LA01 – Model Kitar Hayat Pembangunan Sistem
MODEL KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM
Kronologi pembangunan sistem adalah berpandukan pendekatan atau model rekabentuk yang diguna pakai semasa proses pembangunan. Terdapat pelbagai model rekabentuk kitar hayat pembangunan sistem. Pemilihan model kitar hayat pembangunan sistem adalah berdasarkan ciri-ciri penting setiap model dan kesesuaiannya dengan sistem yang akan dibina.
Antara contoh model kitar hayat adalah seperti berikut:
1. Air Terjun
Gambar rajah model Air Terjun
Model ini juga dikenali sebagai Model Jujukan Linear. Ia mempunyai pendekatan secara sistematik dan berjujukan. Model ini merupakan model yang paling lama di dalam kejuruteraan perisian. Ia mengandungi empat fasa iaitu: analisa, reka bentuk, pengkodan dan pengujian. Ia sesuai digunakan sekiranya keperluan pengguna telah stabil dan juga telah difahami dengan jelas .
LA01 – Model Kitar Hayat Pembangunan Sistem
2. Spiral
Gambarajah Model Spiral
Model ini adalah gabungan konsep pengulangan didalam Model Prototaip dan aspek kawalan dan sistematik yang terdapat pada model jujukan linear. Perisian dibangunkan dalam siri lepasan berpeningkatan. Model ini dibahagikan kepada beberapa rangka aktiviti.
3. Pembangunan Aplikasi Pantas (Rapid Agile Development, RAD)
Gambarajah Rekabentuk RAD
Putaran RAD merangkumi empat peringkat iatu Perancangan Keperluan, Rekaan, Pembinaan dan Perlaksanaan. Peringkat ini dijalankan oleh sekumpulan pembangun aplikasi yang mahir yang berkerja rapat dengan pengguna di sepanjang proses pembangunan. Kejayaan RAD bukan berakhir setakat ini tetapi teknik serta perisian yang digunakan merupakan tulang belakang sebenar kejayaan RAD.
LA01 – Model Kitar Hayat Pembangunan Sistem
4. Prototaip
Gambarajah Reka Bentuk Prototaip
Merupakan model yang sesuai jika pelanggan sukar mengenal pasti keperluan sistem. Tiga fasa yang penting iaitu: mendapatkan penjelasan pelanggan, membangunkan sebahagian sistem berdasarkan penjelasan pelanggan, pelanggan menguji sebahagian sistem yang telah dibangunkan. Proses ini akan berulang sehingga sistem yang lengkap dihasilkan.
LA01 – Model Kitar Hayat Pembangunan Sistem
Berikut merupakan perbandingan ciri-ciri beberapa model rekabentuk pembangunan sistem:
ModelCiri-ciri
Air Terjun Prototaip Spiral RAD
Spesifikasi Keperluan
Di permulaan pembangunan sistem
Sentiasa berubah disepanjang pembangunan
Di permulaan pembangunan sistem
‘Time-box Released’
Pemahaman Keperluan
Sangat jelas Kurang jelas Sangat jelas Mudah difahami
Kos Rendah Tinggi Tinggi Rendah
Jaminan Keberkesanan
Rendah Baik Tinggi Baik
Kawalan Sumber
Ya Ya Ya Ya
Kawalan Kos Ya Tiada Ya Ya
Keringkasan (Simplicity)
Ringkas Ringkas Sederhana Sangat ringkas
Penglibatan Risiko
Tinggi Rendah Rendah Sangat rendah
Keperluan Kepakaran
Tinggi Sederhana Tinggi Sederhana
Membuat Perubahan
Sukar Mudah Mudah Mudah
Penglibatan Pengguna
Mula sahaja Tinggi Mula sahaja Tinggi
Tempoh Masa Pembangunan
Panjang Pendek Panjang Pendek
Top Related