Model Pengurusan Kelompok Kounin

4
Model Pengurusan Kelompok Kounin Model Pengurusan Kelompoj Kounin diasaskan oleh Jacob Kounin pada tahun 1971. Menurut model tersebut, asas kepada keberkesanan pengurusan bilik darjah bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan teliti guru terhadap aktiviti- aktiviti di dalam bilik darjah. Model tersebut lebih fokus kepada pencegahan disiplin,iaitu menggunakan strategi dan teknik untuk mengelakkan kesalahan tingkah laku pelajar. Terdapat dua faktor yang penting dalam menguruskan masalah tingkah laku dalam kelas. Faktor yang pertama ialah kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku dalam bilik darjahnya pada setiap masa manakala faktor yang kedua ialah cara untuk menangani masalah sebelum ia menjadi masalah disiplin. Menurut model pengurusan kelompok kounin, terdapat 5 elemen yang penting yang harus terdapat pada guru, iaitu withiness, overlapping, momentum, smoothness dan fokus kumpulan. Withitness merupakan kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerakan dalam bilik darjah. Guru bertanggungjawab untuk memerhatikan sikap pelajar dalam kelas. Guru perlulah mengetahui perkara asas berkenaan murid seperti

description

Model Pengurusan Kelompok Kounin

Transcript of Model Pengurusan Kelompok Kounin

Page 1: Model Pengurusan Kelompok Kounin

Model Pengurusan Kelompok Kounin

Model Pengurusan Kelompoj Kounin diasaskan oleh Jacob Kounin pada tahun 1971.

Menurut model tersebut, asas kepada keberkesanan pengurusan bilik darjah

bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan teliti guru terhadap aktiviti-aktiviti di

dalam bilik darjah. Model tersebut lebih fokus kepada pencegahan disiplin,iaitu

menggunakan strategi dan teknik untuk mengelakkan kesalahan tingkah laku

pelajar.

Terdapat dua faktor yang penting dalam menguruskan masalah tingkah laku dalam

kelas. Faktor yang pertama ialah kebolehan guru untuk mengawasi semua

perkara yang berlaku dalam bilik darjahnya pada setiap masa manakala faktor

yang kedua ialah cara untuk menangani masalah sebelum ia menjadi masalah

disiplin.

Menurut model pengurusan kelompok kounin, terdapat 5 elemen yang penting yang

harus terdapat pada guru, iaitu withiness, overlapping, momentum, smoothness dan

fokus kumpulan.

Withitness merupakan kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi

pergerakan dalam bilik darjah. Guru bertanggungjawab untuk memerhatikan sikap

pelajar dalam kelas. Guru perlulah mengetahui perkara asas berkenaan murid

seperti nama,hobi,kekuatan,kelemahan dan sebagainya. Semasa menjalani P&P

dalam kelas, guru juga dapat menggunakan teknik non-verbal atau dikenali sebagai

bahasa badan untuk mengawasi dan berinteraksi dengan murid.

Overlapping ataupun pertindahan pula ialah kebolehan guru untuk menangani lebih

daripada situasi dengan serentak. Guru yang berkemahiran ini dapat mengawal

Page 2: Model Pengurusan Kelompok Kounin

kelas dalam 2 situasi yang berbeza dalam satu masa dan dapat menguruskan bilik

darjah dengan baik.

Elemen yang seterusnya ialah momentum. Momentum merujuk kepada keadaan di

mana guru memulakan pengajaran yang menarik, meneruskannya dengan lancar

dan membuat rumusan di akhir pengajaran secara berkesan. Guru yang

bermomentum akan mengambil kira aspek minat,kebolehan dan perkembangan

pelajar. Guru ini dapat membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti

P&P.

Smoothness ataupun dikenali sebagai kelancaran, pula merujuk kepada kebolehan

guru membuat peralihan licin semasa melaksanakan aktiviti. Aktiviti dapat

dilaksanakan dengan lancar apabila guru memberi peluang kepada pelajar untuk

bertanya soalan atau memeri pendapat berkenaan dengan pengajaran. Dengan ini,

guru dapat menilai tahap pengajaran pelajarnya berdasarkan soalan dan komen

yang diberi. Dalam elemen smoothness, guru berperanan sebagai fasilitator atau

pembimbing semasa kerja berkumpulan dan memberi cadangan kepada pelajar jika

diperlukan.

Fokus kumpulan pula dapat dibahagikan kepada tiga: group alerting merupakan

keadaan di mana pelajar lain memberi perhatian semasa rakan memberi

penerangan; encouraging accountability pula ialah guru memberitahu pelajar

bahawa mereka akan dinilai; High participatin format pula ialah keadaan di mana

pelajar menjawab soalan guru secara tidak langsung.

Kounin telah memperkenalkan satu kesan iaitu kesan Gelombang (ripple effect)

yang bermaksub tindakan guru ke atas mana-mana murid juga mendatangkan

kesan terhadap murid-murid lain. Kesan gelombang akan lebih efektif sekiranya guru

Page 3: Model Pengurusan Kelompok Kounin

membuat tindakan atau teguran dengan mempunyai tiga ciri ini: jelas,tegas dan

serius.

Berdasar model pengurusan kelompok kounin, terdapat beberapa cara untuk guru

mengawal disiplin murid. Guru haruslah mengawasi persekitaran bilik darjah setiap

masa dan setiap aspek. Semasa menjalani aktiviti, guru hendaklah memastikan

aktiviti tersebut adalah mencabar, menyeronok dan gembira supaya murid tidak

berasa bosan. Guru juga perlu memastikan aktiviti p&p dijalani dengan lancar dan

tidah tertangguh. Selain itu, Semasa memberi arahan, guru haruslah tegas, bernada

serius dan ekspeksi muka juga perlu serius Guru juga digalakkan supaya tidak

menggunakan penerangan yang meleret dan fragmentasi. Apabila murid membuat

kesalahan, teguran mesti diberi pada masa yang sesuai dan mesti jelas dan

spesifik.. Guru yang berefektif akan melahirkan pelajar yang memberi perhatian

yang sepenuhnya dan aktif di dalam kelas.