Modul Jpn Sej p1 2016-Set 2

download Modul Jpn Sej p1 2016-Set 2

of 32

description

set latihan sejarah P1

Transcript of Modul Jpn Sej p1 2016-Set 2

SULIT*940/1STPM 2015

SEJARAH

PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA (1500-1955)KERTAS 1(2 jam)

SET 2

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTANSKEMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPMPENGGAL 1

ARAHAN KEPADA CALON:JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.Jawab empat soalan sahaja.Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]

STPM 940/1 SULIT*

SULIT*SET 2Jawap empat soalan sahaja1. Huraikan faktor-faktor yang mendorong kemunculan masyarakat industri di England pada abad ke 18 dan 19 Masihi. [20]2. Bincangkan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Raja Louis XlV (1643 1715) untuk mengukuhkan sistem pemerintahan monarki di Perancis. [20]3. Bincangkan perkembangan sistem ekonomi feudal di Eropah Barat pada abad ke 16 dengan merujuk di Jerman atau Peranchis. [20] 4. Huraikan perkembangan sistem feudal di Jepun pada abad ke 16 Masehi. [20]5. Huraikan kesan Gerakan 4 Mei yang dilancarkan oleh pelajar-pelajar Universiti Peking pada tahun 1919. [20]6. Perang Dunia Pertama Telah Memberikan Kesan Kepada Politik Dunia. Bincangkan [20]

SULIT*940/1STPM 2015

SEJARAH

PENGGAL 1 SEJARAH DUNIA (1500-1955)KERTAS 1(2 jam)

SET 2

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTANSKEMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPMPENGGAL 1ARAHAN KEPADA CALON:JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.Jawab empat soalan sahaja.Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]

STPM 940/1* SKEMA ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT* SEJARAH PENGGAL 1 940/160 - 80= A55 - 59 = A-50 - 54= B+45 - 49= B40 - 44= B-35 - 39= C+30 - 34= C25 - 29 = C-20 - 24 = D+16 - 19= D00 - 15= F

RUBRIK PENSKORAN KERTAS SEJARAH 940DIMENSI DAN KRITERIA18 - 20AMAT CEMERLANG14 17CEMERLANG10 13BAIK6 9 LEMAH0-5 AMAT LEMAH

PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN86-74-52-31-2

FaktaHuraianContohBukti/sokongan/pendapat

Penguasaan subjek soalan luas dan mendalam.

Menyediakan maklumat utama, bukti sokongan dan pendetailan memadai, majority tepat, relevan dan membantu menjawab soalan secara mendalam.

Kesilapan fakta amat minimum, sama sekali tidak mencacatkan ketepatan jawapan.Penguasaan subjek soalan agak luas tetapi kurang mendalam.

Menyediakan maklumat utama, bukti sokongan dan pendetailan agak memadai, majoritinya tepat, relevan dan membantu menjawab soalan secara mendalam.

Kesilapan fakta minimum, tidak mecacatkan ketepatan keseluruhan jawapanMenguasai subjek soalan, tetapi keluasan dan kedalamannya terbatas.

Maklumat utama, bukti sokongan dan pendetailan terbatas, hanya sebahagiannya tepat, relevan, menyumbang kepada kedalaman jawapan.

Kesilapan fakta kurang ketara, tetapi agak mencacatkan ketepatan jawapan.Hanya mengetahui subjek soalan secara kabur

Maklumat utama bukti sokongan sangat terhad dan tidak mendasar, ada yang kurang tepat, kurang relevan, dan tidak membantu calon menjawab soalan secara memuaskan.

Kesilapan agak ketara, sehingga banyak kecacatan dari segi ketepatan jawapanTiada pengetahuan subjek soalan.

Gagal menyediakan maklumat utama dan bukti sokongan. Hanya membuat kenyataan umum, banyak tidak tepat, tidak relevan dan gagal menyediakan maklumat yang diperlukan bagi menjawab soalan.

Kesalahan amat ketara, dan mencacatkan ketepatan keseluruhan jawapan

TAAKULAN

653-42-30-2

Membuat ulasan melebihi biasa (analitik)Memenuhi tugasan soalan (penegasan)Kesimpulan setiap isiBukti yang relevan/kaitanNilai/ pengajaranMembina hujah secara logikal merujuk sepenuhnya kepada kehendak soalan.

Idea yang dikembangkan sebagai respon terhadap soalan, kupasan isu disandarkan kepada banyak contoh, fakta, detail, releven.

Penaakulan mantap

Hujah amat releven dan logikMembina hujahan teras merujuk kepada kehendak soalan.

Kupasan menggunakan beberapa contoh, fakta dan pendetailan yang menyumbang kepada taakulan yang mantap

Ediden dalam hujahan kebanyakannya relevanPembinaan hujahan teras merujuk secara longgar kepada kehendak soalan.

Kupasan idea yang dikembangkan berdasarkan bukti terbatas, tapi hujahan agak koherenSebahagian kecil eviden kurang relevanHujahan teras tidak jelas dan hanya merujuk secara longgar kepada soalan.

Kupasan idea hanya berdasarkan sedikit bukti menyebabkan hujahan kurang koheren

Ada eviden yang releven tetapi kebanyakannya lemahTiada hujahan teras, kenyataan kabur dan tidak jelas.

Tidak merujuk kepada kehendak soalan.

Kupasan idea yang dikembangkan tidak didasarkan bukti.

Tiada eviden yang relevan dalam hujahan

KOMUNIKASI

653-42-30-2

Mempunyai binaan esei lengkap (Pendahuluan, isi dan penutup)Gaya bahasa dan wacana tatabahasa sesuaiAyat teraturPendekatan mudah difahamiFokus kepada perbincanganPenyampaian idea dan isi olahan difahamiSusunan idea amat logikal, analitikal, teratur dan sesuai kehendak soalan.Penyampaian idea amat jelas dan licin menerusi ayat dan tatabahasa yang kemas.

Idea-idea utama dalam perenggan terangkai secara bertalian membentuk idea keseluruhan yang padu.

Wacana terfokus menunjukkan kefahaman mendalam terhadap pengetahuan dan kehendak soalan.

Mensintesis idea keseluruhan secara jitu sehingga rumusan dan kesimpulan amat padu

Susunan idea logical, agak analitikal dan tersusun sesuai kehendak soalan.Penyampaian idea jelas dan licin, tetapi ada kesilapan ayat dan tatabahasa yang minimum.

Idea utama dalam perenggan terangkai secara bertalian membentuk idea keseluruhan yang kemas.

Wacana terfokus menunjukkan kefahaman terhadap pengetahuan dan kehendak soalan.

Sintesis idea keseluruhan agak jitu sehingga rumusan dan kesimpulan agak padu.

Susunan idea secara deskriptif, kurang logical, tetapi tersusun dan tidak lari dari kehendak soalan.

Penyampaian idea kurang jelas dan melompat, kesilapan ayat dan tatabahasa agak ketara.

Idea utama dalam perenggan bertalian, tetapi sebahagiannya kurang berkaitan membentuk idea keseluruhan yang agak teratur.

Wacana kurang terfokus menunjukkan kefahaman tidak sepenuhnya terhadap pengetahuan dan kehendak soalan.

Sintesis idea keseluruhan kurang jitu menyebabkan rumusan dan kesimpulan longgar

Susunan idea kurang logical, sangat deskriptif dan tidak tersusun tetapi tidak lari dengan kehendak soalan.

Penyampaian idea kabur, ada pengulangan dan kesilapan ayat dan tatabahasa ketara.

Idea utama dalam perenggan banyak yang tidak bertalian dan kurang membantu pembentukan idea keseluruhan secara lancar.

Wacana tidak banyak terfokus menunjukkan kefahaman rendah terhadap pengetahuan dan kehendak soalan.

Sintesis idea keseluruhan longgar sehingga rumusan dan kesimpulan tidak jelas,Sususnan idea tidak logical, tidak tersusun lari dari kehendak soalan.

Idea disampaikan menyimpang, dipenuhi kesilapan ayat dan tatabahasa.

Perenggan tiada idea utama hanya kenyataan umum yang tidak terangkai dan binaan idea keseluruhan tidak teratur.

Wacana tidak terfokus menu jukkan ketiadaan kefahaman terhadap pengetahuan dan kehendak soalan.

Sintesis idea keseluruhan sangat longgar sehingga rumusan dan kesimpulan tidak relevan.

Soalan 1Huraikan faktor-faktor yang mendorong kemunculan masyarakat industri di England pada abad ke 18 dan 19 Masihi. [20 M] A.PENGENALAN1. Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetus Revolusi Perindustrian di England pada abad ke 18.

2.Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian.

3.Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan wujudnya masyarakat industri di England iaitu pertambahan penduduk,kekayaan bahan mentah,kemajuan dalam sistem pengangkutan,modal mencukupi,iklim yang sesuai dan kemajuan sains dan teknologi.

B.ISI1. Pertambahan penduduki. Pertambahan penduduk menyebabkan wujud bekalan tenaga buruh yang mencukupi untuk bekerja di sektor perkilangan.Pertambahan penduduk menyebabkan wujud pasaran bagi barangan keluaran kilang-kilang industri.ii. England mempunyai bekalan tenaga kerja yang mencukupi untuk perkembangan industri baru.Pada tahun 1800 bilangan penduduk England seramai 9 juta orang dan meningkat kepada 32.9 juta orang pada tahun 1900.iii. Peningkatan penduduk di tanah jajahan menyediakan pasaran yang luas bagi barangan yang dikeluarkan oleh kilang di England.

2. Kekayaan Bahan Mentah

i. Terdapat bekalan bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan bijih besi di England.ii. Penguasaan tanah-tanah jajahan turut menjamin bekalan arang batu yang mencukupi untuk kilang-kilang di England.Bekalan arang batu yang banyak terdapat di Wilayah New Castle dan Wales.iii. England juga muncul sebagai pengeluar keluli terbesar di dunia.Pada tahun 1860 England mengeluarkan 80 juta tan metric arang batu dan 225000 tan metric keluli.

3. Kemajuan pengangkutan

i.Kemajuan dalam sistem pengangkutan membantu pengagihan barangan ke seluruh negara.ii.Penggunaan kuasa wap membantu perkembangan system pengangkutan seperti kereta api dan kapal laut.Rekaan gerabak berkuasa wap membolehkan gerabak dipacu dengan laju dan enjin menarik lebih banyak gerabak,barangan dan pekerja kilang.iii. Perkembangan pesat dalam sistem pengangkutan merangsang pertumbuhan revolusi perindustrian di England.

4. Modal mencukupii.Terdapat modal yang mencukupi untuk pelaburan dalam sektor perindustrian di England.England memiliki modal yang banyak yang berpusat di Bank of England.Kemunculan institusi perbankan menyebabkan terdapat kemudahan pinjaman bagi membiayai projek-projek perindustrian.ii.Revolusi menyebabkan muncul peladang yang menjadi kaya Peladang-peladang ini sanggup melaburkan lebihan modal dalam sector perindustrian.

5. Kelemahan Negara-negara laini.Kemunculan Revolusi Perindustrian disebabkan oleh kelemahan Negara-negara lain.Jerman tidak dapat bersaing dengan England dalam sector perindustrian kerana kongkongan adat,kemajuan ekonomi yang tidak menyeluruh,cukai tinggi dan sekatan yang dikenakan terhadap bidang perindustrian. ii.Manakala Perancis ketinggalan dalam bidang perindustrian kerana penekanan dalam bidang ketenteraan,system politik yang bersifat autokrasi,percubaan kerajaan untuk mengawal industri dan cukai yang tinggi dikenakan terhadap pengusaha industri.iii.Perkembangan ini memudahkan England menguasai kawasan berkenaan daripada Perancis.

6.Kemajuan sains dan teknologii.England juga mempunyai pengetahuan dan kelengkapan untuk mengungguli negara-negara lain dalam bidang perindustrian.Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi menyebabkan beberapa rekaan dan ciptaan ditemui.ii.Penciptaan mesin baharu menggalakkan perkembangan kegiatan perindustrian di England.Para pencipta diberikan paten untuk hasil ciptaan mereka bagi mengelakkan orang lain meniru hasil sesuatu ciptaan.Perkembangan ini menggalakkan orang ramai untuk mencipta mesin baharu bagi kegunaan perindustrian.7.Iklim yang sesuaii.Keadaan iklim di England sesuai untuk perkembangan dalam bidang perindustrian.ii.Perkembangan perusahaan kapas di Lancashire disebabkan oleh keadaan iklim yang sesuai di England.Iklim lembap sesuai untuk menjalankan kegiatan memintal dan menenun kain-kain kapas.

C.KESIMPULAN 1.Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan muncul masyarakat industri di England 2.Perkembangan masyarakat industri ini telah membawa kepada perkembangan ekonomi perindustrian serta mengubah struktur masyarakat England dengan kemunculan golongan pertengahan melalui mobiliti sosial.

Soalan 2Bincangkan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Raja Louis XlV (1643 1715) untuk mengukuhkan sistem pemerintahan monarki di Perancis.A. PENGENALAN1. Raja Louis XlV dilantik menjadi pemerintah Perancis pada 1643. Terkenal dengan gelaran Grand Monarch.2. Memerintah selama 72 tahun dan menjalankan pemerintahan secara berkuasa mutlak.3. Baginda telah membuat reformasi dalam dasar negara sehingga Perancis muncul sebagai kuasa yang kuat pada masa itu.4. Pembaharuan meliputi aspek dasar ekonomi, ketenteraan, agama dan luar negara. B.ISI1.Dasar dalam Negarai.Menyusun semula pentadbiran negara. Di peringkat pusat, diperkenalkan empat majlis utama iaitu Majlis Negara, Majlis Despatches, Majlis Kewangan dan Majlis Privyii.Peranan empat majlis utama adalah seperti di bawah1..Majlis Negara - menguruskan hal ehwal luar negara2.. Majlis Despatches menguruskan semua hal ehwal tempatan kecuali kewangan3. Majlis Kewangan- Percukaian, tarif, perbelanjaan dan pendapatan Negara4. Majlis Privy menguruskan pentadbiran keadilaniii. Melantik menteri-menteri yang berkebolehan untuk menjalankan pentadbiran seperti Colbert (Menteri Kewangan), Louvois (Menteri Peperangan),dan Vauban (Menteri Ketenteraan)iv.Di peringkat Provinci pula, baginda telah mendapatkan khidmat daripada pegawai-pegawai yang berkebolehan bagi melaksanakan dasar-dasar diraja v. Melalui dasar-dasar Colbert, Perancis menjadi Negara Industri dan kuasa ketenteraan yang kuat di Eropah.vi.Zaman Louis XlV dianggap zaman keemasan bagi kesusasteraan Perancis dengan lahirnya tokoh-tokoh seni tersohor seperti Racine dan Moliere.2. Dasar Ketenteraani. Menghapuskan dominasi golongan bangsawan dalam bidang ketenteraan dan meletakkan angkatan tentera di bawah kawalan baginda.ii. Melantik pegawai-pegawai berasaskan merit.iii. Bagi menarik kesetiaan golongan tentera, baginda bertindak merekrut anggota tentera dan menyediakan kemudahan seperti perumahan dan bkalan makananiv.Kesanya Perancis muncul pasukan tentera terkuat di Eropah pada masa itu.3. Dasar Luar Negarai.Raja Louis XlV telah melancarkan dasar perluasan kuasa dan berjaya meluasakan kuasa Perancis sehingga ke sempadan Sg Rhineii.Baginda menguasai wilayah-wilayah yang diperintah oleh Putera-putera Jerman, Negara Spanish,Netherlands dan United Province

4. Dasar Ekonomii. Raja Louis XlV melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme bagi mengukuhkan negaranya.Ii. Antara pembaharuan yang dilakukan Colbert ialah memulakan industry baharu, memansuhkan tarif tempatan, mengurangkan kadar bunga ke atas hutang kerajaan, mengawal upah dan mengawal harga barangan.iii. Colbert telah membina gudang senjata Toulan, mengadakan perhentian dagang di India, Senegar dan Madagascar bagi menggalakkan perdagangan luariv. Baginda juga mengenakan pelbagai sekatan bagi meningkatkan industri tempatan seperti mengenakan bayaran tarif yang tinggi kepada kapal asing yang menggunakan pelabuhan Perancis dan memberikan bantuan kewangan kepada industri perkapalan Perancis yang menjalankan perdagangan5. Keagamaani. Raja Louis XlV memaksa golongan bukan katolik (Huguenot) menerima agama Katolikii. Pada tahun 1685, baginda telah membatalkan Edict of Nante yang member kebebasan beragama kepada golongan Huguenot. Kesanya ialah seramai 200 000 orang Huguenot meninggalkan Perancis

C. KESIMPULAN1.Raja Louis XlV berjaya mengukuhkan kedudukan dengan melakukan pelbagai pembaharuan.2. Kesanya, Perancis muncul sebagai sebuah Negara yang kuat dan berpengaruh di Eropah

Soalan 3

Bincangkan perkembangan sistem ekonomi feudal di Eropah Barat pada abad ke 16 dengan merujuk di Jerman atau Peranchis.

A. PENDAHULUAN1.Sistem ekonomi feudal merujuk kepada sistem ekonomi yang dikuasai oleh golongan bangsawan yang memfokuskan kepada institusi minor . 2.Dalam sistem ekonomi ini, petani bekerja di atas tanah bangsawan dan sebagai balasannya mereka perlu memberi taat setia kepada golongan bangsawan.3. Sistem ekonomi ini berleluasa di Jerman dan Peranchis pada abad ke 16 bukan sahaja dalam bidang pertanian malah dalam bidang perdagangan dan perindustrian.B. ISI1. Pertanian. i. Hampir 90% penduduk di Jerman menjadi petani dan menjalankan aktiviti pertanian di atas tanah tuan tanah. Mereka menanam bijirin seperti gandum, oat, barli dan kekacang.

ii.Petani mengamalkan kaedah penanaman tiga bidang iaitu tanaman gandum, menternak binatang selepas musim menuai dan membiarkan tanah kosong sementara menunggu musim menanam seterusnya.

iii.Petani menggunakan peralatan yang primitif dan mereka dikongkong ketat oleh tuan tanah . Mereka juga dibebankan dengan pelbagai cukai dan tidak berpeluang untuk meningkatkan taraf hidup selain berkhidmat kepada tuan tanah.Ini menjadikan petani hidup dalam kedaifan dan mereka menjadi serf ( hamba ) dan dibelenggu dengan pelbagai bentuk penindasan.

iv.Kesan daripada keadaan ini, petani bangkit memberontak menuntut ruang kebebasan pada tahun 1824 hingga 1825 tetapi gagal.v.Di Jerman, sektor pertanian mendapat perhatian daripada pemerintah khususnya pada zaman pemerintahan Raja Frederik Wiliiam ( 1640 - 1688 ).

vi.Beliau telah mengadakan pelbagai pembaharuan dalam bidang pertanian seperti membina terusan, pengecualian cukai, memperkenalkan tanaman campur, bergilir, penggabungan tanah, pembukaan tanah baru dan sebagainya.

vii.Kesannya agak positif seperrti berlakunya peningkatan dalam sumber makanan dan berlakunya amalan pengkhususan tanaman tetapi masih ramai petani ketinggalan dalam usaha pembangunan ekonomi ini khususnya petani di luar bandar seperti di Silesia, Neckar dan Pomeneria

2. Aktiviti perindustrian i.Khususnya industri tekstil yang berkembang pesat dibeberapa daerah seperti di Bohemia dan Saxony.

ii.Aktiviti ini melibatkan tenaga buruh di desa yang menghasilkan kain bulu dan linen dan dibeli oleh masyarakat bandar untuk diwarna dan dipasarkan.

iii.Tenaga buruh pula terdiri daripada golongan wanita dan tentera serta golongan serf yang mendapat kebenaran daripada tuannya. Selain daripada industry tekstil,

iv.Jeman juga terlibat dalam industri membuat senjata api di Berlin, industri kraftangan dan industri menghsilkan cermin di Neuhaus serta industry ukiran.

v. Kesan kepesatan industri ini, Jerman telah berjaya menjadi pengeksport tekstil terbesar di Eropah di samping kewujudan beberapa bandar pelabuhan yang maju serta mengukuhkan lagi kedudukan golongan borjuis.

3. Aktiviti perdagangan pada abad ke 16 hingga ke 18i.Aktiviti perdagangan amat maju di bahagian Jerman Barat khususnya di Luberk, Hamburg dan Bremen yang menjadi laluan masuk barangan dari Eropah ke Jerman seperti logam, bulu binatang, barangan kulit, rempah ratus, sutera dan barangan dari timur. Kebanyakkan barangan ini datangnya dari pelabuhan Venice.

ii. Di bahagian utara Jerman juga wujudnya bandar perdagangan yang menjadi pusat perdagangan bijirin dari Baltik dan pintu keluar eksport barangan Jerman ke negara barat yang lain.

iii.Kemajuan perdagangan ini menyebabkan munculnya golongan saudagar yang menubuhkan pelbagai organisasi perdagangan dan mengikis amalan perdagangan tradisional.

vi. Ini menjadikan Jerman maju dalam setaraf dengan negara Barat yang lain.

4. Kewujudan institusi kewangan iaitu bank yang memberi pembiayaan kepada saudagar saudagar di Jerman. i. Ini merancakkan lagi aktiviti ekonomi di Jerman kerana hasil pengeluaran barangan Jerman sama ada dalam sektor pertanian dan industri menjadi semakin bertambah dan mampu di dieksport ke luar Eropah.

ii.Golongan borjois telah membuka institusi perbankan dan memberi bantuan modal kepada pedagang untuk menjalankan aktiviti erdagangan antarabangsa khususnya di Sepanyol dan Portugal.

iii. Contohnya keluarga Fuggers Augsburg mempunyai kekayaan modal sebanyak 200 000 guilder dan mampu melabur dalam pelbagai sektor ekonomi di dalam dan di luar Jerman. Pada tahun 1546, mereka memperolehi keuntungan sebanyak 4 juta guilden. Bandar Augsburg dan Frankfurt merupakan pusat perbankan dan perdagangan yang amat maju di Jerman.

PERANCHIS1. Sistem ekonomi bercorak feudal khususnya dalam bidang pertanian. i.Aktiviti pertanian masih lagi mengamalkan sistem manor yang dikongkong oleh tuan tanah. Petani masih lagi mengamal sistem tanah lapang dan membahagikan tanah kepada 3 bahagian untuk pusingan dalam proses penanaman.

ii.Mereka menggunakan kaedah tradisional dan petani dibebankan dengan pelbagai cukai seperti cukai tanah (taille), cukai keluarga ( pol tax ) dan cukai harta ( vingtieme ).

iii.Ini tidak termasuk pelbagai cukai lain ( cukai tak langsung ) seperti cukai garam, cukai feudal, cukai dapur, cukai jalan dan jambatan dan sebagainya.

iv.Semasa pemerintahan Raja Henry IV dan Raja Louis XIV , pembaharuan dalam pertanian dilakukan dengan menghapuskan amalan tradisional, memberi bijih benih percuma, penternakan , mengadakan kemudahan sistem pengangkutan dan terusan dan sebagainya.

v.Petani juga di kenali sebagai golongan Meteyers iaitu golonga penyewa tanah dari tuam tanah .Namun begitu, golongan petani pada asasnya tidak mendapat kekayaan dihasilkan dan masih lagi ditindas oleh tuan tanah.

2. Sektor Perindustrian i.Antara industri yang berkembang maju pada zaman ini ialah industry tekstil seperti kain bulu,linen dan kain sutera di Utara Peranchis. ii.Di Abbeville sahaja terdapat 12 000 pekerja di kilang kain. Biasanya kain ini dikeluarkan oleh petani petani di kampung dan dibeli oleh saudagar kain dari bandar untuk diwarnakan menggunakan mesin.

iii.Ini menjadikan Peranchis mampu mengeksport hasil industri keluar Eropah pada abad ke 18. Industri pertukangan tangan juga begitu terkenal di Peranchis sehingga wujudnya kesatuan tukang untuk mengawasi ketelitian, kreativiti dan pemasaran barangan sebelum ia dihapuskan pada 1776.

iv.Namun begitu, petukang di Peranchis masih lagi mampu menghasilkan barangan pertukangan yang bermutu tinggi dan berjaya menyaingi hasil hasil pertukangan dari luar dengan harga yang lebih murah dan berkualiti. Kepesatan dalam bidang perindustrian ini menyebabkan munculnya golongan saudagar baru sebagai kuasa politik dan mampu menyaingi kedudukan golongan aristokrat.

3. Aktiviti ekonomi perdagangan antarabangsa pada abad ke 16.i.Aktiviti ini berkembang pesat semasa pemerintahan Raja Henry IV ( 1598 1610 ) dan Raja Louis XIV pada tahun 1683. Pada zaman ini, Peranchis telah meluaskan perdagangan sehingga ke Amerika Utara dan India. Ini semua meningkatkan perdagangan Peranchis di luar negara.

ii.Pada zaman ini hasil hasil industri di Peranchis dieksport ke luar negara seperti hasil kraf, sutera dan pakaian bersulam dan kain bulu. Gandum dan arak Peranchis juga mendapat permintaan yang tinggi di sekitar Laut Mediterenean.

iii.Bandar bandar perdagangan turut berkembang di Peranchis seperti Champagne, Lyon dan Beaucaire yang mengawal perdagangan di bahagian Eropah Utara dan Mediterenean. Kawasan Levant menjadi pusat perdagangan Peranchis ke Eropah.

iv.Pedagang Peranchis juga membuat pelaburan di luar seperti membuka ladang tebu diSam Domingo, Martinique dan Guadeloupe sehingga Peranchis berjaya menjadi pengeluar gula yang terbesar di Eropah.

v.Kepesatan ini disebabkan oleh galakan kerajaan yang memberi pelbagai inisiatif dan bantuan termasuklah penggunaan tentera laut untuk melindungi aktiviti perdagangan. vi.Kesan dari kepesatan perdagangan ini Peranchis mampu bersaing dengan kuasa England, Sepanyol dan Portugal dalam aktiviti perdagangan. Hasil perdagangan Peranchis juga meningkat sehingga 500 juta livres pada tahun 1789.

4. Wujudnya institusi kewangan.i.Golongan ini yang terdiri daripada golongan borjois telah memberi modal dan pinjaman kepada pedagang pedagang untuk menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa. Namun di Peranchis, sistem ekonomi ini berkembang agak lewat iaitu pada abad ke 18 dengan wujudnya beberapa bank seperti Paris Bourse, Caisse d Escompte dan Loterie Royale.

ii.Ekoran daripada ini wujud pula Syarikat Joint-stock yang melibatkan saham. Kewujudan institusi kewangan menyebabkan aktiviti ekonomi di Peranchis semakin berkembang dan mengukuhkan lagi kedudukan saudagar dalam arena politik di Peranchis.

C.KESIMPULAN1.Secara kesimpulannya, Jerman / Peranchis masih mengamalkan sistem ekonomi feudal khususnya dalam bidang pertanian walaupun aktiviti ini melibatkan majoriti penduduk Jerman/Peranchis. Golongan tuan tanah dan bangsawan banyak mendapat manafaat dalam aktiviti ini.2. Namun yang menariknya, di Peranchis / Jerman terdapat juga perkembangan sistem ekonomi perdagangan, industry dan institusi kewangan. Namun begitu, hanya golongan bangsawan dan golongan yang mempunyai modal dan kemahiran sahaja yang memonopoli aktiviti ini. Manafaatnya masih tidak dapat dinikmati oleh kebanyakan rakyat di Jerman/Peranchis.

Soalan 4 Huraikan perkembangan sistem feudal di Jepun pada abad ke 16 Masehi.A. PENDAHULUAN1.Abad ke 16, Jepun berada di bawah pemerintahan Kerajaan Kesyogunan Ashikaga ( 1338-1573 )sehingga zaman Kesyogunan Togugawa. Dalam masa yang sama, wujud juga zaman Sengkogu Jidai yang memperlihatkan berlakunya persaingan daimyo sehingga tercetusnya peperangan.2. Pada zaman ini, ekonomi di Jepun telah dikuasai oleh golongan ini baik dalam aktiviti pertanian, perusahaan tempatan, perikanan, perlombongan dan sebagainya. Sistem ini dikenali sebagai sistem ekonomi feudal. Dalam amalan ini, tanah dipunyai oleh daimyo dan diberikan kepada petani untuk diusahakan dengan bayaran cukai. Dengan ini, terdapat unsur penindasan terhadap petani oleh daimyo.B. ISI1. Pertanian secara sara diri. i. Antara tanaman yang ditanam ialah padi, gandum, buah buahan, sayur sayuran dan teh. Aktiviti pertanian juga dijalankan secara ekstensif dan masih terikat dengan tuan tanah. ii. Iklim di Jepun yang sederhana dan keadaan tanah pertanian yang terhad, aktiviti pertanian tidak dapat dijalankan secara berterusan. Oleh itu petani di Jepun telah menanam dengan tanaman barli dan gandum selepas menanam padi. iii. Mereka menggunakan saliran semulajadi dan teknik tanaman bertingkat untuk mengatasi kekurangan tanah pertanian. iv. Kesan daripada ini, aktiviti pertanian dapat dijalankan secara berterusan dan Jepun mampu menampung keperluan makanan tanpa mengharapkan bantuan luar. Dengan ini, masyarakat Jepun mampu membina tamadunnya yang tersendiri.

2. Wujud aktiviti perindustrian seperti industry kain kapas, pengeluaran ulat sutera, gula, tembikar, kipas dan pedang. i. Produk industri di Jepun ini amat terkenal dan ia di eksport ke China sebagai sumber pendapatan masyarakat Jepun. Apa yang menariknya dalam sektor industri di Jepun ia bersifat kedaerahan. Seperti kain kapas di usahakan di Kinai, sutera di Fukushima , kilang gula di Satsuma. ii. Kesan daripada kepesatan industry ini, wujudnya bandar kecil menjadi bandar perdagangan seperti bandar Owari yang terkenal sebagai pusat pengeluaran tembikar. Berlakunya juga interaksi antara bandar ini yang akhirnya menjadi pemangkin kepada aktiviti perdagangan.

3. Aktiviti perdagangan i. Perdagangan antarabangsa telah wujud dengan China, negara Asia Tenggara serta India sebelum kedatangan kuasa barat . Jepun mengimport barangan dari China seperti sutera, tembikar, the dan tembaga. Jepun pula mengeksport beras, kipas dan pedang sebagai sumber pendapatannya. Dikatakan bahawa Jepun menjadi kuasa perdagangan di Laut China Timur selepas China. ii. Pada abad ke 17 Jepun mengadakan hubungan perdagangan dengan Portugal yang berpusat di Kyushu. Jepun menyedari keuntungan dalam bidang perdagangan dan mengadakan perjanjian perdagangan dengan pedagang Portugia pada tahun 1570. iii. Dalam perjanjian ini, pedagang portugis di benarkan berdagang di Pelabuhan Nagasaki. Pembukaan pelabuhan Nagasaki menyebabkan berlakunya peningkatan perdagangan dengan dunia luar dan menjadi pintu keluar bagi perdagangan jepun ke luar negara. iv. Sesuatu agak unik di Jepun akibat perkembangan perdagangan di Jepun ialah wujudnya golongan za yang bertindak memonopoli pengeluaran dan pasaran barangan tertentu sebelum golongan ini dihapuskan oleh Oda Nobunaga.

4. Di Jepun juga pada era ini, muncul juga persatuan kewangan ( tanomoshiko atau mujinko ), pusat pertukaran wang, kedai kedai beras dan sake telah bertambah di bandar bandar. Keadaan ini telah membawa kepada perkembangan ekonomi wang di jepun.

C. KESIMPULAN1. Kesimpulannya, perkembangan ekonomi feudal di Jepun mulai abad ke 16 menggambarkan bukan sahaja sektor pertanian menjadi lebih maju, malah perdagangan juga memberi sumbangan yang besar dalam perkembangan ekonomi di Jepun. 2. Ini menjadikan Jepun secara tidak langsung telah membuka dasar buka pintu sehingga menarik minat pedagang asing tertumpu di Jepun dan akhirnya mencetuskan konflik dengan Kesyogunan Tokugawa.

Soalan 5Huraikan kesan Gerakan 4 Mei yang dilancarkan oleh pelajar-pelajar Universiti Peking pada tahun 1919A.PENGENALAN1 Gerakan 4 Mei merujuk kcpada demonstrasi yang dilancarkan oleh pelajar-pelajar Universiti Peking pada 4 Mei 1919. Gerakan ini merupakan kebangkitan nasionalisme rakyat China terhadap kegiatan imperialisme yang ditekankan ke atas mereka.3 Gerakan ini merupakan sebahagian daripada gerakan intelektual yang berlaku antara tahun 1917-1923.2. Kemunculan Gerakan 4 Mei disebabkan oleh perasaan tidak puas hati terhadap keputusan Perjanjian Versailles yang memihak kepada Jepun. Matlamat utama gerakan ini adalah menyelamatkan negara China daripada ancaman kuasa-kuasa asing.3 Pada 4 Mei 1919, lebih kurang 5000 pensyarah dan mahasiswa Universiti Peking mengadakan demonstrasi membantah keputusan Perjanjian Versailles. Demonstrasi pelajar-pelajar mendapat sokongan dan sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Cina. Perkembangan ini menyebabkan rusuhan dan pemogokan diadakan diseluruh negara. .Gerakan 4 Mei telah meninggalkan kesan yang besar kepada negara ChinaB. ISIKesan-Kesan Gerakan 4 Mei1. MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA CHINAi. Gerakan 4 Mei yang dilancarkan oleh golongan pelajar mempertahankan kedaulatan negara China daripada pencerobohan kuasa asing.ii. Ekoran daripada tekanan yang diberikan oleh golongan pelajar, kerajaan China membuat keputusan untuk menolak Perjanjian Versailles.iii. Pada masa yang sama, ahli-ahli politik yang bertanggungjawab bagi penerimaan 21 tuntutan Jepun dipaksa meletakkan jawatan.iv. Jepun bersetuju untuk menarik diri dari wilayah Shantung dalam Persidangan Washington 1921-1922.2.Melahirkan Semangat Kebangsaani. Gerakan 4 Mei telah melahirkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat negara China.ii. Golongan pelajar muncul sebagai pejuang bagi mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara.iii.Golongan pelajar mengadakan demonstrasi dan memulaukan barang-barang buatan Jepun.iv Demonstrasi dan pemogokan yang dilancarkan oleh golongan pelajar mendapat sambutan di seluruh negara.v Pekerja-pekerja mengadakan demonstrasi secara besar-besaran di Peking, Shanghai, Hankow dan Tientsin.vi Pemulauan barang-barang buatan Jepun melahirkan perasaan anti-Jepun dalam kalangan rakyat negara China.

3.Perkembangan Fahaman Komunisi.Gerakan 4 Mei meletakkan asas bagi perkembangan fahaman komunis di negara China.ii.Fahaman komunis mula bertapak dan mempengaruhi pelajar-pelajar daripada Universiti Peking.iii.Perkembangan fahaman komunis dalam kalangan pelajar terserlah apabila Pertubuhan Pengajian Marxism telah ditubuhkan di Universiti Peking oleh Li Ta-chao pada tahun 1918.iv Kebanyakan daripada anggota Pertubuhan Pengajian Marxism terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti Peking.v. Pelajar-pelajar Universiti Peking seperti Li Ta-chao, Chang Kuo-tao, Mao Tse-tung dan Chen Tu-hsiu memainkan peranan dalam perkembangan fahaman komunis.vi. Fahaman komunis bertapak kukuh apabila Parti Komunis China ditubuhkan oleh Chen Tu-hsiu dan Li Ta-chao pada tahun 1921.4. Melemahkan Kedudukan Hulubalang-Hulubalangi. Gerakan 4 Mei menyebabkan kedudukan golongan hulubalang menjadi semakin lemah.ii. Malah golongan pelajar menyalahkan golongan hulubalang kerana gagal menipertahankan kepentingan negara China dalam Perjanjian Versailles.iii. Kabinet juga terpaksa dibubarkan ekoran desakan orang ramai.5.Mengukuhkan Kedudukan Kuomintangi.Gerakan 4 Mei telah menyebabkan kedudukan Kuomintang menjadi semakin kukuh.

ii.Rakyat memberikan sokongan kepada Kuomintang yang berjuang untuk menyatukan negara China.iii. Malah Gerakan 4 Mei memberikan dorongan kepada Dr. Sun Yat Sen untuk mengukuhkan kuasa di negara China.iv.Kuomintang berjaya membentuk kerajaan baru di Nanking pada tahun 1928.

6.Kemunculan Gerakan Kebudayaan Barui.Gerakan 4 Mei meletakkan asas bagi kemunculan Gerakan Kebudayaan Baru di negara China.ii.Surat khabar dan majalah memainkan peranan dalam pembinaar masyarakat Cina yang baru.iii.Antara majalah-majalah yang penting termasuklah:(a)Aliran baru (New Tide)(b)Pembidas Mingguan (Weekly Critic)(c) Pemuda Barn (New Youth)ivGolongan intelektual seperti Chen Tu-hsiu mengkritik masyarakat tradisional China yang berteraskan ajaran Confucius.v.Golongan ini menyokong pembinaan negara bangsa moden berteraskan sains dan idea-idea Barat.C.KESIMPULAN1. Gerakan 4 Mei telah meninggalkan kesan yang hebat kepada negara China.2. Gerakan ini juga telah berjaya menyatukan rakyat China dalam menghadapi penjajahan Barat

6. Perang Dunia Pertama Telah Memberikan Kesan Kepada Politik Dunia. BincangkanA.PENGENALAN1. Perang Dunia Pertama telah memberi kesan kepada politik dunia, namun perang ini juga telah memberi kesan kepada bidang ekonomi dan sosial dunia.Perang Dunia Pertama tercetus antara tahun 1914 hingga 1918 yang hanya melibatkan negara-negara Eropah. 2.Pihak yang terlibat dalam perang ini inlah Triple Alliance (Perikatan Kuasa Tengah) yang dianggotai oleh Jerman, Austria-Hungary dan Itali, dan Triple Entente (Pakatan Bertiga) yang dianggotai oleh Rusia, Perancis, dan Britain. B. ISIa) Kesan Politik kepada:1. Rusiai. Kesan Perang Dunia Pertama dalam bidang politik ialah menamatkan pemerintahan beraja yang memerintah Rusia selama 400 tahun. ii.Kerajaan Rusia kehilangan sokongan daripada golongan petani dan pekerja kerana tidak membela nasib mereka ketika ekonomi merosot. iii.Vladimir Lenin telah menggulingkan pemerintahan beraja dan membentuk sebuah kerajaan komunis yang pertama di dunia.iv Lenin juga telah menandatangani Perjanjian Brest-Litovsk pada 3 Mac 1918 bagi menamatkan perang dengan Jerman dan Austria. v.Melalui perjanjian ini, Rusia kehilangan 1/4 wilayahnya di Eropah yang diserahkan kepada Jerman serta sumber arang batu dan besi. vi.Selain itu, Parti Komunis telah ditubuhkan dan seterusnya terbahagi kepada dua, iaitu Mensheviks yang dipimpin oleh Julius Martov dan Bolsheviks pimpinan Vladimir Lenin.2. Austria Hungryi.Kerajaan Austria-Hungary mengalami kemusnahan apabila Dinasti Habsburg ditamatkan. ii.Keadaan ini menyebabkan berlakunya pemberontakan yang dicetuskan oleh bangsa-bangsa yang pernah dikuasainya seperti I'ole, Slovak, Finn, Lithuania, dan Czech. iii. Kejayaan pemberontakan terscbut menyebabkan lahirnya negara-negara baharu seperti Czechoslovakia, Finland, Hungary, Latvia, Lithuania, Estonia. Dan Rumania3. Jermani.Kaiser Wilhem 11 bersetuju untuk turun takhta ii. Parti Sosialis Demokrat pimpinan Friedrich Ebert membentuk sebuah kerajaan republik yang dikenali sebagai Republik Weimer.

4.Perjanjian Versailles telah dimeterai i.Bertujuan menamatkan Perang Dunia Pertama.ii. Perjanjian ini dilihat tidak adil apabila pihak yang kalah dipaksa menerima syarat-syarat yang berat sebelahiii. Antaranya, Jerman terpaksa menyerahkan 12% daripada jumlah penduduknya selain menyerahkan 13% daerahnya termasuk 3/4 hasil besi dan 1/5 hasil arang batu. iv.Bayaran ganti rugi dan pampasan perang yang tinggi juga dikenakan kepada Jerman selain jumlah tentera dikurangkan daripada 400 000 kepada 200 000 menjelang 30 September 1919 dan 100 000 menielang 31 Mac 1920.5. Liga Bangsa dibentuk i. Pembentukan Liga Bangsa bagi menjaga keamanan serta mengelakkan daripada berlakunya peperangan. ii. Hampir kesemua negara Eropah menyertai pertubuhan ini kecuali Rusia dan Amerika Syarikat dan taraf kuasa besar diberikan kepada Britain, Perancis, Itali, dan Jepun. iii.Ketiadaan Amerika Syarikat dan Rusia sebagai anggota telah melemahkan pertubuhan iniiv. Akhirnya dibubarkan pada April 1945 apabila pertubuhan ini gagal menghalang penaklukan Itali terhadap Habsyah dan penaklukan Jepun terhadap Manchuria.b) Kesan Ekonomi1.Jerman mengalami masalah inflasi i. Kesan kekurangan bekalan makanan dan catuan bahan makanan, jerman mengalami inflasiii. Ini menyebabkan rakyatnya merusuh dan berlaku gerakan antikerajaan pada tahun 1917. iii.Pada tahun 1922, nilai mata wang Jerman, Mark telah menjunam dan pengeluaran industri Jerman turut terjejas. iv.Di Rusia , sektor pertanian mengalami masalah apabila kekurangan tenaga buruh kerana empat juta daripada mereka dikerah untuk menyertai tentera. v.Pemerintahan Tsar mengalami masalah dalam belanjawan kerana terpaksa mengalihkan peruntukan dalam bidang pendidikan dan perumahan kepada keperluan ketenteraan. vi. Di Perancis, berlaku pertempuran yang menyebabkan keupayaan pengeluaran merosot kepada 70% bagi arang batu, 81% bagi keluli, dan 63% besi. vii.Pasaran dunia telah diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun.c) Kesan sosial i.Perang Dunia Pertama telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa dan kemusnahan harta benda yang bernilai ASS 36 760 juta. ii.Britain kehilangan 750 000 rakyatnya, iaitu 9% daripada jumlah penduduk lelakinya yang berumur 45 tahun ke bawah manakala bilangan yang cedera dianggarkan berjumlah dua juta orang.iii.Lebih kurang 1.4 juta rakyat Perancis terkorban dan 3.5 juta yang lain tercedera dan jumlah ini melibatkan hampir 10% jumlah rakyat lelaki Perancis yang cergas. iv.Pencemaran udara dan bumi juga berlaku kesan penggunaan senjata kimia yang meluas dalam pertempuran sengit seperti di Marne dan Somme.C.KESIMPULAN1.Perang Dunia Pertama telah mendatangkan kesan yang mendalam terhadap seluruh rakyat di negara-negara vang terlibat secara langsung atau tidak langsung. 2. Memberi kesan kepada bidang politik, ekonomi dan sosial.3.Perang Dunia Pertama diberi gelaran sebagai The Great War kerana peperangan ini telah mengubah landskap politik Eropah, kemusnahan harta benda yang besar, dan jutaan nyawa yang terkorban.

Soalan 6Perang Dunia Pertama Telah Memberikan Kesan Kepada Politik Dunia. BincangkanA.PENGENALAN1. Perang Dunia Pertama telah memberi kesan kepada politik dunia, namun perang ini juga telah memberi kesan kepada bidang ekonomi dan sosial dunia.Perang Dunia Pertama tercetus antara tahun 1914 hingga 1918 yang hanya melibatkan negara-negara Eropah. 2.Pihak yang terlibat dalam perang ini inlah Triple Alliance (Perikatan Kuasa Tengah) yang dianggotai oleh Jerman, Austria-Hungary dan Itali, dan Triple Entente (Pakatan Bertiga) yang dianggotai oleh Rusia, Perancis, dan Britain. B. ISIa) Kesan Politik kepada:1. Rusiai. Kesan Perang Dunia Pertama dalam bidang politik ialah menamatkan pemerintahan beraja yang memerintah Rusia selama 400 tahun. ii.Kerajaan Rusia kehilangan sokongan daripada golongan petani dan pekerja kerana tidak membela nasib mereka ketika ekonomi merosot. iii.Vladimir Lenin telah menggulingkan pemerintahan beraja dan membentuk sebuah kerajaan komunis yang pertama di dunia.iv Lenin juga telah menandatangani Perjanjian Brest-Litovsk pada 3 Mac 1918 bagi menamatkan perang dengan Jerman dan Austria. v.Melalui perjanjian ini, Rusia kehilangan 1/4 wilayahnya di Eropah yang diserahkan kepada Jerman serta sumber arang batu dan besi. vi.Selain itu, Parti Komunis telah ditubuhkan dan seterusnya terbahagi kepada dua, iaitu Mensheviks yang dipimpin oleh Julius Martov dan Bolsheviks pimpinan Vladimir Lenin.2. Austria Hungryi.Kerajaan Austria-Hungary mengalami kemusnahan apabila Dinasti Habsburg ditamatkan. ii.Keadaan ini menyebabkan berlakunya pemberontakan yang dicetuskan oleh bangsa-bangsa yang pernah dikuasainya seperti I'ole, Slovak, Finn, Lithuania, dan Czech. iii. Kejayaan pemberontakan terscbut menyebabkan lahirnya negara-negara baharu seperti Czechoslovakia, Finland, Hungary, Latvia, Lithuania, Estonia. Dan Rumania3. Jermani.Kaiser Wilhem 11 bersetuju untuk turun takhta ii. Parti Sosialis Demokrat pimpinan Friedrich Ebert membentuk sebuah kerajaan republik yang dikenali sebagai Republik Weimer.

4.Perjanjian Versailles telah dimeterai i.Bertujuan menamatkan Perang Dunia Pertama.ii. Perjanjian ini dilihat tidak adil apabila pihak yang kalah dipaksa menerima syarat-syarat yang berat sebelahiii. Antaranya, Jerman terpaksa menyerahkan 12% daripada jumlah penduduknya selain menyerahkan 13% daerahnya termasuk 3/4 hasil besi dan 1/5 hasil arang batu. iv.Bayaran ganti rugi dan pampasan perang yang tinggi juga dikenakan kepada Jerman selain jumlah tentera dikurangkan daripada 400 000 kepada 200 000 menjelang 30 September 1919 dan 100 000 menielang 31 Mac 1920.5. Liga Bangsa dibentuk i. Pembentukan Liga Bangsa bagi menjaga keamanan serta mengelakkan daripada berlakunya peperangan. ii. Hampir kesemua negara Eropah menyertai pertubuhan ini kecuali Rusia dan Amerika Syarikat dan taraf kuasa besar diberikan kepada Britain, Perancis, Itali, dan Jepun. iii.Ketiadaan Amerika Syarikat dan Rusia sebagai anggota telah melemahkan pertubuhan iniiv. Akhirnya dibubarkan pada April 1945 apabila pertubuhan ini gagal menghalang penaklukan Itali terhadap Habsyah dan penaklukan Jepun terhadap Manchuria.b) Kesan Ekonomi1.Jerman mengalami masalah inflasi i. Kesan kekurangan bekalan makanan dan catuan bahan makanan, jerman mengalami inflasiii. Ini menyebabkan rakyatnya merusuh dan berlaku gerakan antikerajaan pada tahun 1917. iii.Pada tahun 1922, nilai mata wang Jerman, Mark telah menjunam dan pengeluaran industri Jerman turut terjejas. iv.Di Rusia , sektor pertanian mengalami masalah apabila kekurangan tenaga buruh kerana empat juta daripada mereka dikerah untuk menyertai tentera. v.Pemerintahan Tsar mengalami masalah dalam belanjawan kerana terpaksa mengalihkan peruntukan dalam bidang pendidikan dan perumahan kepada keperluan ketenteraan. vi. Di Perancis, berlaku pertempuran yang menyebabkan keupayaan pengeluaran merosot kepada 70% bagi arang batu, 81% bagi keluli, dan 63% besi. vii.Pasaran dunia telah diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun.c) Kesan sosial i.Perang Dunia Pertama telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa dan kemusnahan harta benda yang bernilai ASS 36 760 juta. ii.Britain kehilangan 750 000 rakyatnya, iaitu 9% daripada jumlah penduduk lelakinya yang berumur 45 tahun ke bawah manakala bilangan yang cedera dianggarkan berjumlah dua juta orang.iii.Lebih kurang 1.4 juta rakyat Perancis terkorban dan 3.5 juta yang lain tercedera dan jumlah ini melibatkan hampir 10% jumlah rakyat lelaki Perancis yang cergas. iv.Pencemaran udara dan bumi juga berlaku kesan penggunaan senjata kimia yang meluas dalam pertempuran sengit seperti di Marne dan Somme.C.KESIMPULAN1.Perang Dunia Pertama telah mendatangkan kesan yang mendalam terhadap seluruh rakyat di negara-negara vang terlibat secara langsung atau tidak langsung. 2. Memberi kesan kepada bidang politik, ekonomi dan sosial.3.Perang Dunia Pertama diberi gelaran sebagai The Great War kerana peperangan ini telah mengubah landskap politik Eropah, kemusnahan harta benda yang besar, dan jutaan nyawa yang terkorban.