model canter.docx

6
1.0 PENGENALAN MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER Model disiplin asertif canter telah diasaskan oleh Lee Canter. Model ini berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Model ini lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas. Selain itu, Model disiplin asertif Canter juga memberi tumpuan kepada hak guru dan hak murid dalam pengurusan bilik darjah, iaitu hak murid untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru yang mengajar tanpa gangguan. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar.

description

Apa itu model canter?

Transcript of model canter.docx

Page 1: model canter.docx

1.0PENGENALAN MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER

Model disiplin asertif canter telah diasaskan oleh Lee Canter. Model ini

berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan

murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Model ini lebih

menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan

murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas.

Selain itu, Model disiplin asertif Canter juga memberi tumpuan kepada hak guru

dan hak murid dalam pengurusan bilik darjah, iaitu hak murid untuk belajar

dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru yang mengajar tanpa

gangguan. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti

bilik darjah berjalan lancar.

1.2 Ciri-ciri Model Disiplin Asertif Canter

Penetapan peraturan Tiga Jenis Guru Cara Pengurusan

Asertif

Tindakan Pembetulan

Pengurusan disiplin

Page 2: model canter.docx

1.2.2 Tiga Jenis Guru

Menurut Model disiplin asertif Canter, guru dapat dibahagikan kepada 3 jenis,

iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru yang asertif.

Jenis guru yang pertama ialah guru yang agresif. Jenis guru ini berimej

garang, tidak bertimbang rasa dan tidak mesra. Mereka berpendapat bahawa

murid merupakan seteru. Mereka menggunakan cara seperti menunjukkan

kuasa, menetapkan peraturan dan tidak bertolak ansur dengan murid supaya

dapat mengekalkan dan menguruskan aktiviti bilik darjah.

Ekspesi muka jenis guru ini sentiasa serius dan tegas .Mereka selalu memberi

arahan-arahan yang keras supaya murid mengikut arahannya tanpa

bantahan.Tindakan ini akan menyebabkan murid berasa terancam,takut dan

tidak diperlakukan dengan adil.

Jenis guru yang kedua ialah guru yang tidak asertif.Jenis guru ini

mempunyai ciri-ciri seperti kelam kabut semasa mengajar,tidak konsisten, tidak

tegas dan mudah putus asa. Guru ini selalu menggunakan pendekatan yang

pasif terhadap murid mereka. Jenis guru ini gagal dalam membantu murid-murid

untuk membuat jangkaan tingkah laku yang diingini dan tidak konsisten dalam

menangani tingkah laku murid.

Page 3: model canter.docx

Kadangkala, mereka akan membenarkan suatu tingkah laku ditunjukkan di

dalam bilik darjah dan kadangkala akan menjadi terlampau garang terhadap

murid yang melakukan tingkah laku tersebut. Jenis guru ini akan menyebabkan

murid-murid berasa keliru terhadap guru, dan kelama-lamaan murid tidak akan

menghormati guru ini.

Jenis yang ketiga ialah guru yang asertif. Jenis guru ini selalu menggunakan

pendekatan asertif untuk menguruskan disiplin bilik darjah. Guru yang asertif ini

selalu menunjukkan ciri jelas,yakin dan menyatakan jangkaan dan arahan yang

konsisten dengan tegas.Guru yang asertif ini selalu mengambil berat dan berlaku

adil kepada murid-murid mereka.

Selain itu, guru ini juga mengetahui keinginan murid-muridnya dan dapat

membina hubungan saling mempercayai dengan murid.Mereka akan membantu

muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan

dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Mereka akan

menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid yang

diingini, mengeluarkan perasaan mereka terhadap tingkah laku murid-murid dan

menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima.

Sebagai contoh, guru menetap dan menerang peraturan kelas dengan jelas dan

mengeluarkan perasaan sekiranya murid mematuhi atau melanggar peraturan.

Guru yang asertif juga tidak akan membawa imej yang garang, kasar atau

terlampau tegas. Guru tersebut selalu memberi penjelasan secara perbincangan

dengan murid-murid dengan mesra dan tenang supaya murid tidak akan berasa

Page 4: model canter.docx

takut dan terancam. Dengan cara ini, murid-murid akan sedar dan jelas bahawa

sebab peratura itu diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tidak

dipatuhi.

Guru yang asertif dapat menjamin hubungan baik antara guru dengan murid dan

juga dapat menguruskan bilik darjah dengan lebih konsisten. Secara tidak

langsung, persekitaran pembelajaran yang tenang dapat dibina dan dapat

menyumbang dalam perkembangan pembelajaran murid.