Modul MTE3143-Bab 2.pdf

4
24 MODUL MTE3114 APLIKASI MATEMATIK 24 2.1 Beberapa Definisi Kod Satu peraturan /petua untuk menukar sebarang maklumat ke dalam bentuk / perwakilan yang berlainan. Pengkodan Proses di mana maklumat daripada sumber ditukar kepada simbol untuk dikomunikasi. Pengdekodan Proses songsang pengkodan di mana simbol kod ditukar balik kepada bentuk / maklumat yang mudah difahami oleh si penerima. Cipher Algoritma atau prosedur yang ditetapkan untuk menjalankan proses enkripsi ( mesej dienkod agar maklumat tidak dapat difahami oleh pihak lain kecuali pihak yang dibenarkan) [ atau dekripsi (proses mengdekod mesej yang diterima kepada mesej yang asal dan mudah difahami) Perkembangan kod klasik dan cipher menggunakan teknik-teknik yang berikut o Transposisi o Gantian o 2.2 Transposisi Kaedah enkripsi mesej yang melibatkan perubahan penyusunan semula huruf / kumpulan huruf mengikut peraturan atau sistem tertentu Cipher Pagar Kereta Api Huruf-huruf dalam mesej ditulis semula dalam dua atau lebih baris. Kemudiannya, dicantumkan semula untuk membentuk mesej yang telah dienkodkan. BAB 2 KOD KLASIK DAN SIFER

Transcript of Modul MTE3143-Bab 2.pdf

  • 24 MODUL MTE3114 APLIKASI MATEMATIK

    24

    2.1 Beberapa Definisi

    Kod

    Satu peraturan /petua untuk menukar sebarang maklumat ke dalam bentuk / perwakilan yang berlainan.

    Pengkodan

    Proses di mana maklumat daripada sumber ditukar kepada simbol untuk dikomunikasi.

    Pengdekodan

    Proses songsang pengkodan di mana simbol kod ditukar balik kepada bentuk / maklumat yang mudah difahami oleh si penerima.

    Cipher

    Algoritma atau prosedur yang ditetapkan untuk menjalankan proses enkripsi ( mesej dienkod agar maklumat tidak dapat difahami oleh pihak lain kecuali pihak yang dibenarkan)[ atau dekripsi (proses mengdekod mesej yang diterima kepada mesej yang asal dan mudah difahami)

    Perkembangan kod klasik dan cipher menggunakan teknik-teknik yang berikut o Transposisi o Gantian o

    2.2 Transposisi

    Kaedah enkripsi mesej yang melibatkan perubahan penyusunan semula huruf / kumpulan huruf mengikut peraturan atau sistem tertentu Cipher Pagar Kereta Api

    Huruf-huruf dalam mesej ditulis semula dalam dua atau lebih baris. Kemudiannya, dicantumkan semula untuk membentuk mesej yang telah dienkodkan.

    BAB 2 KOD KLASIK DAN SIFER

  • 25 MODUL MTE3114 APLIKASI MATEMATIK

    25

    Contoh: Mesej KAMI TERTIPU OLEH MEREKA LAGI bila ditulis dalam LIMA baris menjadi K E U M A A R O E L M T L R A I I E E G T P H K I dan bila digabungkan semula menjadi mesej KEUMAAROELMTLRAIIEEGTPHKI Si penerima akan menyusun mesej yang diterima dalam lima baris dan membaca mengikut arah yang dipersetujui dengan si pengirim dalam contoh ini dari atas ke bawah untuk mengdekod mesej kepada yang asal.

    Cipher Lintasan

    Huruf-huruf dalam mesej ditulis semula mengikut satu lintasan yang tertentu, misalnya mengikut lintasan spiral dari luar ke dalam yang tersusun dalam satu segiempat sama. Bilangan petak dalam segiempat sama yang diguna merupakan rahsia antara si pengirim dan si penerima. Contoh: Mesej KAMI TERTIPU OLEH MEREKA LAGI selepas ditulis mengikut lintasan spiral akan menjadi mesej KAMITMEREEHGIKREALATLOUPI

    Untuk mengdekod mesej, si penerima menggunakan segiempat sama yang serupa dengan si pengirim dan membaca ikut lintasan yang dipersetujui.

    2.3 Gantian

    Kaedah enkripsi mesej yang melibatkan penggantian semula huruf/kumpulan huruf mengikut peraturan atau sistem tertentu

  • 26 MODUL MTE3114 APLIKASI MATEMATIK

    26

    Cipher Gantian Mudah Semua huruf dalam abjad dipadankan dengan huruf secara padanan satu dengan satu mengikut peraturan atau sistem yang dipersetujui dan dirahsiakan. Contoh: A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z M E L A Y U B C D F G H I J K N O P Q R S T V W X Z Merujuk kepada sistem di atas mesej SATU MALAYSIA akan ditulis sebagai QMRSIMHMXQDM Kedua-dua pengirim dan penerima akan menggunakan sistem yang sama. Cipher Caesar Setiap huruf dalam abjad digantikan oleh huruf yang berkedudukan tertentu daripadanya dalam susunan abjad. Contoh: A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z Y Z A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Dalam contoh ini, setiap huruf digantikan dengan huruf yang berada dua tempat selepasnya. Oleh yang demikian, mesej KECEMERLANGAN akan ditulis sebagai ICACKCPJYLEYL Cipher Pigpen

  • 27 MODUL MTE3114 APLIKASI MATEMATIK

    27

    Sistem ini menggunakan simbol-simbol yang diguna oleh kumpulan Freemason bagi mewakili huruf-huruf tertentu. Cipher ini juga dikenali sebagai cipher Masonic atau Rosicrucian. Contoh:

    Cipher Atbash Cipher ini merupakan cipher gantian yang mudah yang hanya mengandungi dua baris abjad yang yang disusun secara bertentangan arah. Contoh : A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z Z Y X W V U T S R Q P O N M L K J I H G F E D C B A Mesej BAHASA JIWA BANGSA akan ditulis sebagai YZSZHZ QRDZ YZMTHZ Cipher Kama Sutra Cipher ini juga dikenali sebagai cipher Vatsyayana yang pernah dihuraikan dalam buku Kama Sutra yang ditulis dalam abad ke-4 AD. Setiap huruf dipadankan dengan huruf lain secara rawak dan digunakan untuk menulis mesej rahsia. Padanan satu dengan satu antara pasangan huruf-huruf hanya diketahui oleh pengirim dan penerima. Contoh: A = K B = C C = Z D = I E = R F = S G = M H = P I = L J = H K = V L = E M =Y N = G O = J P = F Q =N R = W S = B T = O U = D V = X W= U X = A Y = T Z = Q Mesej TERPERANGKAP ditulis sebagai ORWFRWKGMVKF