Modul Penulisan UPSR oleh Kump Hang Jebat SK Bandar Rengam

9
KUMP: HANG JEBAT MODUL PENULISAN UPSR NAMA KAMI: NUR ANIS IZATTY MUHD FARIZUL HELMI NORALLYMAN HAKIM MUHD HAMIZAN ZURAINI AKTIVITI SELEPAS UPSR- KARYA MURID

Transcript of Modul Penulisan UPSR oleh Kump Hang Jebat SK Bandar Rengam

Page 1: Modul Penulisan UPSR oleh Kump Hang Jebat SK Bandar Rengam

KUMP: HANG JEBAT

MODUL PENULISAN UPSR

NAMA KAMI:

NUR ANIS IZATTY

MUHD FARIZUL

HELMI

NORALLYMAN

HAKIM

MUHD HAMIZAN

ZURAINI

AKTIVITI SELEPAS

UPSR- KARYA MURID

Page 2: Modul Penulisan UPSR oleh Kump Hang Jebat SK Bandar Rengam

ISI KANDUNGAN :

SLIDE 1 :TAJUK

SLIDE 2 :ISI KANDUNGAN

SLIDE 3 :BERITA =BANJIR

SLIDE 4 :BERITA =TANAH RUNTUH

SLIDE 5 :LAPORAN =LAWATAN SAMBIL BELAJAR

SLIDE 6 :LAPORAN =SUKAN TAHUNAN SEKOLAH

SLIDE 7 :SURAT TIDAK RASMI =SUKAN TAHUNAN SEKOLAH

SLIDE 8 :SURAT RASMI =MEMOHON KEBENARAN

Page 3: Modul Penulisan UPSR oleh Kump Hang Jebat SK Bandar Rengam

BERITA : BANJIR

PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut. Setelah air naik ke paras yang berbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakan rumah penduduk kampung. Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa tempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan motorbot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut. Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan. Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi menghadapi situasi banjir.

Page 4: Modul Penulisan UPSR oleh Kump Hang Jebat SK Bandar Rengam

BERITA : TANAH RUNTUH SELANGOR, Ahad - Suatu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Bukit

Antarabangsa berhampiran dengan jalan keluar ke Lebuh Raya Ulu Kelang. Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.00 pagi. Tanah dan batu-batan yang runtuh itu telah menutupi sebahagian besar jalan keluar ke lebuh raya. Pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)melaporkanh bahawa kejadian itu berpunca daripada pergerakan bawah tanah akibat hujan berterusan sejak seminggu yang lalu. Menurut pegawai MPAJ yang bertugas di tempat kejadian, seramai 3 orang dikhuatiri meninggal dunia berdasarkan maklumat dari keluarga masing-masing. Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat SMART masih meneruskan kerja-kerja pencarian mereka. Seramai lebih kurang 6000 penduduk terperangkap kerana jalan yang mengubungkan taman itu tertimbus. Pihak polis mengawal tempat runtuhan dan pihak tentera membuat laluan alternatif. Kerja-kerja memunggah tanah-tanah berjalan sepanjang masa. Menteri Besar Selangor, menjangkakan jalan akan boleh digunakan selepas 3 minggu. Mangsa-mangsa yang terselamat ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Ulu Kelang. Sementara ada juga mangsa yang menumpang di rumah saudara rapat mereka. Pihak kerajaan Negeri Selangor menawarkan pakej bayaran separuh harga untuk keluarga yang ingin tinggal di Hotel De Palma, Ampang. Satu jawatankuasa siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu dengan lebih terperinci.

Berikutan dengan kejadian itu, semua projek yang melibatkan pembangunan di lereng-lereng bukit dihentikan serta merta.

Page 5: Modul Penulisan UPSR oleh Kump Hang Jebat SK Bandar Rengam

LAPORAN : LAWATAN SAMBIL BELAJAR Pada 24 Ogos 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan lawatan ke Melaka,

Bandaraya Bersejarah. Ahli rombongan kami terdiri daripada 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring. Kami pergi dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas. Tujuan lawatan ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman murid-murid berkaitan tempat-tempat bersejarah dan menarik di negeri Melaka. Kami diminta berkumpul di dataran sekolah seawal pukul 6.45 pagi untuk mendengar taklimat ringkas yang di sampaikan oleh Cikgu Manap. Selepas itu, kami bertolak ke sana pada pukul 7.00 pagi dan kira-kira tiga jam kemudian, kami berhenti sebentar di Pekan Bahau untuk bersarapan. Kami tiba di Zoo Melaka pada pukul 12.00 tengah hari. Kami dapat melihat pelbagai jenis hidupan liar di situ seperti harimau, gajah dan lain-lain lagi. Kami berasa amat gembira kerana dapat melihat sendiri gelagat haiwan liar yang sukar ditemui itu. Selepas itu, kami pergi pula ke Taman Buaya, pelbagai jenis buaya terdapat di sini seperti buaya tembaga, buaya katak dan lain-lain lagi. Kemudian, pada pukul 1.30 petang, kami pergi ke Taman Rekreasi Air Keroh untuk makan tengah hari. Pada pukul 2.00 petang, kami pergi ke Tugu A Famosa. Kami melihat tinggalan sejarah di Zaman Penjajahan Portugis di Melaka dahulu. Banyak gerai yang menjual pelbagai cenderamata dibuka di sini. Ramai murid dan guru tidak melepaskan peluang untuk membeli cenderamata-cenderamata di situ sebagai tanda kenangan. Pada pukul 4.00 petang, kami telah diberi peluang masuk dan melihat sendiri Model Kapal Perang Portugis yang pernah menyerang Melaka dahulu. Selain itu juga, kami dapat menaiki Menara Taming Sari yang membolehkan kami melihat serata Bandaraya Melaka. Pelbagai perasaan dapat kami rasai semasa menaiki menara ini seperti cemas, gembira, kagum dan sebagainya. Pada pukul 5.00 hingga 6.00 petang, kami singgah pula di sebuah pasar raya besar di bandaraya ini. Di pasar raya ini, terdapat pelbagai kedai yang menjual barangan tertentu seperti pakaian, alat-alat elektronik, dan sebagainya. Selepas itu, kami bertolak balik ke Temerloh. Kami singgah di Masjid Negeri Melaka untuk sembahyang dan makan malam. Kami tiba di sekolah kami pada pukul 12.00 malam. Kami berasa gembira kerana dapat melawat pelbagai tempat yang menarik semasa lawatan tersebut. Kami berharap agar pihak sekolah akan mengadakan lawatan lagi.

Page 6: Modul Penulisan UPSR oleh Kump Hang Jebat SK Bandar Rengam

LAPORAN : SUKAN TAHUNAN SEKOLAH Pada 5 Mac yang lalu, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang telah

mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-20 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Pada hari kejohanan, atur cara majlis telah dimulakan dengan perbarisan lintas hormat yang melibatkan rumah sukan dan unit beruniform. Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh puan guru besar. Kemudian disusuli pula dengan ucapan perasmian oleh Pegawai Pelajaran Daerah Gombak. Setelah selesai majlis perasmian, acara sukaneka membuka gelanggang dengan pelbagai aksi murid-murid tahap 1. Mereka melakukan acara seperti mengepit bola dan membawa bola pingpong dengan sudu. Seterusnya, acara olahraga bermula dengan acara 100 meter, 200 meter dan 4×100 meter. Tepat jam 10.00 pagi semua murid dibenarkan berehat untuk makan dan minum. Semasa rehat, pertunjukan tae kwon do telah dipersembahkan oleh ahli-ahli tae kwon do sekolah. Kemudian murid-murid tahun 1 pula telah membuat persembahan senamrobik. Seterusnya ialah acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Guru besar telah menyampaikan hadiah kepada olahragawan iaitu adik Amirul Anuar dan adik Nur Amni sebagai olahragawati sekolah. Rumah Hang Tuah pula telah diumumkan sebagai johan keseluruhan pada tahun ini. Murid-murid berasa gembira melihat kemeriahan kejohanan sukan pada tahun ini. Sebelum bersurai, murid-murid telah membantu guru-guru membersihkan padang. Kejohanan berakhir kira-kira pukul 4.00 petang.

Page 7: Modul Penulisan UPSR oleh Kump Hang Jebat SK Bandar Rengam

SURAT TIDAK RASMI : SUKAN TAHUNAN SEKOLAH

288 Kampung Setia,

Jalan Setia 24,

17859 Machang,

Kelantan.

18 Jun 2012.

Menemui nenda yang berada di kampung, semoga sihat hendaknya. Kami disini sihat sejahtera. Kami berharap nenda juga begitu.

Nenda,

Kami sekeluarga di sini memohon berbanyak kemaafan kerana tidak dapat pulang ke kampong pada cuti persekolahan yang akan datang. Kami terpaksa memungkiri janji kami sebelum ini kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Sekolah cucunda akan menghadapi Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah

Untuk pengetahuan nenda, cucunda merupakan salah seorang peserta pertandingan tersebut dan pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan latihan sepanjang cuti sekolah berlangsung. Kejohanan sukan ini amat penting untuk mengukur kebolehan cucunda dan cucunda mesti mengikuti latihan yang telah dijadualkan.

Walaupun anda amat teringin untuk pulang berjumpa nenda namun cucunda terpaksa memilih untuk mengikut latihan tersebut. Cucunda berharap agar kami sekeluarga dapat pulang ke kampung pada masa yang lain.Besar kemungkinan kami akan pulang pada cuti hujung minggu selepas kejohanan itu berakhir. Kami tidak sabar untuk bertemu nenda kerana sudah lama tidak bersua muka.

Kami sekeluarga juga berharap agar nenda tidak kecewa dengan berita ini. Cucunda yakin nenda dapat memahami keadaan cucunda. Doakan kejayaan cucunda dalam kejohanan tersebut. Mudah-mudahan cucunda berjaya terplih mewakili negeri ke peringkat kebangsaan pula. Sekian, salam sayang daripada kami di sini.

Yang Ikhlas Azharaudin

Page 8: Modul Penulisan UPSR oleh Kump Hang Jebat SK Bandar Rengam

SURAT RASMI : MEMOHON KEBENARAN

Kelab Sains,

Sekolah Kebangsaan Darau,

22000, Jerteh,

Terengganu.

________________________________________________________________

Pengarah,

Stesen Penyiaran TV3,

Sri Pentas,

50164 Kuala Lumpur. 18 OKTOBER 2012

Tuan,

Memohon Kebenaran Melawat Stesen Penyiaran TV3

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Sains Sekolah Kebangsaan Darau akan mengadakan lawatan ke Stesen Penyiaran TV3 di Sri Pentas.

2. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada murid-murid tentang cara-cara penerbitan dan penyiaran rancangan-rancangan di TV3.Tambahan pula televisyen merupakan satu alat komunikasi yang banyak memberi pengetahuan kepada murid-murid.

3. Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :

Tarikh : 25.11.2012

Masa : 10.30 pagi

Ahli : 39 orang termasuk 4 guru pengiring

4. Kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memberikan jawapan dengan segera. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

(UMMU ATIYAH BT. ABD. FATAH)

Setiausaha,

Kelab Sains.

Page 9: Modul Penulisan UPSR oleh Kump Hang Jebat SK Bandar Rengam

TERIMA KASIH KERANA

MELIHATNYA !!!

Sumbangan Ikhlas dari kami,

selamat maju jaya