Power Point Building

14
ASSALAMMUALAIKUM Topik: KEHENDAK PEMBANGUNAN

description

THE SPONGEBOB SQUAREPANTS MOVIE: SPONGE OUT OF WATER

Transcript of Power Point Building

ASSALAMMUALAIKUM

ASSALAMMUALAIKUMTopik: KEHENDAK PEMBANGUNAN1TAPAK BANGUNAN

Tiada bangunan boleh didirikan atas mana-mana tapak yang telah dikambus dengan apa-apa bahan yang bercampur dengan jirim najis, binatang atau sayur-sayuran, sehingga tapak pembangunan menjadi tidak berbahaya dan telah ditambak dengan selapis tanah bukit, teras keras, batu hangus atau abu yang dihentak-asak sehingga sekurang-kurangnya 300 milimeter tebal.

ketebalan nominal dinding-dindingBagi maksud-maksud Bahagian ini apabila sebutan dibuat mengenai ketebalan sesuatu dinding bata, ketebaldn maksimum atau minimum dinding itu tidak boleh melebihi ketebalan nominal campur atau tolak toleransi maksimum yang dibenarkan dibawah sesuatu spesifikasi piawaianPeparitSuatu peparit yang dibuat dalam dinding bagi paip-paip dan kemudahan khidmat lain hendaklah meninggalkan dinding di bahagian belakang peparit itu tidak kurang daripada 90 milimeter tebal bagi dinding luar dan tidak kurang daripada 100 milimeter tebal bagi dinding dua pihak dan tidak boleh lebih daripada 200 milimeter lebar.

Mengukur panjang sesuatu dindingBagi maksud-maksud Undang-Undang Kecil ini-

dinding-dinding hendaklah dibahagikan kepada panjang-panjang yang berbeza oleh dinding balik apabila diikat antara satu dengan lain;

panjang sesuatu dinding hendaklah diukur daripada pusat ke pusat-

(i) dinding silang yang terikat kepadanya; atau

(ii) tembok sambutnya yang mempunyai dimensi diukur selari dengan panjang dinding itu tidak kurang daripada dua kali ganda tebal dinding itu dan satu dimensi diukur pada sudut tegak ke dinding itu tidak kurang daripada tiga kali ganda tebal dinding itu.

asas tapak konkrik tertulang

(1) Jika struktur lantai kayu dibenarkan di bawah Undang-Undang Kecil ini lantai kayu itu hendaklah direkabentuk daripada kayu keras atau jenis kayu yang diawetkan dengan bahan pengawet kayu yang sesuai.(2) Semua gelegar lantai kayu hendaklah direkabentuk mengikut Undang-Undang Kecil ini.(3) Semua gelegar sambut kayu hendaklah sekurang-kurangnya 25 milimeter lebih tebal daripada gelegar lantai yang bersampingan

Asas bagi gelegar

(1) Semua gelegar hendaklah mempunyai alas sekurang-kurangnya 115 milimeter pada dinding dan jika disangga atas kerja batu-bata, sesangga itu hendaklah menjadi lapisan mengunjur selanjar. Sesangga yang berasingan adalah tidak dibenarkan.(2) Tiada sesuatu gelegar boleh dibina ke dalam ketebalan mana-mana dinding dua pihak melainkan ada sekurang-kurangnya 115 milimeter bahan kalis api di antara sisi-sisi dan di hujung kayu-kayu itu.(3) Semua hujung gelegar yang dibina ke dalam dinding hendaklah diawet dengan bahan pengawet kayuRuang di bawah lantai hendaklah mempunyaai pengudaraan

Jika tingkat bawah mana-mana bangunan dibina dengan gelegar kayu dan papan lantai, ruang di bawah lantai itu hendaklah mempunyai pengudaraan secukupnya.Pencahyaan dan pengudaraan tanggaSemua tangga hendaklah diterangi dan diganti udara dengan sempurna mengikut kehendak-kehendak Dato Bandar.kepungan tangga dalam kedaiBagi sesuatu kedai, larian sesuatu tangga yang mempunyai akses terus daripada jalan hendaklah dikepung dengan dinding daripada bahan tak boleh terbakar.

Bumbung kayu(1) Kayu struktur untuk pembinaan bumbung hendaklah direkabentuk dan dibina daripada kayu yang cukup besar dan hendaklah sama lida daripada kayu keras atau, jika daripada kayu jenis lain, hendaklah diawet dengan bahan pengawet kayu yang sesuai.(2) Semua kayu bumbung bina dalam atau tersembunyi hendaklah disalut dengan bahan pengawet kayuPenutup bumbung dan saliran

Semua bumbung bangunan hendaklah dibina supaya boleh disalurkan dengan berkesan kepada saluran, talang, pelongsor atau palung yang sesuai dan mencukupi yang hendaklah disediakan mengikut kehendak-kehendak Undang-Undang Kecil ini bagi menerima dan membawa semua air yang mungkin jatuh di atas dan daripada bumbung itu.Bumbung rataTiap-tiap bumbung rata, langkan atau kawasan lain yang dinaikkan 1.8 meter atau lebih di atas kawasan berhampiran di mana jalan masuk biasa disediakan hendaklah dilindungi sepanjang tepinya dengan susur, parapet atau alat-alat serupa yang sesuai yang tidak kurang daripada 1 meter tinggi atau dengan cara lain yang sesuai.Paip dan saluran perkhidmatan

(1) Jika saluran atau kepungan diadakan dalam sesuatu bangunan untuk menempatkan paip, kabel atau konduit, dimensi saluran atau kepungan itu hendaklah- (a) mencukupi bagi menempatkan paip, kabel atau konduit itu dan bagi persilangan cabangan dan sesalur bersama-sama dengan penyangga dan pemasangan; dan (b) cukup besar untuk membolehkan akses kepada lubang cuci, pili penutup dan kawalan lain di situ bagi membolehkan pembaikan, penyambungan dan pengubahsuaian dibuat kepada setiap atau semua perkhidmatan yang ditempatkan itu.

(2) Lubang akses ke saluran dan kepungan hendaklah cukup panjang dan ditempatkan dengan sesuai untuk membolehkan paip-paip panjang dipasang dan dipindahkan.