MNT MESYRT1DISIPLIN 2015

5
SEKOLAH KEBANGSAAN BOHOR JALAN HUTAN KAMPUNG 05350 ALOR SETAR, KEDAH Tarikh: 11 Januari 2015 Tuan?Puan, MESYUARAT JAWATANKUASA DISIPLIN DAN PENGAWAS KALI PERTAMA TAHUN 2015 Berhubung dengan perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada: HARI : Selasa TARIKH : 13.01.2015 TEMPAT : Makmal ICT MASA : 1:45 PETANG 2. Agenda Mesyuarat: 2.1 Ucapan Aluan Pengerusi 2.2 Pelantikan AJK 2015 2.3 Perancangan Aktiviti Tahunan 2.4 Pelantikan Pengawas 2015 2.5 Hal-hal lain 3 Tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut. Sekian, terima kasih. PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG” Saya yang menurut perintah, (MOHD NIZAM B HARON) Setiausaha Unit Disiplin dan Pengawas SK Bohor SEKOLAH KEBANGSAAN BOHOR JALAN HUTAN KAMPUNG 05350 ALOR SETAR, KEDAH MINIT MESYUARAT UNIT DISIPLIN & PENGAWAS KALI PERTAMA TAHUN 2015 HARI : SELASA

description

k

Transcript of MNT MESYRT1DISIPLIN 2015

Page 1: MNT MESYRT1DISIPLIN 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN BOHOR

JALAN HUTAN KAMPUNG

05350 ALOR SETAR, KEDAH

Tarikh: 11 Januari 2015

Tuan?Puan,

MESYUARAT JAWATANKUASA DISIPLIN DAN PENGAWAS KALI PERTAMA TAHUN 2015

Berhubung dengan perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada:

HARI : Selasa

TARIKH : 13.01.2015

TEMPAT : Makmal ICT

MASA : 1:45 PETANG

2. Agenda Mesyuarat:

2.1 Ucapan Aluan Pengerusi

2.2 Pelantikan AJK 2015

2.3 Perancangan Aktiviti Tahunan

2.4 Pelantikan Pengawas 2015

2.5 Hal-hal lain

3 Tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.

Sekian, terima kasih.

“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG”

Saya yang menurut perintah,

(MOHD NIZAM B HARON)

Setiausaha Unit Disiplin dan Pengawas

SK Bohor

Page 2: MNT MESYRT1DISIPLIN 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN BOHORJALAN HUTAN KAMPUNG

05350 ALOR SETAR, KEDAH

MINIT MESYUARAT UNIT DISIPLIN & PENGAWAS KALI PERTAMA TAHUN 2015

HARI : SELASATARIKH : 13 JANUARI 2015MASA : 1:45 PETANGTEMPAT : MAKMAL ICT

KEHADIRAN :

Page 3: MNT MESYRT1DISIPLIN 2015

1. Pn. Hjh. Zaharah Bt Ishak (Pengerusi)2. En. Mohd Nizam b Haron (SU)3. Pn. Ratna Sopinaz bt Baharudin (Naib SU)4. Pn. Nor Yusni bt Mohd Yusuf (AJK)5. Pn. Maizura bt Mustafa ( AJK )6. Pn. Khodijah bt Osman ( AJK )

AGENDA I : Ucapan Aluan Pengerusi

Page 4: MNT MESYRT1DISIPLIN 2015

1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua AJK ke mesyuarat kali pertama Unit Disiplin & Pengawas SK Bohor. Pengerusi juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK yang memberi sokongan padu dalam menangani masalah disiplin pada tahun lalu.

AGENDA II : Pelantikan AJK 2015

2 Semua guru yang hadir dengan rasminya dilantik menjadi AJK Disiplin dan Pengawas SK Bohor mengikut surat edaran.

AGENDA III : Perancangan Tahunan 2015

3 Perancangan Aktiviti Tahunan adalah seperti lampiran (Takwim Induk Unit HEM SKB 2015)4 Tambahan aktiviti - Kempen sifar Vandalisme

- Pemeriksaan mengejut disiplin diadakan lima kali setahun

Tindakan: Semua AJKAGENDA IV : Pelantikan Pengawas 2015

5 Setiausaha memaklumkan bahawa pengawas sekolah baharu telah dipilih pada tahun lepas oleh panel pemilihan pengawas yang terdiri daripada AJK Unit Disiplin & Pengawas, guru-guru kelas dan dipersetujui oleh Guru Besar.

6 Bakal-bakal pengawas telah dipanggil untuk di temuduga pada 27 dan 28 Oktober 2014 sebelum dipilih dan dilantik menjadi pengawas tahun ini.

7 Murid yang dipilih diberi surat penawaran sebagai pengawas dan perlu mengisi borang penerimaan/ penolakan pengawas. Kedua-dua borang itu perlu dibaca dan diisi oleh ibu bapa atau waris mereka.

8 Sesi temuduga dan penilaian juga telah dijalankan pada 10 dan 11 November 2014 bagi memilih ketua dan penolong ketua pengawas bagi tahun 2015.

9 Setiausaha memaklumkan bahawa seramai 21 orang murid tahap dua dan 2 orang murid pendidikan khas telah dilantik sebagai pengawas sekolah bagi tahun 2015 . Manakala 4 orang murid dari tahun 5 2014 telah tersenarai sebagai calon yang akan dilantik sebagai ketua dan penolong ketua pengawas.

10 Sehubungan dengan itu, semua guru dan ajk yang terlibat dalam pemilihan ketua dan penolong ketua pengawas sebulat suara memilih Nur Damia Zahirah Bt Md Rodzi sebagai Ketua Pengawas dan Anas Faris B Mohd Fadli sebagai Penolong Ketua Pengawas.

11 Watikah pelantikan pengawas sekolah akan diadakan pada hari Ahad 25 Januari 2015 semasa perhimpunan rasmi sekolah.

12 Aturcara watikah lantikan pengawas adalah seperti berikut:7:45 pagi :Nyanyian Lagu Negaraku, Bacaan Doa & Bacaan Ikrar7:55 pagi :Ucapan PK HEM ( Pengerusi Unit Disiplin & Pengawas )8:05 pagi :Ucapan Guru Besar ( Penasihat Unit Disiplin & Pengawas )8:15 pagi :Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah 20158:30 pagi :Bacaan Ikrar Pengawas Sekolah8:35 pagi :Nyanyian Lagu Negeri Kedah, Sekolah dan Malaysia Jaya8:40 pagi :Majlis Bersurai

13 En Mohd Nizam meminta agar AJK dapat berjumpa dengan pengawas-pengawas sekolah 2 kali dalam masa sebulan. Ini bagi memantapkan kredibiliti setiap pengawas.

Tindakan: Semua AJKAGENDA V : HAL – HAL LAIN

14 Pengerusi memaklumkan bahawa Borang Salah Laku Murid akan diwujudkan pada tahun ini bagi merekodkan kes salah laku murid. Sebarang masalah berkaitan disiplin murid akan direkodkan oleh guru berkaitan di dalam borang ini.

15 Pengerusi juga memaklumkan kes-kes disiplin yang lebih berat melibatkan murid-murid akan dirujuk kepada guru disiplin dan akan direkodkan secara online di dalam Sistem SSDM KPM dan Borang Rekod Salah Laku Murid. Surat amaran juga akan dikeluarkan dan dihantar kepada ibu bapa murid yang terlibat.

Page 5: MNT MESYRT1DISIPLIN 2015

16 Pn Maizura mencadangkan agar program pembentukan sahsiah bagi semua murid diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

17 Pn Khodijah mencadangkan guru kelas meletakkan senarai nama dan nombor telefon waris di dalam bilik 3K bagi memudahkan guru bertugas menghubungi waris murid yang sakit untuk tindakan selanjutnya.

PENUTUP

18 Pengerusi berharap semua AJK dapat melaksanakan tugasan dengan baik dan cekap.19 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang hadir pada mesyuarat

jawatankuasa kali pertama.20 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2:30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................ .........................................( En. Mohd Nizam b Haron) ( Pn. Ku Faizah bt Ku Marzuki) Setiausaha Unit Disiplin & Pengawas Pengerusi Unit Disiplin & Pengawas SK Bohor SK Bohor