Miral Umum Rancangan Bangunkan Seaworld di Pulau Yas, Abu ...

3
Miral Umum Rancangan Bangunkan Seaworld di Pulau Yas, Abu Dhabi ABU DHABI, UAE, 13 Disember 2016/PRNewswire/ -- Miral jalin kerjasama dengan SeaWorld bawakan pengalaman taman tema hidupan marin generasi seterusnya serta Pusat Penyelidikan, Menyelamat, Rehabilitasi dan Pengembalian Hidupan Marin pertama UAE menjelang 2022 Miral dan SeaWorld Entertainment, Inc. (NYSE: SEAS) ("SeaWorld") hari ini mengumumkan perkongsian antara kedua-dua pihak untuk membangunkan SeaWorld Abu Dhabi, taman tema hidupan marin pertama seumpamanya di Pulau Yas. SeaWorld Abu Dhabi generasi seterusnya ini akan turut menyediakan pusat penyelidikan, penyelamat, rehabilitasi dan pengembalian yang pertama dan khusus untuk hidupan marin yang mempunyai kemudahan serta sumber bertaraf dunia untuk tujuan penjagaan dan juga pemuliharaan hidupan marin tempatan. SeaWorld Abu Dhabi akan menjadi SeaWorld pertama tanpa paus pembunuh (orca) dan akan menggabungkan pengalaman mendekati haiwan, tarikan mega dan juga akuarium bertaraf dunia, selain membawakan teknologi terkini untuk penglibatan pengunjung. Jalinan kerjasama ini menggabungkan kepakaran Miral dalam membangunkan portfolio destinasi Pulau Yas dengan amalan serta pengalaman SeaWorld selama lebih 50 tahun mengurus taman tema, perubatan veterinar, sains marin dan juga zoologi. “Abu Dhabi semakin menjadi destinasi pilihan utama oleh kalangan pengembara serantau dan global yang menggabungkan pengalaman budaya, warisan serta riadah yang unik dalam satu tawaran nilai yang menarik. SeaWorld Abu Dhabi terus memperkukuh kedudukannya di Pulau Yas sebagai destinasi pelancongan bertaraf global,” kata Tuan Yang Terutama Mohamed Khalifa Al Mubarak, Pengerusi Miral. Pengumuman yang dibuat ini mencerminkan sasaran emiriah untuk mewujudkan ekonomi yang mampan dan pelbagai, dengan menjadikan pelancongan sebagai salah satu tunjang utamanya. Abu Dhabi terus berusaha menjalin kerjasama yang berkekalan yang dapat membantunya mencapai Wawasan 2030 yang strategik, untuk mengubah serta merintis destinasi-destinasi baharu yang mendapat pengiktirafan kualiti, keaslian dan inovasi bertaraf dunia pada setiap peringkat. Joel Manby, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SeaWorld berkata: “Kami berasa teruja untuk mengumumkan usaha peluasan antarabangsa pertama kami serta perkongsian kami dengan Miral dalam usaha kami membangunkan SeaWorld untuk generasi seterusnya yang menghubungkan, mendidik dan memberi inspirasi, satu pelan tindakan yang diwujudkan di Abu Dhabi. Taman baharu ini, digabungkan dengan kemudahan penyelidikan, penyelamat, rehabilitasi dan pengembalian khusus memberi tumpuan pada penjagaan dan pemuliharaan hidupan marin, meneruskan legasi SeaWorld terhadap usaha menyelamat hidupan marin yang dilakukan sejak lebih 50 tahun lalu. Projek ini memberi peluang kolaborasi dan pemahaman yang lebih baik tentang sejauh mana spesies telah beradaptasi terhadap persekitaran marin

Transcript of Miral Umum Rancangan Bangunkan Seaworld di Pulau Yas, Abu ...

Page 1: Miral Umum Rancangan Bangunkan Seaworld di Pulau Yas, Abu ...

Miral Umum Rancangan Bangunkan

Seaworld di Pulau Yas, Abu Dhabi

ABU DHABI, UAE, 13 Disember 2016/PRNewswire/ --

Miral jalin kerjasama dengan SeaWorld bawakan pengalaman taman tema hidupan marin

generasi seterusnya serta Pusat Penyelidikan, Menyelamat, Rehabilitasi dan Pengembalian

Hidupan Marin pertama UAE menjelang 2022

Miral dan SeaWorld Entertainment, Inc. (NYSE: SEAS) ("SeaWorld") hari ini

mengumumkan perkongsian antara kedua-dua pihak untuk membangunkan SeaWorld Abu

Dhabi, taman tema hidupan marin pertama seumpamanya di Pulau Yas. SeaWorld Abu Dhabi

generasi seterusnya ini akan turut menyediakan pusat penyelidikan, penyelamat, rehabilitasi

dan pengembalian yang pertama dan khusus untuk hidupan marin yang mempunyai

kemudahan serta sumber bertaraf dunia untuk tujuan penjagaan dan juga pemuliharaan

hidupan marin tempatan. SeaWorld Abu Dhabi akan menjadi SeaWorld pertama tanpa paus

pembunuh (orca) dan akan menggabungkan pengalaman mendekati haiwan, tarikan mega dan

juga akuarium bertaraf dunia, selain membawakan teknologi terkini untuk penglibatan

pengunjung.

Jalinan kerjasama ini menggabungkan kepakaran Miral dalam membangunkan portfolio

destinasi Pulau Yas dengan amalan serta pengalaman SeaWorld selama lebih 50 tahun

mengurus taman tema, perubatan veterinar, sains marin dan juga zoologi.

“Abu Dhabi semakin menjadi destinasi pilihan utama oleh kalangan pengembara serantau

dan global yang menggabungkan pengalaman budaya, warisan serta riadah yang unik dalam

satu tawaran nilai yang menarik. SeaWorld Abu Dhabi terus memperkukuh kedudukannya di

Pulau Yas sebagai destinasi pelancongan bertaraf global,” kata Tuan Yang Terutama

Mohamed Khalifa Al Mubarak, Pengerusi Miral.

“Pengumuman yang dibuat ini mencerminkan sasaran emiriah untuk mewujudkan ekonomi

yang mampan dan pelbagai, dengan menjadikan pelancongan sebagai salah satu tunjang

utamanya. Abu Dhabi terus berusaha menjalin kerjasama yang berkekalan yang dapat

membantunya mencapai Wawasan 2030 yang strategik, untuk mengubah serta merintis

destinasi-destinasi baharu yang mendapat pengiktirafan kualiti, keaslian dan inovasi bertaraf

dunia pada setiap peringkat.

Joel Manby, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SeaWorld berkata: “Kami berasa teruja

untuk mengumumkan usaha peluasan antarabangsa pertama kami serta perkongsian kami

dengan Miral dalam usaha kami membangunkan SeaWorld untuk generasi seterusnya yang

menghubungkan, mendidik dan memberi inspirasi, satu pelan tindakan yang diwujudkan di

Abu Dhabi. Taman baharu ini, digabungkan dengan kemudahan penyelidikan, penyelamat,

rehabilitasi dan pengembalian khusus memberi tumpuan pada penjagaan dan pemuliharaan

hidupan marin, meneruskan legasi SeaWorld terhadap usaha menyelamat hidupan marin yang

dilakukan sejak lebih 50 tahun lalu. Projek ini memberi peluang kolaborasi dan pemahaman

yang lebih baik tentang sejauh mana spesies telah beradaptasi terhadap persekitaran marin

Page 2: Miral Umum Rancangan Bangunkan Seaworld di Pulau Yas, Abu ...

yang unik di rantau itu, selain untuk menginspirasikan pengunjung, penyokong pemuliharaan

dan pakar penjagaan haiwan generasi akan datang.”

Pusat penyelidikan, penyelamat, rehabilitasi dan pengembalian SeaWorld Abu Dhabi di

Pulau Yas akan menjadi pusat yang pertama seumpamanya di negara tersebut yang

menyediakan persekitaran termaju untuk penyelidik tempatan dan global, saintis serta

penyokong pemuliharaan marin bagi membantu mereka memahami dan juga mempelajari

habitat serta keadaan kehidupan marin di rantau itu dengan lebih baik. Dirancang untuk

dibuka menjelang perasmian taman tema hidupan marin, kemudahan itu akan menyediakan

sumber penting untuk warga dan penduduk UAE yang ingin mempelajari atau meningkatkan

kepakaran dalam sains hidupan marin, selain berperanan sebagai hab untuk tujuan kolaborasi

dengan organisasi-organisasi dan juga projek-projek alam sekitar di dalam dan luar negara.

Mohamed Al Zaabi, Ketua Pegawai Eksekutif Miral berkata: “SeaWorld Abu Dhabi ialah

sebuah projek unik untuk rantau tersebut yang melengkapi portfolio tempat tarikan kami dan

memperkayakan Pulau Yas sebagai destinasi paling menarik untuk pengunjung kami.

Sebagai pemaju destinasi Abu Dhabi yang tersendiri dan menarik ini, peluang untuk

membangunkan taman tema hidupan marin generasi seterusnya dengan kerjasama SeaWorld

adalah suatu yang berani dan bercita-cita tinggi. Miral akan terus membangunkan dan

mencipta destinasi-destinasi utama untuk Pulau Yas yang menawarkan pengalaman yang

unik, imersif dan menarik buat semua.”

Penambahan SeaWorld Abu Dhabi ini meluaskan portolio destinasi Miral di Pulau Yas, yang

bakal menggandakan jumlah pengunjung menjadi 48 juta menjelang tahun 2022. Rancangan

pertumbuhan itu merupakan sebahagian daripada visi Abu Dhabi untuk menjadikan emiriah

itu sebagai hab pelancongan global yang mempunyai tarikan tersendiri dan prasarana

pelancongan bertaraf dunia.

SeaWorld Abu Dhabi bakal dibuka menjelang tahun 2022, dan bakal melengkapi portfolio

destinasi Pulau Yas Miral yang terdiri daripada empat taman tema, termasuk Dunia Ferrari

Abu Dhabi, Taman Tema Air Yas serta pembukaan Warner Bros. World Abu Dhabi dan juga

Clymb pada tahun 2018 yang diumumkan baru-baru ini. Pulau Yas juga menawarkan

pelbagai pengalaman sukan dan hiburan termasuk Litar Marina Yas, tujuh hotel, pelbagai siri

acara yang diadakan sepanjang tahun, arena persembahan dan konsert secara langsung,

padang golf kejohanan 18 lubang, marina, pantai, dan juga destinasi membeli belah yang

semakin terkenal, Yas Mall.

Latar Belakang Miral

Miral ialah pencipta destinasi Abu Dhabi, menyatukan orang ramai dan lokasi menerusi

pengalaman yang unik, imersif dan menarik. Bertanggungjawab terhadap pembangunan dan

promosi Pulau Yas, aset-aset Miral terdiri daripada hiburan, hospitaliti, santai, sukan,

restoran, gedung beli belah dan destinasi hartanah. Kini, Pulau Yas menempatkan Dunia

Ferrari Abu Dhabi, Taman Tema Air Yas, Padang Gold Yas Links, Pusat Membeli belah Yas,

Litar Marina Yas dan juga tujuh buah hotel, termasuk Yas Viceroy yang terkenal. Untuk

maklumat lanjut tentang Miral, sila layari http://www.miral.ae.

Latar Belakang SeaWorld Entertainment, Inc.

Page 3: Miral Umum Rancangan Bangunkan Seaworld di Pulau Yas, Abu ...

SeaWorld Entertainment, Inc. (NYSE: SEAS) ialah syarikat taman tema dan hiburan

terkemuka, yang memberikan pengalaman penting, selain menginspirasikan tetamu untuk

melindungi haiwan dan keajaiban hidupan liar di dunia kita. Syarikat ini ialah salah sebuah

organisasi zoologi utama dunia serta peneraju global dalam kebajikan haiwan, latihan,

penternakan dan juga penjagaan haiwan. Syarikat ini turut menyelamat dan memulihkan

haiwan laut dan darat yang sakit, cedera, yatim atau ditinggalkan, dengan matlamat untuk

mengembalikan haiwan tersebut ke dalam habitat liarnya. SeaWorld Entertainment, Inc.

memiliki atau melesenkan portfolio yang merangkumi jenama-jenama diiktiraf, termasuk

SeaWorld, Busch Gardens® serta Sea Rescue®. Selama lebih 50 tahun melakar sejarah,

syarikat ini telah membangunkan pelbagai portfolio yang terdiri daripada 12 destinasi serta

taman tema serantau di seluruh Amerika Syarikat. Taman-taman tema syarikat itu

menyediakan pelbagai pilihan permainan, pertunjukan dan kemudahan-kemudahan lain yang

merangkumi tarikan lokasi yang luas, memberikan pengalaman indah dan tawaran nilai

yang besar untuk para tetamunya. Maklumat tambahan tentang SeaWorld Entertainment,

Inc. boleh didapati di http://www.seaworldentertainment.com.

Sumber: Miral Asset Management