Modul EDU3108

download Modul EDU3108

of 65

description

EDU3108

Transcript of Modul EDU3108

  • 1

    UNIT 1

    BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

    ( Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah

    yang Mesra Budaya)

    Sinopsis

    Modul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang beberapa tajuk

    yang berkaitan dengan pembinaan bilik darjah yang mesra budaya. Ini merangkumi

    tajuk yang terdiri daripada pengurusan fizikal dan sosio-emosi bilik darjah yang mesra

    budaya. Di samping itu, pelajar diberi pendedahan mengenai interaksi dan cara

    hubungan yang sesuai antara pelajar dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelajar

    berbagai kelompok etnik. Tajuk tentang pengurusan pengajaran dan pembelajaran

    yang sesuai untuk mengajar pelajar pelbagai budaya. Di samping itu, unit ini juga

    membincangkan pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian budaya serta kelas

    bercantum yang sering terdapat di kawasan yang terpencil atau pedalaman. Aspek-

    aspek sosiolinguistik juga dibincangkan untuk menyesuaikan pelajar kepada situasi

    tertentu. Akhirnya, pelajar diberi pendedahan mengenai penilaian berasaskan budaya

    supaya pelajar dapat melengkapkan diri untuk berdepan dengan pelajar pelbagai

    budaya. Berbekalkan pengetahuan sedemikian, pelajar akan lebih bersedia

    mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang mesra budaya

    Hasil Pembelajaran

    1. Mentakrif konsep, tujuan dan komponen-komponen fizikal dalam pengurusan

    persekitaran fizikal untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya

    2. Menerangkan peranan dan tanggungjawab guru dalam mewujudkan bilik darjah

    yang mesra budaya

    3. Melakar pelan lantai fizikal bilik darjah yang mesra budaya

    4. Menjelaskan konsep, kepentingan, perkembanagan dan strategi pengurusan

    sosio-emosi dalam bilik darjah pelbagai budaya

    5. Menjelaskan kepentingan memahami hubungan etnik dan mencadangkan cara-

    cara yang sesuai dalam mewujudkan hubungan yang baik dalam kalangan

    pelbagai etnik

  • 2

    6. Mengenalpasti konsep dan ciri-ciri pengurusan pengajaran dan pembelajaran

    yang berkesan

    7. Menjelaskan aspek-aspek penting dalam pengurusan pengajaran dan

    pembelajaran

    8. Mengenalpasti konsep, tujuan dan ciri-ciri pedagogi relevan budaya

    9. Membincangkan kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pedagogi

    relevan budaya

    10. Menerangkan latar belakang, konsep, ciri-ciri dan kepentingan kelas bercantum

    11. Mengelola ,menguruskan dan melaksanakan kelas bercantum yang memenuhi

    hasrat dan tujuan kelas bercantum

    12. Mentakrifkan maksud penilaian berasaskan budaya

    13. Menghuraikan ciri-ciri dan aspek-aspek diambil kira dalam penilaian

    berasaskan budaya

    TOPIK 1

    KONSEP DAN TUJUAN PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH

    YANG MESRA BUDAYA

    Sebelum kita bermula, fikirkan tentang persekitaran fizikal bilik darjah. Mengapa guru

    perlu menyusunkan bilik darjah sebegitu rupa? Apakah aspek-aspek yang perlu diambil

    kira apabila ingin menyusunkan bilik darjah anda? Bagaimana anda dapat

    mewujudkkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya. Mari kita sama sama

    membincangkan ciri-ciri fizikal yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkan

    suasana bilik darjah yang mesra budaya.

    1.1 Konsep dan Tujuan Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah

    Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat

    penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-

    lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep pengurusan

    fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan

    fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu

    suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan

    perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.

  • 3

    Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele(1973)

    sedemikian the effects of physical setting in a classroom is a setting for social

    interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure. Kenyataan

    yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan

    bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk

    dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang lingustik dan

    kebudayaan yang berbeza. Kriteria-kriteria Fizikal Umum Untuk Mewujudkan

    Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya

    1) Aspek Fizikal :-

    Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai

    mengikut keperluan aktiviti.

    Mempunyai pencayaan dan pengudaraan yang baik.

    Mengecat dinding dengan warna - warni yang ceria dan lembut.

    Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut.

    Melukis mural diswekitar kelas.

    Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api.

    Berhenti dan Reflek

    Pembelajaran dalam persekitaran fizikal yang mesra budaya akan merangsang pelajar untuk

    menimba ilmu secara berkesan. Bagaimana anda dapat melakarkan pelan bilik lantai yang

    anda fikir mesra budaya?

    2) Sudut-Sudut Pembelajaran:-

    Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat

    membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta

    sudut kreativiti dan sebagainya. Di samping itu, terrdapat sudut-sudut bacaan seperti

    buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen

    dan multimedia.

  • 4

    1.2 Kriteria-kriteria Fizikal Spesifik Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah

    yang Mesra Budaya

    1) Aspek Fizikal:-

    Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya

    terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan

    etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan.

    Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli

    kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung

    kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung

    dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya secara tidak

    langsung.

    Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh

    guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah

    sesuai sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan

    serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. Aktiviti sedemikian

    juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-

    murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk

    perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan

    untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta

    belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah

    berjaya secara tidak langsung untuk memujudkan persekitaran mesra budaya.

    Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong

    menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya. Tugasan yang di

    berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung

    Ali, Kumar serta Kim Moi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau

    fakta untuk tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau work

    space ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa

    the physical environment of the classroom such as use of space, classroom

    setting and cocial dimensions interact to shape classroom culture

  • 5

    2) Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan:-

    Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru

    seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat

    mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan

    serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung

    murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta

    hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan

    perpaduan kaum . Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti

    multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik

    minat murid-murid. Contohnya di sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang

    kebudayaan serta agama Samy dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman

    yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta

    menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Begitu juga dengan murid-murid dari

    Sabah dan Sarawak. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong

    oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian keep in mind

    to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore,

    investigate and discover knowledge.

    Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut-

    sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara

    kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara

    yang aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu

    suasana mesra budaya dalam bilik darjah.

    Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan sudut

    bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah

    dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai

    sesuatu kaum atau kumpulan etnik.

    Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar

    belakang etnik dapat menggunakan perisian software yang di sediakan oleh

    guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan

    dalam kumpulan. Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta

    menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.

  • 6

    Selepas kita telah dan fahami konsep dan tujuan pengurusan fizilkal bilik darjah cuba

    anda bincang dengan rakan anda, Apakah ciri-ciri persekitaran fizikal spesifik selain

    daripada yang telah dinyatakan di atas dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang

    mesra budaya ?

    Pergi ke perpustakaan terdekat untuk mencari rujukan mengenai persekitaran

    fizikal yang mesra budaya. Dengan melengkapkan diri dengan bahan bacaan, sila

    jawab soalan berikut:

    Selepas berbincang, sila senarai ciri-ciri persekitaran fizikal bilik darjah yang spesifik

    selain daripada yang tersenarai di atas?

    1. ____________________________________________________________

    ____________________________________________________________

    2. ____________________________________________________________

    ____________________________________________________________

    3. ____________________________________________________________

    ____________________________________________________________

    4. ____________________________________________________________

    ____________________________________________________________

    5. ____________________________________________________________

    ____________________________________________________________

  • 7

    1.3 Peranan guru sebagai Physical Enviroment Designer.

    Sekiranya anda hadapi murid anda daripada pelbagai budaya, nescaya anda perlu

    mengambil perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. Apakah

    ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang berperanan sebagai Physical Enviromet

    Designer agar dapat mewujudkan satu persekitaran yang mesra budaya? Antara ciri-ciri

    yang perlu diambil perhatian termasuk:

    Perlu mengetahui latar belakang murid terlebih dahulu

    Perlu faham dengan mendalam perasaan setiap murid

    Mengkikis pra sangka

    Perlu mengetahui latar belakang kebudayaan, agama dan adat setiap murid

    dengan mendalam.

    Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda

    Apakah peranan anda sebagai guru dalam mereka cipta sebuah bilik darjah yang mesra

    budaya ? Berbekalkan pengalaman anda, Cuba anda lakar sebuah pelan lantai bilik darjah

    yang kondusif supaya dapat mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya? Apakah

    bentuk pelan lantai yang anda akan gunakan dalam setting di bilik darjah anda ? Adakah anda

    akan menggunakan kenis tradisional, jenis ladam kuda, separa bulatan atau jenis yang

    berbentuk modular untuk mewujudkan satu enviromen yang mesra budaya ?

    Latihan

    1. Berdasarkan kepada pengalaman anda sebagai guru, apakah ciri-ciri utama yang perlu

    diberi perhatian dalam mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya?

    2. Buat refleksi pengalaman anda melakarkan bilik darjah di atas.

  • 8

    1.4 Rumusan

    Pengurusan fizikal harus mengambil kira bukan sahaja kemudahan prasarana

    serta kemudahan fizikal tetapi hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat

    mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan

    mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan

    sosial.

    Susunatur bilik darjah harus memberi perhatian kepada cara susunan

    tempat duduk pelajar harus samarata dari segi kumpulan etnik

    Sudut sudut pembelajaran dan bacaan dalam bilik darjah perlu mengambil

    kira bahan bacaan pelbagai kumpulan etnik, mural sesuai dengan semua

    bangsa dalam kelas.

    Guru perlu berperanan dalam mengetahui latar belakang pelajar, dan

    kepelbagaian perbezaan individu pelajar apabila mengatur dan melakarkan

    pelan bilik darjah serta letaknya sudut-sudut pembelajaran supaya mesra

    budaya

    Berikut ialah senarai bahan bacaan teks dan bahan rujukan yang digunakan

    Teks Bacaan Asas

    Carol,SW & Mignano, A.J(2003). Elementery Classroom management.(3rd Ed) : McGraw Hill.

    Pafkay,W.F.( 2004). Becoming a teacher. 6th Edition .Boston: Allyn & Bacon.

    Rujukan

    Bull, Shirley & Solity Jonathan. (1987). Classroom management: Principles to Practice. NSW:

    Dcroom Helm.

    Cheyney, A.B. (1967). Teaching children of different cultures in the classroom.(2nd Ed).:

    Bell&Howell, Columbus, Ohio.

  • 9

    Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning

    Environments for all Students. Mass: Allyn & Bacon.

    Lambert,N.M.(1994). Seating arrangements in classrooms. The International Encyclopedia of

    Education( 2nd ed), 9 ,5355-5359.

    Robiah Sidin (1993). Classroom management. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

    Steele, FI.(1973). Physical setting and organization development. Reading,MA:Addison-Wesley.

    Weinstein,C.S. (1987). Spaces for children. New York:Plenum Press.

    Woolfolk (2001). Educational psychology.( 8th Ed.). Boston: Allyn and Bacon

    TOPIK 2

    PENGURUSAN SOSIO-EMOSI

    Pernahkah anda fikir tentang suasana sosio-emosi sesebuah bilik darjah? Mengapa

    seorang guru perlu memberi perhatian kepada suasana bilik darjah? Dengan

    pengalaman anda, pastinya anda dapat merenung bagaimana anda dapat

    mewujudkan suasana sosio emosi yang baik untuk murid-murid anda. Aspek sosio-

    emosi amat penting untuk mewujudkan suatu keadaan yang harmonis dan pengajaran

    dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesannya. Justeru ini, topik ini akan

    membincangkan beberapa aspek dalam sosio-emosi yang perlu diambil kira oleh guru

    dalam mengurus bilik darjah.

    2.1 Konsep Dan Tujuan Pengurusan Sosio-Emosi

    Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi,Menurut

    Kamus Pelajar Edisi Ketiga sosial ditakrif sebagai segala yang berkaitan dengan

    masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.

  • 10

    Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung

    dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya.

    Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan

    orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Identiti

    sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu

    kewujudan kendiri dan kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979).

    Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu emovere yang membawa

    maksud untuk keluar. Oleh itu, emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh

    seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi

    juga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar

    sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.

    Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati,

    tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi boleh dibahagikan kepada dua iaitu

    emosi positif seperti gembira, teruja dan emosi negatif pula adalah seperti marah,

    kecewa dan lain-lain.

    Oleh itu, sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses

    berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.

    Berhenti sejenak dan berfikir

    Pengurusan sosio-emosi yang mantap di dalam kelas mampu mewujudkan pengajaran yang

    menyeronokkan . Bincangkan dengan rakan-rakan anda..

    2.2 Perkembangan dan Pengurusan Sosio-emosi Di Dalam Bilik Darjah

    Perkembangan emosi dan sosial yang sihat sangat penting dalam kehidupan

    seseorang. Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid dan membolehkan murid

    belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri

    dalam bilik darjah.

  • 11

    Perkembangan Sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan

    menguruskan emosi sendiri dan membolehkan murid memahami keperluan, emosi dan

    pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial di dalam kelas yang mempunyai

    latar belakang majmuk yang mesra dan harmoni.

    Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosioemosi dengan memberi

    penekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan rakan di

    dalam kelas terutamanya bagi sebuah kelas yang mempunyai murid yang berbeza

    budaya dan latar belakang .

    Teori-teori Pengurusan Sosio-emosi:

    Bandura berpendapat bahawa perkembangan emosi kanak-kanak diperoleh dengan

    cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang

    diperhatikannya dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara

    kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya

    mengenai penerimaan oleh masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan dan

    yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.

    Teori Erik Erikson pula menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-

    individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-

    kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini.. Kejayaan atau kegagalan

    mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat

    kepada imej kendiri seseorang individu.

    2.3 Strrategi Pengajaran Dalam Pengurusan Sosio-emosi Belajar Melalui Bermain:

    Tahukah Belajar melalui bermain adalah salah satu strategi pengajaran yang dapat

    memberi perhatian kepada sosio-emosi pelajar dalam kelas pelbagai budaya. Belajar

    melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi

    peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna.

    Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui bermain mereka

    gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan pembinaan melalui

  • 12

    pengalaman langsung secara semula jadi. [Huraian Kurikulum Prasekolah

    Kebangsaan, 2003]

    Belajar Melalui Bermain adalah antara strategi yang boleh digunakan oleh seorang guru

    untuk menggalakkan interaksi sosial dan mengawal emosi murid secara semula jadi.

    Bermain adalah proses spontan yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran

    dan kemahiran. Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif.

    Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui

    bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai

    pembelajaran tidak formal.

    Froebel (1782 1852) pernah mewujudkan program kindergarten 1 di Jerman untuk

    kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun berkonsepkan bermain sambil belajar.

    Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yang

    menggembirakan. Bermain adalah salah satu aktiviti yang menggembirakan. Dengan

    bermain kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran.Manakala Dewey (1852 1859)

    pula menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip belajar melalui bermain di

    mana aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap kanak-kanak.

    2.4 Kepentingan Pengurusan Sosio-emosi

    Guru perlu mengurus sosio-emosi murid-muridnya secara berkesan kerana kegagalan

    guru berbuat demikian akan memberi impak kepada pencapaian murid. Antara aspek

    akan berlaku dalam pengurusan sosio-emosi terdiri daripada berikut:

    a) Proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu.

    b) Iklim bilik darjah tidak kondusif akan memberi kesan yang buruk terhadap

    prestasi kesuluruhan

    c) Memberi tekanan mental kepada murid dan guru

    d) Murid rasa tergangggu dan tidak selesa

    e) Murid sukar memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran

  • 13

    Berhenti dan Reflek

    Jika anda mengajar kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya, buat refleksi tentang

    apakah cara yang telah anda laksanakan untuk mengurus sosio-emosi pelajar dalam kelas.

    Berjaya atau tidak anda menguruskan kelas? Kongsi pengalaman anda dengan rakan-rakan

    anda.

    Latihan/ Aktiviti

    Dalam kumpulan bertiga , cadangkan strategi-stategi pengajaran yang difikirkan sesuai untuk

    digunakan oleh seorang guru yang mengajar kelas pelbagai budaya dan nyatakan kelebihan

    strategi-stategi pengajaran tersebut.

    2.5 Rumusan

    Topik ini membincangkan mengenai pengurusan sosio-emosi pelajar dan

    kepentingannya seseorang guru dapat menguruskan sosio-emosi pelajar dalam bilik

    darjah yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Antara aspek aspek penting adalah

    berikut:

    Sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses

    berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.

    Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosioemosi dengan memberi

    penekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan

    rakan di dalam kelas pelbagai budaya

    Belajar Melalui Bermain adalah antara strategi yang boleh digunakan oleh

    seorang guru untuk menggalakkan interaksi sosial dan mengawal emosi murid

    secara semula jadi. Ia amat bermakna dalam membantu mengeratkan

    hubungan antara murid pelbagai latar belakang

    Pengajaran dan pembelajaran akan terganggu dan tekanan mental akan

    dihadapi pelajar jika keadaan sosio-emosi tidak diurus dengan baik oleh guru.

  • 14

    Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan.

    Teks Bacaan Asas

    Woolfolk,A. (2004). Educational Psychology. Boston: Allyn & Bacon

    Rujukan

    Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning

    Environments for all Students. Mass: Allyn & Bacon.

    TOPIK 3 PERHUBUNGAN ANTARA KELOMPOK ETNIK

    Dalam topik ini, anda akan diberi pendedahan tentang hubungan etnik di Malaysia.

    Aspek-aspek dan ciri-ciri hubungan etnik dai Malaysia akan diketengahkan dan

    implikasinya terhadap perhubungan dalam bilik darjah.

    3.1 Hubungan etnik

    Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum.

    Jangan kita lupa bahawa negara kita pernah menghadapi konflik etnik yang

    menyebabkan berlakunya pelbagai masalah. Sebagai rakyat Malaysia sudah

    semestinya kita perlu mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969.

    Perlu kita sedar bahawa pengalaman pahit tersebut telah menyedarkan kita bahawa:

    1. Kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan

    politik

    2. Kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang

    seimbang

    3. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu seiring dan seimbang supaya

    tidak timbul kepincangan dalam masyarakat sehingga menimbulkan konflik.

  • 15

    Adalah penting untuk kita memahami apa yang dimaksudkan dengan keseimbangan.

    Dalam konteks negara kita Malaysia keseimbangan melibatkan agihan habuan ekonomi

    yang saksama dan perkongsian pemerintahan yang matang. Persoalannya ialah:

    Apakah faktor yang dapat mewujudkan keseimbangan?

    Apakah perkara yang perlu dipertahan atau dipelihara untuk menjamin

    keseimbangan yang berterusan?

    Mudah sahaja iaitu usaha yang berterusan dalam memupuk dan mengekalkan

    hubungan etnik yang harmonis.

    Berhenti sejenak dan renung tentang hubungan etnik

    Cuba anda fikir sejenak apakan kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969 kepada

    hubungan antara kaum di negara kita.

    3.2 Kepentingan Memahami Hubungan Etnik

    Sebagai seorang guru, anda perlu memahami akan kepentingan hubungan etnik. Ini

    adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah

    anda dan dalam jangka waktu panjang ialah untuk mewujudkan 1 Malaysia.

    Apakah kepentingan memahami hubungan etnik? Mari kita meneliti betapa pentingnya

    setiap individu memahami tentang hubungan etnik dalam negara kita. Antara

    kepentingan termasuk:

    Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang pernah menghadapi

    konflik etnik

    Hubungan etnik berkait rapat dengan:

    - seluruh struktur sosial masyarakat dan

    - memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan ,

  • 16

    - punca konflik serta

    - sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial

    Hubungan etnik menggambarkan perkembangan sejarah negara dan

    kemampuan sosioekonomi negara kita.

    Hubungan etnik dapat mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial.

    Melalui hubungan etnik, akan dapat kita fahami isu prasangka dan diskriminasi

    yang berlaku serta gambaran tentang peranan faktor personaliti dalam

    menentukan tatalaku anggota masyarakat.

    Hubungan etnik dapat membantu dalam memahami kesan perindustrian dan

    perubahan sosial.

    Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial negara.

    Berhenti dan Reflek

    Apakah yang anda fahami tentang konsep masyarakat majmuk? Bagaimanakah peranan anda

    sebagai seorang guru untuk membantu pelajar anda memahami konsep ini?

    Adalah perlu kita fahami bahawa keharmonian hubungan etnik di negara kita tidak

    bergantung sepenuhnya kepada keadaan berbaik-baik antara kaum tetapi juga antara

    kumpulan kelas sosial yang berbeza.

    Hubungan etnik yang wujud pada masa kini telah mencorakkan sistem sosial di

    Malaysia. Sejauhmana tahap perpaduan nasional di negara kita masih sukar diukur.

    Namun demikian negara luar melihat bahawa wujudnya keharmonian dalam hubungan

    etnik di Malaysia. Ini telah memberi impak kepada sektor-sektor pelancongan,

    perindustrian, perdagangan dan lain-lain. Masyarakat luar dapat melihat kestabilan

    politik dan ekonomi di sini. Inilah antara kesan yang wujud hasil daripada hubungan

    etnik yang seimbang dan stabil.

  • 17

    Latihan/ Aktiviti

    Secara berkumpulan bincangkan perkara-perkara berikut. Anda digalakkan menggunakan

    pendekatan kolaboratif semasa perbincangan. Anda diberi masa 10 minit untuk berbincang

    mengikut tajuk dan selepas itu jelaskan kepada kumpulan anda hasil perbincangan tersebut.

    a. Kontrak sosial

    b. Dasar Pecah dan Perintah zaman pemerintahan British

    c. Pembentukan Negara Bangsa

    d. Dasar Kebudayaan Nasional

    e. Konsep 1 Malaysia

    3.3 Rumusan

    Topik ini membincangkan mengenai hubungan etnik di Malaysia dan kepentingannya

    setiap daripada rakyat Malaysia memahami tentang hubungan etnik dalam negara kita.

    Antara aspek aspek penting adalah berikut:

    Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang pernah menghadapi

    konflik etnik

    Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan

    memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca

    konflik serta sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial

    Hubungan etnik menggambarkan perkembangan sejarah negara dan

    kemampuan sosioekonomi negara kita

    Hubungan etnik dapat membantu dalam memahami kesan perindustrian dan

    perubahan sosial.

    Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial negara.

  • 18

    Teks Bacaan Asas

    Muhamad Kamarul Kabilan & Zaharah Hassn.(2005). Readings on ethnic relations in a

    multicultural society. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

    Rujukan

    Woolfolk,A. (2004). Educational Psychology. Boston: Allyn & Bacon

    TOPIK 4

    PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Sebagai guru berpengalaman, imbas balik Apakah yang anda faham dengan

    pengajaran dan pembelajaran? Apakah aspek-aspek yang perlu anda ambil perhatian

    sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Pernahkah anda

    berfikir cara terbaik untuk menguruskan pengajaran dan pembelajaran yang baik

    dalam bilik darjah yang mesra budaya? Topik ini akan membincangkan pengurusan

    pengajaran dan pembelajaran dengan fokus kepada konsep, dan peranan guru

    dalam mengurus pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

    4.1 Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran

    Pengajaran atau pedagogi bermaksud bagaimana seseorang guru menyampaikan

    pelajaran atau ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Ia merupakan satu proses

    daripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang

    telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses

    pengajaran itu. Pengajaran juga adalah rancangan guru yang sistematik untuk

    membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran

    Pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rancangan guru yang sistematik untuk

    membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Santrock J.W dalam bukunya

    Educational Psychology: A Tool for Effective Teaching menyatakan bahawa pengajaran

    berkesan bergantung kepada 2 faktor utama iaitu : pengetahuan profesional guru dan

  • 19

    komitmen guru yang berupaya merancang pengajaran tersusun dengan cemerlang

    (excellent instructional planning).

    Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan

    tingkah laku yang berbeza. Dari sudut kognitif, pembelajaran boleh berlaku tanpa

    perubahan tingkah laku yang segera. Perubahan struktur mental yang berlaku

    melibatkan perubahan skema, kepercayaan, jangkaan dan matlamat. Proses

    pembelajaran yang berlaku secara berterusan akan membawa perubahan tingkah laku.

    Contohnya, seseorang murid akan mula menguasai kemahiran membaca setelah

    proses pembelajaran berlaku secara berulang-ulang dan berterusan. Penguasaan dan

    pemahaman terhadap sesuatu fakta akan mudah dikuasai apabila proses pembelajaran

    dibantu dengan pelbagai bahan bantu mengajar sebagai bahan rangsangan seperti

    gambarajah, jadual, carta, gambar dan lain-lain alat bantu yang memudahkan murid-

    murid menghubungkaitkan maklumat.

    4.2 Ciri-ciri Guru Berkesan

    Salhah Abdullah (2006) dalam bukunya Guru Sebagai Fasillitator menegaskan bahawa

    guru sebagai fasilitator berperanan sebagai perancang, pengurus dan pelaksana perlu

    berpandukan prinsip pengurusan yang sistematik. Prinsip perancangan perlu tepat

    diikuti dengan prinsip penyampaian yang sesuai dan disusuli dengan prinsip tindakan

    yang tepat ( p.43).

    Effective teachers have good command of their subject matter and a solid core of

    teaching skills. They have excellent instructional strategies supported by methods of

    goal setting, instructional planning, and classroom management. They know how to

    motivate, communicate, and work effectively with students who have different levels of

    skills and come fromculturally diverse backgrounds. Effective teachers also understand

    how to use appropriate levels of technology in the classroom. (Santrock, 2006)

    Matlamat pengajaran pula adalah seperti berikut:

    Untuk menyampaikan maklumat berbentuk ilmu pengetahuan

    Membolehkan pelajar menguasai kemahiran kogintif, afektif dan psikomotor.

    Membantu pelajar memiliki nilai dan sikap yang sihat.

    Menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif.

    Membantu pelajar supaya boleh berdikari

  • 20

    4.3 Konsep Pembelajaran

    4.4 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

    Pengurusan melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan

    membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan. Manakala pengurusan

    pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan aspek-aspek berikut:

    Merancang pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dengan

    mengambilkira latar belakang murid yang berbeza

    Melaksana pengajaran dan pengajaran seperti yang telah dirancang dan

    membuat pengubahsuaian semasa jika perlu

    Menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

    Membuat tindakan susulan berdasarkan penilaian yang telah dibuat termasuk

    membuat penambahbaikan

    Berhenti dan Berfikir

    Cuba anda renung dan fikir peranan anda sebagai pengurus pengajaran dan pembelajaran

    dalam kelas pelbagai budaya. Apakah aspek-aspek yang perlu anda fokuskan? Kongsikan

    dengan rakan anda

    4.5 Pengurus Pengajaran dan pembelajaran Dalam Kelas pelbagai budaya:

    Seorang guru yang mengurus pengajaran dan pembelajaran juga boleh digelar

    pengurus. Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan

    berkesan termasuk :

    Prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling

    Sistematik dalam merancang dan menilai

    Penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang

    Bijak mengurus masa

    Berpandangan jauh

    Bersedia untuk berubah dan fleksibel

    Berkomuknikasi dengan berkesan

  • 21

    4.6 Peringkat-peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran

    Dalam konteks pengurusan pengajaran dan pembelajaran, peringkat-peringkat

    pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan persediaan guru :

    i) Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran

    ii) Semasa proses pengajaran dan pembelajaran

    iii) Selepas proses pengajaran dan pembelajaran

    Rajah 1: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran

    Sebagai seorang guru yang berhadapan dengan murid-murid pelbagai budaya, guru

    perlu membuat persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengjaran dan pembelajaran.

    Persediaan sebelum pengajaran dan pembelajaran termasuk merancang pelaksanaan

    pengajaran melalui penulisan Rancangan Pengajaran Harian meliputi aspek-aspek :

    GURU

    PERANCANGAN

    PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

    PROSES PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN

    PENILAIAN & PENGUKURAN

    PENAMBAHBAIKAN

    PEMULIHAN

    PENGAYAAN

    HASIL PEMBELAJARAN

    TERCAPAI

    - BAHAN

    - SUMBER

    - STRATEGI

    Tidak

    Berkesan

    Berkesan

    Seb

    elum

    Pen

    gaj

    aran

    S

    emas

    a P

    engaj

    aran

    S

    elep

    as P

    engaj

    aran

  • 22

    Hasil pembelajaran yang tepat

    Kaedah pengajaran yang sesuai dengan kepelbagaian budaya murid

    Sumber pengajaran yang mencukupi

    Bahan bantu mengajar yang berkesan

    Langkah-langkah proses pengajaran yang jelas

    (a) Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

    Pengurusan pengajaran dan pembelajaran bermula dengan perancangan dan

    penyediaan bahan bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan alat bantu mengajar yang

    sesuai dan berkesan sangat penting untuk membantu guru menerangkan konsep

    abstrak yang sukar kepada para pelajar. Mengguna alat bantu mengajar (ABM) dapat

    membantu menerangkan sesuatu konsep (Hiebert, Weame & Taber, 1991; Kozma,

    1991). Contoh-contoh bahan bantu mengajar seperti bahan maujud, gambar, pengursan

    grafik, peta minda, gambarajah, radio, komputer, video, kad imbasan, gambarajah,

    akhbar, majalah,

    audio visual, model, prototaip atau bahan-bahan sejarah. Ciri-ciri bahan pengajaran

    efektif pula berbentuk maujud, praktikal, selamat digunakan dan guru dapat

    menggunakan bahan tersebut untuk menerangkan konsep abstrak yang sukar difahami

    dengan berkesan.

    Seorang guru yang kreatif akan menyesuaikan bahan bantu mengajar dengan isi

    pelajaran agar murid mudah menguasai konsep abstrak yang kompleks. Ini diakui oleh

    Mayer & Gallini, (1990); Guru perlu menerangkan dengan jelas dan memberi contoh-

    contoh yang berkaitan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran . Manakala

    Slavin (1994) menyarankan guru perlu menyediakan pengajaran yang boleh menarik

    minat dan menyeronokkan pelajar dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan alat

    bantu mengajar (ABM).

    (b) Pemilihan Sumber Pengajaran

    Guru yang bersedia dengan maklumat dari pelbagai sumber bukan sahaja berjaya

    memberi penerangan yang jelas kepada pelajarnya tetapi juga mampu membuat

    perkaitan antara idea-idea, mencadangkan pemikiran baru dan mencabar pelajar untuk

    berfikir pada aras tinggi .

  • 23

    Sumber- sumber pembelajaran yang boleh digunakan seperti buku teks, buku rujukan,

    internet, maklumat akhbar, majalah, rancangan radio dan televisyen, jurnal , prospektus,

    phamplets and brochures, laporan penyelidikan, statistik rasmi, Akta, Arahan

    Perbendaharaan termasuk sumber hasil temubual dan soal selidik. Sumber yang tepat,

    sesuai, dan mencukupi mampu mencabar

    minda pelajar seterusnya menarik minat mereka untuk memahami isi pelajaran dengan

    lebih berkesan. Semasa merancang pengajaran, saya mendapatkan seberapa banyak

    input daripada pelbagai sumber sebelum memulakan setiap sesi pengajaran .

    Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran

    (a) Strategi Pengajaran Releven Pelbagai Budaya

    Pemilihan strategi pengajaran yang tepat juga mampu membuatkan penyampaian

    maklumat dan pelaksanaan pengajaran menjadi lebih berkesan terutama aktiviti yang

    melibatkan interaksi aktif murid yang terdiri daripada pelbagai budaya dan latar

    belakang.

    Berfikir dan berbincang

    Bincangkan dalam kumpulan apakah strategi-strategi pengajaran yang telah anda pelajari dan

    laksanakan yang relevan pelabagai budaya ?

    Semasa guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu

    memastikan

    melaksanakan pengajaran seperti yang dirancang

    mengenalpasti prosedur penilaian pembelajaran murid yang sesuai

    menerapkan nilai-nilai kepelbagaian budaya dalam aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran

    menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif dari segi psikososial dan fizikal

    untuk murid-murid yang mempunyai latar belakang berbeza

    mengurus disiplin murid dengan mengambilkira kepelbagaian kelompok murid

    mengendalikan aktiviti pemulihan dan pengayaan

  • 24

    Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran

    Seterusnya proses penilaian dan pengukuran perlu dilaksanakan oleh guru untuk

    mengetahui keberkesanan pengajaran. Penilaian prestasi merupakan satu proses

    meliputi aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi, aktiviti, hasil dan impak

    pengajaran dan pembelajaran bagi membuat analisis untuk memastikan pelajar telah

    menguasai kemahiran yang disampaikan oleh guru. Guru juga dapat

    merancang aktivti selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan dan mengambil

    tindakan susulan .

    Menurut D. Stufflebeam dalam bukunya Educational Evaluation and Decision Making,

    beliau telah mentakrifkan penilaian sebagai satu proses menentukan, mendapatkan

    serta memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan yang

    selanjutnya. Gay (1985) pula berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses

    sistematik mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu

    objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

    Keberkesanan sesuatu proses pengajaran tidak dapat dipastikan tanpa proses penilaian

    oleh guru semasa dan selepas pengajaran berlaku. Penilaian dilaksanakan berperanan

    untuk:

    Mengesan perkembangan penguasaan murid dan mengenal pasti kekuatan dan

    kelemahan murid dalam pembelajaran untuk merancang aktiviti pengayaan dan

    pemulihan

    Mengenal pasti keberkesanan pengajaran guru supaya membolehkan guru

    memperbaiki pengajaran selanjutnya

    Mengambil tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan & meningkatkan lagi

    proses pengajaran dan pembelajaran

    meningkatkan keberkesanan pengajaran .

    Keputusan peperiksaan penilaian formatif pula yang dilaksanakan selepas tamat

    sesuatu tajuk dan penilaian sumatif yang dilaksanakan secara holistik pada hujung

    semester dapat menilai pencapaian pelajar. Penilaian prestasi pelajar juga

    membolehkan guru menilai semula strategi pengajaran dan membuat penambahbaikan.

    Penilaian menyeluruh pelajar dapat dilakukan melalui data-data pengukuran kuantitatif

    dan kuanlitatif .

  • 25

    Pengukuran merupakan satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat secara

    kuantitatif untuk menentukan pencapaian murid. Tujuan utama pengukuran adalah untuk

    membuat pengelasan bagi pencapaian akademik murid dalam pembelajaran dan

    membuat penambahbaikan kepada kaedah pengajaran guru. Alat pengukuran dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti data kuantitatif hasil daripada ujian

    bulanan, kuiz, peperiksaan, temubual murid/rakan sekerja, soal selidik, senarai semak,

    rekod anekdot, skala kadar, sosiogram, data pemerhatian dan kajian tindakan. Alat

    pengukuran yang tepat dalam proses penilaian mampu memberi maklumat berharga

    kepada guru untuk mengukur pembelajaran pelajar dan menilai keberkesanan

    pengajaran guru . Apabila guru memberikan ujian kepada pelajarnya, guru sebenarnya

    bukan sahaja sedang mengukur pencapaian pelajarnya tetapi juga mengukur

    keberkesanan strategi pengajarannya sendiri.

    Penambahbaikan perlu dilakukan oleh guru setelah melaksanakan penilaian dan

    pengukuran. Pendekatan Pengajaran Masteri contohnya amat menekankan bahawa

    guru perlu memastikan murid telah dapat menguasai sesuatu kemahiran sebelum

    kemahiran yang baru disampaikan. Penambahbaikan berbentuk pemulihan, pengayaan

    dan penilaian semula kesemua elemen-elemen yang terlibat semasa merancang dan

    semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku perlu diambilkira oleh seorang

    guru yang proaktif dan berkesan

    Setelah guru selesai menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu

    memperuntukkan masa membuat refleksi terhadap pelaksanaan pengajarannya.

    Langkah ini adalah penting untuk mengkaji keberkesanan pengajaran guru dalam aspek

    pemilihan strategi pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, maklumat dan

    sumber pengajaran, tahap pencapaian murid dan keberkesanan komunikasi guru-

    murid..

    Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai

    pengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pelbagai budaya,

    Senaraikan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang berkesan selain

    daripada yang telah dibincangkan di atas untuk mengendalikan kelas yang

    mempunyai murid-murid yang berlainan budaya dan latar belakang ?

  • 26

    Latihan/Aktiviti

    1. Dalam satu kumpulan bertiga sediakan satu carta alir yang lengkap berhubung pengurusan

    pengajaran dan pembelajaran yang telah anda pelajari . Setiap peringkat pengurusan

    pengajaran dan pembelajaran, anda perlu menunjukkan dengan jelas aspek-aspek yang

    anda fikirkan penting untuk diberi perhatian oleh seorang guru yang mengajar di dalam kelas

    pelbagai budaya murid. Cantumkan semua peringkat pengurusan pengajaran dan

    pembelajaran untuk dibentangkan.

    2. Bincangkan dengan pensyarah anda apakah masalah-masalah pengurusan pengajaran dan

    pembelajaran bagi kelas pelbagai budaya dan bagaimanakah anda mengatasi masalah-

    masalah tersebut ?

    1.3 Rumusan

    Kita sudah sampai ke penghujung topik. Mari kita membuat rumusan.tentang apa yang

    telah dipelajari.

    Pedagogi atau pengajaran merupakan satu proses daripada persediaan

    untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah

    diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses

    pengajaran itu.

    Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina

    keupayaan tingkah laku yang berbeza

    Pengurusan pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses-proses seperti

    merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk

    penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil

    kira latarbelakang pelajar, dan kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif,

    sosial, emosi dan fizikal pelajar.

    Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk

    prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling; sistematik dalam merancang

  • 27

    dan menilai; penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang,

    mengurus masa dengan baik dan mempunyai kemahiran abad ke 21.

    Guru perlu mengambil kira semua aspek kepelbagaian budaya apabila

    mengurus pengajaran dan pembelajaran dalam semua peringkat pengajaran.

    Senarai teks bacaan dan rujukan diberikan di bawah.

    Teks Bacaan Asas

    Santrock J.W (2006) Educational psychology: A tool for effective teaching( 3rd ed).New

    York: Mc Graw Hill

    Rujukan

    Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon.

    Good, T.L.& Brophy, J.E.(1997). Looking in classrooms. New York: Addison Wesley Educational

    Inc.

    Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice.(4th Ed.) New

    Jersey: Merrill Prentice Hall.

  • 28

    TOPIK 5

    Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian kelompok

    (Cultural and Indigeneous relevant pedagogy)

    Topik ini membincangkan pedagogi relevan budaya di mana strategi strategi yang

    sesuai diguna dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah pelbagai budaya.

    Tambahan pula, peranan guru dalam menangani cabaran dalam memilih pedagogi

    relevan budaya untuk pelbagai kelompok etnik dalam bilik darjah turut

    diketengahkan.

    5.1 Konsep Pedagogi Relevan Budaya

    Sebagai seorang guru berkesan dalam abab ke 21 ini, adalah penting kita sebagai

    pendidik untuk memahami konsep kepelbagaian pelajar (perbezaan individu).

    Kesedaran dan kefahaman kosep kepelbagaian pelajar ini harus melewati bukan hanya

    mengenal dan mentafsir konsep sahaja tetapi boleh mencerakin serta mengambil kira

    keunikan perspektif budaya dan sosial.

    Malaysia sebuah negara pelbagai budaya, guru perlu peka kepada pengajaran seperti

    dinyatakan Gay (2000) culturally responsive teaching as using the cultural knowledge,

    prior experiences, and performance styles of diverse students to make learning more

    appropriate and effective for them; it teaches to and through the strengths of these

    students. Ulasan yang utarakan Gay memberitahu bahawa kita perlu ambil perhatian

    guru-guru bagi menghadapi murid-murid berlatarkan pelbagai budaya. Rasionalnya

    supaya suasana pengajaran dan pembelajaran lebih optima dan berkesan bagi semua

    murid.

    5.2 Tujuan Pedagogi Relevan Budaya

    Guru seperti kita perlu memahami hakikat bahawa perlaksanaan pedagogi mereka

    dalam bilik darjah murid pelbagai budaya memerlukan mereka hadapi situasi pengajaran

    dengan keperihatinan sosial budaya. Guru perlu beri perhatian terhadap konsep ini

  • 29

    dengan pertimbangan bijak supaya pengelolaan, pengurusan dan pengajaran mereka

    mengambil kira sensiviti budaya.

    Guru yang peka dan pandai mengolah pengajaran dan pembelajaran pelbagai budaya

    harus berinteraksi dengan lebih positif dapat memupuk kebangaan budaya masing-

    masing bagi memangkin kematangan intelek. Culturally relevant pedagogy calls for

    instruction to be made relevant to the student by finding an intersection between (a) the

    students knowledge and skills and (b) schools knowledge and skills by engaging the

    student in active investigations so she can discover the connections between what she

    knows and what teachers want her to know (Lee 1992). Pengajaran relevan budaya

    membantu kesefahaman dan permuafakatan antara guru dan murid supaya kesepaduan

    perolehan ilmu, kemahiran dan sikap yang holistik boleh mencapai hasrat dikehendaki

    oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukunegara.

    Definisi :

    Untuk memahami pedagogi relevan budaya, terminologi ini mula diambil perhatian oleh

    Gloria Ladson-Billings (1994) menyatakannya sebagai a pedagogy that empowers

    students intellectually, socially, emotionally, and politically by using cultural referents to

    impart knowledge, skills, and attitudes.1

    Berhenti dan Berfikir

    Cuba anda terjermahkan definisi yang diberikan oleh Gloria Ladson_Billings dan bincang dengan

    kawan anda, kaitkan apa yang anda faham dengan tugas anda sebagai seorang guru:

    Apabila kita bertugas di sekolah yang ada murid daripada latar belakang budaya yang

    berbeza, guru seperti anda seharusnya menjadi pengantara persekitaran sekolah dan

    rumah murid. Guru yang mengajar dalam situasi budaya berbeza harus mengunakan

    ciri-ciri perbezaan budaya, latar belakang, pengetahuan dan pengalaman pelajar untuk

    mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran.

  • 30

    5.3 Ciri-ciri Pedagogi Relevan Budaya

    Selepas kita telah dan fahami konsep dan tujuan pedagogi relevan budaya, cuba anda

    bincang dengan rakan anda mengenai soalan Apakah ciri-ciri pedagogi relevan

    budaya ? Selepas berbincang, sila senarai ciri ciri pedagogi relevan budaya.

    Bandingkan ciri-ciri yang anda berikan dengan pernyataan yang diberikan oleh

    Guittierez (1994) dan Ladson-Billings (1994) yang diberikan :

    1. Pembelajaran lebih berkesan apabila murid menyebati pengetahuan, konsep,

    procedur, kemahiran dan strategi yang mereka pelajari daripada situasi pelbagai

    budaya ke dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya lagi.

    2. Ia adalah mustahak bagi murid memahami latar belakang mereka yang

    berlainan budaya, proses aktif pembelajaran rentasi budaya walaupun belajar

    dalam kepelbagaian tetapi ia menyatupadukan ilmu pengetahuan..

    3. Selain daripada membantu pelajar perolehi pengetahuan, pedagogi relevan

    budaya beri motivasi murid belajar secara konstektual, iaitu mengambilkira

    pengalaman murid yang berbeza.

    5.4 Strategi pengelolaan Pedagogi Relevan Budaya.

    Sekiranya anda hadapi murid daripada pelbagai budaya, nescaya anda perlu

    mengambil perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. Guru

    perlu merancang seterus mengelola pengajaran dengan mengambil kira aspek berikut :

    Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

    Guru yang mengelolakan pedagogi dalam bilik darjah pelbagai budaya harus melihat

    pengajaran sebagai an art rather than a science supaya guru seperti anda berfikiran

    kreatif dan boleh menyesuaikan diri dengan murid pelbagi budaya. Guru juga

    mempunyai pandangan bahawa semua murid boleh belajar dan mencapai kejayaan.

    Anda juga boleh berhubung dan berkomunikasi dengan ibu bapa murid berlainan

    budaya. Mempunyai sifat mudah mesra dengan murid dan sentiasa bersedia berkongsi

    maklumat, pengetahuan, kemahiran dengan murid pelbagai budaya. Anda yang

  • 31

    mengajar kelas yang terdapat murid pelbagai budaya perlu mempelbagaikan kaedah

    dan teknik pengajaran anda dengan mengambil kira konsep perbezaan individu.

    Sebagai contoh guru digalakkan gunakan kaedah dan teknik berikut:

    1. Kaedah pembelajaran kolaboratif dan koperatif

    Guru yang mengunakan strategi pemusatan murid ini, mengalakkan murid

    berbincang dan sesi buzz melibatkan ahli-ahli kumpulan pelbagai budaya.

    Contohnya dalam kumpulan perbincangan ahli kumpulan terdiri daripada Ahmad,

    Seng Yan dan Kumaran. Murid digalakkan berinteraksi dan bekerjasama dalam

    suasana hormat-menghormati. Sesi pembentangan perlu mempamirkan

    kejayaan semangat pasukan dan setiakawan. Guru perlu memudahcara letusan

    idea ahli kumpulan, memberi penghargaan secara kolektif melambangkan

    harmoni sesuatu kumpulan pelbagai budaya. Kolaboratif dan koperatif perlu

    dipupuk diperingkat sekolah rendah lagi bagi mendapat persekitaran

    pembelajaran yang sihat dan boleh menyatu-padukan murid pelbagai budaya

    dalam kelas

    2. Penemuan

    Guru merancang pengajaran melalui penemuan, contohnya bagi Tajuk : Budaya

    masyarakat majmuk. Rusnah dan Fauziah diberi tajuk : Budaya Orang China, Ah

    Seng dan Ah Hai diberi tajuk : Budaya Orang India dan Sarojini dan Selvarani

    diberi tajuk : Budaya Orang Melayu. Strategi rentas budaya mengkehendaki

    pelajar meneroka dan membina pengetahuan serta pengalaman supaya faham

    budaya orang lain, Sesi pembentangan mereka dikukuhkan dengan terdapat

    perkongsian maklumat dengan murid lain dari pelbagai budaya memberi

    maklumat, hurai atau memperbaiki persepsi budaya masing-masing

    3. Projek

    Kaedah ini memerlukan pembinaan kumpulan yang terdiri daripada murid

    pelbagai kaum dan budaya. Tajuk yang sesuai dan melambangkan kepelbagaian

    budaya diberi keutamaan. Contohnya murid diberi tajuk: Adat Perkahwinan. Ahli

    kumpulan terdiri daripada bangsa berbeza supaya mereka boleh kongsi

    pengalaman dan buat kerja lapangan di komuniti yang berbeza. Murid boleh

    mendapat sumber pengetahuan terus daripada kaum yang mengamalkan

  • 32

    budaya yang berbeza. Apa yang selalu kita perhatikan murid kaum tertentu

    hanya akan buat projek berkaitan dengan bangsa sendiri tanpa ada rentasan

    budaya.

    Penggunaan Bahan Bacaan Bagi Pedagogi Relevan Budaya

    Guru seperti anda harus menerima konsep perbezaan individu dan menterjemahnya

    semasa pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh semasa mengajar kemahiran

    bacaan terdapat guru yang tidak perihatin terhadap bahan bacaan yang tidak mesra

    budaya. Bahan bacaan yang merujuk sesuatu budaya secara berat sebelah (bias) boleh

    membawa konflik permikiran murid. Sesuatu program bacaan yang berkesan harus

    rapatkan perbezaan budaya dan memberi murid ruang berfikir secara positif perbezaan

    budaya. Anda sebagai guru yang menjiwai pedagogi pelbagai budaya harus :

    Memilih bahan bacaan yang boleh dikaitkan dengan pengalaman setiap murid dalam

    bilik darjah anda.

    Menguasai pelbagai strategi pengajaran pembelajaran.

    Ketahui dan memahami perkataan / ayat yang boleh menyinggung budaya murid.

    Wujudkan atau cari bahan bacaan sesuai dengan budaya setiap murid.

    Galakkan murid membaca dan memahami bahan rentas budaya.

    Adakah anda berfikiran terbuka dan positif melaksanakan pengajaran di bilik darjah

    dengan mengambil perhatian terhadap perkara-perkara tersebut ?

    Pembelajaran berasaskan computer berasaskan pedagogi relevan budaya

    Perkembangan teknologi mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran, Integrasi

    teknologi maklumat ke dalam pengajaran dan pembelajaran juga harus mengambil kira

    perbezaan individu terutama dari segi sosial dan budaya.Teknologi amat membantu

    pengajaran dan pembelajaran, guru peka terhadap pengajaran berasaskan komputer

    sesuai dengan budaya pelajar. Pembelajaran berasaskan komputer perlu memaparkan

    persekitaran budaya pelajar secara mesra.

  • 33

    Anda perlu beri fokus kepada perkara tersebut:

    (a) Perkembangan teknologi manfaatkan guru dan murid, ia telah mengubah corak

    pengajaran dan pembelajaran, guru yang berkesan akan gunakan teknologi

    membantu pengajaran. Bahan berasaskan computer perlu sesuai dengan budaya

    pelajar.

    (b) Semua murid perlu diberi peluang dan ruang untuk meneroka alam siber secara

    luas tetapi guru perlu menerapkan perbezaan individu dan budaya secara positif.

    Anda perlu menguasai teknologi untuk membolehkan teknologi membantu anda

    menguruskan perbezaan demi memanfaatkan pembelajaran murid. Sebagai contoh

    apabila anda bawa masuk perisian pembelajaran ke dalam bilik darjah perlu semak

    kandungan perisian tersebut supaya tidak menjejaskan budaya seseorang murid.

    Aspek terakhir yang perlu anda beri perhatian dalam konsep pedagogi relevan budaya

    ialah komunikasi guru yang berkesan. Cuba anda bincang dengan rakan dan senaraikan

    perkataan atau ayat yang tidak sesuai bagi sesuatu kaum.

    Bil Kumpulan Etnik Perkataan atau Ayat yang kurang sesuai

    digunakan semasa Pengajaran & Pembelajaran

    Secara umumnya guru perlu guna bahasa yang mudah difahami oleh semua murid.

    Guru harus beri ruang dan peluang bagi murid kemukakan idea daan pendapat. Guru

    perbetulkan dan menyebut kembali sebut yang salah/pelat. Guru tidak mengajuk/

    mentertawa murid pelat sebutan yang melambangkan etnik tertentu. Guru juga perlu

    berusaha mempelajari dan memahami bahasa ibunda murid yang berlainan etnik.

  • 34

    Cuba buat renungan

    Cuba imbas kembali dan tanya diri sendiri faktor yang manakah (seperti yang dinyatakan di atas)

    memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam pedagogi relevan budaya? Adakah anda

    dapati sebarang kelemahan yang timbul? Sekiranya ada bagaimana anda atasinya.

    Latihan/Aktiviti

    Dalam mempastikan keberkesanan pengajaran pedagogi relevan budaya, guru-guru perlu

    menggunakan pelbagai kaedah pengajaran. Pilih salah satu kaedah dan jelaskan cara

    bagaimana anda akan melaksanakannya?

    1.4 Rumusan

    Kita sudah sampai ke penghujung topik. Mari kita membuat rumusan.tentang apa yang

    telah dipelajari.

    Pedagogi relevan budaya merujuk kepada a pedagogy that empowers

    students intellectually, socially, emotionally, and politically by using cultural

    referents to impart knowledge, skills, and attitudes

    Salah satu ciri pembelajaran berkesan ialah penyebatian pengetahuan,

    konsep, procedur, kemahiran dan strategi yang mereka pelajari daripada

    situasi pelbagai budaya ke dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis

    budaya lagi

    Antara kaedah/teknik pengajaran yang sesuai untuk pedagogi relevan

    budaya termasuk kaedah koperatif, penemuan dan projek.

    Integrasi teknologi maklumat ke dalam pengajaran dan pembelajaran juga

    harus mengambil kira perbezaan individu terutama dari segi sosial dan

    budaya.

    Senarai teks bacaan dan rujukan diberikan di bawah.

    Teks Bacaan Asas

    Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4th Edition. New

    Jersey: Merrill Prentice Hall.

  • 35

    Rujukan

    Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon.

    Good, T.L.& Brophy, J.E.(1997). Looking in Classrooms. New York: Addison Wesley Educational

    Inc.

    Montgomery,W.(2001). Creating culturally responsive, inclusive classrooms. Teaching

    Exceptional Children, Vol.33(4) pp 4-9.

    TOPIK 6

    PEDAGOGI KELAS BERCANTUM

    Fikirkan tentang pengalaman peribadi yang pernah anda melalui mengenai keperluan

    untuk merancang bagi mengajar sebuah kelas bercantum. Contohnya, merancang untuk

    mengajar satu pelajaran kelas bercantum. Apakah ciri-ciri biasa yang terkandung dalam

    pedagogi kelas bercantum?

    Sekarang kita akan meneliti cara bagaimana mengelolakan sesi pengajaran untuk

    kelas bercantum

    6.1 Sejarah dan Konsep Kelas Bercantum

    Setiap murid di negara ini perlu diberikan peluang untuk memperoleh pendidikan

    selaras dengan pendemokrasian pendidikan. Oleh sebab terdapat banyak sekolah

    kurang murid di pedalaman, kelas bercantum diadakan. Di samping itu, bilangan guru di

    sekolah-sekolah tersebut juga adalah sedikit dan dengan itu, perlu mengajar lebih

    daripada satu kelas pada masa-masa tertentu.

    Sejarah kelas bercantum telah bermula sejak penjajahan British di negara ini di mana ia

    dikenali sebagai Multiple Class Teaching. Multiple Class Teaching dijalankan di Lower

  • 36

    Primary School ketika itu oleh sebab keadaan bilangan guru yang sangat minima dan

    kemudahan asas seperti bilik darjah dan papan tulis tidak mencukupi.

    Konsep Kelas Bercantum

    Konsep kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang

    mengandungi murid-murid yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu dan dua,

    tahun tiga dan empat serta tahun lima dan enam.

    Kelas bercantum sebagai satu bentuk pengajaran yang mana seorang guru mengajar

    murid-murid terdiri daripada beberapa gred atau lebih daripada satu gred di dalam

    sebuah bilik darjah. (UNESCO, 1988).

    Berasaskan pernyataan di bawah, cuba bincang dengan rakan anda bagaimana boleh

    berlaku?

    a. Kalau enrolmen tahun / darjah berkenaan ada 10 orang murid atau lebih, kelas tidak

    perlu dicantum.

    b. Kalau bilangan guru mencukupi, kelas tidak perlu dicantum.

    c. Kalau bilangan guru tidak mencukupi dan bilangan murid adalah 10 orang atau

    kurang, kelas perlu dicantum.

    d. Seelok-eloknya satu kelas bercantum tidak melebihi 20 orang murid.

    e. Umur murid-murid dalam satu kelas bercantum perlulah hampir sama dan dari tahap

    yang sama, misalnya darjah satu dan dua atau darjah dua dan tiga.

    Fikirkan

    Cuba bincang dengan rakan anda dan senaraikan ciri-ciri kelas bercantum seperti mana yang

    anda ketahui. Kemudian, anda boleh semak dengan ciri-ciri yang anda senarai dengan yang

    diberikan dalam modul ini ?

  • 37

    6.2 Ciri-ciri Kelas Bercantum

    Kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja.

    Murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan

    Bilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu, tidak

    membolehkan satu kelas biasa dibuka.

    Guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan

    guru mengikut bilangan kelas.

    Strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza daripada kelas biasa.

    Anda perlu ketahui bahawa tugas mengelola kelas-kelas bercantum banyak

    memerlukan persediaan dan pendekatan yang mahir daripada pihak guru. Kemahiran

    multi task atau keterampilan guru diperlukan supaya dapat menimbulkan suasana

    pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

    6.3 Pedagogi Kelas Bercantum

    Dalam situasi pengajaran secara kelas, konsep kepelbagaian murid perlu diambil kira

    kerana setiap murid mempunyai daya tanggapan, imaginasi, minat dan konsentrasi yang

    berbeza-beza walaupun mereka dalam kumpulan umur yang sebaya. Oleh itu murid-

    murid di bawah jagaannya lebih sesuai dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil.

    Prinsip-prinsip pecahan kepada kumpulan adalah seperti berikut :

    (a) Kumpulan Sama Kebolehan

    (b) Kumpulan Pelbagai Kebolehan

    (c) Kumpulan Tahun Persekolahan

    (d) Kumpulan Sosial

    (e) Kumpulan Individu

    Kumpulan Sama Kebolehan

    Kumpulan yang sama kebolehan ini dikenali sebagai kumpulan akademik. Pelajaran

    seperti matematik dan bahasa amatlah sesuai diajar mengikut kumpulan ini. Guru

    memerhati dan mencatat pencapaian murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran dan kemudian secara berhati-hati membahagikan murid-murid pada

    kumpulan-kumpulan tertentu. Pembahagian murid-murid kepada kumpulan-kumpulan

    yang lemah. Cara pembahagian begini akan lebih cenderung membawa kepada

    bilangan murid-murid dalam kumpulan sederhana adalah lebih ramai daripada murid-

  • 38

    murid dalam kumpulan cerdas dan lemah. Guru hendaklah lebih menitikberatkan

    keperluan kumpulan yang lemah ini.

    i. Kumpulan mengikut kebolehan

    Cantuman kelas Tahun 2 dan 3

    Lambat Sederhana Cerdas

    CANTUMAN KELAS : CANTUMAN TAHUN 2 DAN 3

    KAEDAH KUMPULAN SAMA KEBOLEHAN

    PETUNJUK:-

    TAHUN 2

    A B

    C

    KUMPULAN A

    Tahun 2 dan 3 yang lambat

    KUMPULAN B

    Tahun 2 dan 3 yang sederhana

    KUMPULAN C

    Tahun 2 dan 3 yang cerdas

    PAPAN TULIS

    SUD

    UT PEM

    BELA

    JAR

    AN

    SUD

    UT B

    AC

    AA

    N

    S UD

    UT P EM

    BELA

    JAR

    AN

    SUDUT PAMERAN

    MejaGuru

    TAHUN 3

  • 39

    Renung

    dan

    fikirkan

    Bincangkan bagaimana anda dapat mengelolakan sesi pengajaran berdasarkan kumpulan

    mengikut kebolehan?

    Kumpulan Pelbagai Kebolehan

    Kumpulan ini terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan. Kalau murid-murid

    dibahagikan mengikut kumpulan ini, dalam tiap-tiap kumpulan itu nanti terdiri daripada

    murid-murid yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti, ada yang pandai membaca, ada

    yang pandai melukis, ada penulis dan ada juga yang aktif dalam kerja-kerja praktikal.

    Murid yang cerdas dapat membantu murid yang lambat. Biasanya kumpulan ini dibentuk

    untuk menjalankan satu-satu projek. Oleh itu kumpulan yang mempunyai pelbagai

    kebolehan dapat menghasilkan kerja projek yang berjaya. Lembaran kerja pula

    disediakan mengikut kebolehan individu.

    Kumpulan Tahun Persekolahan

    Guru mengajar satu tahun tertentu, manakala masa yang sama kumpulan tahun

    persekolahan lain melakukan kerja sendiri. Sesuai bagi kemahiran yang berbeza. Setiap

    darjah ada kumpulan:

    K u m p u l a n p e l b a g a i k e b o l e h a n

    C a n t u m a n T a h u n 2 d a n 3

    la m b a t

    s e d e rh a n a

    c e rd a s

    la m b a t

    s e d e rh a n a

    c e rd a s

    la m b a t

    s e d e rh a n a

    c e rd a s

  • 40

    lambat

    sederhana

    cerdas

    Guru mengajar mengikut darjah secara bergilir. Sediakan lembaran kerja untuk semua

    kumpulan.

    Kumpulan Sosial

    Kumpulan ini berbeza dengan Kumpulan Aktiviti dan Kumpulan Pelbagai Kebolehan

    kerana kumpulan ini dibentuk berdasarkan kepada penyesuaian kanak-kanak itu sendiri.

    Di sini kanak-kanak diberi peluang memilih kumpulan-kumpulannya sendiri. Jenis-jenis

    aktiviti yang dibuat biasanya termasuklah permainan, pelajaran muzik, drama atau

    pelajaran bercorak rekreasi dan kerehatan.

    G U R U

    T A H U N 2 T A H U N 3

    g u r u m e n g a j a r

    s e c a r a b e r g i l i r

    k u m p u l a n k u m p u l a n

    AB C

    A B C

    P e n g e n d a l i a nP e n g e n d a l i a n K e l a sK e l a s s e c a r as e c a r a

    K a e d a hK a e d a h D a r j a hD a r j a h / / T a h u nT a h u n P e r s e k o l a h a nP e r s e k o l a h a n

  • 41

    Kumpulan Individu

    Kaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid telah melibatkan diri dalam

    aktiviti pembelajaran. Guru mengambil kesempatan untuk membimbing secara individu.

    K u m p u l a n p e l b a g a i k e b o l e h a n

    C a n t u m a n T a h u n 2 d a n 3

    la m b a t

    s e d e rh a n a

    c e rd a s

    la m b a t

    s e d e rh a n a

    c e rd a s

    la m b a t

    s e d e rh a n a

    c e rd a s

    B

    C C

    B

    A

    Ruang p

    am

    era

    n

    hasil

    kerja m

    urid

    papan tulis papan tulis

    Meja guru

    Ruang bacaanRuang pembelajaran Ruang pembelajaran

    1. Murid mengikut kumpulan.

    2. Dua papan tulis.

    3. Sekatan antara kelas digunakan

    sebagai ruang pameran hasil kerja

    murid.

    Petunjuk:

    A = Kumpulan lambat

    B = Kumpulan sederhanaC = Kumpulan cerdas

    Tahun 2

    Tahun 3

    Catatan :

    Pengendalian Kelas BercantumKaedah Darjah / Tahun Persekolahan

    A

  • 42

    Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai kelas

    bercantum. Kongsikan bahan rujukan dengan rakan-rakan anda.

    6.4 Rancangan Pengajaran Kelas Bercantum

    Pengubahsuaian Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

    Guru-guru yang terlibat dalam kelas bercantum perlu sedar sukatan pelajaran yang

    disediakan oleh PPK adalah untuk kegunaan kelas biasa. Sukatan Pelajaran tersebut

    perlu diubahsuai supaya selaras dengan kehendak murid-murid dalam kelas bercantum.

    Guru yang mengajar kelas bercantum Tahun 4 dan 5 perlu meneliti isi kandungan

    sukatan pelajaran bagi kedua-dua tahun tersebut dan membuat penyesuaian bagi setiap

    mata pelajaran supaya dapat diajar serentak. (rujuk Rancangan Pengajaran Harian)

    Mata pelajaran dan tajuk yang sama boleh diajar serentak mengikut prinsip-prinsip kelas

    bercantum. Guru perlu mengubahsuai jadual waktu supaya mata pelajaran berkenaan

    dapat diajar dengan serentak. Namun jika dua tajuk berlainan terpaksa diajar pada satu

    masa, kaedah pengajaran kumpulan perlu dititikberatkan.

  • 43

    4.2 Rumusan

    GABUNGAN KEMAHIRAN DALAM GABUNGAN KEMAHIRAN DALAM

    MATEMATIK MATEMATIK

    22

    Tahun 3Tahun 3Tahun 2Tahun 2Tahun 1Tahun 1

    Nombor Nombor

    kurang 700kurang 700Nombor Nombor

    kurang 300kurang 300Nombor 1Nombor 1--101011

    KEMAHIRAN NOMBOR YANG SAMAKEMAHIRAN NOMBOR YANG SAMA

    Bil.Bil.

    PENGGUNAAN MASA KAEDAH DARJAH / TAHUN

    PERSEKOLAHAN

    MASA

    TAHUN 2 TAHUN 3

    15 minit

    Guru Mengajar Kerja sendiri

    15 minit

    Kerja sendiri Guru Mengajar

    Catatan : Kaedah ini sesuai dipraktikkan apabila cantuman

    kemahiran tidak dapat dicantumkan

  • 44

    Diambil daripada : Modul BPG(2007). Kelas Bercantum.

    Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Kelas Bercantum

    Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod yang sangat penting bagi guru

    berdasarkan surat pekeliling K.P Bil.256/1961. Rancangan Pengajaran Harian sangat

    penting kerana

    a) ia sebagai satu rujukan persediaan pelajaran harian.

    b) ia dapat menentukan kemajuan sesuatu kelas dalam pelbagai mata pelajaran.

    c) ia sebagai panduan berkenaan kemajuan dan prestasi sesorang murid.

    d) dapat menyemak tugasan-tugasan yang sudah atau belum selesai dalam rancangan

    untuk setahun.

    M A S A T A H U N 2 T A H U N 3

    2 0 m in it G u r u m e n g a ja r

    4 0 m in it M u r id m e m b u a t a k t iv it i

    S e t 1 , 2 , 3 ...

    C o n t o h :

    P E N G U R U S A N M A S A K A E D A H K E L A S

    C a t a t a n : - K a e d a h in i s e s u a i d ip ra k t ik k a n s e b e lu m

    k e b o le h a n m u rid d ik e t a h u i

    - A p a b ila k e m a h ira n y a n g s a m a d ia ja r .

  • 45

    e) sebagai panduan dan membantu guru-guru lain yang mengambil alih mengajar

    sesuatu darjah.

    Rancangan Pengajaran Harian terus dianggap sebagai rujukan penyediaan pelajaran

    harian tetapi lebih menekankan kepada pendekatan yang menyeluruh dan saling

    berkaitan bagi kedua kelas yang dicantumkan.

    Latihan

    Cuba imbas kembali dan tanya diri sendiri faktor yang manakah (seperti yang dinyatakan di

    atas) memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam pedagogi kelas bercantum? Adakah

    anda dapati sebarang kelemahan yang timbul? Sekiranya ada bagaimana anda atasinya.

    Kita telah sampai ke akhir topik mengenai perancangan untuk mengajar. Mari kita

    membuat ringkasan isi penting dalam topik ini.:

    Kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang

    mengandungi murid-murid yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu

    dan dua, tahun tiga dan empat serta tahun lima dan enam.

    Antara ciri-ciri kelas bercantum adalah kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja,

    murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan; bilangan murid

    kurang daripada 10 orang dan dengan itu, tidak membolehkan satu kelas biasa

    dibuka, guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana

    peruntukan guru mengikut bilangan kelas dan strategi pengajaran dan

    pembelajaran berbeza daripada kelas biasa.

    Prinsip-prinsip pecahan kepada kumpulan adalah seperti berikut : kumpulan

    Sama Kebolehan; kumpulan Pelbagai Kebolehan; kumpulan Tahun

    Persekolahan; kumpulan sosial; kumpulan individu

  • 46

    Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod yang sangat penting bagi

    guru kerana merupakan rujukan untuk persediaan harian dan pendekatan yang

    menyeluruh dan saling berkaitan bagi kedua kelas yang dicantumkan

    Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan.

    Teks Bacaan Asas

    Rujukan

    Arends, R.I. (2001). Learning To Teach. Boston : McGraw Hill.

    Anthony Candia, (1989), Pengurusan Bilik Darjah Dalam Konteks Kelas Bercantum.

    Asmah bt. Hj Ahmad, (1989), Pedagogi 2, Siri Pendidikan Logman.

    Kementerian Pelajaran malaysia, (1982), Buku Panduan Khas Kelas Bercantum Kurikulum Baru

    Sekolah Rendah.

    Kementerian Pendidikan Malaysia, (1980 - pindaan, 1982), Pusat Perkembangan Kurikulum,

    Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Kelas Bercantum.

    Bahagian Pendidikan Guru.(2007). Modul Kelas Bercantum. Putrajaya.

    TOPIK 7 SOSIOLINGUISTIK

    Dalam topik ini, anda akan diberi pendedahan mengenai peranan bahasa dalam

    pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah serta masyarakat. Tambahan pula,

    topik ini juga ketengahkan kepelbagaian bahasa yang sedia ada di Malaysia serta

    peranan guru dalam menyatukan pelajar yang terdiri daripada pelbagai budaya dan

    bahasa.

  • 47

    7.1 Peranan Bahasa dalam Masyarakat Pelbagai Budaya

    Guru menggunakan bahasa untuk menyampaikan pengajarannya. Guru juga

    menggunakan bahasa untuk membimbing dan menasihati murid-muridnya. Malaysia

    merupakan sebuah Negara yang mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai

    etnik, sehubungan dengan itu, guru-guru perlu memahami latar belakang murid yang

    diajar terutama faktor budaya yang mempengaruhi perlakuan muridnya samaada

    perlakuan berbahasa atau perlakuan bukan bahasa. Penggunaan bahasa sangat

    berkait rapat dengan latar belakang murid terutama budaya di mana murid itu

    dibesarkan dan menjalani kehidupannya.

    Bahasa yang dipertutur oleh manusia adalah suatu anugerah Tuhan kepada manusia

    kerana dengan bahasa manusia menyampaikan hasrat, meluahkan rasa dan

    mengemukakan pandangan. Bahasa merupakan alat perhubungan manusia dalam

    kehidupan sosialnya sejak manusia dicipta oleh Tuhan. Maka, keupayaan manusia

    berbahasa perlu disyukuri kerana bahasa sebagai alat penting kepada manusia

    sehingga manusia mampu menjalani kehidupan bermasyarakat dengan sempurna.

    Bahasa menyampaikan makna dalam kehidupan sosial dan apabila digunakan dalam

    konteks komunikasi, bahasa dikaitkan dengan budaya yang pelbagai dan kompleks.

    Manusia mengungkap kata-kata berdasarkan pengalamannya yang menyampaikan

    fakta, idea dan peristiwa yang merujuk kepada pengetahuan mereka tentang dunia yang

    dikongsi bersama. Kata-kata yang diungkapkan menggambarkan sikap, kepercayaan,

    fahaman, dan pandangan dan sekali gus bahasa sebenarnya suatu realiti budaya.

    Manusia menggunakan bahasa bukan sekadar untuk membuktikan pengalaman yang

    dilalui, sebaliknya bahasa yang dipertutur mencipta pengalaman yang baharu apabila

    bahasa mampu menjadi medium perhubungan antara manusia.

    Penerangan di atas telah menjelaskan kepada anda peranan bahasa dalam kehidupan

    masyarakat. Jadi, apakah yang anda faham tentang sosiolinguistik? Kebanyakan tokoh

    bahasa di dalam dan di luar Negara bersetuju bahawa ilmu sosiolinguistik ialah bidang

    pengkajian hubungan manusia dengan bahasa. Dalam konteks Malaysia yang terdiri

    daripada pelbagai kaum, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang tuturkan oleh

    rakyat Malaysia, namun begitu, Malaysia mempunyai pelbagai jenis bahasa etnik yang

    masing-masing membawa identiti budaya yang tersendiri. Walau pun bahasa Melayu

  • 48

    merupakan bahasa rasmi yang menjadi bahasa pengantar rakyat pelbagai kaum di

    Malaysia, namun pelbagai etnik Malaysia dibenarkan bertutur dalam bahasa masing-

    masing tanpa sebarang sekatan.

    Hentian seketika dan Berfikir :

    Tahukah anda bahawa di Malaysia terdapat lebih puluhan jenis bahasa yang dipertuturkan oleh

    penutur jati yang terdiri daripada pelbagai etnik? Senaraikan bahasa-bahasa yang terdapat di

    Malaysia.

    7.2 Kepentingan Penggunaan Satu Bahasa Pengantar

    Kita telah mengetahui bahawa Malaysia memiliki pelbagai etnik, pelbagai bahasa serta

    pelbagai budaya dan hal ini merupakan cabaran terbesar kepada Negara dalam

    membina rakyat bersatu padu. Sehubungan dengan itu, pemimpin Negara sejak zaman

    sebelum mencapai kemerdekaan lagi telah nampak isu bahasa dan etnik ini dan oleh

    kerana itu sekiranya anda mengkaji Laporan-Laporan berhubung Pendidikan anda akan

    ketahui bahawa kesemua Laporan menekankan aspek penggunaan bahasa kepada

    rakyat Tanah Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa sosiolinguistik di Malaysia bukanlah

    perkara mudah dan tidak perlu diberi perhatian sewajarnya, sebaliknya, sosiolingistik

    merupakan bidang yang sangat penting dalam menentukan tahap keharmonian dan

    keamanan Negara.

    Apakah pentingnya penggunaan satu bahasa sebagai bahasa pengantar kepada

    sebuah Negara seperti Malaysia?

    Dalam laporan Cheesman (1946) didapati bahawa di dalam satu kelas di sebuah kelas

    sekolah Inggeris, terdapat murid-murid pelbagai etnik yang menuturkan hampir sebelas

    jenis bahasa. Seandainya, murid-murid ini tidak menguasai satu bahasa yang sama

    sebagai bahasa pengantar, maka pasti guru berhadapan dengan masalah untuk

    menyampaikan pengajarannya dan murid tidak akan memperoleh ilmu, apa lagi untuk

    menyatupadukan mereka.

  • 49

    Sedarkah anda bahawa perbezaan bahasa membawa kepada perbezaan budaya dan

    perbezaan budaya yang ketara tidak akan membawa perpaduan antara kaum atau

    etnik? Sehubungan dengan itu, Laporan Barnes pada tahun 1950 mencadangkan

    penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sahaja di semua sekolah kebangsaan.

    Barnes juga mencadangkan pemansuhan sekolah vernacular Cina dan Tamil tetapi

    ditentang kuat terutama oleh kaum Cina kerana khuatir penutupan sekolah Cina sedia

    ada. Rentetan tersebut berterusan dengan Laporan Fenn-Wu 1951 dan seterusnya

    pada 1956 Laporan Razak yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

    di sekolah. Ordinan Pelajaran 1957 diluluskan bagi melaksanakan usul Laporan Razak

    di mana perancangan pendidikan dirangka meliputi semua kaum di Tanah Melayu dan

    ini merupakan asas perkembangan pendidikan seterusnya di Malaysia. Seterusnya

    dalam Laporan Rahman Talib 1960 adalah bukti betapa kerajaan bersungguh-sungguh

    membentuk satu sistem pendidikan yang bersifat kebangsaan sebagai usaha

    menyatupadukan rakyat Malaysia. Seterusnya dalam Akta 1961 termaktab Dasar

    Pendidikan Kebangsaan yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

    utama untuk semua peringkat pendidikan dengan mengguna pakai kurikulum dan

    peperiksaan yang sama untuk semua murid.

    Berhenti dan Reflek

    Apakah yang anda fahami tentang penggunaan satu bahasa pengantar? Bagaimanakah

    peranan anda sebagai seorang guru dapat membantu menyatupadukan pelajar melalui konsep

    ini?

    7.3 Peranan Guru dalam Aspek Sosiolinguistik

    Guru memainkan peranan yang sangat penting untuk membentuk jati diri murid yang

    menghayati bahasa rasmi dan budaya nasional di samping menerap nilai-nilai

    menghormati perbezaan bahasa dan budaya menurut etnik.

    Bagaimanakah guru mampu memainkan peranan dalam memartabatkan bahasa

    Kebangsaan dengan membentuk rakyat yang mempunyai jati diri sebagai rakyat

    Malaysia dan pada waktu yang sama mengekalkan pelbagai warisan budaya etnik?

  • 50

    Antara peranan yang dimainkan oleh guru ialah mengadakan pelbagai aktiviti bahasa,

    sastera dan budaya dalam kalangan murid-muridnya. Aktiviti yang memartabatkan

    bahasa Kebangsaan boleh dilakukan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.

    Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kegiatan kokurikulum adalah saluran

    terbaik untuk memartabatkan Bahasa kebangsaan melalui kepelbagaian aktiviti dan

    projek yang kreatif, menyeronokkan serta memanfaatkan murid. Bagi mengekalkan

    warisan budaya dan bahasa kepelbagaian etnik di Malaysia, guru boleh menyelitkan

    unsur-unsur warisan budaya etnik-etnik lain dengan menggunakannya sebagai sumber

    pengajaran dan pembelajaran, contohnya, menggunakan cerita rakyat etnik Iban dalam

    pengajaran Bahasa Melayu, menggunakan lagu etnik Kadazandusun dalam pengajaran

    dan pembelajaran muzik, menggunakan tarian India dalam Pendidikan Jasmani.

    Malahan pelbagai permainan tradisional milik etnik-etnik ini dapat digunakan sebagai

    pendekatan Games based learning dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Penggunaan sumber P&P dengan menggunakan kepelbagaian unsur budaya bukan

    sahaja memupuk kesefahaman kalangan murid yang tediri daripada pelbagai etnik,

    malahan ruang tersebut akan mendorong murid memahami dan menguasai kosa kata

    bahasa etnik rakan-rakan mereka. Sekiranya guru mampu meneruskan dan

    mentadbirkan hal ini dengan berkesan, setiap etnik tidak berasa tersisih, sebaliknya

    menjadikan Malaysia kaya dengan variasi bahasa dan budaya.

    Latihan/ Aktiviti

    Anda digalakkan menggunakan pendekatan koperatif semasa perbincangan. Cuba

    berkongsi pengalaman bagaimana anda dapat memainkan peranan jika mengajar pelajar

    berbilang kaum dan pelajar kerap menggunakan pelbagai bahasa dalam bilik darjah.

  • 51

    3.3 Rumusan

    Topik ini membincangkan mengenai aspek sosiolinguistik di Malaysia dan . Antara

    aspek aspek penting adalah berikut:

    Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang mempunyai pelbagai

    bahasa

    Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bahasa Melayu merupakan bahasa

    rasmi yang tuturkan oleh rakyat Malaysia

    Demi menyatupadukan rakyat Malaysia, beberapa dasar digariskan antaranya

    Akta 1961 yang termaktub Dasar Pendidikan Kebangsaan di mana bahasa

    Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk semua peringkat pendidikan

    dengan mengguna pakai kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua

    murid.

    Guru perlu memainkan peranan dengan mengadakan pelbagai aktiviti bahasa,

    sastera dan budaya dalam kalangan murid-muridnya. Aktiviti yang

    memartabatkan bahasa Kebangsaan boleh dilakukan di dalam bilik darjah atau

    di luar bilik darjah.

    Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan.

    Teks Bacaan Asas

    Muhamad Kamarul Kabilan & Zaharah Hassn.(2005). Readings on ethnic relations in a

    multicultural society. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

    Rujukan

    Woolfolk,A. (2004). Educational Psychology. Boston: Allyn & Bacon

  • 52

    TOPIK 8 PENILAIAN BERASASKAN BUDAYA

    Fikirkan pengalaman anda sebagai guru di sebuah sekolah pelbagai budaya. Adakah

    anda pernah merancang penilaian untuk kelas yang terdiri daripada pelbagai kumpulan

    etnik? Apakah aspek-aspek yang perlu anda ambil kira semasa menyediakan ujian

    untuk kelas anda? Topik ini akan membincangkan mengenai perancangan yang

    diperlukan untuk melaksanakan penilaian yang berasaskan budaya. Ini termasuklah

    konsep penilaian berasaskan budaya, ciri-ciri ujian berasaskan budaya, prinsip-prinsip

    yang perlu diambil kira serta strategi penilaian yang sesuai untuk kelas pelbagai budaya.

    7.1 Konsep dan Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya

    Konsep Penilaian Berasaskan Budaya

    Penilaian merujuk kepada satu proses mendapatkan maklumat yang berguna untuk

    membuat pertimbangan tentang tindakan selanjutnya. Dalam perkataan lain, penilaian

    adalah satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat dalam membuat keputusan

    bagi tindakan yang akan diambil kelak. Manakala mengikut Hall (1959), budaya

    merupakan satu set pola yang dialami oleh individu-individu sebagai cara bertindak,

    merasa, dan melakukan sesuatu. Amat jelas adalah pandangan Erickson (1997) di

    mana atribut penting budaya berkait dengan pendidikan merupakan suatu yang eksplisit

    (seperti tabiat manusia) dan implisit (seperti nilai, andaian dan kepercayaan).

    Maka penilaian berasaskan budaya membawa maksud bahawa penilaian yang

    dilaksanakan oleh guru untuk mengumpul maklumat dalam membuat keputusan

    seharusnya mengambil kira aspek kepelbagaian budaya murid semasa menyedia atau

    memilih instrumen untuk memperoleh maklumat supaya keputusan yang dibuat adalah