PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
-
Upload
zaki-pa-adek -
Category
Documents
-
view
302 -
download
0
Transcript of PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
-
8/3/2019 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
1/24
PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK DARI PERPSPEKTIF QURAN DAN
HADITH
Professor Madya Dr. Ammar Fadzil Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Islam menerusi al-Quran dan Sunnah merupakan agama yang bersifat universal dan
komprehensif. Ia bukan sahaja meliputi aqidah, shariah dan akhlak tetapi juga meliputi
pendidikan keluarga dan anak-anak. Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi pada
pandangan masyarakat dan agama. Fungsi ibubapa dalam membentuk anak-anak sukar dicari
ganti. Melalui mereka anak-anak mengenal kasih sayang, nilai-nilai kehidupan dan erti kasih
sayang. Islam sendiri menuntut supaya ibubapa diberikan kedudukan yang tinggi dalam institusi
keluarga dan masyarakat. Arahan berterimakasih diletakkan pada tempat yang pertama selepas
ibadah kepada Tuhan kerana perngorbanan insaniah yang tidak berbelah bagi begitu juga
keutamaan memberikan bantuan didahulukan ibubapa di atas yang lain. Ibubapa merupakan
salah satu elemen tanpanya tidak wujud apa yang dipanggil masyarakat atau komuniti manusia.
Ia berterusan membekalkan generasi baru kepada masyarakat. Mereka memainkan peranan
yang amat penting dalam pembentukan masyarakat dan tamadun manusia masa hadapan. Baik
dan buruk tamadun yang dilahirkan adalah ditentukan oleh ibubapa selain dari faktor-faktor
utama seperti suasana dan sistem pemerintahan. Perubahan dan permasalahan yang sentiasa
berlaku dewasa ini menghasilkan cabaran yang getir kepada ibubapa dalam memastikan peranan
mereka sebagai pembentuk tamadun manusia dapat ditunaikan dengan sempurna. Kertas ini
tidak dapat mengupas dan menjawab segala persoalan yang terbuku namun diharapkan dapat
memberikan input yang berguna kepada konvensyen yang diadakan pada hari ini.
Mengikut Islam peranan ibubapa amat besar. Merekalah yang bertanggungjawab ke atas masa
hadapan anak-anak. Peranan mereka sebagai pembina utama dan pertama anak-anak sukar
dicari penggalang ganti. Mereka bertanggungjawab memperkenalkan kepada anak-anak nilai
kasih sayang, erti kehidupan dan keperluan kepada pengorbanan dalam menunaikan
tanggungjawab. Dalam sebuah hadis disebut Setiap anak dilahirkan di atas fitrah, maka kedua
ibubapanya yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Majusi Fitrah di sni bermaksud
Islam oleh itu setiap anak-anak dilahirkan sebagai seorang Muslim maka ibubapanya yang
bertanggungjawab memberikan ajaran agama yang sempurna supaya anak tersebut kekal di
-
8/3/2019 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
2/24
atas fitrah Islamnya dan memastikan anak tersebut tidak dipengaruhi oleh suasana persekitaran
yang akan merosak dan menjejaskan fitrah kejadiannya.
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari Orang lelaki adalah penjaga ke atas ahli keluarganya dan
dia bertanggungjawab terhadap mereka dan perempuan penjaga ke atas rumahtangga dan
anak-anaknya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka.
Sesungguhnya bagi jasad kamu ke atas kamu ada hak dan sesungguhnya bagi anak kamu ke
atas kamu ada hak (Riwayat Muslim)
Ibubapa bukan sahaja berfungsi sebagai ejen penambah zuriat manusia dan memperbanyakkan
umat Islam dalam konteks agama Islam, mereka bukan sahaja menginginkan zuriat yang
mewarisi perjalanan hidup mereka dan melahirkan anak soleh malah lebih daripada itu mereka
berfungsi sebagai centerpusat yang melahirkan generasi ataujilyang meneruskan
kecemerlangan umat Islam sebagai ummattan wasatan ummat terbaik ummat contoh kepada
seluruh manusia surah al-Baqarah ayat 143 dan demikianlah Kami jadikan kamu ummat
pertengahan
Tujuan pertama dan kedua lebih bersifat kepentingan individu tetapi tujuan ketiga bersifat
universal dan lebih berkemasyarakatan.
Kesemua ibubapa secara naturalnya menginginkan anak-anak yang soleh ..Jika sekiranya
engkau memberi kami anak yang soleh tentulah kami akan selalu bersyukur (al-A`raf ayat 189)
dan di dalam hadis riwayat Muslim apabila mati anak Adam terputus darinya melainkan tiga
perkara anak soleh, ilmu bermanfaat dan sadaqah jariah
Di dalam surah al-Furqan ayat 74 Ya Tuhan kami anugerahkan keapda kami pasangan kami dan
keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang
bertakwamanakala surah Maryam ayat 6 yang akan mewarisi aku Al-Quran seterusnyadengan tegas mengingatkan ibubapa akan tugas mereka yang amat penting seperti yang disebut
dalam surah al-Tahrim ayat 6 Wahai orang-orang yang beriman perliharalah diri-diri kamu dan
keluarga kamu dari api neraka dan di dalam surah al-Anfal ayat 28 ibubapa juga diingatkan
supaya berwaspada dengan keluarga dengan firmannya Sesungguhnya harta-harta kamu dan
-
8/3/2019 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
3/24
anak-anak kamu adalah ujian ujian yang menguji ibubapa adakah mereka menunaikan
tanggungjawab dan memberikan kepada anak-anak hak mereka yang sepatutnya.
Oleh itu ibubapa mestilah menyedari dan memahami kepentingan tiga perkara ini; penyambung
zuriat, anak soleh dan generasi ummatan wasatan dan menganggapnya sebagai satu tugas dan
amanah yang dipikulkan ke atas mereka oleh agama mereka. Mereka mesti menganggap ianya
sebagai satu amanah besar yang mesti dipikul dan ditunaikan serta tidak boleh
dipertanggunggjawabkan kepada pihak lain. Jikalau kita hendak menjangkau kepada peranan
yang lebih luas iaitulah memastikan bahawa anak-anak tersebut mampu menyambung
kesinambungan tamadun ummat manusia. Tetapi apakah syarat-syarat kesinambungan
tersebut?
Malik Bennabi seorang pemikir Islam terkenal berbangsa Algeria menyatakan dalam bukunya
Mushkilat al-Hadarah Shurut al-Nahdah (Permasalahan Tamadun Asas-asas Kebangkitan)[1]
bahawa tamadun mempunyai tiga unsur utama: manusia, tanah[2]yang diduduki dan masa
yang dimiliki oleh manusia.[3]Manusia menurutnya berhadapan dengan berbagai masalah yang
berbeza antara satu dengan lain. Ia berkait rapat dengan individu dan organisasi masyarakat.
Individu mempunyai tiga peranan utama yang bakal mencipta tamadun dan sejarah masa
hadapan: halatuju, budaya dan harta.[4]Halatuju mestilah jelas dan menampakkan kesatuan
fikiran dan tujuan, budaya mestilah mampu menggabungkan elemen masa lampau dan masa
hadapan meninggalkan yang negatif dan mengambil yang positif yang semestinya berpaksi dan
bersumberkan wahyu. Budaya dalam erti yang luas ialah himpunan sifat-sifat akhlak dan nilai
kemasyarakatan yang diterima oleh individu seawal kelahirannya di alam nyata.[5]Teori Malik
Bennabi ini memperlihatkan kepada kita betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul oleh
setiap individu masyarakat dan tidak terkecuali mereka yang dipanggil ibu bapa.
Kepentingan menitik beratkan pembangunan anak-anak merupakan amalan yang dipelopori oleh
ulama-ulama Islam sejak zaman silam berasaskan ajaran Islam bersumberkan Quran dan
Sunnah. `Uqbah bin Abi Sufyan ketika menghantar anaknya kepada seorang guru berpesan
beliau kepada guru tersebut dengan kata-katanya : Hendaklah perkara pertama ketika engkau
memperbaiki anakku ialah memperbaiki dirimu, sebab matanya akan menurut matamu, yang
baik pada mereka ialah apa yang engkau pandang baik, yang buruk di sisi mereka ialah apa
yang engkau pandang buruk, ajarkan mereka jalan kehidupan orang bijak pandai, tunjukkan
http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn1http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn1http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn1http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn2http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn2http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn3http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn3http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn3http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn4http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn4http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn4http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn5http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn5http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn5http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn5http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn4http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn3http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn2http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn1 -
8/3/2019 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
4/24
akhlaq orang-orang mulia, engkau boleh mengancam dia dengan diriku, pereloklah perilakunya
tanpaku, jadilah seperti seorang doktor yang tidak memberikan ubat sebelum mengetahui
penyakitnya, janganh engkau sampai cuai kerana kekurangan yang ada padaku sebab aku telah
menyerahkan dia atas kesempurnaan yang ada padamu. Pada zaman khalifah Abbasiah al-
Mansur, beliau telah menghantar seorang utusan ke penjara bertanyakan banduan-banduan
penjara apakah yang kamu rasa berat dari apa yang kamu rasakan sekarang. Jawapan yang
diterima ialah : tiada apa pun yang kami rasakan amat pedih selain daripada kami terhalang
untuk mendidik anak-anak kami.
Cabaran Masa Kini
Ibu bapa pada hari ini berhadapan dengan berbagai cabaran di dalam mendidik anak-anak.
Mereka dituntut untuk memastikan anak-anak dibesar dan diberikan pendidikan yang
merangkumi pembentukan akal, jasmani, ruhani, akhlak dan sosial. Suasana persekitaran
memberikan tekanan kepada ibubapa dalam menangani cabaran tersebut. Keperluan
menambahkan pendapatan memerlukan kedua ibubapa bekerja telah mengurangkan masa
bersama dengan anak-anak. Justeru itu mereka terpaksa mencari alternatif lain seperti
mengambil pembantu rumah, menghantar anak-anak ke pusat asuhan atau ke sesi persekolahan
tambahan untuk memastikan kepentingan pendidikan anak-anak terjaga. Kewujudan masalah
sosial juga turut merunsingkan ibubapa. Gejala dadah, melepak, merempit dan terlibat dalam
aktiviti-aktiviti maksiat merupakan fenomena yang mencemaskan ibubapa. Tambahan pula
media menyiarkan sitcom yang boleh menyumbangkan kepada penglibatan anak-anak dalam
aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral. Sebagai contoh mengikut kajian yang dilakukan oleh Hashim
Bedu dan rakan-rakannya Keruntuhan akhlak dan gejala sosial dalam keluarga;isu dan cabaran
jenayah syariah bagi negeri Johor meningkat dari setahun ke setahun. Mereka
mengklasifikasikan punca-punca jenayah seperti berikut : perasaan ingin tahu dan mencuba,
pengaruh rakan sebaya, pengaruh media massa dan sikap keluarga, ibubapa mengamalkan
sikap terlalu mengongkong dan mengabaikan pendidikan rohani dan agama. Nooh Gadot dalam
kertas kerjanya Masyarakat, Pendidikan dan Pembentukan Keluarga Islam Berkualitimenyatakan
bahawa keluarga Islam menghadapai masalah pergaulan dan cara hidup seperti kelemahan
komunikasi dalam keluarga, salah laku perhubungan, generasi muda tidak menghormati yang
tua dan ibubapa kurang memberikan kasih sayang kepada anak-anak. Seterusnya beliau
menegaskan keluarga Islam berhadapan dengan dua cabaran dalaman dan luaran. Dalaman
-
8/3/2019 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
5/24
seperti kehidupan yang tidak berasaskan iman, takwa dan ihsan, ilmu pengetahuan tidak
mencukupi, tidak ada role model dalam keluarga, hubungan kekeluargaan yang renggang, tidak
ada suasana keislaman dalam keluarga, pembahagian masa tidak sekata di kalangan ahli
keluarga, faktor kemiskinan manakala cabaran luar ialah penglibatan ibu bapa dalam aktiviti luar
sehingga menjejaskan tanggungjawab di rumah, pergaulan dengan kumpulan yang rendah
akhlak, pengaruh media massa dan tidak bijak memilih kerjaya yang bersesuaian dengan ibu
bapa.
Sheikh Abdullah Nasih `Ulwan dalam bukunya Tarbiyatul Awlad fil Islam[6]menyenaraikan
punca keruntuhan moral anak-anak antaranya kepada kemiskinan, pergaduhan sesama ibu dan
bapa, perceraian yang mengundang kesusahan kepada ibu yang menjaga anak-anak, masa
lapang yang tidak terisi, pengaruh rakan-rakan, diplomasi buruk ibu bapa kepada anak-anak dan
ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak. Kemiskinan akan mendorong kanak-kanak keluar dari
rumah mencari wang untuk keperluan dirinya yang akan mendedahkan mereka kepada sarang-
sarang penjenayah natijahnya akan melahirkan masyarakat yang anggota masyarakatnya
penjenayah-penjenayah muda. Ibu bapa yang sentiasa bergaduh terutamanya di hadapan anak-
anak akan menyebabkan anak-anak resah dan tidak gembira. Perceraian ibu bapa kebiasaannya
menyebabkan anak-anak kehilangan bapa dan memaksa ibu-ibu keluar mencari nafkah. Maka
anak-anak yang sudah kehilangan bapa akn terasa kekurangan masa bersama ibu mereka lantas
mereka akan mencari alternatif untuk mengisi kekosongan yang ada dalam jiwa mereka. Begitu
juga jika anak-anak mempunyai masa lenggang yang banyak dan ibu bapa tidak memenuhi
masa anak-anak mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah akan mempengaruhi kanak-
kanak mengisi masa mereka mengikut cara mereka sendiri. Islam memberi peringatan yang
keras tentang kesan negatif yang bakal menimpa mereka yang tersilap memilih kawan seperti
dalam ayat 28-30 surah al-Furqan Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit
dua tangannya, seraya berkata: Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama
Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan itu teman
akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al Quran ketika Al Quran itu telah
datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mau menolong manusia. Sabda Nabi:
Seseorang itu bergantung kepada agama saudaranya maka hendaklah dia melihat ssiapa yanag
menjadi saudaranya. Sikap ibu bapa dan cara diplomasi mereka yang tidak berhikmah
menyebabkan anak-anak menjadi tertekan dan beremosi kerana anak-anak juga manusia yang
diberikan akal yang mampu berfikir dan boleh menilai lantas mereka akan mempersoalkan sikap
http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn6http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn6http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn6 -
8/3/2019 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
6/24
ibu bapa mereka yanag tidak rasional. Kanak-kanak berkemungkinan mengambil jalan pintas
melawan ibu bapa, lari dari rumah dan menyimpan dendam kepada ibu bapa mereka. Pernah
satu ketika Umar ibn al-Khattab mengatakan kepada seorang ayah yang tidak menunaikan
tanggungjawabnya Kamu datang berjumpa aku mengadu anakmu yang derhaka sedangkan
kamu terlebih dahulu derhaka kepadanya, kamu berlaku buruk kepadanya sebelum dia berlaku
buruk kepadamu. Ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak menjadikan anak-anak mereka
seolah-olah tidak beribu bapa ibarat anak-anak yatim. Benarlah kata penyair Arab bukanlah
yatim itu mereka yang ayahnya tidak menanggungnya dan meninggalkannya sesungguhnya
yatim itu ialah ibunya yang sibuk dan ayahnya yang sibuk. Ibu bapa perlu menjadi seperti
seorang peladang yang sentiasa mengambil berat terhadap benih pokok yang disemainya Dia
perlu menjaganya, membaja, menyiram air, membersihkan duri-durinya dan memotong ranting-
ranting yang patah. Dia perlu memastikan benih tersebut dapat menghasilkan buah masak dan
ranum. Jangan jadikan anak-anak seperti benih terbiar diterbangkan angin ibarat debu
beterbangan di udara.
Dr Muhammad Sayyid Yusuf dalam bukunya Manhaj al-Quran fi Islah al-Mujtama`
menyenaraikan sebab kepincangan masyarakat kepada 3 punca utama: berpaling dari ajaran
agama, tertipu dengan godaan syaitan dan perancangan jahat musuh yang ingin melihat
kehancuran umat Islam. Musuh Islam terutamanya Yahudi mengganggap antara kekuatan umat
Islam terletak kepada keutuhan institusi keluarga oleh itu mereka menjadikan matlamat mereka
antaranya meruntuhkan kehidupan berkeluarga dan merosakkan sistem pendidikannyya. Oleh
itu sebahagian besar program-program media massa yang dipaparkan memperlihatkan unsur-
unsur dan budaya-budaya negatif yang boleh mempengaruhi nilai akhlak anak-anak dan remaja.
Sebaliknya budaya mulia yang ingin dilihat dalam kehidupan anak-anak dan remaja sebagaijil
dan generasi masa hadapan future generation ialah seperti yang ditegaskan oleh Malik Bennabi
ialah budaya yang bersumberkan wahyu kerana ianya merupakan suatu yang quddus dan
datangnya dari Tuhan. Mengikut perspektif Islam, budaya terdiri dari tiga unsur aqidah, ibadah
dan akhlak oleh itu semesti ketiga-tiga perkara ini diberikan penekanan dalam pembentukan
personaliti anak-anak.
Tuntutan materialisma masakini mempengaruhi ibubapa memberikan tekanan kepada anak-anak
untuk mencatat kejayaan cemerlang dalam bidang akademik lantas mengabaikan aspek
-
8/3/2019 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
7/24
spriritual atau keagamaaan maka lahirlah anak-anak yang cemerlang akademik tetapi kosong
jiwanya, remaja cemerlang tetapi runtuh akhlak. Sepatutnya kecemerlangan akademik mestilah
diimbangi dengan kecemerlangan spiritual spiritual excellence. Islam melalui al-Quran dan
Hadith menuntut supaya keseimbangan atau balance dalam semua aspek kehidupan, bukan
sahaja aspek material tetapi kerohanian juga mesti dititikberatkan. Oleh itu peranan ibu bapa
pada masa ini merupakan sebahagian dari jihad yang dituntut dalam Islam. Hadith Nabi ada
menyebut bermaksud barangsiapa bersabar dalam membesarkan anak-anak perempuan maka
baginya balasan syurga.
Penyelesaian Masalah dan Aspek Pendidikan Anak-anak
Apa yang dimaksudkan dengan penyelesaian di sini ialah apakah peranan yang perlu dimainkan
oleh ibubapa dalam mengatasi masalah dan menangani cabaran yang dihadapi. Anak-anak perlu
diberikan kefahaman tentang peranan dan tujuan utama mereka berada di alam maya ini.
Kewujudan mereka bukannya untuk mengecapi keseronokan yang bersifat sementara tetapi
memahami dan menghayati kedatangan mereka seperti yang disebut oleh Dr Yusuf al-Qaradawi
dalam risalahnya Qimah al-Insan wa Ghayah Wujudihi fi al-Islam adalah untuk beribadat,
membangunkan bumi Tuhan dengan sebaiknya dan menjadi khalifah Tuhan di bumi ini. Oleh itu
ada tiga perkara utama yang perlu ditekankan dalam pembentukan diri dan jiwa anak-anak iaitu
pemantapan iman dan ibadah, ilmu dan pengukuhan nilai akhlak mulia. Selain daripada tiga
perkara asas ini, ibu bapa perlu mengambil kira aspek-aspek lain yang tidak kurang pentingnya.
Secara umumnya aspek-aspek pendidikan anak-anak terbahagi kepada aspek iman, akhlak,
jasmani, minda, rohani, sosial, emosi dan seksologi.
Ciri-ciri Pendidikan Dalam Islam
Sebelum kita berbicara mengenai aspek-aspek pendidikan anak-anak yang perlu dititikberatkan
oleh ibu bapa terlebih kita merenung apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan dan apakah
ciri-ciri pendidikan Islam.
Definisi dan Aspek Pendidikan
Pendidikan dari segi bahasa ialah membina, memperbaiki dan menyempurnakan. Dari segi
teknikal ia bermaksud membina fungsi badan, akal, akhlak sehingga sempurna melalui latihan
-
8/3/2019 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
8/24
dan pembudayaan. Di dalam Islam pendidikan bermaksud mempersiapkan individu Muslim yang
beriltizam dengan agama dan berakhlak dengan akhlak Islam dari segi hati, ruh, jasad, akal,
akhlak dan sikap.[7]
Untuk memahami konsep pendidikan dalam Islam terutamanya al-Quran dan Hadis memerlukan
kita meneliti keseluruhan isi kandungannya. Al-Quran dalam surah al-Muminun umpamanya
memasukkan elemen tawhid. Ibadat, akhlak, menjaga kehormatan diri dan tanggungjawab
kepada masyarakat melalui sistem zakat dan penjagaan amanah. Surah al-Furqan menyebut
takwa, takut kepada azab neraka, bersedekah, memelihara kehormatan diri dan memberikan
kesaksian yang adil sebagai ciri-ciri peribadi unggul.
Pendidikan Islam akan dapat difahami dengan lebih jelas apabila kita memahami ciri-cirinya.
Cirinya yang pertama ialah Rabbaniyyah yang bermaksud ianya dari Allah. Ini merangkumi dua
perkara iaitu sumber dan tujuan. Dari segi sumbernya ia menyedarkan kita bahawa sumber
pendidikan Islam tertinggi ialah al-Quran dan Hadith dan bukannya bersumberkan akal dan
nafsu manusia. Manusia tidak mencipta asas-asas pendidikan Islam tetapi tugasnya ialah
menerima, memahami dan menyesuaikan perlaksanaannya di dalam sistem kehidupan dan
pendidikan. Dari segi hala tuju pendidikan ia bermaksud mengukuhkan ikatan hubungan dengan
Tuhan dan mencari redhanya. Ayat 6 surah al-Inshiqaq bermaksud Wahai manusia!
Sesungguhnya kamu telah bekerja keras untuk menemui Tuhanmu maka kamu akan
menemuinya.
Ciri kedua ialah pendidikan Islam itu bersifat sempurna dan komprehensif. Tidak ada kekurangan
dalam sistem pendidikan Islam kerana ianya bersumberkan dua sumber utama iaitu Quran dan
Hadith. Ia meliputi semua aspek pendidikan yang berasaskan kepada tiga prinsip utama iaitu
tawhid yang sebenar, meliputi semua aspek pendidikan dan ibadah kepada Allah.
Ciri ketiga ialah keseimbangan yang bemaksud keseimbangan antara akhlak individu dan
masyarakat dan negara manakala ciri keempat ialah komitmen iaitu pendidikan Islam bukan
terletak pada teorinya sahaja tetapi ianya sesuatu yang mesti dilaksanakan kerana perlaksanaan
merupakan manifestasi iman seseorang individu dan masyarakat. Ciri terakhir ialah ia bersifat
realistik sesuatu yang dapat dilaksanakan. Pendidikan Islam ialah sesuatu yang mampu
dilaksanakan dan bukannya sekadar teori yang indah dilafazkan tetapi sukar dipraktiskan.
http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn7http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn7http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn7http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn7 -
8/3/2019 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
9/24
Secara umumnya sebahagian pakar bersetuju bahawa pendidikan anak-anak mestilah bermula
dari zaman awal kelahiran mereka. Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari
oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan baginya
kerana yang nyata bagi kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan
yang baik dan yang buruk. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini,
kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam
menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya
tetapi pemantapan akhlaq perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh
dan jiwanya.[8]Hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar
perkembangan dan psikologi kanak-kanak, diperingkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat
paling utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringat atau
tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar perkembangan dan
psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-
kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna
perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun. Mengikut pandangan pakar psikologi
Barat Freud, pengalaman kanak-kanak pada zaman kecilnya akan mempengaruhinya di masa
hadapan. Pada pandangan sebahagian sarjana Islam teori pendidikan anak-anak bermula
semasa perkahwinan ibu dan bapa kepada anak-anak tersebut. Oleh itu sebahagian pemikir
Islam membahagikan pembentukan peribadi anak-anak kepada sekurang-kurangnya tiga
peringkat. Sebelum kelahiran, selepas kelahiran sehingga umur 10 atau 11 dan dari 11
sehinggalah ke alam remaja dan mampu berdikari.
Mengikut Dr al-Mabruk Uthman Ahmad dalam bukunya Tarbiyatul Awlad wal Aba fil Islam
peringkat sebelum lahir merangkumi pemilihan pasangan suami isteri, persediaan mereka untuk
bergelar ibubapa yang bukan sahaja bersifat biologi iaitu melahirkan anak tetapi turut bersifat
kepertanggungjawaban iaitu menunaikan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Suasana yang
kondusif sepatutnya disediakan oleh ibubapa berdasarkan kepada kemampuan supaya unsur-
unsur positif dapat dimasukkan dan unsur-unsur negatif dielakkan. Perkara-perkara yang boleh
merosakkan anak-anak semasa dalam kandungan sebagai contoh merokok dan meminum arak
semestinya dihindari sesuai dengan tanggungjawab mereka yang besar sehingga dirakamkan
pengorbanan ibu dalam al-Quran. Dalam surah Luqman ayat 14 Dan Kami perintahkan kepada
manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam
keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusunya dalam dua tahun . Bersyukurlah
http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn8http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn8http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn8http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn8 -
8/3/2019 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
10/24
kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKulah kamu kembali. Pemilihan
pasangan suami isteri yang baik dan menepati kehendak agama akan menjadikan perkahwinan
itu satu medan di mana ibu berperanan sebagai sebuah sekolah yang menjaga dan mendidik
anak-anak manakala bapa bertanggungjawab menyediakan keperluan-keperluan yang
diperlukan. Kerja sama yang dimainkan oleh kedua belah pihak suami dan isteri akan
memudahkan tugas dan amanah mendidik anak-anak menjadi mudah dan bersistematik. Islam
menekankan pemilihan pasangan mestilah berasaskan agama, akhlak dan keturunan yang baik
supaya anak-anak yang dilahirkan itu akan mewarisi sifat-sifat yang baik dan adat yang mulia.
Umar ibn al-Khattab suatu ketika pernah berkata sebagai menjawab soalan apakah hak seorang
anak ke atas bapanya hendaklah ia memilih ibu bagi anaknya, mencari nama yang elok dan
mengajarnya al-Quran.
Pendidikan Iman
Iman merupakan asas kepada segala ibadah bahkan asas segala kebaikan. Kanak-kanak sebaik
saja dapat memahami mesti diajar asas-asas iman, rukun-rukun agama dan prinsip shariat
Islam. Kanak-kanak mesti diajar kefahaman jelas tentang Islam, diajar mengenal Tuhan dan
Rasul diajar supaya menerima Islam sebagai satu-satunya agama yang benar dan sistem
kehidupan yang dapat menjamin kebahagian dan kesempurnaan dalam kehidupan di dunia dan
akhirat. Al-Quran begitu menitik beratkan pemantapan dan pengukuhan aqidah serta
pembersihannya dari segala unsur negatif yang bertentangan dengan kesucian aqidah. Aqidah
yang benar menjamin kepada manusia tafsiran yang tepat dan komprehensif tentang konsep
kewujudan alam dan manusia. Penyelewengan aqidah akan membawa kepada penyelewengan
ibadat dan adat serta kerosakan akhlaq individu dan masyarakat. Mengikut Sayyid Sabiq
bencana pertama yang menimpa masyarakat Islam ialah kelemahan aqidah. Kelemahan aqidah
membawa kepada kelemahan individu, keluarga, masyarakat, negara dan segenap cabang
kehidupan. Iman yang dituntut kepada setiap individu dan yang diajar kepada anak-anak
mestilah iman yanag sebenar seperti yang diturunkan oleh Tuhan dan dijelaskan oleh Rasulnya.
Anak-anak mestilah diajar konsep iman dengan jelas dan tanpa kerumitan supaya timbul di
dalam perasaan diri mereka rasa kasih kepada Tuhan dan Rasulnya. Apabila mereka sudah kenal
dan kasih sudah tentulah mudah bagi mereka menerima dan mempraktiskan segala ajaran dan
arahan agama yang datang dari Tuhan dan Rasul. Individu tanpa agama dan iman ibarat sehelai
bulu yang beterbangan di udara, ianya tidak akan tetap dan tidak mengenal hala tuju dan tidak
-
8/3/2019 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
11/24
akan berhenti di satu destinasi yang tetap. Iman yang mantap dan benar akan menggerakkan
anak-anak dan individu untuk beribadat dan melakukan amalan dan perbuatan yang baik.
Iman tidak sempurna tanpa amal dan amal tidak sah tanpa iman. Al-Quran sering mengaitkan
iman dengan amal sebagai satu benda yang saling bertaut rapat ibarat pepatah melayu aur
dengan tebing. Amalan dan perbuatan yang baik akan melahirkan nilai dan kesan yang positif.
Al-Quran menegaskan sebagai contoh amalan solat dan zakat akan menghalang seseorang dari
melakukan kejahatan dan membersihkan diri dari sifat-sifat keji.
Islam mengarahkan ibu bapa mengajar anak-anak mereka sembahyang apabila berusia tujuh
tahun. Kepentingan solat selain daripada ianya sebagai tiang agama, ia berupaya menanam
dalam diri anak-anak pengertian taat, penyempurnaan haq Tuhan, bersyukur, berserah kepada
Tuhan, dan pembersihan jiwa, fisikal dan akhlak. Kata Imam al-Ghazali : Anak-anak ialah
amanah, hatinya yang bersih ibarat satu jawhar, jika dibiasakan dengan kebaikan akan bahagia
dunia dan akhirat jika dibiasakan dengan kejahatan rosak dan binasalah dia
Pendidikan Akhlak
Yang dimaksudkan dengan pendidikan akhlak ialah himpunan nilai-nilai akhlak yang perlu diajar
kepada anak-anak sebaik sahaja mereka boleh memahami dan mencapai umur tamyiz
(discernment). Dimaksudkan dengan akhlak pada Imam al-Ghazali ialah tingkah laku yang
dilakukan oleh sesorang secara spontan dan bersahaja. Konsep akhlak dalam Islam ialah ianya
mencerminkan kualiti iman yang ada pada sesorang individu. Sebagai Muslim ia sedar bahawa
segala perbuatannya baik atau buruk jika tidak mendapat balasan di dunia ini akan pasti
mendapat balasan di hari kemudian. Dalam surah Ahzab ayat 21 Sesungguhnya telah ada pada
(diri) Rasulullah itu seri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat)
Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah
Kanak-kanak yang terdidik di atas asas iman yang benar dan kasih kepada Tuhan dan Rasul
akan mendapati pada dirinya kesediaan untuk melakukan segala perkara yang bersifat positif
dan akan menolak segala perkara yang bersifat negatif. Dia akan sentiasa merasakan bahawa
Tuhan bersama dia, melihat dan menyaksikan segala perbuatan dia. Kaitan akhlak dengan
agama bukan sahaja konsep Islam tetapi ianya diakui oleh bukan Islam. Ghandi sebagai contoh
menyatakan : Sesungguhnya agama dan akhlak satu benda yang satu dan tidak
-
8/3/2019 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
12/24
dipisahkanAgama ibarat ruh bagi akhlak dan akhlak ibarat atmosfer bagi agama Kant
menyatakan : Tidak ada akhlak tanpa tiga kepercayaan; Tuhan, ruh dan Hari Pembalasan.
Akhlaq berperanan sebagai salah satu rukun utama pembentukan peribadi unggul dan juga
pembinaan keluarga dan masyarakat yang bertamadun. Tidak mungkin kita dapat melihat suatu
masyarakat contoh dan mithali yang saling bertoleransi, memahami, aman tetapi kosong nilai-
nilai akhlaq mulia yang ada pada masyarakat tersebut dan juga individu. Dewasa ini masyarakat
Islam dan Melayu khususnya berhadapan dengan berbagai masalah sosial anak-anak. Terbaru
pendapat pakar psikiatri mengatakan remaja berumur lingkungan 15 tahun selalu berhadapan
dengan masalah sehinggakan sudah ada percubaan untuk membunuh diri hanya disebabkan
cinta tidak diterima kekasih.[9]Jika hendak diperturunkan di sini senarai tingkah laku dan
masalah akhlak remaja amatlah banyak. Bukan sahaja anak-anak menderhaka kepada orang tua
mereka tetapi pernah kedengaran anak-anak yang mendera sehingga peringkat membunuh
orang tua mereka. Perkara ini tidak akan berlaku jika remaja tersebut diberikan tembok iman,
ilmu dan akhlaq yang kukuh. Benarlah ungkapan syair yang masyhur: Innama al-umam al-
akhlaqu ma baqiyat, fain hum dzahabat akhlaquhum dzahabu (suatu ummat akan kekal bersama
akhlaqnya; bila akhlaqnya hancur, hancurlah mereka bersamanya).
Dalam pembikinan akhlaq anak-anak, tidak cukup dengan tumpuan kepada akhlaq luaran tetapi
dalaman atau rohani dan spiritual mesti dititikberatkan. Imam al-Ghazali, pemikir Islam agung
silam menekankan: Sesungguhnya sifat yang lahir pada hati akan memperlihatkan kesannya
pada anggota-anggota zahir sehinggakan anggota-anggota badan tidak akan bergerak
melainkan mengikut kehendak hatinya. Oleh itu pembentukan karektor anak-anak tidak boleh
ditumpukan hanya kepada kecerdasan akal sahaja tetapi mesti mesti meliputi aspek emosi dan
juga spiritual. Anak-anak mesti diajar akhlaq individu seperti berpuas hati, sabar, bersyukur dan
diajar akhlaq bermasyarakat seperti benar, penyantun, amanah, toleransi, merendah diri dan
menepati janji. Sabda Nabi : Keajaiban bagi seorang Muslim dalam urusannya, sesungguhnya
semua urusannya adalah baik belaka. Ini hanyalah untuk mukmin sahaja. Jika berada di dalam
kegembiraan dia bersyukur, jika ditimpa musibah dia bersabar (Riwayat Muslim)
Memandangkan pendidikan dalam Islam menitik berat pemerhatian observation sepatutnya ibu
bapa dalam aspek pendidikan akhlak memandang serius empat isu utama : bercakap bohong,
mencuri, mencela dan menyeleweng dari ajaran agama.
http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn9http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn9http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn9http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn9 -
8/3/2019 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
13/24
Keempat perkara tersebut merupakan antara perkara utama yang dilarang oleh Islam dan
banyak ayat Quran dan Hadith Nabi yang melarang keras perbuatan tersebut. Sebagai contoh
dalam kes bohong Nabi ada menyebut : Jauhilah kamu membohong, sesungguhnya
membohong membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa ke neraka, dan adalah
hamba itu berbohong dan sentiasa berbohong sehingga Allah mengecapnya sebagai
pembohong. (Bukhari dan Muslim). Apa yang dibimbangi terdapat fenomena di mana ibu bapa
sering menunjukkan contoh yang tidak baik terhadap anak-anak dengan berbohong walaupun
tujuan mereka ialah untuk melakukan islah atau pembaikan. Abu Dawud dan al-Baihaqi
meriwayatkan dari Abdullah bin `Amir bahawa suatu hari ibunya memanggilnya dan Rasulullah
berada bersama mereka. Rasulullah bertanya kepada Abdullah apakah yang kamu hendak
berikan kepadanya? Jawabnya aku ingin memberikannya sebiji tamar. Rasulullah menjawab
Jikalau engkau tidak memberikannya sesuatu engkau akan dicap sebagai pembohong.
Islam meletakkan beberapa asas dalam pembentukan akhlak antaranya : tidak mengikut
budaya asing yang bercanggah dengan agama, hedonisma, mendengar muzik atau nyanyian
yang melalaikan, menyerupai wanita, bertabarruj dan melihat benda yang haram.
Oleh itu dapat disimpulkan di sini akhlak anak-anak boleh terjejas jika ibu bapa mengambil
mudah dan tidak memberikan perhatian terutamanya kepada perkara-perkara berikut seperti
yang disebut oleh Abdullah Nasih `Ulwan iaitu tidak memerhati pergaulan anak-anak, tidak
menapis rancangan tv dan filem, membenarkan mereka membaca majalah-majalah yang tidak
sepatutnya dibaca, mengambil mudah urusan pakaian dan aurat anak-anak, tidak mengawasi
pergerakan mereka ke dan pulang dari sekolah serta perpustakaan kecil mereka. Kata pujangga
Bagaimana kamu menangisi keadaan anak kamu sedangkan kamu yang membunuhnya, telah
pergi dia tetapi apakah yang kamu lakukan?
Pendidikan Jasmani
Kanak-kanak semasa dalam proses pembesaran sehingga ke peringkat pra sekolah perlu
diberikan pendidikan jasmani bertujuan membina dan memantau perkembangan fizikal. Oleh
itu, antara perkara-perkara yang berkaitan dengan jasmani yang disebut dalam Quran dan
hadith seperti kewajipan memberi nafkah, mempraktiskan sistem pemakanan dan rehat yang
baik. Nabi berpesan apabila sesorang hendak tidur hendaklah dia berwudu dan berbaring ke
-
8/3/2019 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
14/24
kanan dan membaca doa. Selain daripada perkara tersebut, anak-anak mestilah dipelihara dari
sebarang penyakit dan perlulah mereka diubati apabila ditimpa penyakit dan mengamalkan
konsep yang disarankan dalam hadis La darar wa la dirar tidak ada kemudaratan dan
memudaratkan, membiasakan anak-anak dengan aktiviti-aktiviti yang boleh menguatkan fizikal
dan gemarkan mereka dengan kehidupan yang bersifat berani dan berjuang seperti dalam hadis
Berikan perhatian kepada perkara yang bermanfaat, pohon pertolongan dengan Allah dan
janganlah kamu menjadi lemah.
Kepentingan jasmani diisyaratkan dalam Quran dalam surah Yusuf ayat 11-12 Biarkanlah dia
(Yusuf) pergi bersama kami esok pagi, agar dia (dapat) bersenang-senang dan (dapat) bermain-
main, dan sesungguhnya kami pasti menjaganya. Keinginan naluri kanak-kanak untuk bermain
dieksploitasi sepenuhnya oleh saudara-saudara Yusuf untuk memujuk ayah mereka memberikan
keizinan untuk Yusuf keluar bersama abang-abangnya. Dalam sunan Tirmidhi permainan kanak-
kanak memberikan kekuatan kepada akalnya semasa dewasa.
Sarjana-sarjana Islam seperti Ibn Sina menyarankan supaya kanak-kanak kecil semestinya
dibiarkan belajar berjalan dengan sendiri tanpa dipaksa kerana paksaan akan menjejaskan
kekuatan tulang kaki. Apabila seorang anak bangun dari tidur dia mestilah dimandikan
kemudiannya dibiarkan bermain untuk seketika kemudiannya diberikan sedikit makanan,
kemudiannya bermain kemudiannya mandi dan selepas daripada itu diberikan makanan. Imam
al-Ghazali berpendapat kanak-kanak perlu dibenarkan bermain selepas belajar untuk
menghilangkan penat. Mencegah mereka dari bermain dan memaksa mereka belajar sepanjang
ahri akan mematikan hati dan menganggu kecerdasan. Sebaik sahaja boleh bercakap dan
memahami arahan anak-anak perlu diajar adab dan akhlaq seperti adab makan dan minum.
Ibu bapa perlu bersikap tegas dalam mengawal fizikal anak-anak segala tindakan mereka yang
boleh merosakkan tubuh badan dan kesihatan perlulah dilarang. Di sini kita dapat melihat
sebahagian ibu bapa yang tidak bertegas dan membiarkan anak-anak mereka melakukan
kegiatan-kegiatan yang memudaratkan bukan sahaja dari segi kesihatan bahkan juga merugikan
wang. Perbuatan-perbuatan seperti merokok dan pergaulan bebas akan mengundang berbagai
masalah kesihatan dan sosial. Di sini saya suka mencadangkan agar pihak berwajib bersikap
lebih tegas dalam mewujudkan zon bebas merokok dan menjadikan masyarakat Malaysia zero
smoking. Program-program hiburan perlu dikemaskinikan supaya elemen-elemen yang baik
-
8/3/2019 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
15/24
dipaparkan dan elemen-elemen negatif yang menggalakkan anak-anak kepada pergaulan bebas
mestilah dimonitor dengan serius.
Pendidikan Minda dan Aqal
Di dalam menangani cabaran mendidik anak-anak sebagai future generation tidak dapat
dinafikan ilmu memainkan peranan yang besar dalam mewarnai corak kehidupan anak-anak.
Yang dimaksudkan dengan pendidikan minda atau aqal di sini ialah membina fikiran anak-anak
supaya mereka mengenal ilmu-ilmu bermanfaat, budaya ilmu, pola-pola pemikiran dan tamdaun
sehingga berkembang fikiran dan berilmu. Ia juga bermaksud pengetahuan dan juga skil yang
bukan sahaja perlu ada pada anak-anak sebagai satu tuntutan tetapi ibu bapa juga perlu
mempunyai ilmu-ilmu asas dan skil dalam membantu dan merangsangkan proses pembelajaran
dan pendidikan anak-anak. Antara kerosakan akhlak anak-anak adalah berpunca daripada
kecuaian memberi pendidikan.[10]Anak-anak perlu dibekalkan dengan dua cabang ilmu: ilmu
agama dan ilmu duniawi. Ilmu agama sebagai tuntutan seorang Muslim dan ilmu duniawi
sebagai memenuhi tuntutan kehidupan. Apabila proses pembelajaran dan pendidikan terbantut
atau tidak lengkap ianya akan mempengaruhi sikap anak-anak. Sesuatu yang tidak dapat
dinafikan ialah sebahagian dari remaja yang bermasalah adalah dari kalangan mereka yang
terpinggir dari arus pembangunan dan perkembangan ilmu. Pengajian mereka tersekat setakat
sekolah menengah dan masa remaja mereka terdedah kepada gejala-gejala tidak sihat.
Ada tiga perkara pokok yang mesti ditekankan dalam pendidikan akal anak-anak iaitu
tanggungjawab memberikan ilmu, pembinaan pemikiran Islam dan kesihatan mental.
Dalam proses pendidikan ini ibu bapa pelu mengambil kira ilmu yang dianggap fardu ain dan
fardu kifayah dan mengamalkan pendekatan awlawiyyat prioritykeutamaan iaitu ilmu apa yang
perlu diajar dahulu dan bersesuaian dengan peringkat umur anak-anak. Di sini konsep tadarruj
atau gradualberansur-ansur perlu dipraktiskan kerana kanak-kanak tidak mampu menerima
semuanya pada satu waktu. Mewujudkan perpustakaan kecil di dalam rumah adalah salah satu
kaedah yang boleh merangsangkan minat untuk membaca.
Penekanan yang serius tentang kepentingan ilmu inilah yang telah mengangkat martabat umat
Islam satu ketika dahulu sehingga diiktiraf oleh bukan Islam. Seorang orientalis Belanda ada
menyatakan : Tidak dapat dijumpai di Andalus seorang yang buta huruf sedangkan di Eropah
http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn10http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn10http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn10http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/#_ftn10 -
8/3/2019 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
16/24
ramai yang tidak tahu membaca dan menulis kecuali golongan elit sahaja. H.R.Gibb
menyatakan melalui kajian yang mendalam (oleh Muslim) metod penyelidikan meresap masuk
ke Eropah pada zaman pertengahan.
Ibu bapa perlu membuat pemerhatian adakah anak-anak mereka menguasai ilmu-ilmu fardu
`ayn dan fardu kifayah dan cuba menimbulkan kesedaran anak-anak tentang pertaliannya
dengan agama. Adakah kita boleh berbangga apabila anak-anak kita mampu menceritakan
tentang tamadun Barat tetapi tidak berupaya menerangkan tentang tamadun Islam.
Ibu bapa perlu mengambil perhatian berat kepada persekolahan anak-anak mereka bermula dari
peringkat pra sekolah, sekolah rendah dan menengah. Kemudahan sekolah, kurikulum dan ko
kurikulum mestilah dipantau supaya pembinaan peribadi anak-anak dan perkembangan ilmu
selaras dengan kehendak ibu bapa dan seperti yang dituntut dalam Islam.
Pendidikan Sosial
Menyedari kanak-kanak pada peringkat umur awal memiliki daya keinginan untuk membuat
keputusan dan pilihan sendiri ibubapa semestinya sudah bersedia menanam di dalam diri anak-
anak mereka nilai-nilai sosial. Nilai-nilai sosial tersebut seperti kasih sayang, berlaku adil dan
lemah lembut. Nabi pernah berkata kepada Aishah bermaksud: Wahai Aishah! Sesungguhnya
Allah itu bersifat lemah lembut dan sukakan lemah lembut (Riwayat Muslim).
Tidak dapat dinafikan kekuatan sesuatu masyarakat terletak kepada kekuatan individunya.
Anka-anak-anak perlu ditanam dan dilatih bersifat dengan sifat-sifat bermasyarakat yang
berasaskan kepada pertama asas personaliti yang baik seperti taqwa, persaudaraan, kasih
sayang, berkorban, pemaaf, berani bercakap benar, kedua menjaga hak orang lain seperti hak
ibu bapa, saudara, guru, kawan-kawan dan orang yang lebih dewasa, ketiga komitmen kepada
akhlak bermasyarakat seperti adab makan dan minum, memberi salam, meminta izin,
menghadiri majlis, berbual, bergurau, mengucap tahniah, menziarahi orang sakit, mengucap
tahniah dan mendoakan orang yang bersin dan keempat bersikap mengambil berat iaitu bersifat
kritikal terhadap isu-isu sosial seumpamanya seperti sifat menghormati pendapat majoriti dan
menyuruh dengan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Pendidikan psikologi dan emosi
-
8/3/2019 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
17/24
Yang dimaksudkan dengan pendidikan psikologi ialah mendidik anak-anak sebaik mereka
mampu berfikir dan memahami sifat berani, keyakinan dan ketenangan diri. Aspek ini
merupakan aspek yang penting yang kadang kala dipandang remeh oleh ibubapa. Perasaan
gembira, suka, marah, bermusuh dan takut adalah sebahagian dari keadaan yang menguji emosi
anak-anak. Matlamat penekanan aspek psikologi ini ialah membentuk peribadi anak-anak dan
menanamkan keyakinan diri sehingga mereka mampu berdikari. Ibu bapa perlu membiasakan
anak-anak dengan sifat-sifat terpuji dan memastikan mereka terpisah dari sifat-sifat buruk yang
boleh mempengaruhi psikologi.
Dua faktor yang mempengaruhi emosi kanak-kanak; pertama tindak balasnya terhadap saudara-
sauadaranya yang lebih tua dan kedua sikap ibubapa yang tidak dapat difahami oleh anak-anak
seperti sifat ayahnya yang berubah dari penyayang kepada seorang yang bengis. Terdapat lima
perkara ibu bapa perlu awasi dan hindarkan dari anak-anak. Malu, takut, rendah diri, dengki dan
marah.
Perasaan malu dapat dikesan pada peringkat awal usia anak-anak. Mereka malu untuk bertemu
dengan orang yang mereka tidak biasa berjumpa dan kadang-kadang sikap malu ini diwarisi dari
ibu bapa mereka. Sikap menyendiri dan tidak suka bercampur dengan masyarakat yang
ditunjukkan oleh ibu bapa akan mendorong anak-anak untuk menunjukkan sikap yang sama.
Kanak-kanak perlu dibiasakan memasyarakatkan diri, bergaul dengan orang lain tetapi dalam
keterbasan yang tidak menafikan dari diri mereka sifat-sifat mulia. Kebiasaan orang-orang
Melayu dalam menghormati orang-orang tua melarang anak-anak mereka dari duduk bersama.
Sikap seperti ini mungkin baik tapi dari segi yang lain akan menyebabkan anak-anak besrikap
terlampau malu dan segan sehinggakan apabila mereka dewasa kelak tidak ada keyakinan diri
dan tidak mampu berhadapan dan berkomunikasi dengan penuh konfiden.
Perasaan rendah diri merupakan satu bentuk emosi disebabkan oleh ketidaksempurnaan fizikal
badan, bentuk pendidikan dan suasana ekonomi. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
perasaan rendah diri iaitu hina diri, membezakan antara anak-anak, kecacatan, keyatiman dan
kemiskinan. Ada ibu bapa yang sering menggunakan perkataan yang tidak baik bagi
menggambarkan kesalahan kecil anak-anak di hadapan saudara-saudaranya seperti budak jahat,
penipu, pemalas dan pencuri atau memarahi anak-anak di hadapan rakan-rakan mereka. Sikap
ibu bapa yang terburu-buru dan mudah hilang sabar akan membuatkan anak-anak
-
8/3/2019 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
18/24
memberontak, irihati, tidak hormat orang tua dan dendam. Bagaimana mungkin kita
mengharapkan mereka mempunyai sikap yang baik seperti taat, kasih sayang dan menghormati
orang tua jika kita telah membibitkan dalam jiwa mereka perasaan-perasaan negatif tersebut.
Sepatutnya ibu bapa menggunakan berbagai pendekatan bijaksana bersesuaian dengan
kesalahan dan peringkat umur anak-anak. Di sinilah pentingnya kebijaksanaan ibu bapa iaitu
meletakkan sesuatu bersesuaian dengan tempatnya. Anas bin Malik berkhidmat kepada Nabi
selama sepuluh tahun sejak berusia 10 tahun. Tidak pernah Nabi memarahi dan
mengherdiknya. Kadang-kadang Nabi memanggilnya dengan namanya, ketika yang lain dengan
panggilan yang lembut Unais dan saat yang lain dipanggil wahai anakku. Pernah satu ketika
Anas diminta pergi ke kedai di dalam perjalanannya dia berhenti untuk berjumpa dengan rakan
sebayanya. Tiba-tiba dia merasakan seseorang memegang bahunya lantas dia berpaling dan
mendapati orang tersebut ialah Nabi. Dia menyangka Nabi akan memarahinya tetapi apa yang
dia dengar ialah Wahai anakku adakah kamu dalam perjalanan untuk menyelesaikan
urusanmu?
Perasaan takut dan marah ialah dua unsur negatif yang biasa melanda kanak-kanak. Mengikut
ahli psikologi kebanyakan perasaan takut merupakan satu benda yang dihasilkan oleh diri
manusia sendiri. Takut terbahagi kepada tiga; takut secara semulajadi, resah dan fobia. Sikap
ibubapa yang tidak bijaksana dalam berurusan dengan anak-anak atau keruntuhan rumahtangga
boleh menjadi penyebab kepada perasaan takut yang akhirnya berkemungkinan akan
mengganggu emosi kanak-kanak. Antara nasihat Nabi ialah Permudahkan jangan
menyusahkan, tenangkan dan jangan kecoh. Terlalu memanja anak-anak juga merupakan
antara faktor yang boleh menyebabkan anak-anak hilang keyakinan diri dan berasa malu.
Metod pendidikan Islam
Ada beberapa metod yang dicadangkan oleh pakar-pakar pendidikan Islam. Antaranya ibadah,
menyuruh dengan kebaikan dan mencegah kemungkaran, hikmah, bercerita, perdebatan,
membuat perbandingan, targhib dan tarhib, menanam adat-adat yang baik dan menggunakan
peristiwa-peristiwa yang berlaku dan hukuman.
Ibadat
-
8/3/2019 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
19/24
Ibadat merupakan metod pendidikan yang sempurna merangkumi semua aspek jasmani dan
rohani individu dan masyarakat kerana pembentukan insan dan pembinaan peribadinya amat
berhajat kepada amalan-amalan dan tingkah laku yang baik. Ibadat-ibadat seperti solat, zakat,
puasa dan haji menanam sifat-sifat mulia yang perlu ada pada individu dan masyarakat.
Contoh Tauladan
Manusia dan anakanak khususnya perlu diikat dengan contoh tauladan yang baik supaya
mereka boleh melihat sample dan menjadikannya sebagai ikutan. Terdapat anak-anak yang
menjadikan artis-artis dan ahli-ahli sukan sebagai idola dan pujaan mereka sedangkan mereka
ini kosong nilai-nilai akhlaknya. Ibu bapa perlu memperkenalkan kepada anak-anak bahawa
Rasul, para sahabatnya dan orang-orang alim dan bijaksana sahaja yang sepatutnya dijadikan
contoh tauladan kerana akhlak mereka yang tinggi.
Amr bi ma`ruf dan nahi munkar
Mengajak manusia kepada kebaikan dan menegah dari keburukan satu metod yang baik dan
berkesan kerana ia membangkitkan dalam diri anak-anak perasaan mengambil berat terhadap
anggota masyarakat dan juga menyedarkan diri yang lalai akan kesalahan dan kekurangan diri.
Pendidikan dengan hikmah dan kebijaksanaan
Kanak-kanak jika bersesuaian cara nasihatnya akan menerima dan mengikut perkara yang
dinasihatkan khususnya jika nasihat tersebut datang dari orang yang dikasihinya. Hikmah
bermaksud meletakkan sesuatu kena dengan tempatnya. Menggunakan perkataan yang lemah
lembut pada tempatnya menghukum anak-anak bersesuaian dengan keadaan dan kesalahannya
adalah hikmah.
Pengajaran dengan nasihat dan bimbingan dengan penuh hikmah dan kasih sayang seperti mana
pesanan Luqman kepada anak-anaknya. Pesanan memperlihatkan kepada anak-anak betapa
besarnya harapan ibu bapa kepada anak-anak mereka.
Menyertakan senda gurau di dalam pengajaran untuk menggerakkan otak, menghilangkan jemu
serta menimbulkan keinginan untuk bermesra-mesraan. Seorang lelaki telah datang kepada
Rasulullah memintanya seekor unta sedekah supaya dia menggunakannya untuk mengangkat
-
8/3/2019 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
20/24
barang-barang rumahtangganya. Maka berkata Rasulullah Aku akan memberimu anak unta
untuk mengangkat barang itu. Lelaki itu berkata Wahai Rasulullah! Apa yang dapat aku buat
dengan anak unta itu? Jawa Rasullullah Bukankah unta itu melahirkan anak unta?
Bercerita
Mengajar anak-anak dengan membawa cerita-cerita akan meninggalkan kesan di dalam jiwa dan
tersemat di dalam akal. Kaedah-kaedah ini digunakan oleh Quran dan hadith antaranya ayat
176 surah al-A`raf Dan ceritakanlah cerita-cerita itu kepada mereka moga-moga mereka
memahami. Surah Yusuf umpamanya berkaitan kisah adik-adik beradik yang penuh dengan
dengki dan diatasi dengan kasih sayang dan ikhlas kepada Allah.
Mendidik dengan pendekatan berdialog
Cara menyampaikan cerita mestilah ada kepelbagaian seperti bercerita secara dialog, cerita
secara mengemukakan soalan. Satu ketika Nabi bertanya kepada para sahabatnya: Tahukah
kamu siapa dia seorang Muslim itu? Jawab Sahabat : Allah dan RasulNya saja yang lebih
mengetahui. Sabda Nabi: Seorang Muslim itu ialah siapa yang terselamat kaum Muslimin yang
lain dari lidahnya dan tangannya.
Targhib dan tarhib
Targhib ialah membuatkan seseorang suka kepada sesuatu dan tarhib membuat seseorang
membenci atau lari dari sesuatu. Targhib seperti menceritakan kepada anak-anak balasan dan
hasil yang baik jika mereka berakhlak mulia dan tarhib menceritakan kepada anak-anak
keburukan yang bakal berlaku jika mereka tersilap jalan. Ibu bapa boleh menggunakan gambar-
gambar bagi menggambarkan apa yang mereka ceritakan kepada anak-anak.
Menanam dalam jiwa anak-anak adat-adat dan perbuatan yang baik
Anak-anak dari semenjak kecil perlu ditunjukkan adat dan perbuatan yang baik dan dijauhkan
dari mereka adat dan perbuatan yang keji. Anak-anak perlu dibiasakan dengan menghormati
orang tua, bersopan santun, tidak pemarah dan dengki.
Menggunakan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling
-
8/3/2019 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
21/24
Ibu bapa perlu mengaitkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dengan akhlak anak-anak.
Tunjukkan kepada mereka dan berikan mereka kefahaman
Hukuman
Mendidik anak-anak dengan menghukum merupakan satu perkara yang tidak boleh dipandang
ringan apabila didapati mereka tidak mengikuti arahan. Hukuman yang diambil oleh ibu bapa
terhadap anak-anak mereka adalah berbeza dan tidak sama dengan undang-undang dikenakan
ke atas masyarakat. Ibu bapa perlu mengambil pendekatan-pendekatan berhikmah dalam
menghukum anak-anak antaranya dengan memberikan nasihat dengan lemah lembut dan
kasihan belas. Dalam sebuah hadis Hendaklah anda bersifat lemah lembut dan jangan sekali-
kali bersikap keras. Ibn Khaldun dalam bukunya al-Muqaddimah menyatakan bahawa kekerasan
yang berterusan dengan anak-anak akan menjadikannya lemah semangat, jiwanya
memberontak, kecergasannya akan hilang, menjadi malas dan suka berdusta. Ibu bapa juga
boleh menghukum anak-anak dengan menunjukkan raut wajah yang tidak senang seperti
memalingkan muka dari mereka, menunjukkan perasaan marah. Wahai Abu Dharr! Tidak patut
engkau mengatanya dengan menyebut ibunya. Sesungguhnya engkau masih terpengaruh
dengan cara-cara jahiliyyah (al-Bukhari). Ibu bapa juga boleh memulaukan anak-anak dengan
cara tidak bercakap dengan mereka untuk sesuatu tempoh. Memukul anak-anak mungkin
merupakan cara terakhir seperti dalam hadis Suruh anak-anak kamu mengerjakan
sembahyang seusia tujuh tahun dan pukullah mereka apabila telah mencapai umur sepuluh dan
pisahkanlah antara mereka di tempat tidur.
Kesimpulan dan Cadangan
Pendidikan anak-anak merupakan satu jihad dan memerlukan pengorbanan dari ibu bapa. Ibu
bapa terlebih dahulu perlu mencerminkan budaya sihat dan tauladan yang baik supaya menjadi
ikutan anak-anak. Anak-anak adalah cermin kepada ibu bapa. Kita tidak mahu ibu bapa yang
ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul. Surah ayat 3-4 bermaksud : Wahai orang-orang
beriman kenapa kamu kata apa yang kamu tidak lakukan ? amatlah besar dosanya di sisi Allah
sekiranya kamu mengatakan apa yang kamu tidak buat Syair Arab ada menyebut la tanha `an
khuluqin wa tatiya mithalhu `aar `alaika idha fa`alta `azim.
-
8/3/2019 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
22/24
Kerajaan dan pihak yang berwajib perlu memperbanyakkan dan mempertingkatkan kualiti SA
(Sekolah Agama) atau diubahsuai dan mengukuhkan kurikulum pelajaran supaya menjadi
seimbang dengan mengambil kira potensi pelajar dan tuntutan arus perdana dan kewajipan
agama.
Kilauan Emas . Confirm Malaysia Darul Tarfih !.
June 11, 2011 at 3:01 am | Posted in Uncategorized |Leave a comment
Dalam satu posting di blog ini pada 25 Februari 2009 saya poskan satu tulisan berjudul Malaysia
Apakah Kita Negara Darul Tarfih (Darul Hiburan) ? Saya mempersoalkan kebanjiran program realiti
berbentuk hiburan nyanyian / tarian seperti GangStarz, Akademi Fantasia, Mentor, One in A Million,
Bintang Kecil, Malaysian Idol, Ikon Malaysia, Mari Menari, Sehati Berdansa.
Kini sedang giat diperkenalkan satu lagi program baru KILAUAN EMAS untuk mereka berumur 45 tahun
ke atas. Mak Ayah dan Nenek dan Tok Wan akan dijemput untuk mengasah bakat bagi mencari penyanyi
berumur lanjut yang terbaik ! Tak ada idea lain ke !. Memang hebat negara kita, cukup berinovasi,
cukup kreatif, cukup imaginatif sehingga orang yang sepatutnya mengajak dan mengajar anak dan cucu
http://drshukri.wordpress.com/2011/06/11/kilauan-emas-confirm-malaysia-darul-tarfih/http://drshukri.wordpress.com/2011/06/11/kilauan-emas-confirm-malaysia-darul-tarfih/http://drshukri.wordpress.com/2011/06/11/kilauan-emas-confirm-malaysia-darul-tarfih/#respondhttp://drshukri.wordpress.com/2011/06/11/kilauan-emas-confirm-malaysia-darul-tarfih/#respondhttp://drshukri.wordpress.com/2011/06/11/kilauan-emas-confirm-malaysia-darul-tarfih/#respondhttp://drshukri.files.wordpress.com/2011/06/realiti-show-copy.jpghttp://drshukri.wordpress.com/2011/06/11/kilauan-emas-confirm-malaysia-darul-tarfih/#respondhttp://drshukri.wordpress.com/2011/06/11/kilauan-emas-confirm-malaysia-darul-tarfih/ -
8/3/2019 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
23/24
agar jauh dari hiburan dan fokus kepada pelajaran, tetapi kini dengan program KILAUAN EMAS dia
sendiri yang melampau-lampau dalam hiburan
Walau apa pun hujah diberikan, motif utama setiap program di atas ialah untuk menaikkan rating
stesyen TV dan program masing-masing di mana secara langsung atau tidak langsung membawa
pulangan semakin banyak dari segi iklan komersial dan tajaan. Wang yang menjadi asas utama tanpa
memikirkan kesan ke atas remaja dan orang dewasa yang kini semakin terpaut dengan hiburan. Nenek
dan Tok Wan sudah pandai menangis apabila seseorang peserta realiti show terkeluar dari
pertandingan. Nenek dan Tok Wan lupa menangis apabila cucu mereka tidak pandai solat, cucu tak tau
baca Fatihan, cucu tidak boleh hafal Qulhuwallah, cucu mereka tak tahu apa itu Ayat Qursi, cucu
mereka tak nak belajar, cucu mereka berfoya-foya. Kini Nenek dan Tok Wan pula akan menangis
apabila peserta-peserta terkeluar dari Kilauan Emas !
Saya amat bimbang, Malaysia khususnya MELAYU MUSLIM terlalu banyak disajikan dengan hiburan
hingga kini timbul pelbagai masalah sosial. Bila konsert terlalu banyak, tiba-tiba statistik bayi kena
buang meningkat, seks luar nikah dan sebagaiya. Masalah Mat Rempit (tak ada pula Chong Rempit atau
Maniam Rempit !) pergaulan sosial terlalu bebas, pelajar ponteng sekolah, malas belajar, disiplin
remaja semuanya kerana remaja kita sudah banyak hanyut !
Jangan salahkan mereka. Siapakah yang menganjurkan, menguruskan, membiayai dsb program-program
realiti dan konsert-konsert yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan ? Remaja ke ? Tidak ! Orangdewasa, iaitu Mak Bapak remaja tadi !
Bila pelajar-pelajar turut terbuai dan leka, kita marah mereka, kita berleter mereka dan kita pun
buatlah pelbagai program koreksi untuk membawa mereka balik ke bangkal jalan. Malang sekali
orang politik, termasuk pemimpin negara tidak pernah timbulkan isu ini seolah masalah ini begitu
remeh sehingga tak perlu diwacanakan ! Mereka seolah-olah tidak sedar akan fenomena ini akan
melumpuh dan meruntuh tamadun dan budaya masayarakat itru sendiri. Sampai bila nak biaran remaja
kita begini. Samai bila ! Sampai bila !
Program realiti yang semakin popular perlu diubah arahhaluan. Wujudnya Imam Muda adalah satu
alternatif yang cukup baik. Memang masyarakat kita menanti program seperti itu. Atas sebab itulah
rating program Imam Muda amat tinggi. Kita perlu ada program realiti seperti The Biggest Loser (sudah
ada tetapi kurang dapat perhatian masyarakat Melayu kena ada the Biggest Loser Melayu version) ,
Chef Kanak-kanak dan yang seumpamannay. Malah banyak lagi.
-
8/3/2019 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK
24/24
Tetapi yang terfikir KILAUAN EMAS. Patut ada program mengajak orang-orang tua-tua beribadah, bukan
menyanyi dan menari ! Jika trend ini berterusan, betullah kita ni Malaysia Darul Tarfih (Darul Hiburan)
!