Model tingkah laku

3
Model-Model Pengurusan Tingkah Laku 1) Psikodinamik Teori-teori psikodinamik melihat punca tingkah laku manusia daripada faktor dalaman individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan secara dinamik melalui pendekatan intrapsychic. Melalui perspektif ini, perkembangan personaliti terjadi semasa kanak-kanak berkembang melalui siri tingkat perkembangan psikoseksual ( oral stage, anal stage, phallic, latenc, genital). 2) Biofizikal Model ini menekankan bahawa punca tingkah laku adalah secara organik. Model ini melihat hunbungan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat makanan, dan penyakit dengan tingkah laku individu. 3) Persekitaran Pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku manusioa pada masa kini sangat ketara. Ahli-ahli mazhab persekitaran ini menekankan bahawa mengasingkan kanak-kanak daripada persekitaran yang menyebabkan berlakunya tingkah laku itu, boleh mengelakkan fenomena tingkah laku itu terjadi.

Transcript of Model tingkah laku

Page 1: Model tingkah laku

Model-Model Pengurusan Tingkah Laku

1) Psikodinamik

Teori-teori psikodinamik melihat punca tingkah laku manusia daripada

faktor dalaman individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan secara dinamik

melalui pendekatan intrapsychic. Melalui perspektif ini, perkembangan personaliti

terjadi semasa kanak-kanak berkembang melalui siri tingkat perkembangan

psikoseksual ( oral stage, anal stage, phallic, latenc, genital).

2) Biofizikal

Model ini menekankan bahawa punca tingkah laku adalah secara organik.

Model ini melihat hunbungan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat makanan,

dan penyakit dengan tingkah laku individu.

3) Persekitaran

Pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku manusioa pada masa kini

sangat ketara. Ahli-ahli mazhab persekitaran ini menekankan bahawa

mengasingkan kanak-kanak daripada persekitaran yang menyebabkan

berlakunya tingkah laku itu, boleh mengelakkan fenomena tingkah laku itu

terjadi.

Page 2: Model tingkah laku

a) Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif.

• mengikut Skinner, apabila sesuatu gerakbalas atau tingkahlaku yang

dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulangi tingkahlaku operan

ini akan bertambah.

• tingkahlaku operan ini boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli

yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkahlaku operan itu.

• contoh peneguhan positif : memberi pujian, penghargaan, hadiah dan

sebagainya sebaik sahaja tingkahlaku operan yang sesuai berlaku.

• contoh peneguhan negative : menghalau seorang murid yang membuat

bising dari kelas dengan tujuan tingkahlaku tersebut akan dihapuskan

supaya murid-murid lain dapat meneruskan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran tanpa gangguan.

b) Denda.

• untuk menghentikan sesuatu tingkahlaku yang tidak diingini.

• hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.

Selepas itu tingkahlaku yang tidak diingini biasanya diulangi lagi.

c) Reverse Psychology

• menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkahlaku negatif

kepada positif.

• teknik ini memerlukan kemahiran guru memahami psikologi murid yang

berkenaan serta mengenalpasti sikap, pandangan dan pemikiran

dalamannya.

Page 3: Model tingkah laku

• tujuan reverse psychology ialah untuk menginsafkan murid agar

menghapuskan sikap negative dan memupuk sikap positif demi

membentuk tingkahlaku yang diingini.

d) Shaping

• proses pembentukan tingkahlaku yang diingini melalui beberapa

peneguhan yang diberi secara beransur-ansur dekat kepada tindakbalas

yang diharapkan.

• pada mulanya, shaping digunakan untuk mengajar haiwan untuk

melakukan aktiviti permainan seperti yang dapat dilihat dalam sarkas dan

zoo. Mengikut ahli-ahli psikologi, proses shaping juga boleh digunakan

untuk membentuk tingkahlaku manusia yang diingini.

e) Kontrak (lisan dan bertulis)

• membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak

merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan

tingkahlaku negative kepada positif.

• menandatangani kontrak secara formal di hadapan orang yang disanjungi,

contohnya Guru Besar, akan meyakinkan murid berkenaan bahawa dia

perlu memandang berat terhadap tindakan yang dijanjikan.

f) Kawalan kendiri

• Menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan

• Mengumpul data - mengenal pasti antiseden kawalan, menentukan

respon peringkat awal, dan mengenal pasti akibat kawalan

• Merancang program tindakan - memilih strategi untuk menambah atau

mengurangkan kekuatan respon

• Implement dan penilaian program

• Penutup - menamatkan program