MODEL KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM

5
LA01 – Model Kitar Hayat Pembangunan Sistem MODEL KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM Kronologi pembangunan sistem adalah berpandukan pendekatan atau model rekabentuk yang diguna pakai semasa proses pembangunan. Terdapat pelbagai model rekabentuk kitar hayat pembangunan sistem. Pemilihan model kitar hayat pembangunan sistem adalah berdasarkan ciri-ciri penting setiap model dan kesesuaiannya dengan sistem yang akan dibina. Antara contoh model kitar hayat adalah seperti berikut: 1. Air Terjun Gambar rajah model Air Terjun Model ini juga dikenali sebagai Model Jujukan Linear. Ia mempunyai pendekatan secara sistematik dan berjujukan. Model ini merupakan model yang paling lama di dalam kejuruteraan perisian. Ia mengandungi empat fasa iaitu: analisa, reka bentuk, pengkodan dan pengujian. Ia sesuai

description

MODEL KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM

Transcript of MODEL KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM

Page 1: MODEL KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM

LA01 – Model Kitar Hayat Pembangunan Sistem

MODEL KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM

Kronologi pembangunan sistem adalah berpandukan pendekatan atau model rekabentuk yang diguna pakai semasa proses pembangunan. Terdapat pelbagai model rekabentuk kitar hayat pembangunan sistem. Pemilihan model kitar hayat pembangunan sistem adalah berdasarkan ciri-ciri penting setiap model dan kesesuaiannya dengan sistem yang akan dibina.

Antara contoh model kitar hayat adalah seperti berikut:

1. Air Terjun

Gambar rajah model Air Terjun

Model ini juga dikenali sebagai Model Jujukan Linear.  Ia mempunyai pendekatan secara sistematik dan berjujukan.  Model ini merupakan model yang paling lama di dalam kejuruteraan perisian.  Ia mengandungi empat fasa iaitu: analisa, reka bentuk, pengkodan dan pengujian.  Ia sesuai digunakan sekiranya keperluan pengguna telah stabil dan juga telah difahami dengan jelas .

Page 2: MODEL KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM

LA01 – Model Kitar Hayat Pembangunan Sistem

2. Spiral

Gambarajah Model Spiral

Model ini adalah gabungan konsep pengulangan didalam Model Prototaip dan aspek kawalan dan sistematik yang terdapat pada model jujukan linear.  Perisian dibangunkan dalam siri lepasan berpeningkatan. Model ini dibahagikan kepada beberapa rangka aktiviti. 

3. Pembangunan Aplikasi Pantas (Rapid Agile Development, RAD)

Gambarajah Rekabentuk RAD

Putaran RAD merangkumi empat peringkat iatu Perancangan Keperluan, Rekaan, Pembinaan dan Perlaksanaan. Peringkat ini dijalankan oleh sekumpulan pembangun aplikasi yang mahir yang berkerja rapat dengan pengguna di sepanjang proses pembangunan. Kejayaan RAD bukan berakhir setakat ini tetapi teknik serta perisian yang digunakan merupakan tulang belakang sebenar kejayaan RAD.

Page 3: MODEL KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM

LA01 – Model Kitar Hayat Pembangunan Sistem

4. Prototaip

Gambarajah Reka Bentuk Prototaip

Merupakan model yang sesuai jika pelanggan sukar mengenal pasti keperluan sistem. Tiga fasa yang penting iaitu: mendapatkan penjelasan pelanggan, membangunkan sebahagian sistem berdasarkan penjelasan pelanggan, pelanggan menguji sebahagian sistem yang telah dibangunkan. Proses ini akan berulang sehingga sistem yang lengkap dihasilkan.

Page 4: MODEL KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM

LA01 – Model Kitar Hayat Pembangunan Sistem

Berikut merupakan perbandingan ciri-ciri beberapa model rekabentuk pembangunan sistem:

ModelCiri-ciri

Air Terjun Prototaip Spiral RAD

Spesifikasi Keperluan

Di permulaan pembangunan sistem

Sentiasa berubah disepanjang pembangunan

Di permulaan pembangunan sistem

‘Time-box Released’

Pemahaman Keperluan

Sangat jelas Kurang jelas Sangat jelas Mudah difahami

Kos Rendah Tinggi Tinggi Rendah

Jaminan Keberkesanan

Rendah Baik Tinggi Baik

Kawalan Sumber

Ya Ya Ya Ya

Kawalan Kos Ya Tiada Ya Ya

Keringkasan (Simplicity)

Ringkas Ringkas Sederhana Sangat ringkas

Penglibatan Risiko

Tinggi Rendah Rendah Sangat rendah

Keperluan Kepakaran

Tinggi Sederhana Tinggi Sederhana

Membuat Perubahan

Sukar Mudah Mudah Mudah

Penglibatan Pengguna

Mula sahaja Tinggi Mula sahaja Tinggi

Tempoh Masa Pembangunan

Panjang Pendek Panjang Pendek