Modul Lab 2 Team Building

11
DINAMIKA KELOMPOK (KKG 2013) MODUL : TEAM BUILDING DISEDIAKAN OLEH : SITI HAMIZAH BT ROBIAN D20071028888 NURUL AINA BT MOHD YAAKUB D20071028900 DISEDIAKAN UNTUK : EN. MOHD HAFIZ BIN ABU BAKAR Masa: 08.00pm – 10.00pm Hari : Rabu Tempat : Makmal 2 1

Transcript of Modul Lab 2 Team Building

Page 1: Modul Lab 2 Team Building

DINAMIKA KELOMPOK

(KKG 2013)

MODUL : TEAM BUILDING

DISEDIAKAN OLEH :

SITI HAMIZAH BT ROBIAN D20071028888

NURUL AINA BT MOHD YAAKUB D20071028900

DISEDIAKAN UNTUK :

EN. MOHD HAFIZ BIN ABU BAKAR

Masa: 08.00pm – 10.00pm

Hari : Rabu

Tempat : Makmal 2

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIAUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

35900 TANJONG MALIMPERAK

MODUL LATIHAN

1

Page 2: Modul Lab 2 Team Building

DINAMIKA KELOMPOK BERSTRUKTUR

TEMA : TEAM BUILDING

1.0 KUMPULAN SASARAN

Aktiviti modul ini sesuai untuk semua golongan. Modul ini bertujuan untuk menguji

peserta dalam memahami dan meningkatkan kemampuan diri dari segi membuat keputusan

dan semangat bekerjasama, perkongsian idea di antara ahli kumpulan untuk menyelesaikan

setiap konflik yang dihadapi. Setiap ahli perlu melakukan pengorbanan demi mencapai

kejayaan. Ia juga bertujuan untuk membina semangat berpasukan dalam diri setiap ahli. Hal

ini kerana aktiviti pertama melibatkan aras pemikiran yang agak tinggi untuk diselesaikan.

Sementara itu, aktiviti kedua pula melibatkan pemikiran dan idea yang kreatif daripada setiap

ahli dalam kumpulan.

2.0 SINOPSIS

Mendedahkan para pelajar kepada sikap bekerjasama, toleransi dan bersatu dalam

kumpulan. Mereka juga didedahkan untuk memegang rasa tanggungjawab dalam setiap

keputusan yang diambil dengan sempurna dan mantap bagi mencapai sesuatu matlamat dalam

kumpulannya. Hal ini juga dapat mencerminkan peristiwa sebenar kepada mereka semua

apabila berdepan dengan pelbagai rintangan dan cabaran dalam dunia yang sebenar. Hal ini

kerana, sikap bekerjasama amat penting dalam mencapai sesuatu matlamat yang akan

dirancang. Mereka juga akan didedahkan dengan kemahiran dalam membuat perancangan

yang sempurna bagi mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.

Selain itu, kumpulan akan lebih kukuh dan sebarang aktiviti modul dapat berjalan dengan

lebih lancar sekiranya terdapat kepercayaan dan rasa tanggungjawab yang ditanggung

bersama dalam suasana sukar dan senang. Sokongan, galakan dan kata semangat di antara

setiap ahli juga sangat penting dalam aktiviti. Kesemua faktor ini secara langsung menjadikan

kumpulan itu lebih dinamik, produktif dan sentiasa bersaing untuk menempuh kejayaan demi

kejayaan dalam sebarang aktiviti yang mereka lakukan. Di samping itu, modul ini bertujuan

untuk menguji peserta dalam memahami dan meningkatkan kemampuan diri dari segi

membuat keputusan dan semangat bekerjasama, perkongsian idea di antara ahli kumpulan

untuk menyelesaikan setiap konflik yang dihadapi. Setiap ahli perlu melakukan pengorbanan

2

Page 3: Modul Lab 2 Team Building

demi mencapai kejayaan. Ia juga bertujuan untuk membina semangat berpasukan dalam diri

setiap ahli.

3.0 OBJEKTIF KESELURUHAN

Dalam menjalankan modul bertemakan `kerjasama berpasukan”, kami telah menggariskan

beberapa objektif yang mana ianya amat diperlukan bagi mengelakkan kami daripada lari atau

terpesong dari matlamat modul kami. Antara objektif-objektif kami ialah:

Membina semangat `kekitaan” untuk saling bekerjasama bagi meningkatkan prestasi

melalui sikap persaingan secara positif.

Mengekalkan hubungan yang sedia ada dan seterusnya menjadikannya lebih erat.

Menguji daya kreativiti peserta dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.

Untuk mengukuhkan kejelikitan dalam kelompok dengan cara bertukar-tukar

pendapat, idea, pengalaman dan kemahiran.

Untuk melihat sikap toleransi, bekerjasama, percambahan fikiran, pemikiran kreatif

dan konsep kendiri peserta.

4.0 Kaedah :

1. Perbincangan

2. Kerjasama dalam ahli kumpulan

3. Gerak langkah

4. Menyiapkan tugasan dan pelaksanaan

Aktiviti Sampingan

Pelaksanaan Aktiviti :

Langkah 1: Fasilitator akan mengarahkan pelajar-pelajar untuk melakukan senaman

ringan dan aktiviti memanaskan badan.

Menggunakan muzik iringan iaitu “Chicken Dance”.

Langkah 2: Fasilitator akan membahagikan pelajar-pelajar kepada tiga kumpulan

3

Page 4: Modul Lab 2 Team Building

dengan mengarahkan mereka bergerak ke dalam kumpulan masing-masing

mengikut nama binatang yang diberikan:

Ayam, 4 orang

Kambing, 4 orang

Kucing, 5orang

Langkah 3: Fasilitator akan meminta setiap kumpulan terbabit membuat trademark

kumpulan masing-masing mengikut bunyi dan gaya binatang tersebut.

Langkah 4: Kemudian, setiap kumpulan akan mendemostrasikan trademark kumpulan

masing-masing.

5.0 Alatan :

1. Bola

2. Moultine Board

3. Straw

4. Kerusi

5. Kertas A4

6. Masking Tape

7. Belon

8. Penanda Buku

9. Laptop

6.0 Masa : 1 jam 30 minit

Aktiviti sampingan : 20 minit

Aktiviti 1 : 25 minit

Aktiviti 2 : 25 minit

7.0 Pelaksanaan aktiviti

4

Page 5: Modul Lab 2 Team Building

Tajuk Aktiviti 1

TAJUK : Perjalanan Mencapai Kemenangan

SASARAN : Semua ahli dalam kelompok

MASA : 25 Minit

ALAT / BAHAN : Bola

: Moultine board

: Straw

OBJEKTIF :

Ahli kumpulan dapat mempraktikkan kerja secara berkumpulan

Ahli kumpulan dapat belajar bersaing secara sihat untuk menjayakan rancangan yang

diatur.

Ahli kumpulan dapat memupuk semangat toleransi dalam berkongsi idea dan

cadangan yang dikemukan di dalam kumpulan.

Ahli kumpulan dapat menghayati interaksi antara budaya atau latar belakang dalam

kumpulan serta dapat memupuk nilai kemesraan sesama mereka.

Mewujudkan budaya kerjasama dan bertolak ansur serta saling faham-memahami di

antara satu sama lain dalam kalangan ahli kumpulan.

Ahli kumpulan dapat meningkatkan lagi kerjasama sesama ahli di dalam kumpulan

serta mengeratkan perpaduan sesama ahli.

Menggalakkan proses komunikasi yang berkesan.

Melahirkan pelajar yang berpandangan jauh dan berfikir secara matang, rasional dan

tenang.

Menjana minda pelajar supaya mampu berfikir secara kreatif dan inovatif dalam

melihat sesuatu permasalahan.

Membantu pelajar untuk lebih berani dan berkeyakinan untuk melaksanakan sesuatu

tugas yang mencabar dengan melihat sesuatu permasalahan dari perspektif yang

berbeza.

5

Page 6: Modul Lab 2 Team Building

Langkah-langkah :

Langkah 1 : Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar mengambil sebuah kerusi dan

membentuk satu bulatan U dengan jarak yang sama.

Langkah 2 : Kemudian, fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar berada dalam

kumpulan masing-masing.

Langkah 3 : Seterusnya, fasilitator akan menyediakan sebiji bola, moultine board dan

straw kepada setiap kumpulan.

Langkah 4 : Kemudian, semua ahli kumpulan diarahkan untuk mengangkat sebiji bola

beramai-ramai menggunakan straw dan kemudian meletakkan bola tersebut

di atas moultine board dengan syarat mereka tidak dibenarkan menyentuh

bola tersebut dengan tangan.

Langkah 5 : Setelah bola diletakkan di atas moultine board, mereka kemudiannya diarah

supaya mengangkat bola yang diletakkan diatas moultine board tersebut

dan membawanya dalam satu pusingan dengan jalan yang mempunyai

beberapa halangan berliku sambil menyanyikan lagu “Fikirkan Boleh” secara

beramai-ramai.

Langkah 6 : Fasilitator diminta memerhatikan tingkah laku peserta secara terperinci dan

melihat kerjasama antara mereka sama ada positif mahupun negatif.

Falsafah :

1) Kerjasama amat penting untuk mencapai sesuatu kejayaan.

2) Perancangan yang teliti akan menghasilkan sesuatu kerja yang baik.

3) Daya kreativiti yang tinggi akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

6

Page 7: Modul Lab 2 Team Building

4) Perancangan aktiviti amat penting untuk memastikan matlamat tercapai.

5) Setiap perancangan dan kerja akan menghasilkan kejayaan apabila mendapat

sokongan dan kerjasama daripada semua ahli kumpulan.

Tajuk Aktiviti 2

TAJUK : Menara Bata

SASARAN : Semua ahli dalam kelompok

MASA : 25 Minit

ALAT / BAHAN : Kertas A4

: Masking Tape

: Belon

: 5 Bongkah Batu-bata

OBJEKTIF :

Dapat mengadakan perbincangan dengan ahli-ahli dalam kumpulan.

Membina kumpulan, menguatkan fizikal, menggalakkan pencapahan  minda dan

keseronokkan.

Menggalakkan persepakatan dan perpaduan sesama ahli dalam kumpulan.

Mewujudkan semangat kerjasama sesama ahli kumpulan.

Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam diri setiap ahli untuk menyelesaikan tugasan

.

Arahan : 

1. Setiap kumpulan diberi 4 keping kertas A4. 

7

Page 8: Modul Lab 2 Team Building

2. Dalam masa 10 minit, setiap kumpulan dikehendaki membina sebuah binaan yang kukuh mengikut kreativiti mereka sendiri.

 3. Syaratnya, kertas A4 tersebut tidak boleh direnyukkan.

 4. Selain itu, binaan tersebut mestilah boleh menampung berat sekurang-kurangnya 5

bongkah batu-bata.. 

5. Kumpulan yang gagal akan diberi dendaan sementara yang menang juga mendapat habuan.

 6. Selesai melakukan aktiviti tersebut, ahli kumpulan diberi peluang untuk menyatakan

pengalaman dan perasaan mereka sepanjang berada dalam kumpulan dan menjalani

aktiviti tersebut.

 Tips :            

         Denda akan diberi kepada kumpulan yang kalah dengan meniup belon sehingga pecah setiap

seorang satu biji belon.

      Pemenang tidak dibiarkan menjadi penonton sebaliknya diminta untuk membuat sebarang

bunyi atau bertepuk tangan sebagai sokongan kepada kumpulan yang kalah.

Falsafah :

1) Kemampuan manusia mampu digembleng untuk mendapatkan yang terbaik.

2) Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.

3) Kehidupan manusia tidak semesti seperti yang diharapkan umpama " disangka hujan

sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari ".

4) Sikap berjimat menjamin keberkesanan pengajaran.

 

8

Page 9: Modul Lab 2 Team Building

________________________________________________________________________

“RENUNGAN”

“Tidak ada orang yang berjaya dalam keadaan dirinya tidak pernah bersedia untuk

berjaya, kalau dia ‘berjaya’ itu bukan kejayaan tapi kebetulan”.

“Mempercayai diri kita lemah, sebelum betul-betul terbukti kita lemah adalah kelemahan

kita yang paling lemah”.

9