Modul ketatanegaraan tahap 1

8
Sekretariat KRS/TKRS JB 1 1.0 DISIPLIN DAN KEROHANIAN Ketatanegaraan TAHAP 1 Tingkatan 1 1.1 PENGENALAN Melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama serta sanggup berbakti kepada masyarakat yang memerlukan khidmat dan bimbingan. 1.2 TUJUAN a. Melahirkan pelajar yang bersemangat patriotik, yang cintakan bangsa dan negara b. Menyediakan generasi pelajar yang mempunyai disiplin diri serta mempunyai daya juang, daya tahan, daya saing dan daya saring dalam menghadapi cabaran yang mendatang. c. Membina generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta memberi sumbangan ke arah hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara

Transcript of Modul ketatanegaraan tahap 1

Page 1: Modul ketatanegaraan tahap 1

Sekretariat KRS/TKRS JB

1

1.0 DISIPLIN DAN KEROHANIAN – Ketatanegaraan

TAHAP 1 – Tingkatan 1

1.1 PENGENALAN

Melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang

kental, berpegang teguh kepada ajaran agama serta sanggup berbakti kepada

masyarakat yang memerlukan khidmat dan bimbingan.

1.2 TUJUAN

a. Melahirkan pelajar yang bersemangat patriotik, yang cintakan bangsa dan

negara

b. Menyediakan generasi pelajar yang mempunyai disiplin diri serta mempunyai

daya juang, daya tahan, daya saing dan daya saring dalam menghadapi

cabaran yang mendatang.

c. Membina generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan

mengamalkan akhlak Islam serta memberi sumbangan ke arah hidup

berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara

Page 2: Modul ketatanegaraan tahap 1

Sekretariat KRS/TKRS JB

2

1.3 PELAKSANAAN DAN AKTIVITI

1.3.1 Lambang Negara

Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan

13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan

Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam

- agama rasmi Malaysia.

Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor,

Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau

Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri

Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat

dahulu.

Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna

hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam,

putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.

Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.

Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan

Sarawak di sebelah kanan.

Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan.

Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri

Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Cogan,

Page 3: Modul ketatanegaraan tahap 1

Sekretariat KRS/TKRS JB

3

"Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan

tulisan Jawi di sebelah kanan.

Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha

Mulia Raja-raja.

1.3.2 Bendera Malaysia

Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) mengandungi 14 jalur merah dan putih

(melintang yang sama lebarnya, tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan

13 buah negeri:

1. Johor

2. Kedah

3. Kelantan

4. Melaka

5. Negeri Sembilan

6. Pahang

7. Pulau Pinang

8. Perak

9. Perlis

10. Sabah

11. Sarawak

Page 4: Modul ketatanegaraan tahap 1

Sekretariat KRS/TKRS JB

4

12. Selangor

13. Terengganu

14. Wilayah Persekutuan

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga

atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.

Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang

pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan

Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli

Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

1.3.3 Lagu Kebangsaan

1.3.4 Sejarah Lagu Kebangsaan

Lagu Negaraku dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak. Lagu Trang Bulan, yang

berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh

Raja Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke

Negaraku

Tanah tumpahnya darahku,

Rakyat hidup

bersatu dan maju,

Rahmat bahagia

Tuhan kurniakan,

Raja kita

selamat bertakhta,

Rahmat bahagia

Tuhan kurniakan.

Raja kita

selamat bertakhta

Skor lagu Negaraku

Page 5: Modul ketatanegaraan tahap 1

Sekretariat KRS/TKRS JB

5

Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British,

JWW Birch. Lagu Trang Bulan ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de

Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan

dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri

Perak Darul Ridzuan.

Lagu rasmi negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan" ini telah dipilih menjadi

lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yang diketuai

oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957. Upacara

pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala

Lumpur.

Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis

Diraja. Lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan telah terpilih. Keputusan jemaah hakim

ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu.

Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000 kepada

pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik

Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'Negaraku' gubahan beliau terdapat dalam 3

versi.

Lagu Negaraku telah ditukar rentak kepada rentak yang lebih rancak oleh Tun Dr.

Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4. Lagu Negaraku

berentak baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang

Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003.

Lagu Negaraku berentak baru itu dimainkan selepas Perdana Menteri Malaysia

yang keempat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melaungkan "Merdeka" sebanyak

tujuh kali.

Lirik Negaraku berentak baru masih sama. Cuma permulaan lagu itu perlahan

seperti irama lagu Negaraku yang asal dan selepas itu, pergerakannya akan

bertambah laju.

Bagaimanapun penerimaan rentak baru ini agak hambar.

Page 6: Modul ketatanegaraan tahap 1

Sekretariat KRS/TKRS JB

6

1.3.5 Lagu Negeri Selangor

Duli yang maha mulia

Selamat di atas tahta

Allah lanjutkan usia Tuanku

Rakyat mohon restu

Bawah Duli Tuanku

Bahagia dan selama-lamanya

Aman dan sentosa

Duli yang maha mulia

1.3.6 Lambang Negeri Selangor

Moto Negeri Selangor

Lambang Negeri Selangor terdiri daripada dua bilah keris dan sebilah

tombak serta bulan bintang pada tombak itu. Ketiga-tiga sejata ini

merupakan alat kebesaran negeri turun-temurun, manakala anak bulan

bintang menunjukkan agama Islam, agama rasmi penduduknya. Tulisan

jawi berbunyi “Selangor Dipelihara Allah” terdapat pada ketiga-tiga alat

kebesaran tadi. Di bawahnya terdapat tali bengkung, sebagai alat yang

dipakai oleh pahlawan-pahlawan negeri pada masa itu.

Page 7: Modul ketatanegaraan tahap 1

Sekretariat KRS/TKRS JB

7

1.3.7 Bendera Negeri Selangor

Makna Bendera Negeri Selangor

Bendera Negeri Selangor telah direkabentuk semasa Sultan Selangor yang

keempat, Sultan Abdul Samad (1859 - 1898). Satu per empat bahagian

bendera terdiri daripada warna kuning dan merah, manakala logo Negeri

Selangor dan bintang memberi erti negeri Islam dan lima pegangan utama.

Kuning juga adalah melambangkan warna DiRaja. Lima bucu bintang

membawa erti mengucap dua kalimah syahadat, solat lima waktu sehari

semalam, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan

mengerjakan haji di Baitullah.

1.3.8 Rukun Negara

Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia. Rukun Negara telah

dihasilkan oleh MAGERAN (Majlis Gerakan Rakyat) setelah peristiwa trajedi 13

Mei yang berlaku pada tahun 1969.

Rukun Negara

Kepercayaan Kepada Tuhan

Kesetiaan Kepada Raja dan

Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

Page 8: Modul ketatanegaraan tahap 1

Sekretariat KRS/TKRS JB

8

1.3.9 Lagu-Lagu Patriotik

1. Pahlawanku

2. Putera-Puteri

3. Tanggal 31 Ogos

4. Baju Hijau

5. Banjaran Titiwangsa

6. Malaysia Berjaya