Model Montessori untuk murid pemulihan.docx

7
Model Montessori untuk murid pemulihan Definisi Model Montessori dipelopori oleh Maria Montessori. Beliau dilahirkan di Chiaravalle, Itali pada tahun 1870. Pada tahun 1896, beliau telah menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan sekali gus telah menjadikan beliau seorang doktor wanita pertama di Itali. Maria Montessori terkenal kerana penglibatan beliau dalam pendidikan kanak-kanak.Beliau juga dicalonkan untuk anugerah “Nobel Peace Prize” sebanyak tigs kali iaitu pada tahun 1949, 1950 dan 1951.Walaupun beliau sudah meninggal dunia, perjuangannya masih diteruskan lagi melalui “Association Montessori Internationale (AMI)” di Amsterdam, Netherlands sehingga kini. Maria Montessori amat mementingkan perkembangan kanak- kanak diperingkat awal lagi. Menurut Montessori, kanak-kanak akan menunjukkan minat kepada sesuatu aktiviti pembelajaran apabila mereka cukup matang dan bersedia mempelajarinya. Montessori telah mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antara konsep yang dikemukakan oleh Montessori adalah seperti berikut: 1. Penggunaan sensori-deria Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka

Transcript of Model Montessori untuk murid pemulihan.docx

Page 1: Model Montessori untuk  murid pemulihan.docx

Model Montessori untuk murid pemulihan

Definisi

Model Montessori dipelopori oleh Maria Montessori. Beliau dilahirkan di

Chiaravalle, Itali pada tahun 1870. Pada tahun 1896, beliau telah menamatkan

pengajiannya dalam bidang perubatan sekali gus telah menjadikan beliau

seorang doktor wanita pertama di Itali. Maria Montessori terkenal kerana

penglibatan beliau dalam pendidikan kanak-kanak.Beliau juga dicalonkan untuk

anugerah “Nobel Peace Prize” sebanyak tigs kali iaitu pada tahun 1949, 1950

dan 1951.Walaupun beliau sudah meninggal dunia, perjuangannya masih

diteruskan lagi melalui “Association Montessori Internationale (AMI)” di

Amsterdam, Netherlands sehingga kini.

Maria Montessori amat mementingkan perkembangan kanak-kanak

diperingkat awal lagi. Menurut Montessori, kanak-kanak akan menunjukkan

minat kepada sesuatu aktiviti pembelajaran apabila mereka cukup matang dan

bersedia mempelajarinya. Montessori telah mengemukakan beberapa konsep

asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antara

konsep yang dikemukakan oleh Montessori adalah seperti berikut:

1. Penggunaan sensori-deria

Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat

yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan

konsep tersebut. Pernyataan Montessori ini telah disokong oleh Pensyarah

Psikologi Perkembangan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Mastura Badriz (2002) dalam Zul Azri

(2009), iaitu beliau melihat pendidikan sebagai satu proses yang berkembang

serentak dengan perkembangan seorang kanak-kanak yang belajar melalui

persekitaran dan mengaplikasikannya dalam konteks kehidupan sehariannya

sebagai persediaan untuk kehidupan dimasa hadapan.

Page 2: Model Montessori untuk  murid pemulihan.docx

Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang

kanak-kanak dari persekitarannya merupakan satu pendidikan tidak formal

kepadanya.

2. Penerokaan kepada persekitaran

Montessori dalam pendapat beliau turut menyatakan bahawa persekitaran

yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang

lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukkan konsep

dan pengetahuan kanak-kanak apabila mereka memerlukannya.

Di samping itu, dalam ertikata lain pendidikan bagi seseorang kanak-

kanak adalah merangkumi segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang

telah disediakan oleh orang dewasa, aktiviti yang difikirkan oleh kanak-kanak itu

sendiri dan juga bahasa atau teknik komunikasi yang diamalkan oleh mereka

dalam kehidupan seharian.

Walaubagaimana pun, pendidikan juga boleh menjadi sesuatu yang

tersembunyi dan tidak dirancang di mana kanak-kanak belajar tanpa

disedari.Pendapat Montessori ini sekali lagi disokong oleh Mastura Badriz (2002)

dalam Zul Azri (2009), iaitu beliau berpendapat, masa atau perhatian yang

diberikan terhadap sesuatu aktiviti oleh penjaga kanak-kanak, mungkin akan

menyebabkan kanak-kanak tersebut merasakan perkara itu adalah lebih

berfaedah walaupun hakikatnya adalah sebaliknya.

3. Belajar melalui aktiviti bermain

Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu

keperluan.Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan

keadaan ini dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Menurut pendapat

Montessori, apabila seseorang kanak-kanak itu bermain, secara tidak langsung

mereka dapat belajar dan mengalami sesuatu pengalaman yang baru apabila

melalui proses pembelajaran yang menarik dan bermakna. Keadaan ini

Page 3: Model Montessori untuk  murid pemulihan.docx

membuktikan bahawa bermain merupakan satu proses belajar secara semula

jadi dan juga spontan. Melalui aktiviti bermain, secara tidak langsung ibu bapa

turut membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif.

Ummu Abdullah (2009), turut menyatakan pendapat yang hampir sama

dengan pendapat Montessori iaitu menurut beliau, setiap kanak-kanak yang

membina pengalaman baru dan berinteraksi dengan persekitaran mereka akan

membina beberapa sambungan pada otak kanak-kanak tersebut. Pernyataan ini

menunjukkan bahawa melalui aktiviti bermain, otak kanak-kanak akan turut

berkembang dan secara tidak langsung turut melatih kanak- kanak tersebut

untuk menjadi lebih kreatif.

4. Tempoh sensitif

Montessori menyatakan bahawa kanak-kanak yang berusia enam tahun

dan ke bawah mempunyai minda yang mudah menyerap jika dibandingkan

dengan kanak- kanak yang berumur enam tahun dan ke atas.Tempoh masa ini

dikenali sebagai tempoh masa sensitif, iaitu merupakan tempoh masa yang

sangat sesuai untuk mereka belajar dan memahaminya. Pada tahap ini, kanak-

kanak perlu dipupuk minat untuk belajar dan pembelajaran ini akan berjaya jika

mereka dibimbing untuk meneroka kepada bahan dan juga persekitaran yang

tepat. Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak

menguasai sesuatu kemahiran.Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-

kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran

dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan

menyentuh sesuatu bahan pengajaran.

Selain daripada itu, Montessori (1870- 1952) dalam Azizah Lebai Nordin

(2002), turut menyatakan bahawa beliau percaya dalam tempoh masa sensitif,

kanak-kanak cepat mempelajari beberapa tingkahlaku dengan lebih berkesan

berbanding dengan tempoh masa biasa.Ahli pendidik awal kanak-kanak

menamakan masa sensitif ini sebagai kesediaan (readiness).Selain daripada

Page 4: Model Montessori untuk  murid pemulihan.docx

model- model kurikulum Maria Montessori yang telah dibincangkan, terdapat

juga teori yang dikemukakan oleh Maria Montessori iaitu teori interaksi.

5. Teori Interaksi

Menurut Montessori, pengalaman belajar yang tidak formal dapat

dihasilkan bukan sahaja dari interaksi dengan guru tetapi juga dengan sesama

rakannya. Interaksi antara rakan sebaya ini juga dapat menghasilkan teladan

moral dan sosial kepada diri kanak-kanak tersebut.Selain itu, teori interaksi ini

juga dapat membantu pertukaran informasi sehingga menjadi sumber yang

penting bagi pembelajaran tidak formal kanak-kanak.

Jean Piaget (1896-1980) dalam Nuriman (2009), turut mempunyai

pendapat yang hampir sama dengan Montessori iaitu bagi beliau, kanak-kanak

belajar melalui interaksi dengan orang lain atau pun masyarakat. Semakin ramai

orang yang kanak-kanak tersebut berinteraksi, semakin banyak ilmu yang akan

dipelajarinya.

Montessori telah mencipta berbagai alat bantuan mengajar seperti:

i. Pink Tower

ii. Brown Stairs

iii. Red Rods

iv. Cylinder Block

v. Smelling Jar

vi. Baric Tablets

vii. Latihan Mengecam Warna

viii. Sound Boxes

ix. Temperature Jugs

x. Pelbagai Jenis Kain

Page 5: Model Montessori untuk  murid pemulihan.docx

Kelebihan

Model Montessori ini mempunyai kelebihan di mana murid disediakan dengan

kaedah dan peralatan yang sesuai dengan masalah pembelajaran yang

dihadapinya. Di samping itu, model ini mengutamakan latihan daya pengelihatan,

pendengaran dan sentuhan di mana murid dapat lebih mengenali sesuatu

pembelajaran dengan lebih mendalam.Model ini juga turut menekankan

perkembangan individu secara menyeluruh iaitu dari segi fizikal, sosial, emosi

dan juga intelek.

Kelemahan dan Isu-Isu Yang Berkaitan

Model ini mempunyai kelemahan tersendiri iaitu kaedah ini tidak sesuai

digunakan untuk semua murid dalam satu-satu masa pengajaran.

Guru tidak mempunyai bahan bantu belajar yang benar-benar sesuai bagi

setiap masalah yang dihadapi oleh setiap murid.

Cadangan

Guru perlulah membahagikan murid-murid mengikut kumpulan yang

tertentu seperti kumpulan yang bijak, sederhana dan lambat. Bagi setiap

kumpulan tersebut, murid-murid perlulah mempunyai tahap kemahiran dan

kelemahan yang hampir sama supaya guru boleh menyesuaikan kaedah

pengajaran dan bahan bantu belajar mengikut kumpulan. Untuk mengenalpasti

kekuatan dan kelemahan seseorang murid, guru perlulah menjalankan Ujian

Diagnostik kepada setiap murid.