Model Gaya Pembelajaran Dunn Dan Dunn

download Model Gaya Pembelajaran Dunn Dan Dunn

of 2

Transcript of Model Gaya Pembelajaran Dunn Dan Dunn

29 June 2012Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn Kaedah Pendekatan Strategi, Penyelidikan dan inovasi, Reka Bentuk Pengajaran, Sekolah Malaysia, Teori Pengajaran Tiada Komen

Model Gaya Pembelajaran oleh Dunn dan Dunn menyatakan gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus yang ditunjukkan dalam Jadual 1.2.1 di bawah.

Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn StimulusUnsurCiri-ciri

1.Alam SekitarBunyiSuka belajar tanpa bising atau dengan mendengar muzik.

CahayaSuka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang kurang cahaya.

Suhu Suka belajar di tempat yang sejuk atau panas.

PolaSuka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk di atas lantai.

2.EmosiMotivasiBoleh merangsang diri untuk belajar atau perlu dirangsang oleh guru.

KetabahanBoleh belajar dalam jangka masa yang pendek atau panjang.

TanggungjawabBertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan oleh guru.

StrukturSuka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya lebih masa diberi untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara.

3.SendiriSuka belajar secara sendirian.

SosiologiPasanganSuka belajar secara pasangan.

Rakan sebayaSuka belajar dengan rakan sebaya.

PasukanSuka belajar dalam pasukan.

GuruSuka belajar dengan bimbingan guru

Pelbagai caraDapat belajar dengan mana-mana cara yang tersebut di atas.

4. FizikalPersepsiSuka belajar dengan benda/perkara maujud atau abstrak atau melalui pengalaman.

MakanSuka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar.

WaktuSuka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa.

GerakanSuka atau tidak suka bergerak semasa belajar.

5.PsikologiGlobal atau AnalitikPelajar global suka belajar secara menyeluruh; pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis.

Otak Kiri atau Otak KananPelajar yang memproses maklumat menggunakan otak kiri suka belajar bahagian-bahagian bahasa, dan membuat pengiraan dan analisis; Pelajar yang memproses maklumat menggunakan otak kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu.

Impulsif atau ReflektifPelajar yang impulsif bertindak secara spontan manakala pelajar yang reflektif berfikir sebelum bertindak.