mobiliti-sosial-masyarakat-malaysia-bertambah-baik.docx

download mobiliti-sosial-masyarakat-malaysia-bertambah-baik.docx

of 2

Transcript of mobiliti-sosial-masyarakat-malaysia-bertambah-baik.docx

  • 7/29/2019 mobiliti-sosial-masyarakat-malaysia-bertambah-baik.docx

    1/2

    Mobiliti sosial masyarakat Malaysia bertambah baikMobiliti sosial adalah peluang yang diberikan kepada status sosial seseorang untuk menaikkan taraf diri daripada tahap yang rendah ke arasyang lebih baik. Proses gerak pindah ini boleh menjadi hasil yang positif atau negatif kerana risikonya sangat tinggi. Berubah ke satu aras hidupyang lebih baik adalah impian bagi setiap orang kerana keselesaan dan kebahagiaan yang akan dinikmati kelak dapat merubah keadaan hidupyang sedia ada. Umpama pepatah orang yang cemerlang tunjukkan hasil, orang yang gagal berikan alasan.

    Paul B. Horton mentakrifkan mobiliti sosial sebagai gerakan perpindahan dari satu kelas sosial ke kelas sosial yang lain. Tafsiran Kimball Young

    dan Raymond W. Mack pula lebih kepada struktur sosial yang melihat wujudnya pola-pola yang mengatur kelompok sosial berkenaan(http://id.wikipedia.org).

    Mobiliti sosial ini lebih mudah berlaku dalam masyarakat yang terbuka dan menjadikan persaingan sebagai pilihan memajukan negara. Sebagaicontoh, Amerika Syarikat maju dalam banyak bidang berbanding negara-negara lain kerana masyarakatnya menjadikan persaingan sebagaiteras untuk membaiki mobiliti sosial. Masyarakat yang tertutup akan terus berada dalam kemunduran dan lambat untuk berubah kerana sentiasaterikat dengan penjara pemikiran yang diterjemahkan dalam bentuk sistem feudal, kasta atau ideologi.

    Justeru, kedudukan Malaysia yang lebih baik berbanding United Kingdom adalah sesuatu yang amat dibanggakan. K emerdekaan negara telahmemberi peluang dan ruang kepada masyarakat Malaysia untuk hidup dengan lebih bebas dan terbuka bagi menentukan hala tuju negaramereka sendiri. Namun harus diingat, United Kingdom telah mempunyai bandar raya sendiri sejak akhir tahun 1800-an lagi dan perkembanganpesat globalisasi telah sedikit sebanyak telah membentuk stratifikasi sosial yang baru dalam masyarakatnya. Kemasukan beramai-ramai imigranasing ke negara itu menjadikan mobiliti sosial agak bercelaru dan kerajaannya terpaksa berdepan dengan cabaran baru yang belum pernahmereka alami.

    Stratifikasi sosial adalah pengkelasan masyarakat kepada kelas sosial dan kelas kasta. Perbezaan kedua-duanya ialah kelas sosial lebih bersifatterbuka dan memberi ruang kepada komunitinya untuk memilih dan membuat perubahan manakala kelas kasta lebih ketat dan tidak bolehdiubah. Keberuntungan masyarakat Malaysia ialah melihat kelas sosial sebagai salah satu pemangkin kepada kemajuan melalui prosestransformasi terhadap penguasaan ilmu dan kemahiran.

    Perubahan mobiliti sosial yang sangat jelas di Malaysia ialah ketegasan kerajaan memecahkan pengenalan kaum berasaskan pekerjaan. Prosespembaharuan ini telah dilaksanakan secara terancang melalui pendidikan, pembangunan ekonomi, kestabilan politik dan toleransi agama.Peristiwa 13 Mei 1969 adalah pemacu kepada kepesatan mobiliti sosial yang menyaksikan pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) denganserampang dua mata iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Dua objektif ini berlangsung selama 20 tahun yangmemperlihatkan tumpuan kepada mengeluarkan kelompok masyarakat miskin dan termiskin daripada warisan tradisi nenek moyang yang pernahterjajah dahulu iaitu kemiskinan.

    Pada tahun 1970, insiden kemiskinan di kalangan masyarakat ialah 49.3 peratus dan di akhir rancangan DEB, kadar tersebut menyusut kepada15.0 peratus. Kerajaan memandang berat program ini dengan membelanjakan RM329,000 meliputi Rancangan Malaysia Kedua, Ketiga,Keempat dan Kelima. Usaha-usaha ini menepati suruhan Allah swt yang mengarahkan umat manusia untuk berusaha bagi mengubah nasibsendiri.

    Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah Ar-Rad ayat 11)

    Pencapaian memberangsangkan ini telah memberi keyakinan kepada pemimpin dan rakyat Malaysia untuk menjadi lebih berani menerokakejayaan demi kejayaan. Aspek pendidikan dan ekonomi adalah dua kaedah yang sangat berkesan untuk merangsang mobiliti sosial ini dan

    disokong sepenuhnya oleh peranan politik yang sentiasa memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan.

    Di Malaysia, sektor ekonomi dikawal oleh etnik Cina yang mendominasi sebahagian besar kek ekonomi negara. Manakala kuasa politik dipegangsepenuhnya dengan utuh oleh etnik Melayu bagi mempastikan iklim pembangunan yang positif dan terkawal. Dalam suasana yang harmoni,pembangunan negara dapat digerakkan ke arah kemajuan dan membebaskan diri daripada belenggu penjajahan.

    Kewujudan peluang ini telah membuka ruang dan memberi galakan kepada setiap rakyat Malaysia untuk mendapatkan ilmu dan kemahirandengan lebih cepat, senang dan selesa. Kemudahan sekolah, kolej dan universiti telah ditingkatkan dan diperkemaskan. Sekolah yang daifdibantu khususnya di luar bandar manakala di bandar pula diwujudkan sekolah bestari bagi menggerakkan literasi komputer di kalangan pelajarbermula dari sekolah rendah.

    Kesannya dalam tempoh 20 hingga 30 tahun amat membanggakan kerana semua kelompok masyarakat telah mendapat peluang yang sama.Bezanya ialah sama ada mahu ataupun tidak. Keinginan dan usaha bergantung kepada diri sendiri dan dibantu oleh teknik dan strategi yangbetul.

    Malaysia melangkah setapak lagi dalam usaha pengukuhan mobiliti sosial ini dengan memberi penekanan kepada pembangunan modal insan.YAB Perdana Menteri ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan baru-baru ini telah memberi nilai yang amat bermakna kepada

    jiwa masyarakat Malaysia yang telah dibenakkan dengan pembangunan fizikal yang pesat. Oleh kerana pembentukan nilai ini mengambil masa,hasilnya akan jelas kelihatan dalam tempoh 10 hingga 15 tahun yang akan datang. Pembentukan nilai dan budaya itu nanti sememangnya telahdirancang dengan teliti melalui beberapa instrumen seperti pendidikan dan penyebaran fikrah melalui media supaya masyarakat mendapatgambaran tentang hasil akhir yang ingin dilihat.

    Kejayaan meningkatkan mobiliti sosial dapat memadamkan episod lama generasi yang suram. Hari ini anak-anak Melayu di luar bandar tidak lagimewarisi pekerjaan tradisi ibu bapa mereka dan berada dalam kelas sosial yang tersendiri. Mereka lebih bertuah kerana maksud tersirat beradadalam kelompok sosial ini ialah :

    1. Memiliki tahap kesihatan yang memuaskan.2. Hubungan dan interaksi sesama komuniti yang lebih baik.3. Mengurangkan jenayah sosial.4. Sistem keluarga yang harmoni.5. Menikmati hidup yang lebih ceria.

    Kejayaan mobiliti sosial rakyat Malaysia seterusnya akan ditentukan oleh gaya kepimpinan ketua kerajaan yang sedia ada. Cabaran globalisasimenjadi faktor penghalang yang akan melambatkan kesaksamaan sosial di dalam masyarakat. Jurang stratifikasi sosial yang luas akanmewujudkan tiga kategori kelas iaitu :

    1. Kelas Atasan (golongan kaya)

    2. Kelas Pertengahan3. Kelas Bawahan (golongan miskin)4. Di luar Kelas (golongan paling miskin)

    http://id.wikipedia.org/http://id.wikipedia.org/http://id.wikipedia.org/http://id.wikipedia.org/
  • 7/29/2019 mobiliti-sosial-masyarakat-malaysia-bertambah-baik.docx

    2/2

    Adalah sukar untuk memisahkan keempat-empat golongan ini dalam jangka masa singkat kerana nilai, budaya dan cara berfikir berbeza-beza.Bagaimanapun pendidikan akan merubah susunan kelas ini dalam jangka masa panjang kerana melalui pendidikan, berlakunya perubahanmental dan tingkah laku yang diingini.

    Peningkatan mobiliti sosial di Malaysia banyak disumbangkan oleh kesedaran kepimpinan terhadap peranan pendidikan bagi memajukan rakyatMalaysia.