Miri+Skema K1 2011sd

14
SMK MERBAU MIRI PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2 TINGKATAN 6 ATAS TAHUN 2011 PENGAJIAN PERNIAGAAN (946/1) KERTAS 1 MASA: 3 JAM BAHAGIAN A Jawab semua soalan (50 markah) 1 (a ) Nyatakan empat tahap dalam sesebuah kitaran ekonomi. [2 ] (b ) Nyatakan dua perbezaan antara keperluan dengan kehendak. [2 ] (c ) Terangkan tiga peranan seorang pengurus seperti yang dianjurkan oleh Henry Mintzberg. [3 (d ) Terangkan hubungan antara strategi dengan taktik [2 (e ) Nyatakan empat ciri perlakuan manusia mengikut ”teori Y” yang dianjurkan oleh Douglas McGregor. [2 ] (f ) Menurut Philip Kotler sesuatu produk harus merangkumi tiga komponen utama. Perihalkan tiga komponen tersebut. [3 (g ) Huraikan jenis pengeluaran secara berkelompok. [3 ] (h ) Jelaskan dua kelebihan sumber dalaman untuk mengisi kekosongan sesuatu jawatan dalam sesebuah organisasi perniagaan. [2 (i ) Bezakan keputusan rutin dengan keputusan tidak rutin dan berikan contoh. [3 ] (j ) Jelaskan maksud kemahiran manusia , kemahiran teknik dan kemahiran masa . [3 ] 2 (a ) Produk Corak pengedaran Pakaian oleh pereka fesyen Rizalman Eksklusif Kamera digital ”Hotshot” oleh Sony Intensif Mi segera Cintan Selektif Corak pengedaran ketiga-tiga produk di atas adalah berlainan kerana sasaran pasaran untuk setiap produk adalah berlainan. Padankan setiap produk dengan corak pengedarannya dan huraikan. [12] (b ) Cik Uma ialah seorang pelajar universiti dalam jurusan teknologi makanan. Dia perlu menyediakan kertas kerja dan laporan. Walaupun dia boleh menggunakan komputer di universitinya, namun dia berpendapat adalah lebh baik jika dia mempunyai komputernya sendiri supaya dia tidak perlu berebut-rebut dengan pelajar-pelajar lain. Dia ingin membeli sebuah komputer riba (laptop). Huraikan langkah-langkah yang akan dilalui oleh Cik Uma dalam proses membeli komputer riba ini. [13] BAHAGIAN B Jawab mana-mana dua soalan (50 markah) 3 (a ) Huraikan lima persekitaran tugas bagi sebuah sekolah swasta dan jelaskan cara sekolah swasta boleh menjaga kepentingan pihak berkaitan. [15] (b ) Namakan lima cabaran atau trend kini yang dihadapi oleh setiap organisasi menurut pendapat anda. Terangkan cara sesebuah organisasi dapat menyesuaikan diri dengan cabaran atau trend kini. [10]

description

ss

Transcript of Miri+Skema K1 2011sd

Page 1: Miri+Skema K1 2011sd

SMK MERBAU MIRIPEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2

TINGKATAN 6 ATAS TAHUN 2011PENGAJIAN PERNIAGAAN (946/1) KERTAS 1

MASA: 3 JAM BAHAGIAN A

Jawab semua soalan (50 markah)

1 (a) Nyatakan empat tahap dalam sesebuah kitaran ekonomi. [2](b) Nyatakan dua perbezaan antara keperluan dengan kehendak. [2](c) Terangkan tiga peranan seorang pengurus seperti yang dianjurkan oleh Henry Mintzberg. [3](d) Terangkan hubungan antara strategi dengan taktik [2](e) Nyatakan empat ciri perlakuan manusia mengikut ”teori Y” yang dianjurkan oleh Douglas McGregor. [2](f) Menurut Philip Kotler sesuatu produk harus merangkumi tiga komponen utama. Perihalkan tiga

komponen tersebut. [3](g) Huraikan jenis pengeluaran secara berkelompok. [3](h) Jelaskan dua kelebihan sumber dalaman untuk mengisi kekosongan sesuatu jawatan dalam sesebuah

organisasi perniagaan. [2](i) Bezakan keputusan rutin dengan keputusan tidak rutin dan berikan contoh. [3](j) Jelaskan maksud kemahiran manusia , kemahiran teknik dan kemahiran masa .

[3]

2 (a)

Produk Corak pengedaran Pakaian oleh pereka fesyen Rizalman Eksklusif Kamera digital ”Hotshot” oleh Sony Intensif

Mi segera Cintan Selektif

Corak pengedaran ketiga-tiga produk di atas adalah berlainan kerana sasaran pasaran untuk setiap produk adalah berlainan. Padankan setiap produk dengan corak pengedarannya dan huraikan. [12]

(b)

Cik Uma ialah seorang pelajar universiti dalam jurusan teknologi makanan. Dia perlu menyediakan kertas kerja dan laporan. Walaupun dia boleh menggunakan komputer di universitinya, namun dia berpendapat adalah lebh baik jika dia mempunyai komputernya sendiri supaya dia tidak perlu berebut-rebut dengan pelajar-pelajar lain. Dia ingin membeli sebuah komputer riba (laptop).Huraikan langkah-langkah yang akan dilalui oleh Cik Uma dalam proses membeli komputer riba ini. [13]

BAHAGIAN BJawab mana-mana dua soalan (50 markah)

3 (a) Huraikan lima persekitaran tugas bagi sebuah sekolah swasta dan jelaskan cara sekolah swasta boleh menjaga kepentingan pihak berkaitan. [15]

(b) Namakan lima cabaran atau trend kini yang dihadapi oleh setiap organisasi menurut pendapat anda. Terangkan cara sesebuah organisasi dapat menyesuaikan diri dengan cabaran atau trend kini. [10]

4 (a) Jelaskan peranan seorang pengurus dalam sesebuah perniagaan. [8](b) Jelaskan maksud dan kepentingan pengorganisasian kepada sesebuah badan perniagaan. [5](c) En. Ramli yang sudah membuat perancangan memulakan perniagaan borong bercadang untuk mengambil

beberapa orang pembantu dan juga jurujual dalam melancarkan lagi perniagaannya. Beliau memikirkan bagaimana kerja-kerja dalam pemesanan barang dari pengeluar, memecah pukal, melayan pelanggan, merekod, menyemak stok , penghantaran barang dan sebagainya dapat dilaksanakan. Nyatakan dan jelaskan langkah-Iangkah dalam proses pengorganisasian yang perlu diambil oleh En. Ramli untuk menguruskan perniagaan borongnya dengan lebih berkesan. [12]

5 (a) Nyatakan maksud pengawalan dan jelaskan kepentingannya bagi sesebuah organisasi. [4](b) Huraikan kaedah-kaedah kawalan awalan, kawalan semasa dan kawalan selepas. Berikan contoh bagi setiap

kaedah kawalan tersebut. [9] (c) Kos Tetap = RM25 000

Kos Berubah seunit =RM3.50 Harga Jualan sedozen =RM60.00 i) Hitung Titik Pulangan Modal ii) Hitung jumlah hasil yang perlu diperolehi untuk menampung kosiii) Berdasarkan pengiraan di atas , lakarkan gambar rajah Titik Pulangan Modal iv) Terangkan empat kegunaan Titik Pulangan Modal [12]

Page 2: Miri+Skema K1 2011sd

6 (a) Terangkan perkara berikut i. Gaji ii. Upah iii. Elaun iv. Bonus [4]

(b) Terangkan faktor-faktor yang menentukan pembayaran gaji dan upah kepada seseorang pekerja. [10]

(c) Huraikan maksud hubungan industri. Bagaimana kesatuan sekerja berperanan dalam menentukan upah minima dalam mewujudkan hubungan industri yang sihat. [ 11]

7 (a) Syarikat ABC Sdn. Bhd. adalah syarikat pengeluar minuman dalam tin yang telah beroperasi selama hampir 10 tahun di Bandar Tasik dan bercadang untuk mengembangkan perniagaannya. Berikut adalah maklumat yang diperoleh Syarikat ABC Sdn. Bhd. yang membuat keputusan untuk mengembangkan perniagaannya:

Pilihan Keputusan Keuntungan dijangka dalam ekonomi baik

Keuntungan dijangka dalam ekonomi meleset

Meningkatkan strategi promosi

RM70,000 -RM 25,000

Membuka cawangan baru RM60,000 -RM17,500 Tidak membuat apa-apa RM0 RM0 Kebarangkalian 0.7 0.3

(i) Lukis rajah pokok keputusan berdasarkan pilihan keputusan Syarikat ABC Sdn. Bhd. (ii) Hitung jumlah jangkaan keuntungan bagi setiap pilihan keputusan. (iii) Nyatakan keputusan yang perlu diambil oleh syarikat tersebut. Jelaskan jawapan anda. [12]

(b) Terangkan maksud pembuatan keputusan rasional. Huraikan lima faktor yang boleh mempengaruhi proses membuat keputusan seorang pengurus. [13]

8 (a) "Pengurusan yang terbilang boleh membentuk organisasi yang cemerlang". Bagaimanakah pengurus tersebut dapat mempraktikkan tabii yang disarankan oleh Steven R.Covey supaya dapat melahirkan pekerja-pekerja yang terbilang. [10]

(b) Bincangkan lima pendekatan yang perlu dilakukan oleh pihak pekerja sendiri dalam mengurus masalah ketegangan di tempat kerja. [15]

Soalan Tamat

Page 3: Miri+Skema K1 2011sd

SKEMA JAWAPANPEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2

PENGAJIAN PERNIAGAAN (946/1) KERTAS 1BAHAGIAN A

1 (a) Empat tahap dalam sesebuah kitaran ekonomi pertumbuhan½, kemerosotan½, kemelesetan½ dan kemewahan½.

(b) Dua perbezaan antara keperluan dengan kehendak.Keperluan Kehendak

Perlu ada untuk terus hidup½ Tidak semestinya ada untuk terus hidup½ Tidak berubah dan semua manusia mempunyai

keperlua yang sama½ Berubah-ubah mengikut cita rasa, umur, cara

hidup, kaum dan sebagainya½(c) Tiga peranan seorang pengurus seperti yang dianjurkan oleh Henry Mintzberg:

Komunikator ½ – bertindak sebagai penyampai maklumat, jurucakap, pemantau dan penyebar. ½ Pendorong ½ –bertindak sebagai ketua, pemimpin dan model peranan untuk memotivasikan kepada pekerja. ½ Penyelesai masalah½ – bertindak sebagai orang tengah antara pihakmajikan dengan pekerja untuk menyelesaikan konflik.

½ Usahawan ½ – bertindak untuk membangunkan perniagaan dan merebut peluang yang wujud. ½

(d) Hubungan antara strategi dengan taktik Strategi merupakan rancangan menyeluruh yang menentukan hala tuju organisasi dan melibatkan masa yang panjang. ½ Taktik ialah langkah-langkah atau program yang disusun untuk jangka pendek atau sederhana. ½ Jika sesuatu strategi tersilap dirancangkan, maka ini akan menyebabkan taktik tidak sesuai dan matlamat organisasi tidak

diapai. [1](e) Empat ciri perlakuan manusia mengikut ”teori Y” yang dianjurkan oleh Douglas McGregor.

Rajin bekerja½ Dapat membuat kerja tanpa arahan dan kawalan. ½ Bersikap proaktif, imiginatif da kreatif½ Bersedia dan rela untuk menerima tanggungjawab. ½

(f) Tiga komponen produk menurut Philip Kotler:Produk Teras ½ -Meliputi semua faedah yg ingin didapati dpd pernbelian sesuatu produk ½Produk Ketara ½ -Merangkumi semua ciri-ciri yg terdapat pada produk ½Produk Sampingan ½ -Faedah tambahan yg diinginkan oleh pengguna berkaitan produk/pembelian produk ½

(g) jenis pengeluaran secara berkelompok"proses pengeluaran yang melibatkan perkongsian sumber/mesin setelah satu kelompok/batch produk dihasilkan, pengeluaran akan bertumpu kepada kelompok produk yang lain. [2]Cth: Percetakan...Kad jemputar disusuli buku resit [1]

(h) Dua kelebihan sumber dalaman :i. Pekerja sedia ada terdorong utk bekerja bersungguh-sungguh kerana peluang naik pangkat 1 mii. Kos pengamiian tenaga kerjayang relativf rendah krn perbelanjaan berkaitan pengiklanan dan temuduga dpt diminimumkan 1 matau mana-mana jawapan lain yang bersesuaian

(i) Keputusan rutin [1m] – dibuat berdasarkan kepada masalah yang biasa/kerap berlaku/berulang-ulang [1m ] dalam organisasi. – Contoh: - menambah pengeluaran [ ½ m ] - menyelaraskan kerja [ ½ m ] - mana-mana contoh yang sesuai [ ½ m ] Maksimum 1 ½ markah Keputusan tidak rutin [1m] - dibuat terhadap masalah yang tidak dijangka/jarang berlaku/sekali sekala/masalah baru [1m]. - Contoh: - pelanggan mengubah spesifikasi produk [ ½ m] - mana-mana contoh yang sesuai [ ½ m ] Maksimum 1 ½ markah

(j) i.Kemahiran Manusia. Kebolehan pengurus untuk:- - memimpin pekerja. [ 1m ] / - memberi arahan /tugas [ 1m ] - memberi motivasi [ 1m ] - menyelaraskan pekerja dan kerja [ 1m ] / - memahami hubungan pekerja /- untuk berkomunikasi dengan pelbagai golongan masyarakat atau manusia. [ 1m ]/ - melalui, kemahiran ini, pengurus berupaya berkomunikasi, memotivasi, memimpin, dan mempengaruhi orang lain dengan baik. ii.Kemahiran Teknik. Kebolehan pengurus untuk:- - mengoperasi mesin dan peralatan [ 1m ] / - mengaplikasikan kaedah/prosedur untuk melaksanakan kerja/ - menggunakan teknologi dan kemahiran untuk kerja harian/ - kerja yang agak rutin/ - lazimnya, kemahiran ini diperoleh melalui latihan yang sesuai dan daripada pengalaman kerja. / - kemahiran yang berkaitan rapat dengan aktiviti operasi syarikat. iii. Kemahiran Masa. Kebolehan pengurus untuk:- - kemampuan pengurus menjadualkan kerja mengikut keutamaan kerja / - kerja yang perlu dilaksanakan tidak terbengkalai/ - melakukan tugas yang disempurnakan dalam masa yang telah ditetapkan./ - Penggunaan masa dengan berkesan/ - Penjadualan tugas/ perancangan masa yang rapi/

Page 4: Miri+Skema K1 2011sd

2 (a) Pakaian oleh Rizalman diedarkan secara eksklusif Pakaian oleh Rizalman mahal dan istimewa Mengehadkan pengedaran kepada satu atau dua outlet dalam satu kawasan geografi terhad. Contohnya, di butik eksklusif di KLCC begitu juga pakaian yang direka oleh pereka terkenal seperti Versace yang dijual di Starhill sahaja bersama dengan jenamajenama eksklusif lain seperti Chanel, Dior, dan sebagainya 'Pelanggan mencari produk' Menjamin penolakan ke dalam pasaran secara maksimum Promosi secara eksklusif dijalankan untuk pelangganpelanggan terpilih Barang lain yang sama jenis adalah seperti kereta mewah (BMW dan Jaguar, jam tangan seperti (Rolex dan Omega) dan sebagainyaKamera digital 'Hotshot'diedarkan secara selektif Produk dipasarkan oleh ejen yang dilantik oleh pengeluar Mengehadkan pengedaran kepada beberapa pengantara (ejen) di beberapa kawasan geografi Contohnya, yang terletak di pusat bell-belah seperti Fotokem dan HSL di Subang Parade Produk lain berkualiti, tetapi tidak eksklusif seperti jam tangan Seiko, alat-alat elektrik dan elektronik seperti Panasonic, telefon bimbit, dan komputer juga diedarkan melalui cara iniMi segera Cintan diedarkan secara intensif Memastikan mi Cintan mempunyai liputan yang paling luas Boleh didapati di mana-mana sahaja 'Produk mencari pelanggan' Pemasar perlu membina satu rangkaian edaran yang efisien serta menyimpan stok yang banyak Barang-barang mudah beli yang lain adalah seperti sabun, serbuk pencuci, minyak masak, dan makanan dalam tin

(b) Langkah-langkah yang teribat dalam proses pembelian komputer oleh Cik UmaMengenal pasti keperluan untuk sebuah komputer riba Dirangsang oleh faktor dalaman, iaitu keperluan kepada komputer riba untuk menyediakan kertas kerja dan laporanMencari maklumat Mencari maklumat tentang jenama komputer riba daripada kawan, media cetak, media elektronik, dan mengunjungi kedai-kedai yang menjual komputer Proses mencari maklumat bergantung kepada mass yang dimiliki olehnya. Jika kesuntukan masa, dia mungkin tidak mempunyai banyak masa untuk mengumpulkan banyak maklumatMenilai alternatif Cik Uma akan menentukan beberapa alternatif dan mengaturkan alternatif-alternatif komputer mengikut keutamaan. Contohnya, Dell CX 12345, Acer WXM 572134, Fujitsu Lifebook dan sebagainya Keutamaan bergantung kepada faktor harga, spesifikasi, dan syarat-syarat jualanMembuat pembelian Cik Uma akan membeli pilihan utamanya, iaitu Dell CX 12345 Jika pilihan ini tidak ada atas sebalilsebab tertentu, dia akan memilih alternatif keduaGelagat selepas pembeliano Cik Uma akan menggunakan komputernya dan menilai sama ada beliannya menepati jangkaannyao Jika computer tidak menepati jangkaannya, dia akan berasa kecewa.o dia mungkin akan menghubungi pemasar @ bertanya kepada kawan-kawannya untuk menghilangkan keraguan.o Jika dia berpuas hati, dia mungkin mengesyorkan komputer yang dibelinya kepada kawan-kawannya.

BAHAGIAN BJawab mana-mana dua soalan (50 markah)

3 (a) b) Lima persekitaran tugas bagi sebuah sekolah swasta dan cara sekolah swasta boleh menjaga kepentingan pihak berkaitanPelanggan Pelajar dan ibu bapa mereka Merupakan pihak terpenting, iaitu pihak yang membeli dan menggunakan produk pendidikan yang dibekalkan oleh

sekolah swasta Untuk menjaga kepentingan pelanggannya, sekolah swasta perlu membekalkan pendidikan yang bermutu, setimpal dengan yuran yang

dikenakan oleh mereka Contohnya, menyediakan kemudahan yang tidak dibekalkan oleh sekolah kerajaan seperti pendidikan muzik, aktiviti berenang, kelas

komputer, dan sebagainya Sekolah perlu memberikan maklumat yang tepat kepada pelanggannya dengan menyediakan khidmat nasihat dan khidmat pelanggan

yang mesraPembekal

Pihak yang membekalkan peralatan seperti kertas, perabot, komputer, buku, dan sebagainya sebagai input kepada operasi sekolah Pembekal adalah seperti pemborong, broker, dan ejen Untuk menjaga kepentingan pembekal, sekolah swasta tidak harus mengeksploitasi pembekal kecil Bayaran perlu dibuat tepat pada masanya Tidak membatalkan kontrak tanpa sebab yang munasabah

Kerajaan Pihak yang menggubal undang-undang dan peraturan-peraturan yang mempengaruhi aktiviti perniagaan Mengekalkan persekitaran yang mendorong perkembangan sekolah swasta

Page 5: Miri+Skema K1 2011sd

Untuk menjaga kepentingan kerajaan,. sekolah swasta perlu membayar cukai tepat pada masanya Jangan cuba mengelakkan pembayaran cukai Pihak pengurusan sekolah swasta boleh memberikan pendapat dan input yang positif kepada kerajaan serta mematuhi semua

undang-undang berkaitan Pekerjao Merangkumi pihak yang memastikan operasi sekolah swasta berjalan lancar, termasuklah guru, pekerja am, pekerja

pejabat, pembantu makmal, dan sebagainya Tindak-tanduk mereka mempengaruhi operasi sekolah swasta Untuk menjaga kepentingan mereka, sekolah swasta harus membayar gaji yang berpatutan mengikut kadar industri Mengamalkan dasar pengambilan pekerja yang adil Menyediakan tempat kerja yang selesa dan selamat Mengambil kira pendapat dan input pekerja Pemodal dan pembiaya Melibatkan individu, kumpulan individu atau institusi yang menyumbang modal kepada sekolah swasta Sokongan berterusan mereka penting untuk kesinambungan sekolah swasta Untuk menjaga kepentingan mereka, sekolah harus mengendalikan sumber modal dengan penuh bertanggungjawab Supaya dapat menghasilkan satu keuntungan yang munasabah sebagai pulangan kepada modal sumbangan pihak inio Juga perlu membekalkan maklumat yang tepat dan telus apabila diminta oleh mereka

(b) Cabaran yang dihadapi dan cara menyesuaikan diri dengan cabaran Kekurangan sumber bahan mentah Kini menjadi semakin ketara, contohnya bekalan bijih timah di Malaysia telah pun habis Sumber api seperti petroleum, arang batu, dan gas asli akan berkurangan dengan ketara dalam mass 20 tahun Harga petroleum mentah kini mencecah USD125 satu tong Perniagaan juga perlu lebih efisien dan berjimat cermat dalam penggunaan sumber Contohnya, pembuat kereta kini mengeluarkan enjin yang lebih efisien dalam penggunaan petroleum dan enjin hibrid yang menggunakan hidrogen juga dihasilkan Perniagaan perlu menambah usaha untuk mencari sumber tenaga alternatif melalui R&D Kini, perniagaan dan kerajaan sedang gist berusaha untuk mengeluarkan bahan api bio (biofuel) pada Skala komersial Contohnya, bahan api bio hasil daripada campuran 95% diesel dan 5% minyak sawit mempunyai potensi yang tinggi pada tahap penggunaan komersialCabaran perniagaan antarabangsa dan globalisasi Perniagaan perlu bersedia untuk bersaing di pasaran antarabangsa Persaingan di peringkat antarabangsa adalah sangat sengit Peniaga perlu memastikan produk yang dipasarkan sentiasa ditingkatkan mutunya Turut bersedia untuk menghadapi cabaran globalisasi mengikut persetujuan AFTA-pada bulan Januari 2008, tarif ke atas kebanyakan barangan industri diturunkan sebanyak 2%-5% Cabaran lain yang memberikan impak kepada perniagaan ialah kemasukan China dan Vietnam dalam WTO, penstrukturan semula ekonomi India, China, dan Vietnam Juga impak e-dagang terhadap perniagaan tradisional, impak perkembangan pengkomputeran dan telekomunikasi terhadap cara perniagaan dilaksanakanCabaran teknologi Peniaga perlu melengkapkan diri dengan teknologi terkini seperti CAD dan CAM, robotik, laser, optik fiber, dan sebagainya Peniaga akan hilang daya saing jika mereka tidak melengkapkan diri dengan teknologi terkini Pengeluaran menjadi kurang efisien dan produk kurang standard Peniaga juga perlu memastikan mereka meningkatkan keupayaan dalam bidang telekomunikasi dan komputerProduktiviti pekerjao Perlu ditingkatkan supaya setanding dengan pekerja-pekeria di negara lain

Untuk memastikan perniagaan tidak kehilangan daya saing Produktiviti pekerja perlu meningkat seiring dengan kadar peningkatan upah Peniaga hares bersedia untuk memberikan latihan kepada kerja untuk melengkapkan diri mereka dengan teknologi terkiniTanggungjawab sosial Tekanan yang semakin tinggi untuk perniagaan menyempurnakan objektif keuntungan dan tanggungjawab sosial Perlu menentukan jumlah peratusan daripada keuntungan yang boleh disalurkan kembali kepada masyarakat Peniaga perlu berusaha untuk mematuhi, norm-norma yang diterima oleh masyarakat seperti tidak mencemarkan alam sekitar, tidak menjalankan perniagaan yang membawa kesan negatif terhadap masyarakat dan sebagainya Peniaga kini menghadapi masyarakat yang semakin sensitif terhadap isu-isu sosial dan persekitaran Kini, iklim dunia semakin terjejas oleh fenomena ’global warming' akibat pengeluaran karbon dioksida yang berlebihan -sebahagian besar daripada karbon dioksida ini dihasilkan oleh industri

4 (a) Peranan seorang pengurus dalam sesebuah perniagaan. [8]1. Komunikator . (½m)- Melibatkan perhubungan dengan individu dan kumpulan. ( ½ m)- Peranan komunikator dibahagikan kepada tiga iaitu pemantau, penyampai dan jurucakap. ( ½ m)- jurucakap – menyampaikan maklumat dari dalam dn luar organisasi kepada pihak yang mempunyai kepentingan dalam organiasasi. ½

2. Pendorong. (½m)- Bijak memotivasi dan mendorong pekerja. ( ½ m)- Melibatkan pekerja dalam proses membuat keputusan. ( ½ )

Page 6: Miri+Skema K1 2011sd

- model peranan – menjadi ikutan pekerja/ memberikan tunjuk ajar/ fasiilitator. ½

3. Penyelesai masalah (½m)- Pengurus perlu berhadapan dengan masalah dan diselesaikan dengan tegas walaupun tindakan yang diambil tidak disukai. (½ m)- Perlu memikirkan kesan jangka panjang terhadap organisasi dalam semua tindakannya. ( ½ m)- Orang tengah- menyelesaikan konflik majikan dengan pekerja.

4. Usahawan ( ½ m)- Perlu membuat keputusan tentang pembaharuan yang dipelukan oleh organisasi samada dalam bentuk proses - pengurusan, pengeluaran barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan . ( ½ m)- Pengurus perlu menngunakan inisisatif mereka untuk memulakan perubahan yang positif / bijak mengambil peluang. ( ½ m)

(b) Maksud :Merupakan proses merangka dan membentuk sumber manusia dan bukan manusia supaya rancangan organisasi dapat digerak untuk mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan. ( 1m)Kepentingan:1.Supaya organisasi dapat berjalan dan diuruskan dengan lincin dan teratur.(1m)2.Agar aktiviti kerja dapat dilakukan dengan cekap dan berkesan. (1m)3.Dapat mengurangkan konflik tugas antara pekerja. (1m)4.Membangunkan sumber manusia melalui latihan dan pembangunan. (1m)5.Membantu merancang guna tenaga dengan lebih cekap dan berkesan. (1m)6.Dapat menjalankan peranan, tanggungjawab dan hubungan dengan unit kerja. (1m)7.Dapat mengagihkan penggunaan sumber organisasi dengan cekap. (1m)8.Untuk menyelaras pelaksanaan perancngan dan mencapai matlamat organisasi. (1m)Maksud = 1m + mana 4 kepentingan x 1m = 5 markah.

(c) Proses Pengorganisasian – Perniagaan borongnyatakan = ½ ; huraikan dengan kaitan perniagaan borong = 1½, mesti ikut urutan1.Penentuan objektif (½m)Objektif perniagaan borong – membekalkan barangan dan mencapai keuntungan ( 1½m)2.Pengenalpastian aktiviti (½m)Aktiviti yang terlibat dalam pentadbiran am ialah kewangan, pemasaran (mengrekrut pelajar) dan sumber manusia). ( 1½ m)3.Pengelasan aktiviti (½m)Mengelaskan staf mengikut peringkat dan tanggungjawab – peringkat atas/peringkat bawah. (1½m)4.Pengelompokkan aktiviti (½m)Menggabungkan aktiviti dan tugas mengikut unit seperti memesan, mengagih, logistik, memecah pukal kepada kumpulan pekerja yang berlaianan. ( 1½ m)5.Pengagihan tugas dan sumber (½m)Pengagihan tugas mengikut kepakaran dan kebolehan. ( 1½m)6.Autoriti dan tanggungjawab (½m)Staf dan kakitangan diberi kuasa membuat keputusan dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing. (1½m)

5 (a) Maksud kawalan: Satu tindakan yang merujuk kepada proses/aktiviti merekod hasil operasi sebenar( ½ m ), membandingkan dengan apa yang dirancangkan atau telah ditetapkan ( ½ m) dan memaklumkan hasil perbandingan (½m) tu kepada pihak yang bertanggungjawab supaya tindakan dapat diambil supaya selaras dengan objektif yang telah ditetapkan. ( ½ m) [mak: 2 markah]Kepentingan kawalan: - Memastikan keseluruhan hala tuju kumpulan atau individu adalah konsisiten dengan rancagan organisasi jangka

pendek. (1m) - Memastikan penyempurnaan tugas dan objektif adalah konsisten antara satu sama lain dalam organisasi secara

keseluruhannya. (1m) Memastikan pematuhan peraturan dan polisi organisasi yang penting. (1m) [mana-mana 2 kepentingan = 2 markah]

(b) Huraikan kaedah-kaedah kawalan awalan, kawalan semasa dan kawalan selepas. Berikan contoh bagi setiap kaedah kawalan tersebut. [9]

Kawalan awalan Kawalan yang dilaksanakan terhadap input (modal, bahan mentah, buruh, kaedah) bagi memastikan input memenuhi standard. (1m) Tujuannya adalah untuk pencegahan (1m) Contoh : pemeriksaan terhadap bahan mentah seperti ayam di ladang KFC mesti mencapai berat dan tempoh matang tertentu untuk disembelih (1 markah)

Kawalan semasa

Page 7: Miri+Skema K1 2011sd

Kawalan yang dilaksanakan semasa proses pengeluaran sedang berjalan bagi menentukan proses kerja diikuti dan dipatuhi. (1m) Meliputi penyelarasan dan penyeliaan, pemantauan dan semakan berterusan / pembetulan segera dibuat. (1m)Contoh : Pemeriksaan yang dilakukan oleh QC di kilang-kilang semasa proses pengeluaran berjalan.(1 m)

Kawalan selepas Kawalan yang dilaksanakan selepas sesuatu produk yang telah dikeluarkan. (1m) Dilaksanakan supaya output mengikut standard, siap pada masa yang diperlukan. (1m) Contoh : Memeriksa produk yang telah siap sebelum dipasarkan. (1m)

(c) (c)Kos Tetap = RM25 000Kos Berubah seunit = RM3.50Harga Jualan sedozen = RM60.00i) Hitung Titik Pulangan Modal F__ P – C ( 1 m)= RM25 000RM5 – RM3 ( 1 m)= 12 500 unit ( 1 m)

ii)Jumlah hasil yang perlu diperolehi untuk menapung kos.12 500 unit X RM 5 = RM62 500 (1m)

iii) Berdasarkan pengiraan di atas , lakarkan gambarajah Titik Pulangan Modal

iv)Empat kegunaan Analisis Titik Pulangan Modal1.Untuk mengetahui volum jualan produk / perkhidmatan yang mencapai titik pulang modal. (1m)2.Mengawal jumlah kos operasi supaya tidak melebihi jumlah kos yang dibelanjakan. (1m) Pengawalan kos operasi lebih tertumpu Kepada kos berubah (1m)3.Mengawal prestasi pekerja untuk memastikan segala aktiviti yang dijalankan dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan terhadap sasaran keluaran (1m)4.Menetapkan keuntungan sasaran melalui peningkatan kuantiti keluaran dan perletakan harga jualan minimum terhadap setiap unit keluaran. (1m)5.Pengawalan boleh dilakukan dengan memastikan mengeluar mengikut kuantiti dan penjualan mengikut harga jualan yang telah ditetapkan (1m)Empat pertama = 5 markah.

6 (a) i. Gaji ialah bayaran yang diterima daripada kontrak kerja dalam bentuk kewangan secara bulanan atau mingguan secara tetap dan berkala. (1m) ii. Upah ialah bayaran yang diterima daripada kerja yang dilakukan dalam bentuk kewangan mengikut sumbangan tenaga dan perkhidmatan yang diberikan secara tidak berkala atau mengikut jam bekerja.(1m) iii. Elaun ialah ganjaran kewangan tambahan yang diberi oleh majikan yang tidak terdapat dalam kontrak perkhidmatan/kerja, contonya elaun perumahan, elaun pakaian dan lain-lain.(1m) iv.Bonus ialah bayaran kewangan yang diberi kepada pekerja berdasarkan kepada prestasi pekerja dan kedudukan kewangan organisasi. (1m)

(b) 1. Jenis kerja yang dilakukan dan jawatan yang dipegang. (1m) + Huraian/contoh (1m) 2. Kemampuan syarikat atau kewangan syarikat. (1m) + Huraian/contoh (1m) 3. Permintaan dan penawaran buruh. (1m) + Huraian/contoh (1m) 4. Tawaran pesaing. (1m) + Huraian/contoh (1m) 5. Ekuiti dalaman dan luaran. (1m) + Huraian/contoh (1m) 6. Keperluan undang-undang. (1m) + Huraian/contoh (1m) 7. Kesatuan sekerja. (1m) + Huraian/contoh (1m) 8. Peranan gaji dalam menarik, mengekal dan memotivasikan pekerja. (1m) + Huraian/contoh (1m) 9. Lokasi geografi. (1m) + Huraian/contoh (1m)

Mana-mana 5 X 2 = 10 markah (c) Maksud hubungan industri ialah perhubungan yang wujud di antara majikan dengan pekerja-pekerja. ( 1 m)

Peranan Kesatuan Sekerja.1.Mengatur hubungan antara majikan dengan majikan, pekerja dengan pekerja dan pekerja dengan majikan. (½m) . Huraian …… (1½m)2.Mewakili pekerja atau majikan dalam sebarang pertikaian perindustrian. (½m) . Huraian …… (1½m)3.Mengendalikan pertikaian perusahaan atau perkara yang berkaitan dengannya, seperti mogok , piket, dan tuntutan gaji. (½m) . Huraian …… (1½m)

Page 8: Miri+Skema K1 2011sd

4.Menganjurkan, mengendali atau membiayai pemogokan (bagi pekerja), atau penutupan pintu, (bagi majikan) bagi mana-mana perniagaan. (½m) . Huraian …… (1½m)5.Membuat perjanjian kolektif bagi pihak pekerja. (½m) . Huraian …… (1½m)

7 (a) (i) Lukis rajah pokok keputusan berdasarkan pilihan keputusan Syarikat ABC Sdn. Bhd.

(ii) Jumlah jangkaan keuntungan bagi setiap pilihan keputusan Meningkatkan strategi promosi = (0.6 x RM50,600) + (0.4 x –RM10,000) [½] = RM30,360 + (-RM4,000) [½] = RM26,360 [1] Membuka cawangan baru = (0.6 x RM65,200) + (0.4 x –RM12,500) [½] = RM39,120 + (-RM5,000) [½] = RM34,120 [1] Tidak membuat apa-apa = (0.6 x RM0) + (0.4 x RM0) = RM0 [1] [Jumlah = 5m](iii) Syarikat perlu membuka cawangan baru [1] memandangkan jangkaan keuntungan yang diperoleh daripada pilihan keputusan ini adalah yang paling tinggi.[1] [Jumlah = 2m]

(b) Maksud pembuatan keputusan rasionalo suatu proses pengurusan yang melibatkan cirri logical dan konsisten dalam mengenal pasti alternative dan criteria yang

akan berpotensi memberikan suatu keputusan yang terbaik dengan memenuhi syarat-syarat dan objektif yang ditetapkan.

Selain daripada maklumat di atas, huraikan lima faktor yang boleh mempengaruhi proses membuat keputusan Encik Mazlan 1. Faktor jangka masa membuat keputusan - Jangka masa mempengaruhi jumlah maklumat yang dapat dikumpul - Jangka masa panjang membolehkan maklumat dikumpul lebih banyak dan keputusan lebih baik dibuat. 2. Tekanan dari luar - Tekanan luar ini biasanya berpunca daripada dasar undang-undang dan peraturan baru yang digubal oleh kerajaan. - Contoh: Langkah kerajaan menaikkan cukai tanah atau sewa tapak memaksa Encik Mazlan memikirkan semula perancangannya. 3. Sikap peribadi - Keputusan yang dibuat dipengaruhi oleh ciri-ciri personalitinya. - Contoh: Jika Encik Mazlan seorang yang berani menghadapi risiko maka beliau akan lebih terdorong untuk membuat keputusan tersebut 4. Pengaruh kumpulan setara - Encik Mazlan cenderung bergaul dengan kumpulan yang sama dengan kedudukannya atau lebih tinggi daripadanya. - Dalam persekitaran sosial ini tidak mustahil beliau lebih terpengaruh dengan idea golongan yang lebih tinggi berbanding golongan yang lebih rendah statusnya 5. Komitmen pekerja dan pengurus - Komitmen yang baik antara Encik Mazlan dengan pekerja membolehkan keputusan yang lebih baik dibuat. - Ini kerana sumbangan idea daripada dua pihak membolehkan pembuatan keputusan yang cepat dan berkesan Pengalaman pengurus Peristiwa masa lalu [F=½][mana-mana 2 huraian, H = 1½m][2m x 5 = 10]

Page 9: Miri+Skema K1 2011sd

8 (a)

Tabii Individu Berkesan (fakta) Maksud Huraian

1. Bersikap Proaktif Bertindak tanpa diarah dan berinisiatif.

1. Kenalpasti idea-idea baru 2. Kawal dan sesuaikan diri dengan persekitaran.

3. Kenalpasti apa yang bakal berlaku. 4. Keupayaan menangani perubahan.

2. Mulakan sesuatu dengan mengingati matlamat.

Menetapkan matlamat sebelum bertindak.

1. Ada arah tujuan atau garis panduan 2. Tetapkan keutamaan kerja 3. Selesaikan tugas ikut urutan 4. Mempunyai senarai tugas

3. Lakukan perkara yang utama dahulu

Melakukan sesuatu perkara yang penting dahulu

1. Lakukan tugas ikut masa yang ditetapkan. 2. Elakkan pembaziran masa

4. Berfikiran menang-menang Membuat sesuatu keputusan yang boleh memberi kebaikan atau menafaat kepada semua pihak.

1. Ambil keputusan supaya tidak menjejaskan kedua-dua pihak. 2. Keputusan positif, adil dan tidak berat sebelah.

5. Cuba untuk memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami.

Berusaha untuk memahami sesuatu isu.

1. Tidak mengharapkan orang lain untuk memahami sesuatu

6. Bersinergi Mengambil kesempatan atas apa yang berlaku dan merebut peluang yang wujud.

1. setiap kelemahan akan diubah menjadi kekuatan. 2. Ancaman diubah menjadi peluang.

7. Tajamkan Gergaji Sentiasa meningkatkan kemahiran dan adakan perubahan pada diri sendiri.

a. Jasmani- Fizikal sentiasa dijaga b. Emosi- Sentisa mengawal perasaan c. Rohani- Sentisa mempunyai pegangan agama yang kukuh. d. Intelek- Sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan

(b) Bincangkan lima pendekatan yang perlu dilakukan oleh pihak pekerja sendiri dalam mengurus masalah ketegangan di tempat

kerja. [15]

Senaman [½] - Senaman yang tidak melibatkan persaingan seperti senamrobik dan berjoging, menunggang basikal dan berenang, melakukan taici. - Melakukan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh di samping mengdapat udara segar

Sokongan sosial [½]... sokongan daripada ahli keluarga dan rakanrakan amat penting dan mampu mengurangkan ketegangan.... melibatkan diri dengan aktiviti persatuan dan bersosial dengan ahli masyarakat amat pentingdan baik untuk mengurangkan rasa ketegangan

Pengurusan masa. [½]... segala aktiviti dirancang dengan lebih kemas dansemua aktiviti disusun berdasarkan keutamaan.... pengurusan masa yang bijak dan betul mampu mengurangkan ketegangan terhadap tugasan yang perlu diselesaikan.

Teknik fisiologi. [½]... latihan jasmani seperti senaman dan berenang disyorkan dan teknik ini mampu mengurangkan ketegangan. Di samping meningkatkan kecergasan tubuh badan, senaman juga satu aktiviti yang sihat untuk otak supaya sentiasa berfikiran positif.... meditasi juga mampu memberi ketegangan kepada mental yang sarat dengan masalah dan merehatkan fizikal dengan cara yang tenang dan selesa.

Mengamalkan tabiat menyelesaikan masalaho mengenal pasti punca sebenar ketegangano mencari jalan penyelesaian / cara mengatasi supaya ketegangan dapat diatasi apabila sesuatu masalah itu dapat

diselesaikan.

Page 10: Miri+Skema K1 2011sd