Model Disleksia

13
1 1.0 PENGENALAN Masalah disleksia dalam pembelajaran sudah lama wujud di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Di Malaysia, disleksia hanya diperkenalkan kepada khalayak ramai buat pertama kalinya pada tahun 1993 melalui Seminar Kebangsaan Pengenalan kepada Disleksia yang dianjurkan oleh Rotary Club Gombak. Disleksia adalah masalah pembelajaran yang semakin dikenali oleh masyarakat Malaysia melalui Dasar Langit Terbuka dan capaian maklumat melalui rangkaian elektronik yang semakin canggih hingga ke pelusuk negara. Media cetak dan elektronik semakin kerap menguar- uarkan simptom ini dan dapat diikuti oleh semua lapisan masyarakat di mana sahaja berada. Peranan sekolah semakin berat dalam memastikan arahan „Pendidikan Rendah Wajib‟ oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bermula Disember 2002. Kehadiran kanak-kanak ke sekolah seawal prasekolah melalui agenda besar Kementerian Pendidikan Malaysia memastikan program perluasan Prasekolah ke seluruh Negara menjelang 2005 memperlihatkan keperluan pengisian pendidikan yang lebih berkualiti dan berkesan. Kajian mengenalpasti kanak-kanak bersimpton disleksia diharap menjadi penyumbang ke arah kualiti perancangan pendidikan yang dimaksudkan. Dalam era masyarakat dapat menilai dan mampu membayar harga sesebuah pendidikan melalui pemilihan terbuka institusi bagi anak-anak mereka mengikuti pendidikan, maruah institusi pendidikan di bawah kendalian kerajaan akan dipertahankan dan mampu terus bersaing, menjadi kebanggaan dengan kualiti pendidikan yang mengambil kira keunikan potensi kanak-kanak yang bernaung di bawahnya. Adalah menjadi harapan agar peluang “Pendidikan Untuk Semua” yang sekian lama dimeteri melalui Pernyataan Salamanca (UNESCO 1994) akan menjadi lebih bermakna dengan perhatian dan penglibatan semua pihak bangun untuk membantu kanak-kanak disleksia mencapai aspirasi masa depannya melalui pendidikan berkualiti. Ramai kalangan selebriti terkenal dunia mencipta nama dalam bidang masing-masing yang pada asalnya adalah penghidap disleksia seperti Albert Einstein, Richard Branson, Walt Disney, Tom Cruise dan ramai lagi.

Transcript of Model Disleksia

Page 1: Model Disleksia

1

1.0 PENGENALAN

Masalah disleksia dalam pembelajaran sudah lama wujud di kalangan pelajar-pelajar

sekolah rendah dan menengah. Di Malaysia, disleksia hanya diperkenalkan kepada

khalayak ramai buat pertama kalinya pada tahun 1993 melalui Seminar Kebangsaan

Pengenalan kepada Disleksia yang dianjurkan oleh Rotary Club Gombak. Disleksia

adalah masalah pembelajaran yang semakin dikenali oleh masyarakat Malaysia melalui

Dasar Langit Terbuka dan capaian maklumat melalui rangkaian elektronik yang semakin

canggih hingga ke pelusuk negara. Media cetak dan elektronik semakin kerap menguar-

uarkan simptom ini dan dapat diikuti oleh semua lapisan masyarakat di mana sahaja

berada. Peranan sekolah semakin berat dalam memastikan arahan „Pendidikan Rendah

Wajib‟ oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bermula Disember 2002. Kehadiran

kanak-kanak ke sekolah seawal prasekolah melalui agenda besar Kementerian Pendidikan

Malaysia memastikan program perluasan Prasekolah ke seluruh Negara menjelang 2005

memperlihatkan keperluan pengisian pendidikan yang lebih berkualiti dan berkesan.

Kajian mengenalpasti kanak-kanak bersimpton disleksia diharap menjadi

penyumbang ke arah kualiti perancangan pendidikan yang dimaksudkan. Dalam era

masyarakat dapat menilai dan mampu membayar harga sesebuah pendidikan melalui

pemilihan terbuka institusi bagi anak-anak mereka mengikuti pendidikan, maruah institusi

pendidikan di bawah kendalian kerajaan akan dipertahankan dan mampu terus bersaing,

menjadi kebanggaan dengan kualiti pendidikan yang mengambil kira keunikan potensi

kanak-kanak yang bernaung di bawahnya. Adalah menjadi harapan agar peluang

“Pendidikan Untuk Semua” yang sekian lama dimeteri melalui Pernyataan Salamanca

(UNESCO 1994) akan menjadi lebih bermakna dengan perhatian dan penglibatan semua

pihak bangun untuk membantu kanak-kanak disleksia mencapai aspirasi masa depannya

melalui pendidikan berkualiti. Ramai kalangan selebriti terkenal dunia mencipta nama

dalam bidang masing-masing yang pada asalnya adalah penghidap disleksia seperti Albert

Einstein, Richard Branson, Walt Disney, Tom Cruise dan ramai lagi.

Page 2: Model Disleksia

2

2.0 DEFINISI DAN KONSEP

2.1 Masalah Pembelajaran

Masalah pembelajaran merupakan suatu kecelaruan dalam satu atau lebih daripada proses

psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa samada berbentuk lisan atau

bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur, menulis,

mengeja mahupun megira. Samuel Klirk (1963) mendefinisikan masalah pembelajaran

sebagai kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan,

pembacaan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain. Ianya bukanlah kesan daripada

kerencatan mental, halangan sensori (buta atau pekak), faktor budaya mahupun persekitaran.

Pencapaian kemahiran membaca, menulis dan mengira individu bermasalah pembelajaran

adalah tahap di bawah purata kebangsaan. Terdapat perbezaan yang nyata antara kanak-kanak

yang diklasifikasikan sebagai bermasalah pembelajaran. Masalah pembelajaran turut

diandaikan sebagai masalah neurologi. Ia berkaiatan dengan cara otak menerima, memproses,

menganalisa dan menyimpan maklumat.

2.2 Disleksia

Seorang pakar perubatan dan „ophalomotologist‟ memperkenalkan disleksia sebagai satu

„disorder‟ dalam kanak-kanak yang telah menerima pendidikan biasa, tetapi tidak

memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek. Masalah ini

boleh berlanjutan sehinggalah kanak-kanak itu dewasa dan biasanya ia dialami oleh kanak-

kanak. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu kecacatan atau penyakit dan ia tidak

memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai

masalah ini dapat dikurangkan. Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan

Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah keturunan atau genetik,

faktor biologi seperti kelahiran yang tidak cukup bulan dan juga faktor kelewatan

kematangan (Anida Abu Bakar, 2008)

Page 3: Model Disleksia

3

3.0 MODEL MENGATASI MASALAH DISLEKSIA

3.1 Model inklusif

Model ini dilaksanakan bagi murid yang mengalami masalah disleksia yang ringan. Bagi

pelajar-pelajar berkeperluan khas seperti ini, mata pelajaran Bahasa Melayu akan

dilaksanakan di kelas khas manakala mata pelajaran lain diinklusifkan di kelas normal. Di

sini, guru khas disleksia akan membantu guru kelas dari segi melaksanakan kerja bertulis.

Kurikulum Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Agama Islam atau

Pendidikan Moral yang sedia ada akan digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran.

Huraian sukatan pelajaran semua mata pelajaran tersebut jika perlu, akan diubahsuai

pendekatannya bagi keperluan murid-murid disleksia

3.2 Model kelas khas

Model kelas khas dilaksanakan bagi pelajar bermasalah disleksia yang teruk. Huraian

sukatan pelajaran bagi model kelas khas ini diubahsuai pendekatannnya. Guru-guru perlu

menggunakan strategi yang khusus dan menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru, seseorang perlu mengenalpasti kekuatan

dan kelemahan kanak-kanak itu melalui beberapa ujian yang dijalankan. Melalui pengujian

tersebut, secara automatiknya kita dapat mengenalpasti bakat, kebolehan atau kemahiran

khusus yang dimiliki oleh mereka.

Kita juga boleh mengenalpasti pola kesilapan atau masalah secara spesifik dalam

bacaan, tulisan atau cara membuat jawapan bagi subjek matematik. Oleh itu, kita dapat

mencari strategi penyelesaian bagi membantu mereka mengatasi kekurangan pada diri

mereka. Hubungan antara guru dan murid adalah sangat penting. Justeru, kita boleh

mengenalpasti samada terdapat sebab-sebab yang menjejaskan kemajuan. Sebagai contoh,

mungkin berlakunya masalah emosi semasa di rumah ataupun dari sikap diri yang negatif.

Seseorang guru perlu lebih kreatif dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan terhadap murid mereka. Pelbagai cara untuk menarik minat dan menambah motivasi

mereka terhadap pelajaran perlu dilaksanakan.

Page 4: Model Disleksia

4

Gambar 1: Penggunaan animasi interaktif menerusi komputer untuk merangsang minat

pelajar disleksia

Sumber: Alif Abu Bakar, Pendekatan berbeza didik anak disleksia

Selain alat bantuan belajar seperti komputer, barangan permainan seperti permainan blok dan

tanah liat juga penting bagi golongan disleksia menjana kreativiti mereka. Guru-guru perlu

memberikan masa selama 30 minit kepada pelajar-pelajar ini untuk bermain kedua-dua

permainan tersebut sebelum kelas bermula. Kebiasaannya, pelajar bermasalah disleksia serius

mengalami masalah menggerakkan tangan ketika menulis (Alif Abu Bakar, 2011).

Penggunaan tangan dengan cara menekan dan membentuk ketika bermain permainan tersebut

dikatakan dapat membantu meningkatkan kemahiran motor halus yang dialami mereka.

3.3 Pendekatan Multi-Sensory

Proses pembelajaran golongan disleksia perlu melengkapi penggunaan deria-deria utama

seperti sentuhan, bunyi serta penglihatan kerana ia akan menjawab semua persoalan yang

bersarang dalam fikiran mereka. Kajian menunjukkan pendekatan Multi-Sensory merupakan

kaedah yang paling sesuai bagi mengajar pelajar-pelajar disleksia. Pendekatan ini

menggabungkan beberapa deria iaitu auditori, visual, orali dan kinestetik.

Bagi mengatasi kekeliruan tersebut, blok-blok huruf tersebut akan diletakkan di

hadapan mereka dan mereka akan diberi penjelasan tentang perbezaan huruf tersebut. Sebagai

contoh, huruf d akan dikenali mereka sebagai huruf a yang mempunyai tangkai di atas

sementara huruf g pula mempunyai ekor di bawah. Walau bagaimanapun, penjelasan tersebut

perlu didatangkan secara visual dan sentuhan agar mereka benar-benar memahami perbezaan

Page 5: Model Disleksia

5

huruf-huruf tersebut. Proses pengajaran kanak-kanak disleksia perlu dilakukan secara

berperingkat dan tidak terlalu mendadak. Sepertinya, perkataan-perkataan yang diajar perlu

dieja mengikut bunyi perkataan itu disebut dan susunan perkataan dalam ayat juga perlu

senada agar mereka tidak mengalami kekeliruan.

Gambar 2: Seorang guru mengajar pelajar yang bermasalah disleksia mengenal huruf

Sumber: Alif Abu Bakar, Pendekatan berbeza didik anak disleksia

3.4 Pendekatan mengeja dengan melakar

Antara salah satu cara belajar mereka yang mengalami gangguan disleksia dapat dilihat

melalui cara mereka belajar dengan mengeja perkataan-perkataan menggunakan lakaran atau

lukisan. Melalui kajian yang dijalankan di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendapati

bahawa murid-murid disleksia sering mencari kaedah belajar cara mereka sendiri. Malah,

kadangkala daya kreativiti mereka yang tinggi membolehkan mereka membuat pilihan cara

mana mereka harus gunakan untuk memudahkan mereka belajar.

Pelajar seperti ini mengalami kesukaran untuk membina sukukata, apatah lagi

mengeja perkataan. Kekuatan dalam kebolehannya ialah mendengar bunyi huruf. Mereka

cekap memilih perkataan bagi huruf awal yang ditentukan. Perkataan-perkataan yang dipilih

selalunya terdiri daripada perkataan yang mudah untuk dilukis atau dilakar olehnya. Daripada

lakaran gambar-gambar, mereka bijak menafsirkan kepada huruf-huruf awal. Huruf-huruf

Page 6: Model Disleksia

6

tersebut dicantumkan, maka terbinalah perkataan yang ingin dieja. Penjelasan di atas

mungkin dirasakan begitu rumit atau mengelirukan bagi kita, tapi hakikatnya, itulah cara

yang digunakan oleh murid ini di peringkat permulaan beliau belajar mengeja, setelah gagal

mengeja dengan cara biasa yang digunakan oleh murid-murid lain.

Sebagai contoh, cara yang mereka gunakan untuk mengeja “matahari”. Murid ini akan

melukis gambar-gambar berdasarkan bunyi huruf-huruf dalam perkataan yang

perlu dieja;

Mata api tangga api hujan api rambutan ikan

(m) (a) (t) (a) (h) (a) (r) (i)

Dicantumkan huruf-huruf awal bagi gambar-gambar yang dilukis, maka terbinalah

perkataannya, m a t a h a r i.

Murid yang mengalami disleksia menggunakan kaedah ini untuk mengeja selama

beberapa bulan. Setelah mahir, dengan sendirinya mereka tidak perlu lagi melukis, tetapi

telah mampu menulis huruf yang dibunyikan. Akhirnya, mereka menunjukkan prestasi yang

boleh dibanggakan. Kunci kejayaan di sini ialah memberi fokus kepada kemajuan jangka

pendek dalam sesi latihan dan ini mengekalkan motivasi dan membolehkan murid ini

membina cara pembelajarannya sendiri. Akhirnya, mereka boleh mengeja dan membaca

seperti mana murid-murid lain, dengan penuh rasa yakin pada diri sendiri.

3.5 Pendekatan objek pembelajaran (learning object, LO)

Konsep Objek Pembelajaran atau learning object (LO) dipopularkan oleh Wayne Hodgins

pada tahun 1994 (Abtar, 2005). LO merupakan cara terkini serta teknologi masa akan datang

dalam penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran (Hodgins, 2000). Menurut Shepherd

(2001), LO adalah pemikiran berorientasikan objek yang diaplikasikan kepada dunia

pendidikan. LO adalah interaktif serta membenarkan pelajar mempelajari kandungan

sehingga peringkat masteri dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam aktiviti kemahiran

Page 7: Model Disleksia

7

berfikir. Dengan menggunakan internet, LO boleh diaksess pada bila-bila masa sahaja.

Repositori objek pembelajaran direkabentuk untuk pelbagai mode aksesibiliti (dimuat-turun,

dipindah ke media elektronik yg lain untuk capaian yg lebih mudah, pengguna boleh mencari

objek pembelajaran dengan mudah) boleh menyediakan ke arah pembelajaran era baru (Ally,

2006)

3.5.1 Model DIMLOM

Disleksia Interaktif Multimedia Learning Object Model (Fadilahwati et al, 2011) ini direka

mengikut tiga fasa utama, iaitu sebelum pembangunan, semasa pembangunan, dan selepas

pembangunan. Menurut Taylor et al (2007), animasi mampu menyokong kefahaman pelajar

jika ia digunakan dengan cara yang konsisten mengikut teori pembelajaran multimedia.

Parette (2011) ada menyatakan bahawa animasi mempunyai keupayaan untuk menarik

perhatian kepada dimensi kritikal pelajar cacat secara berkesan dan boleh memberikan respon

yang benar ke atas sesuatu visual dengan cepat.

1. Sebelum pembangunan

Melalui kajian peringkat awal, pengkaji telah membuat kajian gaya pembelajaran kepada

lima orang pelajar dan mendapati bahawa kecenderungan untuk gaya pembelajaran visual

cukup nyata. Majoriti pelajar didapati mempunyai kecenderungan untuk merujuk kepada

gambar (visual) jika diberi sesuatu arahan. Antara pendekatan lain yang boleh diambil kira

ialah saranan Dean (1996) yang menyatakan bahawa pendekatan kepada pelajar disleksia

boleh dibuat melalui:

- Pemecahan kepada topik-topik kecil.

- Aktiviti yang membolehkan pelajar tersebut membuat latihan setelah mengulangkaji.

- Kerja yang melibatkan rangsangan secara terus

2. Semasa pembangunan

Papan cerita dihasilkan dengan mengambil kira ciri-ciri pelajar, gaya pembalajaran dan isi

kandungan yang diambil dari silibus pembelajaran. Pandangan pakar seperti Bradford (n.d)

juga diambil kira, yang mana teks menggunakan warna cerah dan berlatarbelakangkan warna

gelap bagi mengelakkan sensitiviti penglihatan pelajar disleksia. Teknik sebegini juga

mampu mengelakkan masalah yang teks yang kelihatan bergerak. Jenis huruf seperti “arial”

Page 8: Model Disleksia

8

juga sesuai digunakan bagi mengelakkan masalah yang sama. Huruf sebegini mempunyai

bentuk yang sederhana dan jelas. Selain daripada teks, penggunaan visual juga diberi

penekanan yang amat penting. Visual direka khas untuk memudahkan pemahaman teks, isi

kandungan, dan juga konsep pembelajaran.

Konsep penceritaan dibuat bagi mendapatkan rangsangan secara terus kepada pelajar

disleksia dengan menggunakan karakter murid pandai yang boleh bercakap, suara latar

belakang, ikon-ikon gambar yang memberi kefahaman secara terus dan animasi yang

menunjukkan proses pendaraban tersebut. Di dalam cerita ini, pelajar digalakkan untuk turut

serta membuat persiapan majlis hari jadi, di mana mereka perlu memasukkan dua buah gula-

gula ke dalam beg plastik. Kemudian jumlah gula-gula tersebut dikira dan konsep tambah

berulang boleh diperkenalkan (Gambar 3).

Gambar 3: Skrin animasi untuk pengenalan konsep pendaraban

Aktiviti berkonsep penceritaan dimana

Amir/karakter utama (menggunakan suara latar)

mengajak pengguna untuk membantu menyiapkan

beg plastik bagi meraikan harijadinya.

Imej yang direka khas sebagai ikon dua biji gula-

gula untuk mewakili darab dua.

Imej khas lain; Tiga ikon beg platik dalam tiga

warna asas (merah, kuning dan biru) untuk

mewakili jumlah yang akan di darab.

Jumlah gula-gula ditulis dalam bentuk angka

berwarna cerah dan berlatarbelakangkan

warna gelap bagi memudahkan pelajar disleksia

untuk mengenalpasti angka.

Animasi yang menunjukkan dua biji gula-gula

dimasukkan kedalam setiap beg plastik.

Jumlah keseluruhan gula-gula juga dibacakan

menggunakan suara latar belakang.

Huruf “x” berkelip bagi tujuan memperkenalkan

tanda darab.

Secara keseluruhan animasi dimainkan untuk muka

surat satu dalam jangka masa yang singkat bagi

memudahkan proses mengingat.

Page 9: Model Disleksia

9

Bagi memperkenalkan konsep kiraan melangkau (skip counting), pelajar seterusnya

dikehendaki untuk mengira jumlah sepasang kek cawan untuk sembilan orang kawan.

Dengan cara bertahap, pelajar dikehendaki menghitung jumlah kawan dahulu, kemudian

menghitung dua buah kek cawan tersebut sebanyak sembilan kali, dan membahagikannya

kepada kesemua sembilan kawannya (Gambar 4).

Gambar 4: LO untuk pendaraban

Bagi melengkapkan penceritaan secara keseluruhan, kisah majlis hari jadi ini diakhiri dengan

aktiviti soalan yang meminta pelajar disleksia untuk menyelesaikan masalah konsep

pendaraban dua dengan menggunakan pendekatan yang sama (tambah berulang dan kiraan

melangkau).

Animasi angka yang keluar disetiap orang untuk

menghitung jumlah kawan.

Aktiviti dimana animasi karakter Amir mengajak

pengguna untuk membantunya menghitung jumlah

kawannya. Mata, mulut dan tangan Amir bergerak

mengikut suara latar bagi memperjelas situasi.

Animasi karakter Amir yang sentiasa memberi

perhatian kerana kemunculannya yang tak

disangka-sangka. Teknik ini membantu

mengekalkan fokus pelajar.

Animasi anak panah yang keluar serentak dengan

tulisan “+ 2+ dan angka bagi mempercepat

pemahaman konsep kiraan melangkau.

Watak kawan-kawan Amir dihidupkan dengan riak

wajah yang gembira dan mata yang berkedip.

Animasi yang konsisten sebegini mampu

mengekalkan fokus pelajar.

Animasi angka yang menunjukkan jumlah kek

cawan keluar satu persatu mengikut suara latar.

Tulisan angka tersebut berlatarbelakangkan warna

gelap bagi memudahkan pembacaan.

Page 10: Model Disleksia

10

3. Selepas pembangunan

Pengkaji menggunakan borang penilaian yang dihasilkan oleh Leeder (2003) dari the

Universities’ Collaboration in eLearning. Ia mengandungi 7 item soalan yang dipilih

daripada 23 soalan mengikut kesesuaian proses pembangunan animasi. Item dalam tinjauan

terdiri daripada dua bahagian iaitu Penggunaan LO dan Nilai Pembelajaran.

1. Penggunaan LO – Fokus kepada persepsi pelajar terhadap betapa mudah dan jelasnya

mereka dapat mengikut pengajaran dan aktiviti dalam LO (yang mana disampaikan dengan

menggunakan teknik animasi yang telah direka khas)

2. Nilai pembelajaran LO – Merangkumi item yang menunjukkan persepsi pelajar terhadap

betapa berkesannya LO (khususnya animasi yang telah direka khas) di dalam membantu

mereka belajar dan memahami kandungan yang relevan. Bagi memastikan kesahihan

jawapan, pengkaji cuba menanyakan setiap soalan tersebut melalui proses temuduga yang

direkodkan ke dalam video dan ditayang semula untuk tujuan pengamatan dan pengesahan

jawapan pelajar. Untuk melengkapkan proses analisis, pengkaji mendapatkan pandangan

guru untuk mengesahkan sekali lagi ke atas setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar.

Keputusan dan Perbincangan

Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan di beberapa buah sekolah menunjukkan

bahawa pelajar disleksia mempunyai persepsi betapa mudah dan jelasnya mereka dapat

mengikuti pengajaran dan aktiviti yang disampaikan menggunakan teknik animasi yang telah

direka khas. Mereka memahami imej ikon gula-gula, plastik dan kek cawan sebagai simbol

kepada angka yang akan dikira. Dengan memecahkan isi topik kepada pecahan tajuk-tajuk

kecil, pelajar-pelajar disleksia boleh membuat kawalan diri untuk memahami konsep samada

secara perlahan, berulang kali, dan berinteraksi mengikut cara kawalan masing-masing.

Pelajar-pelajar disleksia sememangnya boleh memahami dan membuat aktiviti yang disuruh

pada setiap pecahan tajuk kecil tersebut dalam jangka masa yang singkat.

Dari segi nilai pembelajaran, adalah penting untuk memahami bahawa pelajar disleksia

amat tertarik dengan konsep aktiviti penceritaan yang dianimasikan. Didapati bahawa pelajar

turut tertarik kepada pembelajaran yang dikaitkan dengan masalah dunia sebenar. Kajian ini

juga membuktikan bahawa majoriti pelajar juga berpendapat bahawa grafik dan animasi

adalah menarik dan memudahkan mereka memahami kandungan. Sememangnya pelajar

disleksia perlu mendapatkan daya tarikan dan motivasi untuk mengekalkan fokus mereka

terhadap bahan pembelajaran.

Page 11: Model Disleksia

11

4.0 KESIMPULAN

Jelaslah bahawa, pengesanan dan intervensi awal amat penting bagi tujuan membantu kanak-

kanak kini berjaya dalam kehidupan mereka.kerjasama dalam memberi fahaman, galakan dan

sokongan dari ibubapa dan guru-guru amat perlu bagi membangkitkan motivasi diri dan

semangat dalam menempuh pengajaran dan pembelajaran. Akhir kata, sebagai guru, kita

perlulah mengakui bahawa kaedah mengajar pelbagai deria dan pelbagai kecerdasan memang

berkesan untuk kanak-kanak disleksia ini.

Adalah penting untuk merujuk kepada ciri-ciri pelajar disleksia, pemahaman masalah

topik pembelajaran secara teliti, dan mengenalpasti kaedah strategi pengajaran seperti yang

telah dicadangkan. Pada masa yang akan datang, pengkaji juga harus melihat banyak lagi

kemungkinan untuk mengenalpasti lebih banyak unsur-unsur yang memotivasikan

pembelajaran mereka.

Presiden Persatuan Dyslexia Malaysia (PDM), Sariah Amin menyatakan bahawa

kurangnya pendedahan dan kesedaran dalam kalangan guru serta ibu bapa terhadap disleksia

menyebabkan kekeliruan terhadap masalah yang dihadapi golongan disleksia. Secara kasar ia

mungkin dilihat sebagai individu buta huruf yang perlu dimasukkan ke dalam kelas

pemulihan khas tetapi, sebenarnya mereka memerlukan pendekatan pembelajaran berbeza.

(Kosmo Online, 2011)

Page 12: Model Disleksia

12

5.0 RUJUKAN

Ally, M., Cleveland-Innes, M., Boskic, N., & Larwill, S. (2006) Learner‟s Use of Learning

Objects. Journal of Distance Education Revue De L’Education A Distance

Fall/Automne 2006, 21(2), 44-5.

Amir Awang, 1991. Modifikasi Tingkah Laku dan Terapi. Universiti Sains Malaysia: Pulau

Pinang

Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim & Yusof Boon, 2006. Psikologi Sosial

Alam Remaja, PTS Profesional: Selangor

Dean, J (1996). Managing Special Needs in the Primary School. London: Routledge

Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Ronaldi Saleh Umar, (2010). Usability

Testing on Interactive Multimedia Learning Object for Dyslexic Children: Proceeding

of 5th International Conference on e-Learning, 12-13 July 2010. Universiti Sains

Malaysia, Penang, Malaysia

Hammond, L & Hughes, P. 1990. When bright kids fail: how to help children overcome

specific learning difficulties. Australia: Simon and Schuster.

Mohd.Daud Hamzah, 1990. Emosi dalam Pembelajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala

Lumpur

Parette, H., Hourcade, J. & Blum, C.. (2011). Using Animation in Microsoft PowerPoint to

Enhance Engagement and Learning in Young Learners With Developmental Delay. Teaching

Exceptional Children, 43(4), 58-67.

Taylor,M., Duffy, S., Hughes,G. (2007). The use of animation in higher education

teaching to support students with dyslexia. Education and Training, 49(1), pp. 25-35

Page 13: Model Disleksia

13

Sumber internet

Alif Abu Bakar, 2011. Pendekatan berbeza didik anak disleksia, diperoleh pada 12

November 2011

(http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Renca

na_Utama&pg=ru_01.htm)

Anida bt Abu Bakar, 2008. Mengenali kanak-kanak disleksia, diperoleh pada 12 November

2011 (http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1179)

Bradford, J. (n.d.). Designing web pages for dyslexic readers, diperoleh pada 10 November

2011,

( http://www.dyslexia-parent.com/mag35.html)

Fatin Hafizah Mohd Shahar, 2011. Dunia disleksia, diperoleh pada 14 November 2011.

(http://www.bharian.com.my/articles/Duniadisleksia/Article/)

Saadiah Ismail, 2011. Bukan penyakit, diperoleh pada 12 November 2011

(http://www.bharian.com.my/articles/Bukanpenyakit/Article/print_html)

Shepherd, Clive,(2001). Objects of Interest, diperoleh pada 11 November 2011

(http://www.fastrak-consulting.co.uk/tactix/features/objects/objects.htm)