Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

40
940910015819 1.0 SINOPSIS Kajian yang bertajuk kadar populariti Restoran Selera Mara di bangunan kompleks MARA di Simpang Renggam ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah Restoran Selera Mara dan mengkaji kesan perniagaan Restoran Selera Mara kepada pelangan berbangsa melayu dan cina. Seramai 30 orang pelangan dipilih sebagai responden. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A mengenai demografi responden dan Bahagian B mengenai persepsi pelangan tentang kadar populariti mengenai tahap kepuasan terhadap Restoran Selera Mara di bangunan kompleks MARA. Terdapat tiga persoalan kajian yang diutarakan dalam kajian ini iaitu ekonomi, faktor persekitaran dan perniagaan. Data yang diperolehi dianalisis dengan mengunakan perisian komputer Microsoft Excel untuk mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi responden dari aspek ekonomi, faktor persekitaran dan perniagaan adalah sederhana. Kajian mendapati bahawa responden berbangsa melayu lebih gemar memilih Restoran Selera Mara sebagai tempat menjamu selera berbanding responden berbangsa cina kerana faktor persekitaran yang terdapat di kawasan restoran tersebut. Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi penyelidik yang ingin meneruskan kajian ini dimasa yang akan datang turut dicadangkan. 1

description

 

Transcript of Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

Page 1: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

1.0 SINOPSIS

Kajian yang bertajuk kadar populariti Restoran Selera Mara di bangunan kompleks MARA di Simpang Renggam ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah Restoran Selera Mara dan mengkaji kesan perniagaan Restoran Selera Mara kepada pelangan berbangsa melayu dan cina. Seramai 30 orang pelangan dipilih sebagai responden. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A mengenai demografi responden dan Bahagian B mengenai persepsi pelangan tentang kadar populariti mengenai tahap kepuasan terhadap Restoran Selera Mara di bangunan kompleks MARA. Terdapat tiga persoalan kajian yang diutarakan dalam kajian ini iaitu ekonomi, faktor persekitaran dan perniagaan. Data yang diperolehi dianalisis dengan mengunakan perisian komputer Microsoft Excel untuk mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi responden dari aspek ekonomi, faktor persekitaran dan perniagaan adalah sederhana. Kajian mendapati bahawa responden berbangsa melayu lebih gemar memilih Restoran Selera Mara sebagai tempat menjamu selera berbanding responden berbangsa cina kerana faktor persekitaran yang terdapat di kawasan restoran tersebut.  Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi penyelidik yang ingin meneruskan kajian ini dimasa yang akan datang turut dicadangkan.

1

Page 2: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

2.0 ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

Penghargaan 3

Pengenalan 4-5

Objektif Kajian 6

Lokasi Kajian 7-12

Kaedah Kajian 13-15

Dapatan Kajian 16-24

Kesimpulan 25

Rujukan 26

Lampiran 27-29

3.0 PENGHARGAAN

2

Page 3: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

Bismillahirahmanirahim,

Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat rasa, nyawa, dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini pada tempoh yang telah ditetapkan dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan kerja kursus ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru matapelajaran Pengajian Am, Pn Siti Fatimah Binti Pazaer kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya kerana memberi pemudahcara untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka telah member saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya erjaya menyiapkan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Tidak lupa juga kepada pemilik Restoran Selera Mara kerana telah membantu saya menjawab setiap pertanyaan yang saya tujukan kepada dia.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan tugasan ini. Terima Kasih.

3

Page 4: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

4.0 PENGENALAN

Bagi memenuhi sukatan pelajaran dan keperluan peperiksaan Sijil Tinggi

Pelajaran Malaysia(STPM) untuk mata pelajaran Pengajian Am. Pelajar-pelajar di

khendaki menjalankan kkerja projek.Lembaga Peperiksaan Malaysia telah memberikan

dua pilihan tajuk atau tugasan untuk kerja kursus STPM 2013. Saya telah memilih

tugasan ekonomi perniagaan iaitu Cabaran Kedai Makan di bangunan Mara Simpang

Rengam.

Perniagaan adalah suatu kegiatan usaha individu yang terorganisasi untuk

menghasilkan dan menjual barangan dan perkhidmatan bagi mendapatkan keuntungan

dalam memenuhi keperluan masyarakat. Secara umum kegiatan ini ada dalam masyarakat

dan industri.

Kegiatan perniagaan merangkumi seluruh kegiatan membuat dan menyalurkan

barangan dan perkhidmatan yang diminta oleh masyarakat. Oleh kerana itu, perniagaan

boleh dikatakan sebagai suatu lembaga yang menghasilkan barangan dan perkhidmatan

untuk memenuhi keperluan manusia.Mengikut teori Maslow dalam kehidupan seharian

manusia,makanan adalah keperluan utama .Masyarakat di Malaysia mempunyai pelbagai

makanan,tidak kira pelbagai bangsa dan budaya pasti menyelerakan.

Makanan boleh mempengaruhi individu , masyarakat ,dan kaum .Di Malaysia

pelbagai makanan yang boleh di kongsi dan boleh juga di nikmati bersama,Cara begini

boleh menaikan lagi nama Malaysia yang penuh dengan keunikan dan kaya dengan

makanan pelbagai bangsa.Bagi rakyat tempatan majoritinya bekerja bagi menyara

diri ,hal ini yang demikian gerai- gerai makanan atau warung mengambil kesempatan

untuk berniaga di kawasan perindustrian,perkilangan ataupun berdekatan dengan syarikat

swasta dan awam,kerana mereka tidak akan balik dan memasak dirumah malah mereka

lebih gemar makan diwarung atau gerai yang lebih cepat dan pelbagai menu yang boleh

mengikut khendak sendiri,tidak kira waktu rehat ataupun waktu balik mereka pasti akan

singgah

4

Page 5: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

Di kawasan Simpang Renggam terdapat puluhan gerai-gerai makanan,warung-

warung ,dan restoran yang berhampiran dengan kemudahan awam seperti perhentian bas,

hospital dan pelbagai lagi.Saingan di kawasan tersebut agak sengit,kerana mereka

mengeluarkan menu yang sama.Sudah pasti pelanggan akan berasa jemu,Cuma yang

memberi kelebihan kepada warung yang mempunyai tukang masak yang handal dan

mengunakan lternative yang lain.Kawasan yang penuh tumpuan pastinya di kawasan

kompleks kerana di situlah terumpunya pelbagai barangn yang di perlukan atau

dikhendaki oleh pelanggan dan jika gerai makanan dibuka maka ada kelebihan di

kawasan tersebut.

Tetapi Restoran Selera Mara di dalam kompleks MARA kurang mendapat

sambutan daripada pelanggan,dilihat secara mata kasar kawasan tersebut agak sunyi dan

tidak ramai. Peniaga juga tidak dapat meneruskan perniagaan mereka dengan jangka

masa yang lama.Mengikut sejarah pembukaan kompleks MARA ramai peniaga berebut

bagi mendapatkan lot kawasan perniagaan.Oleh disebabkan itulah saya ingin membuat

kajian tentang gerai makanan di kompleks MARA Simpang Renggam dan melakukan

tugasan yang di beri oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

5

Page 6: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah

berlandaskan kepada objektif yang telah disusun.

1. Mengenalpasti masalah Restoran Selera Mara di Bangunan MARA

Simpang Renggam.

2. Mengkaji kesan perniagaan Restoran Selera Mara di Bangunan MARA

Simpang Renggam kepada pelangan berbangsa melayu dan cina.

6

Page 7: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

6.0 LOKASI KAJIAN

Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting.Kawasan

kajian ini terletak di tengah-tengah kawasan pekan Simpang Renggam.Kawasan kajian

tersebut amat strategik kerana berada di tepi jalan besar.Simpang Renggam adalah daerah

yang berada di tengah-tengah maka jarak antara daerah-daerah lain lebih kurang sama

jaraknya.Jarak di antara Batu Pahat dan Simpang Renggam ialah empat puluh kilometer

dan masa yang masa untuk sampai lebih kurang lima puluh minit.Manakala dari Bandar

kluang jarak yang diambil 40 kilometer.mengambil masa 35 minit.Seterusnya dari Ayer

Hitam dengan jarak 18 kilometer,masa diambil untuk sampai ke tempat kajian 20 minit.

6.1 NEGERI JOHOR

Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”.Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor. Pada waktu itu, Johor telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau.Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda telah ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1866 seterusnya memegang gelaran “Seri Maharaja Johor”. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Perlembagaan Johor seterusnya membawa perubahan dalam pentadbiran negeri Johor yang lebih efisyen. Perpindahan pusat pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pada tahun 1841 memberi kesan yang positif kepada Johor terutamanya dari segi pembangunan. Pembinaan bangunan kerajaan, balai polis, masjid, mahkamah dan istana besar jelas membuktikan Sultan Abu Bakar berhak menerima gelaran sebagai “Bapa Pembangunan Johor”.Kini, Johor yang disempadani oleh Melaka, Pahang dan Singapura merupakan salah sebuah negeri yang pesat membangun dan maju di Malaysia

7

Page 8: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

Peta Negeri Johor

6.2 SEJARAH DAERAH KLUANG

Peta Daerah Kluang

Mengikut maklumat dari orang-orang tua yang merupakan penduduk asal Kluang, nama Kluang sebenarnya berasal dari sebuah kampung yang di beri nama KLUANG KAMPUNG yang terletak di Kuala Sungai Mengkibol. Wujudnya nama Kluang Kampung mungkin berkaitan dengan terdapat banyaknya unggas besar yang dikenali dengan nama 'Burung Keluang' Walaupun Burung Keluang di anggap sebagai makhluk perosak, namun ia juga sedikit sebanyak memberi kebaikan kepada alam sejagat dengan menabur benih-benih pokok melalui sebaran secara perkumuhan. Sejarah Daerah Kluang dari tahun ke tahun mengalami perubahan di mana Kluang merupakan sebuah daerah daripada 8 buah daerah di negeri Johor. Mempunyai keluasan 2,851.59 km persegi dan terkenal sebagai daerah kedua terluas selepas Johor Bahru. Kedudukan Kluang yang

8

Page 9: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

begitu strategik dengan kemudahan infrastruktur faktor melayakkan menjadi sebuah bandaraya dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat membangun selepas Johor Bahru pada tahun 2020. Tanggal 8 Mei 2001 Daerah Kluang telah mencipta nama Perbandaran Kluang yang pesat dengan pembangunan infrastrukturnya, menghubungkan kepada 4 buah daerah yang lain seperti Batu Pahat, Mersing, Johor Bahru dan Kota Tinggi.

Orang-orang tua di Kluang bersependapat bahawa nama bandar ini terbit daripada nama sejenis mamalia yang terbang di waktu malam mencari buah-buahan, iaitu kluang ataupun Malayan Flying Fox (Fteropus Vampyrus Linnaeus) dianggap sebagai sejenis kelawar yang terbesar di dunia. Ada juga cerita yang mengisahkan begitu banyak sekali jumlah binatang yang menyerang kebun buah-buahan sehingga terpaksa dipanggil dukum bagi menghalau mereka, tetapi cerita ini tidak dapat disahkan oleh orang-orang lama di sini. Yang jelas sebuah perkampungan bernama Kluang Kampung telah wujud sebelum tahun 1910 berdekatan bandar Kluang ini. Kehadiran kelawar-kelawar besar ini mungkin disebabkan oleh penebangan hutan di tengah-tengah johor bagi tujuan membina jalan kereta api dan juga penempatan di Kluang.

stesen-stesen kereta api kecil telah didirikan sepanjang perjalanan dari utara ke selatan. ini termasuklah stesen-stesen Batu Anam, Segamat, Labis, Paloh, Chamek, Niyor, Mengkibol, Rengam, Layang-layang, Kulai, Tebrau dan terminal utamanya di Johor Bahru.

Kluang berada di sebuah kawasan yang beralunan bukit. Titik tertinggi di Kluang ialah puncak Gunung Lambak, sebuah gunung yang tingginya 510m dan juga salah satu gunung yang paling selatan di banjaran utama Malaysia.

Kedudukan Kluang terletak di tengah-tengah Negeri Johor Darul Ta'zim, dikelilingi oleh semua daerah, kecuali daerah Muar. Keluasan daerah Kluang ialah 2,8518.8 kilometer persegi. Keluasan kawasan pentadbiran Majlis seluas 126.57 kilometer persegi. Kluang mudah dihubungi dengan bandar-bandar lain dengan melalui rangkaian jalan raya dan keretapi.

Tahun 1915 merupakan tahun bersejarah bagi Kluang. Pada tahun tersebut pusat pentadbiran telah ditubuhkan bagi kawasan tengah Johor. Pada tahun yang sama juga perhubungan landasan keretapi menghubungi Kluang dengan bandar-bandar utama lain telah dibina. Pertumbuhan pesat bandar Kluang bermula pada tahun 1920-an dan 1930-an dengan daerah pengeluar getah paling utama.

Majlis Perbandaran Kluang diberi kuasa menerusi Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan beberapa akta lain berkaitan serta Undang-undang Kecil untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya. Sejarah penubuhannya sebagai penguasa tempatan

9

Page 10: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

bermula pada tahun 1920 apabila Lembaga Bandaran Kluang dibuka. Lembaga Bandaran Kluang telah dinaik taraf kepada Majlis Bandaran Kluang pada tahun 1957, Majlis Daerah Kluang Utara pada 1977 dan seterusnya diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Kluang pada 8 Mei 2001.m pembinaan di sekitar daerah Kluang.k-produk berkualiti.

6.3 Simpang Renggam

Simpang Renggam ialah sebuah pekan yang terletak di Daerah Kluang, Johor. Sekarang

Simpang Renggam di bawah pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam. Majlis

Daerah Simpang Renggam pada asalnya adalah Majlis Daerah Kluang Selatan, dimana

pengistiharan sebagai Majlis Daerah Simpang Renggam adalah pada 1 Januari 2001.

Peta Simpang Renggam

10

Page 11: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

6.4 Majlis Daerah Simpang Renggam

Majlis Daerah Simpang Renggam pada asalnya adalah Majlis Daerah Kluang Selatan dan

pengisytiharan sebagai Majlis Daerah Simpang Renggam adalah pada 1 Januari 2001. Ini

adalah selaras dengan penstrukturan semula Kerajaan Negeri dengan peningkatan taraf

beberapa buah Penguasa Tempatan di Negeri Johor.

Pada asalnya Pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam terletak di Bandar Renggam

tetapi kepesatan pembangunan yang begitu ketara di Pekan Simpang Renggam

menjadikan tumpuan kependudukannya begitu pesat sekali. Maka pada 1 Januari 1996,

pejabat ini dengan resminya dipindahkan ke Simpang Renggam sebagai pusat

pentadbiran utama.

Majlis Daerah Simpang Renggam merangkumi 5 buah Majlis Tempatan iaitu Renggam,

Simpang Renggam, Machap, Layang-Layang dan Sungai Sayong. Penstrukturan semula

oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1979 dengan kuasa perundangan di bawah Akta

Kerajaan Tempatan 1976 sebagai teras kepada wujudnya sebuah Kerajaan Tempatan

yang berfungsi sebagai pemangkin prasarana kepada masyarakat di pendaerahan ini yang

keluasaannya diwartakan di bawah Pelan Warta PW1287 (JPU.17. 1979) dengan

anggaran penduduk seramai 49,780 orang terdiri dari pelbagai kaum.

Terdiri daripada 5 buah penempatan iaitu Renggam, Simpang Renggam, Machap, Sungai

Sayong dan Layang-Layang dengan ciri-ciri dan sejarah penempatannya yang unik.

Pekerjaan utama adalah sebagai peladang, pedagang dan kakitangan kerajaan serta

swasta.

Sejarah Bandar Renggam tercatat dalam Muzium British di United Kingdom iaitu ia telah

menerima kunjungan Ratu Elizabeth II dan Ratu Victoria pada tahun-tahun 1950'an.

Sebagai penempatan utama pada masa itu, ia telah menjadi tumpuan Kolonial Inggeris

yang memiliki ladang-ladang besar seperti Ladang Guthrie, Ladang Ulu Remis dan

sebagainya yang masih kekal sehingga kehari ini.

11

Page 12: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

6.5 BANGUNAN KOMPLEKS MARA SIMPANG RENGGAM

Bangunan kompleks MARA Simpang Renggam beralamat Jalan Besar,Smpang

Renggam,86200,Kluang,Johor.Bangunan MARA ini berdekatan dengan Majis Daerah

Simpang Renggam,Klinik,Balai Polis,dan Pasaraya.Aktiviti perniagaan yang terdapat

didalam bangunan MARA terdapat premis yang berniaga jenis perkhidmatan.Contohnya

pengambilan lessen memandu,kelas menjahit,dan pusat belajar komputer.Selain

itu,terdapat gerai yang membuka perniagaan kesihatan dan pakaian wanita.

12

Page 13: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

7.0 kaedah kajian

Saya telah melaksanakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan beberapa

maklumat. Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian atau kaedah kajian adalah

untuk menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian. Antara kaedah kajian yang

telah saya aplikasikan dalam kerja projek ini ialah

7.1 Kaedah soal selidik

Soal selidik adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ia berhubung terus

dengan kumpulan sasaran, peggunaan borang soal selidik perlu melalui strategi mereka

bentuk soalan yang bersesuaian.

Saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang responden yang

mewakili pelanggan. Tujuannya adalah untuk memudahkan saya untuk mengkaji data

yang diberikan sama ada positif atau sebaliknya.Tiada masalah yang dialami sepanjang

sesi soal selidik dijalankan kerana semua responden memberi kerjasama yang baik

kepada saya.

Terdapat 3 perkara yang saya ajukan iaitu ekonomi, faktor persekitaran dan

perniagaan. Perkara yang terdapat dalam ekonomi ialah menyediakan peluang pekerjaan

di Restoran Selera Mara, peningkatan taraf hidup yang ditanggung oleh komuniti, bahan

mentah yang segar diperolehi oleh Restoran Selera Mara dan sebagainya. Dalam skop

faktor persekitaran pula seperti kawasan restoran yang strategik untuk dikunjungi, dapat

menarik perhatian pelanggan, berdekatan dengan kawasan petempatan penduduk dan

sebagainya. Dari segi perniagaan, seperti kadar kebersihan restoran yang tinggi, citarasa

makanan mengikut selera pelangan, layanan pekerja Restoran Selera Mara terhadap

pelangan dan lain-lain lagi.

13

Page 14: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

7.2 kaedah pemerhatian

Melalui kaedah pemerhatian ,selain memerhati saya juga telah menggunakan

kamera untuk mengambil gambar sebagai bukti menunjukkan Susana dan persekitaran

Restoran selera Mara di bangunan MARA.Disebabkan itu,kaedah ini telah digunakan

bagi mendapatkan reaksidaripada pelanggan digerai makan tersebut.Selain itu,kaedah ini

juga lebih berkesan untuk menilai perkhidmatan yang disediakan oleh gerai makan

tersebut.Melalui kaedah pemerhatian selama tiga hari berturut-turut,saya mendapati

bahawa gerai makan mempunyai pelanggan yang ramai dikalangan warga

emas,pekerja,dan pelajar sekolah.kebanyakkan pelajr sekolah yang membeli makanan di

gerai tersebut.

Pada hari pertama pemerhatian saya,saya mendapati di kawasan gerai makanan

tersebut kurang mendapat sambutan daripada pelanggan. Pada waktu tengahari,pelanggan

kurang memuaskan sekadar membungkus makanan sahaja.Pada waktu petang pula agak

ramai pelanggan yang datang di kuasai oleh pelajar sekolah.yang pulang dari sekolah.

Pada hari kedua pemerhatian saya,saya mendapati bahawa kawasan gerai tidak

diuruskan dengan sempurna,seperti sampah dilantai dan diatas meja tidak di

bersihkan.selain itu,meja belum lagi di lap,seterusnya habuk rokok yang penuh tidak

dibuang.Perkara sebegini perlu di ambil kira oleh pengurus atau pekerja kedai makan.

Pada hari terakhir pemerhatian saya,saya mendapati bahawa perkhidmatan

terhadap pelanggan kurang memuaskan.pengambilan pesanan yang lambat,penhantaran

makanan dan minuman yang lambat serta tiada snyuman yang ditunjukkan.Ini boleh

merasakan ketidakpuashatian daripada pelanggan.Melalui pemerhatian selama tiga hari

ini juga,saya dapat menilai tahap kebersihan dan perkhidmatan gerai makan tersebut.

14

Page 15: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

7.3 Kaedah Rujukan

Data sekunder diperoleh dari perpustakaan dan majlis perbandaran Simpang

Renggam.Data-data penting termasuklah buku-buku,majalah,keratan akhbar,jurnal-

jurnal,dan bahan ilmiah yang lain.selain itu gambar rajah dan peta di peroleh daripada

laman web majlis perbandaran Simpang renggam. Saya telah memilih kaedah ini kerana

kaedah ini lebih mudah dalam mencari maklumat dan data tambahan yang diperlukan

untuk dimuatkan ke dalam kajian saya.

7.4 Kaedah Temu Bual

Kaedah ini melibatkan temu bual secara tidak formal,iaitu melibatkan individu dalam

kalangan pelanggan dan pekerja di pasaraya atau masyarakat setempat.Temu bual ini

menyentuh mengenai maklumat yang berkaitan dengan kadar populariti Restoran Selera

Mara di bangunan MARA Simpang Renggam mengikut bangsa. Saya menjalankan

kaedah temubual ini dengan menggunakan alat perakam gambar atau suara untuk

merakam perbualan .Kemudianya, maklumat ini digunakan untuk menganalisis temubual

tersebut.

Dalam proses temu bual saya telah menujukkan beberapa soalan berkaitan dengan

restoran. Beberapa orang pelanggan dan pekerja telah di temu bual bagi mendapatkan

maklumat berkenaan kajian ini.Dengan menggunakan kaedah kajian ini,Saya dapat

memahami situasi yang berlaku direstoran tersebut.Responden yang di temu bual telah

memberikan kerjasama yang baik.Oleh itu,Kajian dapat dijalankan dengan lancar.

15

Page 16: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

8.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan analisis data dan mempamerkan hasil penemuan kajian

yang telah dilakukan daripada borang soal selidik yang diisi oleh responden.Data yang

dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan,taburan

kekerapan dan purata.

8.1 Demografi Responden

Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk tempatan telah disoal selidik.Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek umur, jantina, bangsa, pekerjaan, status, tangga gaji, agama, bilangan ahli keluarga, taraf pendidikan dan perbelanjaan bulanan untuk makanan(dalam peratusan) dipersembahkan dalam bentuk rajah.

8.1.1 UMUR

10%

27%

23%

33%

7%

umur

50 tahun keatas40-49 tahun30-39 tahun20-29 tahun19 tahun ke bawah

Rajah 1 umur responden

Sumber: kajian lapangan 2013

Berdasarkan hasil kajian,daripada 30 orang responden yang di temubual, seramai 3(10%) orang adalah terdiri daripada umur antara 50 tahun ke atas.Manakala responden 40-49 tahun adalah 9(27%) orang. Seterusnya, antara umur 30-39 tahun mengutip jumlah sebanyak 8(23%) orang. Bagi responden 20-29 mengutip jumlah paling banyak iaitu 10(33%) orang. Selebihnya adalah responden 19 tahun ke bawah iaitu 3(7%). Responden yang berbeza usia ini adalah responden yang mempunyai pandangan yang berbeza.

16

Page 17: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

8.1.2 JANTINA

67%

33%

jantina

LelakiPerempuan

Rajah 2 jantina responden

Sumber: kajian lapangan 2013

Dapatan hasil kajian menunjukkan 30 orang responden, seramai 20 orang(67%) adalah terdiri daripada lelaki.Selebihnya iaitu 10 orang responden adalah perempuan(33%). Ini bermakna jantina di monopoli oleh lelaki, disini terdapat jurang yang sangat besar antara lelaki dan perempuan.

17

Page 18: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

8.1.3 BANGSA

70%

30%

bangsa

MelayuCina

Rajah 3 bangsa renponden

Sumber: kajian lapangan 2013

Berdasarkan objektif kajian, kajian telah membuat dua bangsa sahaja. Kebanyakkan responden di peloppori oleh kaum melayu seramai 21 orang iaitu 70%. Manakala jumlah kaum cina yang menjamu selera di Restoran Selera Mara sebanyak 9 orang dengan peratusan 30%. Jelaslah bahawa kaum melayu lebih gemar makan di restoran tersebut.

18

Page 19: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

9.0 Dapatan Kajian

Kadar populariti mengenai tahap kepuasan terhadap Restoran Selera Mara di bangunan kompleks MARA Simpang Renggam.

Jadual 1: Ekonomi

Bil PerkaraCemerlang

% (bil)

Baik%

(bil)

Sederhana%

(bil)

KurangMemuaskan

% (bil)

Lemah%

(bil)1. Menyediakan peluang

pekerjaan di Restoran Selera Mara.

0 (0)

36(11)

17(5)

37(11)

10(3)

2. Peningkatan taraf hidup yang ditanggung oleh komuniti.

0(0)

20(6)

53(16)

17(5)

10(3)

3. Bahan mentah yang segar diperolehi oleh Restoran Selera Mara.

7(2)

17(5)

46(14)

20(6)

10(3)

4. Meningkatan pendapatan individu.

3(1)

27 (8)

20(6)

30(9)

20(6)

5. Persaingan Restoran Selera Mara dengan restoran sekitarnya.

10(3)

27(8)

27(8)

30(9)

6(2)

6. Turun naik harga makanan di Restoran Selera Mara mengikut kadar ekonomi semasa.

7(2)

31(9)

17(5)

28(8)

17(5)

Berdasarkan jadual 1, perkara ekonomi menjadikan soalan soal selidik yang pertama untuk dianalisis. Berdasarkan objektif yang telah dibuat iaitu mengenalpasti masalah perniagaan Restoran Selera Mara di bangunan MARA Simpang Renggam. Objektif telah dicapai, melalui analisis yang dibuat. Soalan 1, menyediakan peluang pekerjaan di Restoran Selera Mara adalah bagi peratusan cemerlang mencatatkan keputusan yang paling rendah iaitu 0%(0 orang), manakala peratusan bagi baik ialah 36%(11 orang).Sederhana pula mencatatkan peratusan 17%(5 orang) dan bagi kurang memuaskan ialah 36%(11 orang). Seterusnya peratusan bagi lemah pula ialah 10%(3 orang). Berdasarkan analisis yang telah dibuat, Restoran Selera Mara tidak menjamin kepada peluang pekerjaan.

19

Page 20: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

Seterusnya, soalan 2 peningkatan taraf hidup yang ditanggung oleh kawasan sekitar Simpang Renggam dengan peratusan cemerlang 0%(0orang),seterusnya baik mencatatkan peratusan 20%(6orang). Bagi peratusan sederhana pula mencatatkan nilai yang paling tinggi iaitu 53%(16orang). Kurang memuaskan menunjukkan peratusan sebanyak 17%(5orang) dan lemah 10%(3orang). Ini menunjukkan bahawa masalah peningkatan taraf hidup di sekitar Simpang Renggam tidaklah terlalu ketara.

Selain itu,masalah bahan mentah yang segar diperolehi oleh Restoran Selera Mara, peratusan yang dikumpul bagi cemerlang 7%(2orang) dan bagi peratusan baik pula ialah 17%(5orang). Manakala peratusan sederhana 46%(14orang), kurang memuaskan 20%(6orang) dan lemah 10%(3orang). Kesimpulan yang dilihat bahawa sederhana telah menguasai cadangan ini.

Bagi peratusan, meningkatkan pendapatan individu ialah bagi cemerlang 3%(1orang), baik 27%(8orang), sederhana 20%(6orang), kurang memuaskan 30%(9orang) dan lemah 20%(6orang). Di dalam cadangan ini, secara keseluruhannya bahawa Restoran Selera Mara kurang membantu dalam meningkatkan pendapatan individu.

Seterusnya, persaingan Restoran selera Mara dengan restoran sekitarnya, peratusan yang diperolehi ialah cemerlang 10%(3orang),manakala baik dan sederhana mencatat peratusan yang sama iaitu 27%(8orang), kurang memuaskan pula ialah 30%(9orang) dan peratusan bagi lemah pula ialah 6%(2orang). Di dalam keseluhuran peratusan menunjukkan bahawa Restoran Selera Mara kurang memberikan persaingan dengan restoran sekitarnya.

Untuk turun naik harga makanan di Restoran Selera Mara mengikut kadar ekonomi semasa dan peratusannya pula ialah cemerlang 7%(2orang), baik 31%(9orang), sederhana 17% (5orang), kurang memuaskan 28%(8orang) dan lemah 17% (5orang). Maka, peratusan sederhana menunjukkan nilai yang paling tinggi dan keseluruhannya menerangkan bahawa naik harga makanan di Restoran Selera Mara tidaklah terlalu keterlaluan tetapi kurang sesuai dengan harga makanan kawasan Simpang Renggam.

Keseluruhan yang telah dianalisis ini mendapati bahawa terdapat beberapa masalah yang dihadapi di Restoran Selera Mara.

20

Page 21: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

Jadual 2: Faktor Persekitaran

Bil PerkaraCemerlang

% (bil)

Baik%

(bil)

Sederhana%

(bil)

KurangMemuaskan

% (bil)

Lemah%

(bil)1. Terdapat kemudahan

asas yang lengkap (seperti tandas awam, surau dll).

63(19)

30(9)

7(2)

0(0)

0(0)

2. Kawasan restoran yang ystemic untuk dikunjungi.

40 (12)

37 (11)

13(4)

10 (3)

0 (0)

3. Dapat menarik perhatian pelanggan.

3(1)

13(4)

27(8)

44(13)

13(4)

4. Berdekatan dengan kawasan petempatan penduduk.

20(6)

47 (14)

20(6)

13(4)

0(0)

5. Kemudahan perkhidmatan awam mudah didapati(seperti bas awam, teksi dll).

17(5)

36(11)

40(12)

7(2)

0(0)

6. Persaingan perniagaan yang sengit dengan perniagaan lain.

3(1)

17(5)

30(9)

33(10)

17(5)

Berdasarkan jadual 2, didapati bahawa faktor persekitaran juga membawa serba sedikit masalah kepada Restoran Selera Mara di bangunan MARA Simpang Renggam. Perkara pertama ialah terdapat kemudahan asas yang lengkap seperti tandas awam,surau dll. Bagi peratusan cemerlang 63%(19orang), baik 30%(9orang), sederhana 7%(2orang). Manakala peratusan kurang memuaskan dan lemah ialah 0%(0orang).Di dalam peratusan ini menunjukkan bahawa bangunan MARA menyediakan kemudahan asas kepada pengunjung Restoran Selera Mara tetapi tidak 100% lengkap.Ini bermakna responden berpendapat bahawa kemudahan asas di bangunan MARA sangat baik.

Selain itu, perkara yang kedua ialah kawasan restoran yang ystemic untuk dikunjungi. Berdasarkan kajian yang telah dibuat bahawa peratusan bagi cemerlang 40%(12orang) dan peratusan baik mencatatkan nilai sebanyak 37%(11orang),seterusnya peratusan bagi sederhana ialah 13%(4orang) manakala kurang memuaskan 10%(3 orang) dan lemah 0% (0orang). Kajian mendapati kawasan kedai makan strtegik daripada pendapat responden.

Seterusnya, faktor daya tarikan pelangan menjadi masalah kepada Restoran Selera Mara di bangunan MARA. Responden telah memberi respon bagi cemerlang ialah 3% (1orang) dan peratusan bagi baik sebanyak 13% (4orang). Seterusnya sederhana menunjukkan

21

Page 22: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

nilai sebanyak 27% (8orang),manakala bagi kurang memuaskan pula mendapat peratusan yang paling tinggi daripada responden iaitu 44%(13orang) dan lemah 13%(4orang). Keseluruhan Responden berpendapat bahawa daya tarikan di Restoran Selera Mara ialah dengan peratusan yang paling tinggi adalah kurang memuaskan.

Tambahan lagi, faktor persekitaran yang lain ialah berdekatan dengan kawasan petempatan penduduk. Respon yang telah diberikan terhadap faktor persekitaran ini ialah bagi cemerlang 17% (5orang),manakala peratusan bagi baik mencatatkan peratusan yang paling tinggi iaitu 47%(14orang). Sederhana pula mencatatkan nilai peratusan sebanyak 20%(6orang) dan peratusan bagi kurang memuaskan ialah 13% (4orang). Peratusan bagi lemah mencatatkan nilai yang paling rendah iaitu 0% (0orang). Oleh yang sedemikian, kajian menunjukkan bahawa kawasan kajian berada tidak jauh dengan penempatan.

Bagi Kemudahan perkhidmatan awam mudah didapati seperti bas awam, teksi dan sebagainya pula hasil daripada kajian menunjukkan bahawa cemerlang 17% (5orang), manakala baik pula ialah 36%(11orang).Sederhana mencatatkan peratusan yang paling tinggi bagi perkara ini iaitu 40%(12orang).Bagi kurang memuaskan dan lemah pula masing-masing mendapat peratusan 7%(2orang) dan 0%(0orang). Responden telah memberikan peratusan yang agak baik untuk kemudahan perkhidmatan awam yang berada di yste Simpang Renggam ini.

Akhir sekali, kawsan perniagaan yang sengit juga mempengaruhi masalah yang dihadapi oleh Restoran Selera Mara.Bagi perkara ini responden telah memberikan peratusan bagi cemerlang ialah 3%(1orang) iaitu peratusan bagi perkara ini memcatatkan nilai yang paling rendah sekali, manakala peratusan bagi baik 17%(5 orang),bagi sederhana pula ialah 30%(9orang).Manakala bagi kurang memuaskan dalam perkara ini mencatatkan peratusan yang paling tinggi iaitu 33%(10orang) dan bagi lemah pula ialah 17% (5orang).

Jadual 3: Perniagaan

Cemerlang Baik Sederhana Kurang Lemah

22

Page 23: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

Bil Perkara % (bil)

% (bil)

% (bil)

Memuaskan% (bil)

% (bil)

1. Kadar kebersihan restoran yang tinggi.

37(11)

53(16)

7(2)

3(1)

0(0)

2. Citarasa makanan mengikut selera pelangan.

20(6)

13(4)

33(10)

27(8)

7(2)

3. Layanan pekerja Restoran Selera Mara terhadap pelangan.

3(1)

13(4)

34(10)

20(6)

30(9)

4. Tahap keselamatan Restoran Selera Mara yang terjamin.

23(7)

37(11)

40(12)

0(0)

0(0)

5. Tahap keselesaan pelangan ketika menjamu selera.

37(11)

40(12)

20(6)

3(1)

0(0)

6. Sistem penyelenggaraan yang sempurna (seperti kerusi, meja dll).

13 (4)

23(7)

44(13)

20(6)

0(0)

7. Restoran Selera Mara mempunyai keunikan gerai yang tersendiri.

0 (0)

10(3)

27(8)

43(13)

20(6)

Berdasarkan jadual 3,kajian mendapati bahawa faktor tempat perniagaan juga mempengaruhi cabaran kepada Restoran Selera Mara di bangunan Mara. Perkara yang pertama ialah kadar kebersihan restoran yang tinggi. Bagi peratusan cemerlang ialah 37%(11orang) dan bagi peratusan baik ialah 53%(16orang).Manakala bagi peratusan sederhana pula ialah 7%(2orang),seterusnya bagi kurang memuaskan ialah memcatatkan peratusan 3%(1orang) dan pula mencatat peratusan yang paling rendah iaitu 0%(0orang).Ini bermakna kadar kebersihan di Restoran Selera Mara adalah baik.

Selain itu, perkara yang kedua pula ialah citarasa makanan mengikut selera pelangan. Berdasarkan kajian yang telah dibuat bahawa peratusan bagi cemerlang ialah 20%(6orang) dan baik pula ialah 13%(4orang). Manakala bagi sederhana pula ialah 33%(10orang) dan kurang memuaskan pula mencatatkan peratusan sebanyak 27%(8orang) dan lemah pula ialah 7%(2orang). Mengikut respon menu yang di sediakan kemungkinan agak banyak pilihan.

23

Page 24: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

Seterusnya, layanan pekerja Restoran Selera Mara terhadap pelangan yang datang telah pu dikaji bagi mengenal pasti masalah restoran tersebut.Bagi peratusan cemerlang ialah 3%(1orang) dan baik pula ialah 13(4orang).Manakala bagi peratusan sederhana mencatatkan peratusan yang paling tinggi iaitu 34%(10orang) dan kurang memuaskan peratusannya ialah 20%(6orang). Bagi peratusan lemah telah mencatatkan sebanyak 30%(9orang). Berdasarkan peratusan, layanan yang diberikan oleh pekerja restoran tidak memberi kepuasan kepada pelangan.

Tambahan lagi, faktor yang membawa sesuatu perniagaan itu tidak maju kerana tahap keselamatan yang berada di sekeliling Restoran Selera Mara.Perkara ini telahpun di analisis, peratusan bagi cemerlang ialah 23%(7orang) dan baik mencatatkan peratusan 37%(11orang). Manakala peratusan bagi sederhana pula mencatatkan peratusan yang paling tinggi iaitu 40%(12orang). Bagi peratusan kurang memuaskan dan lemah mencatatkan peratusan yang sama dan paling rendah iaitu 0%(0orang). Ini bermakna tahap keselamatan Restoran Selera Mara adalah terjamin.

Faktor yang lain pula ialah tahap keselesaan pelangan ketika menjamu selera. Peratusan cemerlang ialah 37%(11orang) dan peratusan bagi baik ialah 40%(12orang). Manakala bagi peratusan sederhana mencatatkan sebanyak 20%(6orang). Peratusan kurang memuaskan pula ialah 3%(1orang) dan lemah mencatatkan peratusan yang paling rendah iaitu 0%(0orang).Tahap keselesaan yang diberikan dikuasai oleh peratusan baik.

Seterusnya, Sistem penyelenggaraan yang sempurna seperti kerusi, meja dll. Penyelenggaraan kedai yang tidak teratur berkemungkinan punca permasalahan yang dihadapi. Peratusan bagi cemerlang ialah 13%(4orang) dan peratusan baik mencatatkan 23%(7orang). Manakala bagi peratusan sederhana ialah 44%(13orang) dan kurang memuaskan ialah 20%(6orang). Seterusnya peratusan bagi lemah pula ialah 0%(0orang). Berdasarkan peratusan yang telah dibuat, ystem penyelenggaraan di Restoran Selera Mara adalah sederhana.

Perkara yang terakhir sekali ialah keunikan gerai yang terdapat di Restoran Selera Mara. Keunikan gerai juga mempengaruhi sesuatu perniagaan itu maju. Peratusan bagi cemerlang mencatatkan peratusan yang paling sedikit iaitu 0%(0orang) dan bagi peratusan baik ialah 10%(3orang). Manakala bagi sederhana mencatatkan peratusan sebanyak 27%(8orang) kurang memuaskan adalah peratusan yang paling tinggi iaitu 43%(13orang).Seterusnya bagi peratusan lemah mencatatkan 20%(6orang). Ini bermakna kawasan kajian kurang keunikan bagi menarik pelanggan yang datang.

10.0 KESIMPULAN

24

Page 25: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

Kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi pelangan tentang kadar populariti mengenai tahap kepuasan Restoran Selera Mara Simpang Renggam. Soal selidik telah digunakan sebagai instrument kajian ini. Dalam kajian ini, tiga faktor diambil kira dalam mendapatkan dapatan kajian. Faktor tersebut adalah ekonomi, faktor persekitaran dan perniagaan.

Penyelidikan telah menjalankan kajian ke atas 30 orang pelangan yang menjamu selera di Restoran Selera Mara. Data mentah yang diperolehi daripada kajian ini telah dianalisi dengan menggunakan perisian komputer Microsoft Excel. Analisi data kajian dilakukan secara diskriptif dengan mengambil kira kekerapan dan peratusan.

Keseluruhan kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi pelangan tentang kadar populariti mengenai tahap kepuasan Restoran Selera Mara Simpang Renggam. Pelangan hendaklah berani memperjuangkan hak-hak mereka sebagai seorang pengguna seperti hak untuk mendapatkan hak keperluan asas, hak untuk membuat pilihan, hak mementingkan kesihatan dan keselamatan dan sebagainya. Oleh itu,pelangan perlulah memainkan peranan sebagai pengguna yang rasional demi kesihatan tubuh badan.

11.0 RUJUKAN

25

Page 26: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

Beberapa rujukan yang telah membantu pihak pengkaji dalam menjalankan kajian ini antaranya ialah :

1. Kamus dewan edisi ke-4.2. Laman web rasmi tentang R&D.3. Laman web rasmi dewan bahasa dan pustaka.4. Majlis perbandaran Simpang Renggam.5. Perpustakaan SMK Dato Haji Hassan Yunos.

12.0 LAMPIRAN

26

Page 27: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

BORANG SOAL SELIDIK Bahagian A: Latar Belakang Responden

27

Page 28: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

Tandakan (/) pada ruang disediakan.

1. Umur:

50 tahun ke atas ( )

40 - 49 tahun ( )

30 - 39 tahun ( )

20 - 29 tahun ( )

19 tahun ke bawah ( )

2. Jantina:

Lelaki ( )

Perempuan ( )

3.BANGSA:

Melayu ( )

Cina ( )

4. Pekerjaan:

Sendiri ( )

Kerajaan ( )

Swasta ( )

Pencen ( )

Tidak bekerja ( )

Lain - lain:_______________

5. Status:

Berkahwin ( )

Bujang ( )

Janda/Duda ( )

6. Tangga Gaji:

RM 3501 ke atas ( )

RM 2501 - 3500 ( )

RM 1001 - 2500 ( )

RM 1000 ke bawah ( )

7. Agama:

Islam ( )

Budha ( )

Kristian ( )

Lain - lain:_______________

8. Bilangan Ahli Keluarga:

7 orang ke atas ( )

5 orang ( )

4 orang ( )

3 orang ke bawah ( )

9. Taraf Pendidikan:

PMR ( )

SPM ( )

STPM/setaraf ( )

Diploma/Ijazah/PHD ( )

Lain - lain:_______________

10. Perbelanjaan bulanan untuk makanan (dalam peratusan):

Kurang 20% ( )

20 - 29% ( )

30 - 39% ( )

40 - 49% ( )

Lebih 50% ( )

BAHAGIAN B: RESPONDEN MASYARAKAT

28

Page 29: Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

940910015819

Berdasarkan ukuran di bawah, berikan persepsi anda tentang kadar populariti mengenai tahap kepuasan terhadap restoran x di bangunan kompleks MARA Simpang Renggam dengan menandakan ( / ) dalam ruang yang disediakan.

PERKARA

CEMERLANG

BAIK

SEDERHANA

KURANGMEMUASKA

N

LEMAH

SKOR 5 4 3 2 1

BIL PERKARA 5 4 3 2 1EKONOMI

1. Menyediakan peluang pekerjaan di Restoran Selera Mara.2. Peningkatan taraf hidup yang ditanggung oleh komuniti.3. Bahan mentah yang segar diperolehi oleh Restoran Selera

Mara.4. Meningkatan pendapatan individu.

5. Persaingan Restoran Selera Mara dengan restoran sekitarnya.

6. Turun naik harga makanan di Restoran Selera Mara mengikut kadar ekonomi semasa.FAKTOR PERSEKITARAN

1. Terdapat kemudahan asas yang lengkap (seperti tandas awam, surau dll).

2. Kawasan restoran yang strategik untuk dikunjungi.

3. Dapat menarik perhatian pelanggan.

4. Berdekatan dengan kawasan petempatan penduduk.

5. Kemudahan perkhidmatan awam mudah didapati(seperti bas awam, teksi dll).

6. Persaingan perniagaan yang sengit dengan perniagaan lain.

PERNIAGAAN

1. Kadar kebersihan restoran yang tinggi.

2. Citarasa makanan mengikut selera pelangan.

3. Layanan pekerja Restoran Selera Mara terhadap pelangan.

4. Tahap keselamatan Restoran Selera Mara yang terjamin.

5. Tahap keselesaan pelangan ketika menjamu selera.

6. Sistem penyelenggaraan yang sempurna (seperti kerusi, meja dll).

7. Restoran Selera Mara mempunyai keunikan gerai yang tersendiri.

29