di dalam pakej bernilai hebat ini.

HEALING MONTÉ

Formula ini bersifat alami, meningkatkan, merangsangkan dan secara emosinya terasa seperti angin gunung yang segar. Minyak daripada 4 pokok gunung Itali didatangkan bersama untuk memberikan kekuatan dalaman, menguatkan saraf dan menenangkan kadar degupan jantung. Minyak sokongan seperti Bergamot, Oren Darah Itali, Kayu Manis, Vetiver dan Bay juga diselitkan untuk memberi harapan segera dan juga memberi titik pandangan baru. Campuran ini memberi maksud secara emosi sebagai melepaskan diri dari kesibukan dan kekeliruan ke puncak gunung penyembuhan di mana minda diperkukuhkan dan visi adalah jelas.

MINYAK: Pain, Bergamot, Kayu Araz, Sipres, Juniper Berry, Oren Darah Itali, Kayu Manis, Bay, Vetiver.

IMUNNÉ

Dirumus untuk memperkuatkan sistem imun dan ianya berkuasa di kalangan minyak penyelenggaraan. Ia memberi manfaat terhadap jangkitan, keradangan, virus, bakteria, kulat, parasit, dan mikrob, sebagai tonik umum, sokongan kepada sistem saraf, pernafasan, salur kencing dan peredaran darah. Minyak pati Mediterranean berkuasa yang terbukti dapat melawan patogen ini digabungkan dengan Gelam Wangi, Kayu Manis, dan Lemon Verbena untuk mewujudkan aroma yang bersih menyegarkan. Minyak ini digunakan secara tradisional untuk membersihkan udara yang dicemari mikrob dan jangkitan.

MINYAK: Rosemary, Lavender, Marjoram, Cengkih, Kayu Manis, Lemon Verbena, Oregano, Thyme, Tarragon

SANTO

Gabungan minyak purba dari kawasan Mediterranean telah diketahui melalui kitab purba, digunakan secara tradisional oleh orang suci dan di dalam budaya yang berbeza pada zaman penyembahan suci dan kudus. Ia boleh memberi kesan yang kuat untuk mempengaruhi fikiran dari hari ke hari di dalam mencari tujuan yang suci dan untuk menaikkan semangat ke corak pemikiran yang lebih tinggi. Ia mempunyai tenaga dalaman yang kaya dengan gabungan minyak yang terdiri daripada kayu Araz dan kemistikan Kemenyan Arab dengan sedikit sentuhan romantis Kayu Manis. Melengkapkan gabungan menakjubkan ini adalah minyak Morhabshi, Spikenard dan Hisop.

MINYAK: Kayu Araz, Kemenyan Arab, Morhabshi, Kayu Manis, Spikenard, Hisop

FEMMINA

Bermanfaat di dalam mengatasi kemurungan, keresahan, dan pelbagai isu yang dihadapi oleh wanita. Clary Sage dan Labdanum diketahui keberkesanannya di dalam mengatasi masalah wanita ketika haid, mengimbangi hormon, mengurangkan kekejangan haid, dan ketidakselesaan yang dikaitkan dengan putus haid. Ramai yang mendapati bahawa minyak ini berkesan mengatasi kemurungan dan mengimbangi perasaan. Ia membantu memberi tumpuan di dalam melepaskan rasa cepat tersinggung, dendam dan kebencian. Walaupun direka khas untuk wanita, ia juga memberi manfaat kepada lelaki.

MINYAK: Bergamot, Oren Darah Itali, Kayu Araz, Lada Hitam, Balsam, kayu Neroli, Labdanum, Clary Sage.

FRESCOTenaga getaran tinggi boleh dirasai daripada gabungan yang menyegarkan ini. Gabungan MENYEGARKAN ini direka untuk menyegarkan rumah dan diri individu. Minyak Lemon dan Lemon Verbena mempunyai aroma yang kuat yang dapat membawa pemikiran individu ke tahap yang lebih tinggi. Rosemary dan Pudina mencergaskan perhatian dan tumpuan individu. Gabungan Fresco ini memberi kesan antiseptik yang baik dan aroma yang segar jika dicampur kepada pencuci bio-safe tanpa haruman.

MINYAK: Lemon, Litsea Cubeba, Lemon Verbena, Rosemary, Pudina

CALMA

Calma terdiri daripada gabungan minyak yang dikenali untuk kesan yang menenangkan. Ia mewujudkan rasa kesejahteraan dan menggalakkan perasaan santai. Bermanfaat untuk insomnia dan kebimbangan, ianya sangat menenangkan, menyemai sifat sabar, menginspirasikan keharmonian, kegembiraan, kesyukuran, dan mengimbangi emosi. Apabila disebarkan, ia mengurangkan ketegangan dan tekanan, mengurangkan kemurungan dan kebimbangan, menaikkan semangat dan memberikan rasa damai yang mendalam. Lavender dan Marjoram digunakan secara tradisional untuk membantu mengurangkan tekanan, manakala minyak daripada Bergamot dan Oren Darah Itali membantu dalam menghapuskan kebimbangan dan kemurungan. Sandalwood ditambah untuk memberi sifat alami. MINYAK: Oren Darah Itali, Lavender, Bergamot, Kayu Araz

Page 3: MINYAK PATI TULEN MEDITERRANEAN - gobellavita.com · Minyak pati Mediterranean berkuasa yang terbukti dapat melawan patogen ini digabungkan dengan Gelam Wangi, Kayu ... Gedang Putih,

RESPIRO

Aroma minyak meruap digabungkan untuk melegakan dan membuka saluran pernafasan. Eucalyptus tradisional dicampur dengan minyak Mediterranean Rosemary, Marjoram, Tarragon dan Thyme untuk membantu meringankan kesesakan saluran pernafasan. Gabungan ini berfungsi dengan baik apabila digunakan dengan peresap yang menyebarkan wap minyak ke udara untuk dihidu. Ini adalah gabungan yang sangat baik untuk digunakan pada musim sejuk dan pada masa-masa tertentu apabila saluran pernafasan perlu dibersihkan dan dilegakan. Ianya juga boleh disapu ke dada, belakang badan atau tapak kaki.

MINYAK: Eucalyptus, Rosemary, Marjoram, Thyme, Hisop

PASSIONÉ

Satu aroma berahi dan memikat diwujudkan untuk membangkitkan kreativiti, semangat kehidupan dan kasih sayang. Pusat romantik pada otak lelaki dan wanita dirangsang oleh minyak berharga daripada Ros, Vanila dan Kayu Cendana. Kayu Manis telah digunakan sejak lama untuk menggalakkan rasa cinta dan asmara di dalam pelbagai budaya. Passione juga boleh mengecas semula semangat kehidupan seseorang yang terperangkap dengan lambakan kerja dan kehidupan yang membosankan. Ia digunakan untuk membuka imaginasi anda kepada potensi dan kemungkinan pelbagai kebaikan di dalam kehidupan.

MINYAK: Kayu Cendana, Vanila, Ros, Kayu Manis, Bergamot, Badam Manis.

DIGESTIONÉMinyak pati daripada tumbuh-tumbuhan tradisional yang terkenal dengan kuasa penghadaman digabungkan bersama Halia, Pudina dan Adas untuk menyegarkan dan melegakan sistem penghadaman. Digunakan dengan menambah beberapa titisan minyak ke dalam segelas air minuman untuk mendapatkan pengalaman selepas makan yang menyegarkan. Gabungan menakjubkan ini adalah eksklusif untuk BellaVita di dalam menangani isu-isu penghadaman yang ringan.

MINYAK: Oren Darah Itali, Pudina, Bunga Lawang, Halia, Adas, Lada Hitam, Rempah Campuran, Buah Pelaga, Daun Parsli, Bunga Cengkih, Oregano.

CITRO SLIMMinyak sitrus Mediterranean yang menyegarkan digabungkan untuk mengurangkan nafsu makan, mengatur selera makan dan menaikkan semangat anda. Gabungan terhebat minyak menyegarkan ini ditambah ke dalam air minuman anda untuk memberikan rasa segar yang ringan. Tukar keinginan anda untuk memakan gula-gula dan makanan ringan kepada air kesihatan yang diselitkan dengan campuran minyak sitrus Mediterranean ini. Minum lah ke arah kelangsingan badan!

MINYAK DARI: Tangerine, Limau Gedang merah jambu, Limau Gedang Putih, Lemon, Bergamot

ALLEVIAVÉ

Minyak yang menyejukkan dan menembusi kulit ini bertindak untuk meringankan sakit sendi dan sakit otot. Ianya satu cara untuk berasa lebih baik dengan semula jadi. Minyak Mediterranean yang menenangkan dari Rosemary, Oragano, Juniper Berry, Selasih, Lemon, Pudina dan Lavender digabungkan dengan Menthol dan minyak eksotik yang berkesan di dalam salap otot campuran yang hebat ini. Minyak-minyak ini bertindak secara bersama untuk mewujudkan satu gabungan yang paling berkuasa di dalam membantu menangani sakit-sakit dan sengal-sengal badan. Ianya boleh ditambah kepada minyak pengantara seperti minyak kelapa atau minyak badam untuk penggunaan yang lebih mudah.

MINYAK: Kristal Menthol, Kapur Barus, Lavender, Pudina, Gandapura, Rosemary, Eucalyptus, Gelam Wangi, Juniper Berry, Kayu Manis, Bunga Cengkih, Selasih, Galbanum, Lada Hitam, Arnica

ENERGIAKembalikan tenaga dengan campuran menyegarkan yang dicipta untuk menaikkan semangat dan meningkatkan kecerdasan mental. Dicipta untuk meningkatkan ketajaman akal dan aktiviti pada masa tertentu apabila seseorang perlu berada pada tahap yang terbaik. Energia menggalakkan gaya hidup lebih bertenaga tanpa kesan terlebih rangsangan kafein yang berbahaya. Gunakan semasa letih dan lesu. Secara tradisinya minyak ini digunakan untuk menenangkan saraf semasa menggerakkan pusat aktiviti otak untuk prestasi yang sihat.

MINYAK: Limau Nipis, Birch, Spearmint, Rosewood, Sipres, Bay, Balsam Fir, Juniper Berry

PEMBELIAN SEUNIT Mengapa berpergian tanpa minyak pati yang anda suka? Selain daripada set koleksi,

terdapat juga campuran minyak pati di dalam botol bersaiz 15ml untuk pembelian seunit.

Page 4: MINYAK PATI TULEN MEDITERRANEAN - gobellavita.com · Minyak pati Mediterranean berkuasa yang terbukti dapat melawan patogen ini digabungkan dengan Gelam Wangi, Kayu ... Gedang Putih,

Lara WrightPakar Perumus Aromaterapi

Bella Vita telah bekerjasama dengan salah seorang perumus utama di dalam industri minyak pati untuk mewujudkan Koleksi Campuran Mediterranean kami. Lara Wright adalah generasi kedua perintis aromaterapi dan pemaju produk penjagaan kulit dan badan semula jadi yang berkualiti tinggi. Beliau terkenal di dunia kerana membangunkan produk penjagaan kulit organiknya di Makmal Green Valley, Barat Daya Amerika Syarikat. Beliau juga turut menghasilkan produk untuk Spa Green Valley yang pernah memenangi anugerah. Banyak perhatian telah diberikan kepada setiap gabungan di dalam koleksi menggunakan minyak Mediterranean untuk mewujudkan apa yang kami percaya sebagai campuran minyak pati yang paling berkesan dan terbaik di dunia.

Ubahlah rumah, tempat kerja atau bilik hotel menjadi oasis aromaterapi peribadi anda! Dengan peresap, anda boleh menyebarkan minyak pati ke mana-mana tempat, dan mencipta pengalaman spa di mana-mana sahaja anda berada. Rujuk kepada PANDUAN PENGGUNA MINYAK PATI BELLAVITA kami untuk belajar dan melihat bagaimana mudahnya minyak pati memberi manfaat kepada hidup anda!

gobellavita.com | [email protected]