modul penilaian.pptx
-
Upload
ismail-hashim -
Category
Documents
-
view
229 -
download
0
Transcript of modul penilaian.pptx
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian.
2. Menghuraikan perbezaan pentaksiran, pengujian dan penilaian
Memasyarakatkan PentaksiranPengukuran
PentaksiranPeperiksaan
PengujianPenilaian
Instrumen
60:405:3:2
RubrikIndeks Diskriminasi
KonstrukKlasifikasi Item
P&P
Respons KeySkor Min
Aras KesukaranKeakuran
KetepatanKesesuaian
?Markat
Kuliah 1:
1. Pengertian dan konsepPengujian PengukuranPentaksiranPenilaianPerkaitan konsep-konsep tersebutAmali
Seorang pelajar didapati tidak boleh menulis karangan dengan baik. Guru
akan mengenal pasti (menguji) masalah tersebut dengan
mengemukakan ujian diagnostik. Daripada keputusan yang diperoleh, guru akan “menilai” serta membuat
keputusan tentang langkah yang sepatutnya diambil bagi mengatasi
masalah tersebut.
SITUASI DALAM KELAS
KonsepPengujian
Ujian bermaksud bahan yang tertulis atau tercetak atau terakam yang telah
dibentuk oleh guru untuk menguji kemahiran bahasa.
UJIAN
Cotohnya;
Ujian Kloz – menguji kefahaman membaca
Ujian Imlak – menguji kemahiran mendengar
Ujian merujuk alat yang digunakan untuk mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam
sesuatu perkara.
RINGKASNYA
PengujianPengujian merujuk proses menguji
sesuatu kemahiran (cth bahasa)
Pengujian merujuk proses atau situasi sesuatu alat ujian yang sedang
ditadbirkan oleh guru terhadap pelajar.
ATAU
PENGUJIAN
Prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku @ perubahan seseorang pelajar dengan menggunakan satu set instrumen.
Ujian ialah satu prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan satu sistem yang berkategori (Cronbach 1970)
Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.
Melalui pengujian,seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan,kemahiran @ sikap yang ingin disampaikan guru.
Prosedur pengujian (melibatkan persediaan, pelaksanaan ujian,pemeriksaan skrip jawapan)
Oleh kerana ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan bagi tujuan penilaian p&p, maka tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, ditadbir dengan betul dan ditafsir dengan tepat.
RUMUSAN
Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran, dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah.
Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti 1
Cuba fikirkan apakah cara lain untuk mendapatkan bukti penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran selain daripada pengujian? Video
Senaraikan apakah ciri-ciri ujian sebagai alat ukur yang sahih?
Fikirkan bagaimanakah ujian yang baik boleh dibina?
Terangkan bagaimanakah pengujian boleh dilaksanakan dengan berkesan?
Video OUM
Konsep Pengukuran& Pentaksiran
Proses memperuntukkan nombor kepada sesuatu secara kuantitatif. Contohnya memberi nilai berat kepada timbangan, memberi jumlah suhu badan, jumlah markat pelajar.
(Mokhtar Ismail,2009)
PENGUKURAN
PENGUKURAN
Satu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (angka) tentang sebanyak mana pelajar mempunyai ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu.
Pengukuran ialah satu proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu.
ialah proses pengumpulan maklumat dan merumuskannya
mengikut satu sistem skor untuk menunjukkan letaknya perkara yang diukur itu dalam satu skala yang ditentukan.
PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN
0 10076
Contoh Pengukuran
Ramli mendapat 60% dalam ujian matematik [kita tidak menyatakan prestasi Ramli itu baik @ sebaliknya]
[Kita hanya mengukur pencapaian matematik tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh]
*** Pengukuran ialah proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu.
Ciri-ciri Pengukuran
1.Boleh dibuat tanpa menggunakan alat pengujian .
Contoh: melalui pemerhatian/pencerapan (lukisan) melalui temu bual (sikap & pengetahuan).
2.Mendapatkan ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu (pengujian ialah salah satu kaedahnya).
3.Pengukuran tidak bersifat mutlak.
Contohnya: Pengukuran keupayaan mental sukar diukur dengan tepat berbanding ketinggian pelajar yang boleh diukur dengan pembaris / alat pengukur.
4.Hasil pengukuran diwakilkan dengan sesuatu angka (prestasi / keupayaan digambarkan dengan angka)
PENTAKSIRAN Proses mendapatkan maklumat dan seterusnya
membuat penghakiman dan pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat.
Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang.
Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.
PENTAKSIRAN
Proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian.
Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran,merangkumi aktiviti menghurai,mengumpul,merekod,memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran (LPM,2000).
Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor (mestilah sah & dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan)
KONSEP PENTAKSIRAN
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Proses : Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.
Maklumat : Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.
Penghakiman : Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.
Produk : Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.
KONSEP PENTAKSIRAN
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.
KONSEP PENTAKSIRAN
Pentaksiran haruslah dilihat sebagai :
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti yang dijalankan secara berterusan.
Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.
Aktiviti 2
Cuba fikirkan yang mana lebih berkesan: meyakinkan seseorang dengan pendapat atau dengan angka? Berikan alasan mengapa anda berfikiran sedemikian?
Perkembangan sains selalu dikaitkan dengan angka. Cuba fikirkan bagaimanakah pengukuran membantu membangunkan bidang sains.
Sejauh mana kebenaran kata-kata Edward Thorndike (1914): “Jika sesuatu perkara itu wujud, ia wujud pada jumlah tertentu. Jika ia wujud pada jumlah tertentu, maka kita boleh mengukurnya”.
Video 2
KonsepPenilaian
PENILAIAN
Menurut Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), penilaian merupakan proses mengenal pasti, memperoleh dan mentafsir maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan dalam membuat keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.
Merujuk proses mentafsir atau memberi nilai yang bercorak kualitatif tentang sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markat pencapaian hasil daripada pengukuran yang telah dilakukan secara kuantitatif.
(Abdul Aziz Abdul Mutalib,1993)
Airasian (1994) menyatakan bahawa dari segi kosep penilaian dan pentaksiran bermaksud memberi pertimbangan nilai ke atas sesuatu pengukuran atau tingkah laku tetapi penilaian mencakupi konteks aktiviti formal di kelas sebaliknya pentaksiran mengambil kira juga aktiviti tidak formal.
Penilaian formal seperti Ujian Bulanan, Ujian Penggal, UPSR.
Penilaian tidak formal seperti pemerhatian guru semasa P&P berlangsung, cara pelajar menjawab, berdiri atau tidak, sambil lewa dsb.
Penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai (Gay 1985).
Penilaian melibatkan 3 proses utama:
Penentuan objektif / ukuran Mendapatkan maklumat dan memproses
maklumat / menganalisis ukuran Membuat kesimpulan / menyatakan nilai atau
menginterpretasi ukuran
Dari segi p&p, penilaian boleh didefinisikan sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif p&p di dalam bilik darjah tercapai.
Definisi ini bermaksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal (berdasarkan pemerhatian / eksperimen).
Selain daripada ujian, bukti empirikal boleh diperoleh menerusi penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, dll.
Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif p&p mungkin dibuat berasaskan pendapat semata-mata.
Proses mentafsir pula perlu berdasarkan kriteria tertentu atau ciri-ciri tertentu yang telah disediakan terlebih dahulu.
Contohnya :Markat 80 - 89 - Baik, Markat 90 - 100 - Cemerlang.
Data yang digunakan untuk membuat penilaian.
-Kuantitatif –gred,peratus (serta dengan penjelasan nilainya)
Contohnya :cemerlang, kepujian, baik, lulus/ gagal,dsb (90% - cemerlang)
-Kualitatif –pemerhatian,temu bual.
Contohnya: cantik, cepat, tepat, bersih,dsb.
(lukisannya cantik dan menarik)
Penilaian membolehkan kita membuat anggaran,sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya.
Penilaian dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara.
Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan masalah.
Contoh penilaian
1.Menilai pencapaian objektif P & P
2.Menilai pencapaian matlamat menguasai kemahiran 3M dalam kalangan murid sekolah rendah.
3.Menilai hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya.
Prosedur penilaian.
1.Persediaan ujian
2.Pentadbiran ujian
3.Pemeriksaan jawapan ujian
4.Analisis ukuran
5.Interpretasi dan tindakan susulan.
Video 3
Proses yang sering kita lakukan dalam penilaian sesuatu kemahiran m/p adalah seperti berikut;
UJI UKUR & TAKSIR NILAI
UJI Langkah pertama – bina alat uji (Ujian)
Tadbirkan ujian tersebut UKUR & TAKSIR
Menentukan tahap Memberi markat / kuantifikasi
NILAI Menilai atau memberi sifat nilai kualitatif
Aktiviti 3
Cuba fikirkan apakah matlamat guru mengajar sesuatu m/p di bilik darjah dan makmal.
Apakah peranan penilaian dalam memastikan bahawa matlamat pengajarannya dicapai?
Apakah aspek-aspek penilaian yang perlu diperhatikan oleh guru bagi memastikan matlamat pengajarannya dicapai?
Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh guru bagi memastikan matlamat pengajarannya tercapai?
Senaraikan risiko yang berkait dengan keputusan guru untuk membuat keputusan sama ada pengajarannya berkesan atau tidak berkesan.
Peperiksaan
PERKAITAN KONSEPPengujian PentaksiranPengukuranPenilaian
satu sistem yang menggabungkan pelbagai bentuk pentaksiran atau
pengukuran menjadi satu format pelaporan yang
menyeluruh yang memberikan maklumat yang berwibawa dan
boleh dipercayai.
PEPERIKSAAN
“Dalam satu sistem peperiksaan kita membuat
penilaian berdasarkan skor atau skor-skor yang
diperoleh daripada pelbagai proses pentaksiran dan pengukuran”.
PEPERIKSAAN
PENTAKSIRAN
PENGUJIAN
PENGUKURAN &
UJIAN
SISTEM
PROSES
ALAT
PENILAIAN
Penilaian
Pengujian
Perkaitan Pengujian, Pengukuran, Pentaksiran dan Penilaian
Pengukuran & Pentaksiran
Perkaitan KonsepPENGUJIAN PENGUKURAN /
PENTAKSIRAN PENILAIAN
Merujuk kepada teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku individu.
Satu proses yang menentukan kuantiti atau takat pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran guru.
Satu proses mentaksir sama ada kuantiti atau takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak.
Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakan pelajar memberi tindak balas / respon.
Alat pengukuran yang digunakan mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala.
Proses menggunakan data kuantiti dan kualiti untuk membuat taksiran dan keputusan.
Ujian yang merupakan alat pengukuran hanya membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar (dalam bentuk markah) sahaja.
Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan.
Satu aspek proses pembelajaran yang menggalakkan pelajar membaiki pencapaiannya, membantu guru membuat taksiran tentang kesan pengajaran mereka.
KENAPA MENTAKSIR
Guru – keberkesanan/ kelemahan pengajaran
Pelajar – keberkesanan/ kelemahan pembelajaran
Pengurusan – pemilihan, penempatan, pensijilan
Tujuan / KepentinganAzizi Ahmad (2005,p.16) menyatakan antara tujuan atau kepentingan penilaian / pentaksiran yang dijalankan di bilik darjah adalah untuk;
Diagnosis Mengenal pasti tahap penguasaan pelajar
terhadap P&P yang telah berlangsung. Memberi maklum balas tentang masalah yang
dihadapi pelajar. Mengenal pasti kemajuan pelajar. Jadi panduan guru utk. membuat pengayaan,
pemulihan atau menukar pendekatan dalam P&P.
Pencapaian / Pengredan Memberi maklumat tentang tahap
penguasan pelajar terhadap pengetahuan,kemahiran dan sikap yang disampaikan guru.
Pentaksiran akhir (UPSR,PT3,SPM) bagi menentukan gred pencapaian pelajar (cemerlang, sederhana atau gagal) dan pemberian sijil.
Pemilihan dan Penempatan Panduan kepada guru untuk memulakan
sesi P&P Panduan kepada guru untuk
mengelompokkan pelajar megikut tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka.
Boleh juga digunakan untuk menempatkan pelajar dalam aliran tertentu seperti aliran sains dan sastera.
Bimbingan dan Kaunseling Boleh menjadi motivasi intrinsik kepada
pelajar. Boleh menjadi motivasi ekstrinsik
daripada ibu bapa, guru, rakan sebaya dan sebagainya.
Panduan kepada Penggubal Dasar
Khususnya kepada penggubal kurikulum KPM Sekiranya tidak berjaya mungkin;
Pengubahsuaian kurikulum perlu dibuat
Perubahan pendekatan P & P boleh dilakukan
Bacaan Tambahan
Apr 22, 2023 59
KONSEP KESAHAN
Sesuatu ujian sepatutnya mengukur apa-apa yang sepatutnya diukur (Umum)
Apr 22, 2023 60
KONSEP KESAHAN
Wood (1991) menekankan bahawa kesahan adalah lebih penting daripada kebolehpercayaan tetapi bergantung semata-mata padanya dianggap sebagai kesahan pemerhatian.
Apr 22, 2023 61
KESAHAN
Mengikut Thorndike (1991), konsep kesahan merujuk keseluruhan apa-apa yang hendak kita ukur dan tiada lain selain apa-apa yang hendak kita ukur.
Apr 22, 2023 62
KESAHAN
Anastasi (1988) menjelaskan bahawa kesahan ialah ujian yang mengukur sesuatu sebaik mungkin.
Apr 22, 2023 63
Huck dan Cormier (1996) menyatakan bahawa inti pati kesahan berkait rapat dengan perkataan ketepatan.
KESAHAN
Apr 22, 2023 64
Jenis Kesahan
Kesahan Kandungan (Content Validity)
Kesahan Semasa / serentak (Concurrent Validity)
Kesahan Ramalan (Predictive Validity
Kesahan Berkaitan Kriteria (Criterian-related Validity)
Kesahan Konstruk / gagasan (construct validity)
Kesahan Muka (Face Validity)
Apr 22, 2023 65
Kesahan Kandungan (content validity)
Item ujian merangkumi kandungan ujian yang hendak diukur
Apr 22, 2023 66
Kesahan Kandungan (content validity)
Merujuk objektif pengajaran yang jelas dan bahan-bahan pengajaran yang ditentukan atau kepada bidang pengajaran yang dikhususkan.
Apr 22, 2023 67
Ciri-ciri Kesahan Kandungan
Kandungan ujian mewakili perkara yang hendak diukur atau diuji
Digunakan dalam ujian pencapaian
Mengukur penguasaan pengetahuan atau kemahiran tertentu bagi mata pelajaran tertentu
Apr 22, 2023 68
Memastikan setiap konstruk yang diuji mewakili setiap aspek penting pelajaran yang diajarkan
Bergantung pada atau kesesuaian tingkah laku yang ingin diperhatikan atau diketahui
Perlu memenuhi Huraian Sukatan Pelajaran dan Spesifikasi Ujian
Ciri-ciri Kesahan Kandungan
Apr 22, 2023 69
Kesahan Semasa/Serentak
(Concurrent Validity ) Hubung kait antara skor ujian
dengan kumpulan pelajar berdasarkan kriteria tertentu
Ditadbir pada masa yang sama atau dalam jangka masa yang pendek.
Apr 22, 2023 70
Skor ujian/pep. akhir tahun bagi sampel pelajar dibandingkan dengan jangkaan guru tentang kebolehan pelajar, misalnya skor Sejarah dalam pep. SPM
Apr 22, 2023 71
Kesahan Ramalan
Kesahan Ramalan dapat ditentukan dengan membuat penilaian tentang ketepatan ramalan (menggunakan instrumen untuk mengumpul data) masa kini daripada maklumat yang dikumpulkan pada masa hadapan.
Apr 22, 2023 72
Kesahan Ramalan
Contoh:- Maklumat dikumpul melalui
ujian/kriteria/ tingkah laku dan tunggu sehingga tingkah laku yang hendak diukur oleh ujian berlaku
Buat perbandingan antara maklumat yang dikumpul dan skor yang diperoleh daripada pelajar mengambil ujian tersebut.
Apr 22, 2023 73
Kesahan Berkaitan Kriteria (Criterian-related
Validity ) Perbezaan antara kesahan semasa
dengan kesahan ramalan bergantung pada prosedur mentadbir ujian:-
Pentadbiran ujian pada jangka masa yang singkat bagi ujian piawaian (concurrent), atau setelah masa beberapa bulan (predictive).
Apr 22, 2023 74
Kesahan Konstruk / Gagasan
Sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur konstruk berkenaan dengan sifat semula jadi & tingkah laku manusia, misalnya, kecerdasan, kreativiti, atau ketidaktentuan perasaan (emosi) Tidak boleh diperhatikan secara langsung tetapi boleh dibuat telahan berdasarkan kesan tingkah laku (kemahiran) yang boleh diperhatikan.
Apr 22, 2023 75
Contoh:- Satu ujian ditadbir kepada pelajar yang merangkumi julat pencapaian yang luas. Jika keputusan ujian dapat membezakan antara pelajar yang pencapaiannya tinggi dengan yang rendah ujian tersebut dianggap mengukur kebolehan konstruk.
Apr 22, 2023 76
Kesahan Muka
Satu peringkat ujian dilihat mengukur apa-apa yang sepatutnya diukur.
Pelajar/calon akan bertindak lebih baik pada ujian yang mempunyai kesahan muka yang tinggi.
Apr 22, 2023 77
Kepetingan Kesahan Muka
Meningkatkan motivasi semasa pelajar mengambil ujian
Mengurangkan perasaan kurang puas hati atau tidak adil kepada golongan yang skornya rendah
Membantu meyakinkan pengguna yang berpotensi (e.g. guru, pentadbir sekolah) untuk menggunakan ujian tersebut)
Apr 22, 2023 78
Meyakinkan orang ramai, apabila mereka dapat menghubungkaitkan ujian dengan pencapaian atau ciri-ciri ujian itu sepatutnya mengukur
Apr 22, 2023 79
FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KETIDAKSAHAN SKORFAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KETIDAKSAHAN SKOR
Instrumen tidak akur
kurikulum
(objektif/ kandungan)Instrumen tidak akur
kurikulum
(objektif/ kandungan)
Instrumen tidak akur gagasan
Instrumen tidak akur gagasan
Instrumen tidak
akur spesifikasi
(taburan, aras kesukaran)Instrumen tidak
akur spesifikasi
(taburan, aras kesukaran)
Pembinaan item tidak tepat –istilah,
ayat, petunjuk dalam item
Pembinaan item tidak tepat –istilah,
ayat, petunjuk dalam item
INSTRUMEN
INSTRUMEN
ram
ai p
elaj
ar m
enek
a
jaw
apan
sew
enan
g-w
enan
gnya
Apr 22, 2023 80
KEBOLEHPERCAYAAN
Apr 22, 2023 81
KEBOLEHPERCAYAAN
Tahap ketekalan antara skor ujian yang senantiasa tetap dengan tidak adanya ralat pengukuran
(Test Style Manual, ETS, New Jersey, USA).
Apr 22, 2023 82
Merupakan satu petunjuk bagi konsistensi skor-skor; antara pemeriksa mengikut masa tugasan-tugasan yang berlainan item-item yang mengukur perkara
yang sama (parallel test)
(www.cresst96.cse.ucla.edu/glossary)
Apr 22, 2023 83
Prosedur pentadbiran pengujian yang baik dijangka akan menghasilkan keputusan baik
Tidak bergantung pada satu set soalan tertentu yang digunakan
Masa ujian dilaksanakan Pemeriksa ujian tersebut
Pengaruh Kepada Kebolehpercayaan
Apr 22, 2023 84
o Pengaruh faktor luaran (set soalan, masa, pemeriksaan kertas) yang menjejaskan sesuatu ujian dikenali sebagai skor ralat/ralat pengukuran (error measurement).
Apr 22, 2023 85
o Kebolehpercayaan ujian bergantung pada ketekalan skor yang dihasilkannya walaupun diulang uji beberapa kali.
Apr 22, 2023 86
o Ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi bagi sesuatu kumpulan itu tidak semestinya mempunyai kebolehpercyaan yang tinggi bagi kumpulan yang lain
Apr 22, 2023 87
Jika kumpulan pelajar yang sama mendapat skor yang berlainan terhadap ujian yang sama akibat pengaruh faktor-faktor luaran (yang tidak berkaitan dengan tujuan pengukuran), ujian tersebut tidak mempunyai kebolehpercayaan.
Apr 22, 2023 88
Format ujian juga mempengaruhi kesukaran sesuatu item itu dan seterusnya kebolehpercayaan ujian
Arahan yang jelas, mudah difahami dan penyusunan mengikut kesukaran item boleh memberikan kesan kepada kebolehpercayaan ujian
Apr 22, 2023 89
Lebih panjang sesuatu ujian, atau lebih banyak bilangan itemnya, lebih tinggi kebolehpercayaannya
Kebolehpercayaan ujian objektif akan meningkat dengan meningkatnya bilangan pilihan jawapan bagi setiap item
Apr 22, 2023 90
Betul/Salah atau dua pilihan jawapan pada item adalah paling kurang kebolehpercayaannya
Item yang sukar atau terlalu sukar akan membawa kepada kebolehpercayaan yang rendah
Apr 22, 2023 91
Item seharusnya mendiskriminasi pelajar yang pandai dengan lemah
Item mestilah bebas daripada ayat-ayat yang mengelirukan atau masalah-masalah teknikal
Apr 22, 2023 92
Ujian hendaklah ditadbirkan dalam suasana yang sesuai:- Mengikut masa yang ditetapkan Bebas daripada gangguan/ bising Langkah-langkah untuk
mengelakkan penipuan
Mengelakkan Ralat Pengukuran (Keboleh-
percayaan Rendah )
Apr 22, 2023 93
Had masa hendaklah memadai untuk mengelakkan kelajuan dijadikan sebagai satu faktor pengujian
Kunci jawapan hendaklah senantiasa betul bagi setiap item
Perlu mempunyai dua atau lebih pemeriksa atau pemberi gred untuk menilai kertas ujian yang sama
Apr 22, 2023 94
Elemen Yang Mempengaruhi
Kebolehpercayaan
Dorongan pelajar untuk meneka apabila mereka tidak mengetahui jawapan betul
Sekiranya ramai pelajar meneka jawapan sewenang-wenangnya, skor mereka tidak akan tekal dari satu ujian kepada ujian yang lain.
Apr 22, 2023 95
Konsep kebolehpercayaan ini tidak terhad kepada skor ujian, malah jenis-jenis maklumat lain terhadap pelajar. Misalnya rekomen guru terhadap seseorang pelajarnya. Adakah guru yang berlainan dapat memberikan testimoni yang sama apabila mereka menilai pelajarnya?
Apr 22, 2023 96
Cara Mengukur Kebolehpercayaan
• Internal consistency
• Alternate-forms reliability
• Split-halves reliability
Apr 22, 2023 97
Alternate-forms reliability : - memberikan pelajar dua set kertas soalan yang berlainan tetapi mengandungi soalan-soalan khusus / hampir sama (parallel) dari segi mengukur dan menguji kemahiran yang sama
Apr 22, 2023 98
Buku UjianA
50 Soalan
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan
Malaysia2002
Buku UjianB
50 Soalan
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan
Malaysia2002
Contoh Dua Ujian yang setara
Apr 22, 2023 99
Split-halves reliability : -
Membahagikan satu set / kertas soalan kepada dua bahagian.
Kebolehpercayaan dikira bagi setiap dua bahagian tersebut.
Kebolehpercayaan dikira bagi keseluruhan kertas soalan tersebut
Skor kedua-dua bahagian ini dibandingkan dengan skor set soalan keseluruhannya
Apr 22, 2023 100
KERTAS SOALAN 50 ITEM DIBAHAGI KEPADA DUA BAHAGIAN
Soalan Jawapan
26272829303132333435363738394041424344454647484850
ACDBACDBCADACACBACDACBCAC
Soalan Jawapan
12345678910111213141516171819202122232325
ACDBACDBCADACACBACDACBCAC
A2 A3
KR 20 = .87 KR 20 = .84
Soalan Jawapan
1234567
484950
ACDBACD
CAC
A1
KR 20 = .88
Apr 22, 2023 101
Internal consistency :-
Menganalisis data setiap soalan dengan andaian bahawa semua soalan bagi ujian tersebut bertujuan untuk mengukur kebolehan yang sama (KR-20 dan Alpha adalah internal consistency koefisyen)
Apr 22, 2023 102
Akhir Sekali!
Sekian sahaja.
Kalau tuan/puan beroleh ilmu Jangan disimpan di dalam dada Jangan ilmu dijadikan harta
Ramai lagi guru tidak tahuTuan/puanlah harapan merekaBalik nanti sebar serata
Home
SEKIAN UNTUK
SLOT PERTAMA