MODEL 3 Elliott

download MODEL 3 Elliott

of 5

Transcript of MODEL 3 Elliott

MODEL 3

MODEL 3JOHN ELLIOTTJohn Elliott (1991) memberi definisi kajian tindakan sebagai satu kajian sosial untuk meningkatkan kualiti dan mutu tindakan yang akan diambil terhadap sesuatu keadaan.

Kesahan sesuatu teori atau hipotesis yang dibuat tidak bergantung kepada kajian secara saintifik, tetapi ianya lebih bergantung kepada keberkesanan kajian tersebut.

Idea utama Elliott adalah untuk menyelidik sesuatu masalah dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157).

Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adalah satu usaha mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan.

Elliott (1985a) berpendapat bahawa kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama. John Elliott setuju dengan konsep lingkaran refleksi tindakan Kemmis tetapi John Elliot menyatakan bahawa terdapat lebih banyak aliran tindakan dalam peringkat pelaksanaan untuk mendapat lebih banyak sokongan dan maklumat sebelum berpindah kepada peringkat kedua. Oleh itu, Elliot telah memperkembangkan model Kemmis bagi membolehkan aliran yang lebih lancar berlaku antara tahap-tahap yang terdapat dalam proses kajian tindakan. Ia bertujuan untuk menghasilkan model yang lebih lengkap. Contoh model ini ialah:

Format penulisan kajian tindakan John Elliott Tujuan : untuk membuktikan sesuatu teori/ Model. Tajuk kajian Latar belakang kajianKenalpasti idea/ Fokus/ Masalah kajian/ TeoriTinjauan : Cara fakta dan analisis kenyataan Perancangan Tindakan Tindakan 1 Tindakan 2 Tindakan 3 Tindakan 4 6. Refleksi : Huraian kejayaan