Modul 1 Pengajian Am Penggal 2 2013_JPN Kelantan

5
SET 1 JPN Kelantan 1 No Kad Pengenalan……………………… Nombor pusat /Angka Giliran……………………… 900/2 STPM PENGAJIAN AM KERTAS 2 ( 1 jam 30 minit) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013 Arahan kepada calon: Untuk kegunaan pemeriksa Bahagian A 1 2 3 4 Bahagian B Bahagian C Jumlah Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan satu soalan dalam Bahagian B dan dua Bahagian C. Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bahagian A pada ruang yang disediakan.. Gunakan helaian jawapan bagi menjawab soalan dalam bahagian B dan C. Mulakan setiap jawapan anda pada helaian kertas yang baharu dan susun jawapan mengikut tertib berangka. Ikat helaian jawapan anda bersama dengan kertas soalan ini. Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]

description

Soalan K2 Set 1

Transcript of Modul 1 Pengajian Am Penggal 2 2013_JPN Kelantan

Page 1: Modul 1 Pengajian Am Penggal 2 2013_JPN Kelantan

SET 1 JPN Kelantan

1

No Kad Pengenalan……………………… Nombor pusat /Angka Giliran………………………

900/2 STPM

PENGAJIAN AM

KERTAS 2

( 1 jam 30 minit)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013

Arahan kepada calon:

Untuk kegunaan pemeriksa

Bahagian A

1

2

3

4

Bahagian B

Bahagian C

Jumlah

Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN

BERBUAT DEMIKIAN.

Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A,

Bahagian B, dan Bahagian C.

Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A

dan satu soalan dalam Bahagian B dan dua Bahagian C.

Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bahagian A pada

ruang yang disediakan..

Gunakan helaian jawapan bagi menjawab soalan dalam

bahagian B dan C. Mulakan setiap jawapan anda pada helaian kertas

yang baharu dan susun jawapan mengikut tertib berangka. Ikat helaian

jawapan anda bersama dengan kertas soalan ini.

Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan diberikan

dalam tanda kurung [ ]

Page 2: Modul 1 Pengajian Am Penggal 2 2013_JPN Kelantan

SET 1 JPN Kelantan

2

Bahagian A

[15 markah]

1. Nyatakan empat potensi yang ada pada Negara Malaysia untuk menjadi Negara maju

pada tahun 2020. (4m)

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

2. Jelaskan dua matlamat Dasar Pandang Ke Timur (4m)

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

3. Nyatakan usaha yang dilaksanakan di sekolah bagi mewujudkan perpaduan dan

integrasi nasional. (3m)

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

4. Tranfomasi ke arah Negara maju berpendapatan tinggi dalam Bajet 2011 telah

menggariskan empat strategi.

Terangkan dua daripada strategi tersebut (4m)

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Page 3: Modul 1 Pengajian Am Penggal 2 2013_JPN Kelantan

SET 1 JPN Kelantan

3

Bahagian B

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang

sesuai untuk menunjukkan kes kemalangan maut jalan raya di Malaysia antara tahun 2004 dengan

2005.

Berdasarkan rekod, penunggang motosikal mencatat bilangan kematian yang paling tinggi.

Pada tahun 2004 sebanyak 3286 kes kematian telah dicatatkan. Angka ini telah bertambah sebanyak

695 kes pada tahun berikutnya. Sementara pembonceng motosikal sebanyak 474 kes kematian

dicatatkan pada tanun 2005, iaitu kurang 18 kes berbanding dengan tahun sebelumnya.

Pejalan kaki juga tidak ketinggalan daripada menghadapi maut kerana terlibat dalam

kecelakaan di jalan raya. Jumlah kematian pejalan kaki yang direkodkan pada tahun 2004 sebanyak

807 kes, tetapi tahun berikutnya kematian pejalan kaki direkodkan berkurang sebanyak 44 kes.

Angka yang dilaporkan banyak melibatkan golongan kanak-kanak dan warga emas.

Pemandu kereta juga banyak menemui ajal di jalan raya. Begitu juga pemandu lori, teksi dan

bas. Walau bagaimanapun bilangan pemandu kereta yang maut dalam kecelakaan jalan raya adalah

lebih tinggi berbanding dengan pemandu lori, teksi dan bas. Pada tahun 2004, bilangan kematian

yang dicatatkan ialah sebanyak 409 kes, iaitu melebihi sebanyak 166 kes berbanding dengan

pemandu lori, bas dan teksi. Bilangan ini terus meningkat sebanyak 38 kes, sedangkan bilangan

kematian pemandu lori, bas dan teksi berkurang menjadi 217 kes pada tahun berikutnya.

Senasib dengan pejalan kaki, penunggang basikal turut menjadi mangsa kemalangan jalan

raya. Pada tahun 2004, sebanyak 631 kes kematian telah dicatatkan. Angka ini merosot kepada 251

kes pada tahun 2005. Sebaliknya dalam tempoh yang sama lain-lain pengguna jalan raya yang

dinyatakan di atas menunjukkan perkembangan yang mendukacitakan. Pada tahun 2004, sebanyak

746 kes kematian direkodkan berbanding dengan tahun berikutnya yang mencatat sebanyak 864

kes.

( Dipetik dan diubahsuai daripada PolisDiraja Malaysia. Buletin PerangkaanSosial

Malaysia Jabatan Perdana Menteri Mac –Ogos 2008)

Page 4: Modul 1 Pengajian Am Penggal 2 2013_JPN Kelantan

SET 1 JPN Kelantan

4

2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan sebuah graf yang

sesuai untuk menunjukkan aliran bilangan kakitangan pendidik di Malaysia bagi tempoh yang

dinyatakan.

Bilangan kakitangan pendidik di Malaysia meningkat setiap tahun serentak dengan keperluan

negara. Namun bilangan mereka masih belum mencukupi berbanding bilangan penduduk negara ini.

Kakitangan perubatan ini terdiri daripada guru matematik, guru bahasa inggeris, guru sains, guru

bahasa melayu dan guru agama.

Bilangan guru matematik terus meningkat dari setahun ke setahun, walaupun peningkatan tidak

selari dengan keperluan negara. Pada tahun 2009 bilangan guru matematik berjumlah 15619 orang

meningkat sebanyak 2572 orang pada tahun 2012. Pada tahun 2010 dan 2011 masing-masing

berjumlah 16146 orang dan 17442 orang.

Guru bahasa inggeris sangat kecil bilangan berbanding dengan guru matematik. Pada tahun 2009

bilangannya hanya 2144 orang, bertambah sebanyak 81 orang pada tahun 2010. Pada tahun 2011

terus meningkat menjadi 2297 orang. Dengan dasar dan sokongan kerajaan bilangan ini dijangka

meningkat lagi kepada 2418 orang pada tahun 2012.

Kakitangan pendidik yang agak ramai diperlukan oleh negara ialah guru sains. Pada tahun 2009

bilangannya ialah 23256 orang daripada seluruh kakitangan pendidik tahun berkenaan yang

berjumlah 54585 orang. Bilangan ini telah meningkat sebanyak 5.5% pada tahun berikutnya.

Bilangannya terus meningkat pada tahun 2010 dan 2011 masing-masing menjadi 35280 orang dan

36784 orang.

Guru bahasa melayu adalah kakitangan yang sedikit pada tahun 2012 ialah seramai 7033 orang

daripada seluruh kakitangan pendidik yang seramai 76036 orang pada tahun tersebut. Pada tahun

2009 bilangannya hanya 5819 orang berkurang menjadi 5325 orang pada tahun 2010. Namun pada

tahun 2011, bilangannya meningkat kepada 7319 orang.

Kakitangan yang berikutnya ialah guru agama yang tidak kurang pentingnya kepada masyarakat

terutamanya di bandar. Pada tahun 2010 bilangannya meningkat sebanyak 1000 orang dari tahun

2009 menjadi 8747 orang manakala pada tahun 2011, bilangannya ialah 9360 orang.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan

Perangkaan Malaysia 2010)

Page 5: Modul 1 Pengajian Am Penggal 2 2013_JPN Kelantan

SET 1 JPN Kelantan

5

Bahagian C

[25 markah]

Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300

hingga 350 patah perkataan.

1. Peningkatan suhu bumi terjadi akibat aktiviti manusia dan faktor semula jadi.

Fenomena ini telah mengundang impak kepada manusia dan alam sekitar.

Bincangkan.

2. Dasar kerajaan untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara hab halal

memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh.Namun begitu, terdapat pelbagai

kekangan yang menghalang hasrat murni ini. Bincangkan.

- TAMAT-