Modul 7 Jenis Dan Penggunaan Papan Pengajaran

download Modul 7 Jenis Dan Penggunaan Papan Pengajaran

of 4

Transcript of Modul 7 Jenis Dan Penggunaan Papan Pengajaran

  • 8/2/2019 Modul 7 Jenis Dan Penggunaan Papan Pengajaran

    1/4

    Modul 7: Jenis dan Penggunaan Papan Pengajaran.

    .

    Papan pengajaran merupakan antara media yang popular serta berperanan bagimenunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai daya komunikatif. Ia juga

    mampu merangsang minda pelajar untuk terus mendalami sesuatu isi kandungan. Antarajenis-jenis papan pengajaran yang ada ialah:

    Papan Buletin.

    o Papan bulletin merupakan antara papapn pengajaran yang telah lama wujud

    dan ianya sering digunakan bagi memaparkan sesuatu maklumat kepada

    orang ramai. Papan bulletin bersama-sama dengan media sebaran yang

    digunakan bersamanya merupakan suatu sumber pengajaran yang produktif

    dan mampu memberi kesan yang baik kepada semua peringkat umur danbidang ilmu.

    o Bahan utama dalam menghasilkan papan bulletin ialah:

    Kepingan gabus (papan gabus)

    Kayu Lembut (softboard)

    Kain tebal

    Kertas pembalut yang tebal.

    o Saiz papan bulletin bergantung kepada keperluan dan kesesuaiannya dengan

    ruang pameran atau persembahan yang ada. Biasanya ia diletakkan

    sekurang-kurangnya 3 kaki dari paras lantai.

    o Cara penggunaan - sebelum sesuatu mesej atau isi kandungan ingin

    dipamerkan menggunakan papan bulletin, beberapa faktor perlu

    diambilkira. Antaranya ialah:

    Pilih satu tema atau idea yang akan dikemukakan sebagai bahan

    pameran.

    Rancangkan susun atur atau pelan pameran pada helaian kertas.

    Pastikan bahan pameran diletakkan di tempat yang bersesuaian sertastrategic.

    Gunakan sumber-sumber yang menarik seperti rekabentuk yang

    unik, warna yang terang dan sebagainya.

    Pemilihan imej yang bersesuaian serta mampu mewakili tajuk yangdipilih.

    Seboleh mungkin penglibatan penonton amat dipertekankan.

    Soalan-soalan, permainan, panduan, risalah dan sebagainya yang

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 7 1

  • 8/2/2019 Modul 7 Jenis Dan Penggunaan Papan Pengajaran

    2/4

    disertakan bersama-sama dengan papan bulletin dapat menarik leibh

    ramai penonton.

    Pencahayaan juga amat penting bagi menarik perhatian.

    Penggunaan lampu spotlight mampu memberi kesan yang menarik

    terhadap papan bulletin yang dipamerkan.

    o Kebaikan.

    Paling sesuai bagi memperkenalkan sesuatu idea baru.

    Memberikan maklumat dengan pantas dan berkesan.

    Memberikan kefahaman dengan jelas.

    Merangsangkan perbincangan dan daya kreatif.

    Membentuk sikap dan nilai.

    Menambahkan kecepatan dan pengekalan pembelajaran.

    Papan Gulung.

    o Sejenis papan pengajaran yang amat mudah untuk diperolehi. Ianya banyak

    dijual di kedai alat tulis dan amat popular terutamanya di kalangan guru-

    guru yang baru mula mengajar.

    o Papan gulung bertindak seperti mana papan pengajaran yang utama seperti

    papan kapur. Isi kandungannya boleh disediakan lebih awal dan apa yang

    perlu dilakukan di dalam bilik darjah ialah membuka gulungan dan

    memaparkan isi kandungannya kembali kepada para pelajar.

    o Kebaikan.

    Mudah dan murah untuk dihasilkan.

    Mudah dibawa serta disimpan.

    Guru boleh membuat persediaan lebih awal.

    Boleh menggunakan perbagai warna untuk menarik perhatian

    pelajar.

    Papan Flanel.

    o Papan Flanel merupakan sejenis papan pengajaran yang menggunakan

    sejenis papan lembut (flannel) yang mana elemen-elemen pengajaran yang

    ringan boleh dilekatkan kepadanya dengan bantuan pelekat seperti kertaspasir dengan kapas dan sebagainya.

    o Papan flannel amat sesuai untuk sesi persembahan pengajaran, latih tubi

    serta pengajaran yang memerlukan interaksi antara pengajar dengan pelajar.

    o Kebaikan:

    Mudah dan murah untuk dihasilkan.

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 7 2

  • 8/2/2019 Modul 7 Jenis Dan Penggunaan Papan Pengajaran

    3/4

    Isian papan flannel adalah murah dan mudah untuk dihasilkan.

    Bahan-bahan visual dari majalah, risalah atau akhbar boleh dipotongdan digunakan pada papan ini.

    Mudah alih serta mudah untuk dikendalikan.

    Membolehkan penglibatan di kalangan pelajar untuk turut serta.

    Boleh digunakan untuk pengajaran kumpulan kecil. Bahan isian boleh disediakan terlebih dahulu dan mudah untuk

    digunakan apabila perlu.

    Papan Magnet.

    o Papan magnet biasanya digunakan bagi menampung bahan-bahan isian

    pengajaran yang lebih padat serta mempunyai struktur fizikal yang lebih

    tersusun. Biasanya setiap media pengajaran akan dilekatkan magnet di

    bahagian belakangnya agar ianya boleh dilekatkan terus pada papan yang

    bermagnet. Papan jenis ini seperti juga papan flannel boleh digunakan bagitujuan persembahan pengajaran, latih tubi ataupun sekadar menggalakkan

    interaksi antara pelajar dengan proses pengajaran.

    Papan Tulis

    -Papan Putih- Papan Magnetik

    - Papan Flip

    - PapanPameran / Kenyataan- PapanFlanel

    - Papan Gulung- Papan Slip- Papan Elektronik

    KAEDAH PENGGUNAAN BEBERAPA BAHAN/MEDIA

    1. Penggunaan Papan Tulis (kapur)http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3305/notakuliah/

    Penggunaan papan tulis dengan kapur merupakan asas dalam proses pengajaran danpembelajaran. Sejak dahulu hingga sekarang penggunaan media ini tetap

    dikekalkan kerana ia merupakan satu cara yang paling mudah dan menjimatkan.

    Sebelum papan tulis digunakan, perlulah perkara-perkara ini diambil perhatian,

    iaitu:

    Rancangan pelajaran yang hendak diturunkan di papan tulis.

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 7 3

    http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3305/notakuliah/http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3305/notakuliah/
  • 8/2/2019 Modul 7 Jenis Dan Penggunaan Papan Pengajaran

    4/4

    Tulis kesimpulan dan lukis rajah-rajah penting sahaja.

    Proses-proses dan langkah penting sahaja yang harus disenaraikan.

    Keterangan-keterangan selanjutnya hendaklah diisikan terus ke dalam buku pelajar

    sama ada oleh pelajar sendiri atau dengan bantuan guru

    Tulisan hendaklah kemas dan besar supaya mudah dibaca dan ilustrasi hendaklah

    jelas supaya dapat dilihat dan senang difahami.

    Guru janganlah berdiri dan bercakap betul-betul di hadapan tulisan atau ilustrasi

    hingga melindunginya.

    Pastikan bahawa tulisan dan ilustrasi tidak terlalu banyak.

    Gunakan warna yang berlainan untuk menghasilkan kontras.

    Guru tidak boleh lama membelakangi pelajar. Pelajar akan hilang minat dan

    menjadi resah kalau guru berbuat demikian.

    Pastikan bahawa guru tidak bercakap sambil menulis atau semasa menggunakanpapan tulis. Percakapan guru itu tidak akan dapat didengari pelajar.

    Anggaplah bahawa papan tulis itu sebagai media perantara yang penting di antara

    guru-pelajar.

    Siapkan ilustrasi dan perkara-perkara yang rumit sebelum pengajaran bermula

    supaya tidak membuang masa.

    Padamkan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan pelajaran dari papan tulis.

    Jika perlukan cahaya gunakan lampu yang terang.

    Siapkan semua bahan dan perkakas seperti kapur-kapur warna, pemadam, pembarisdan sebagainya terlebih dahulu.

    Papan tulis hendaklah dibersihkan sesudah dipakai.

    Rancangkan ruang-ruang tertentu di papan tulis untuk menulis.

    Prepared by Lu Cheng Soon Modul 7 4