Model John Elliott (AR)
-
Upload
asrul-tokai -
Category
Documents
-
view
232 -
download
2
description
Transcript of Model John Elliott (AR)
KONSEP KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan merupakan satu kajian yang dilakukan oleh peserta sama ada secara
individu atau kolobratif terhadap masalah mereka sendiri melalui tindakan atau
perubahan bagi tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan mereka sendiri di
samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana
amalan dilakukan.
Selain itu terdapat juga definisi yang diberikan oleh tokoh dalam bidang kajian tindakan
iaitu Kemmis & Mc Taggart (1988), menyatakan bahawa kajian tindakan merupakan
satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh
peserta lain yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan
kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka
sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta
situasi di mana amalan itu dilakukan.
Seterusnya, Ebutt (1985) pula memperkatakan bahawa kajian tindakan merupakan
suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha
untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka
sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.
McNiff (1988), telah mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk
memperbaiki atau mempertingkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan
menggalakkan guru-guru menjadi mebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi
kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ianya
melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru
lain secara bersama.Bagi Somekh (1989) pula mendefinisikan kajian tindakan adalah
satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu
sendri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-
masing.
Kember dan Gow (1992) menyatakan bahawa kajian tindakan melibatkan pengamal
(guru) dalam mencuba membaiki pengajaran mereka melalui kitaran yang melibatkan
proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi.
MODEL KAJIAN TINDAKAN (JOHN ELLIOT)
Model Elliott untuk kajian tindakan ialah idea utama Elliott ialah penyelidik
membangunkan pemahaman peribadike atas sesuatu masalah, dan pengertian abstrak
itu adalah penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott,
kajian dalam pendidikan adlah satu usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai
dalam pendidikan. Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya
menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi
penyumbang utama.
Model Kajian Tindakan Elliot