Modul Percuma - Format Karangan.pdf

download Modul Percuma - Format Karangan.pdf

of 15

Transcript of Modul Percuma - Format Karangan.pdf

  • 7/25/2019 Modul Percuma - Format Karangan.pdf

    1/15

    www.cikgusuguz.com.my

    Probably Malaysias

    most creative BM coach !

    Cikgu Suguz

    www.youtube.com/cikgusuguz

    YOUTUBE PARTNER

    FORMAT KARANGAN

    BM PT3 & SPM

    TheonlyBM

    teacherwith

    morethan

    500,000

    viewson

    Bahasa MelayuMODUL

    PERCUMA

  • 7/25/2019 Modul Percuma - Format Karangan.pdf

    2/152

    [email protected]

    019 6626 057 Cikgu Suguz

    FORMAT-FORMAT KARANGAN BM

    (senarai esei ini hanya sebagai panduan kepada anda dan

    tidak semestinya keluar dalam peperiksaan !)

    1. Format Berita

    Langkah-langkah

    1. Tajuk berita

    2. Nama penulis

    3. Nama tempat (berita dipetik)

    4. Pengenalan

    5. Isi-isi

    6. Penutup

    Soalan contoh

    Selaku seorang wartawan, anda diminta menulis berita bagi melaporkan masalah kesesakan jalan

    raya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.

    Tuliskan teks berita itu selengkapnya.

    Jalan Raya di Kuala Lumpur Semakin Sesak

    Oleh Cikgu Suguz

    KUALA LUMPUR: Kesesakan jalan raya di ibu kota masih wujud walaupun pelbagai cara

    dilakukan untuk mengatasinya termasuk membina lebuh raya, lebuh raya bertingkat, membesar

    dan menaikkan taraf jalan, menyediakan lebih banyak kemudahan awam, termasuk Sistem Transit

    Aliran Ringan (LRT) serta menyeragamkan pengangkutan bas. Namun, semua ini belum mampu

    dapat mengatasi sepenuhnya masalah kesesakanlalu lintas di ibu kota terutama di kawasan seperti

    Jalan Ampang, Jalan Jelatik, Jalan Bangsar, Jalan Tun Razak, Jalan Cheras, Lebuh Raya Persekutuan

    dan pusat bandar Kuala Lumpur, termasuk di Jalan Chow Kit, Puduraya dan Jalan Tuanku Abdul

    Rahman.

    Dulu, apabila kerajaan bersetuju membina lebuh raya serta mewujudkan rangkaian

    pengangkutan awam, Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (LRT-Star) dan Projek Usaha sama

    Transit Ringan Automatik (LRT-Putra), warga kota mula menarik nafas lega. Apa tidaknya, mereka

    mula terbayang kesesakan yang menjadi masalah sebahagian besar warga kota akan selesai.

    Mereka tidak sabar menanti kedua-dua pengangkutan awam itu beroperasi. Malangnya, apabila

  • 7/25/2019 Modul Percuma - Format Karangan.pdf

    3/153

    [email protected]

    019 6626 057 Cikgu Suguz

    siap dan beroperasi sepenuhnya, warga kota kembali mengeluh. Bukan saja tambang menaiki

    pengangkutan awam itu mahal, malah ruang tempat letak kereta yang disediakan begitu terhad.

    Hal ini menyebabkan kebanyakan warga kota yang bekerja di sekitar ibu kota tidak mempunyai

    pilihan lain. Mereka terpaksa meredah kesesakan lalu lintas seperti biasa untuk ke tempat kerja.

    Sesetengahnya enggan melalui lebuh raya bertol kerana mendakwa bayarannya tinggi dan lebih

    suka menggunakan jalan raya biasa. Justeru, jangan salahkan pengguna kerana tidak menggunakan

    kemudahan yang disediakan kepada mereka. Pihak terbabit seharusnya membuat perancangan

    teliti sebelum mewujudkan pelbagai kemudahan untuk pengguna. Mungkin kadar tambang yang

    dikatakan mahal perlu dikaji kerana tiada gunanya kita mempunyai pelbagai kemudahan jika rakyat

    tidak mampu menggunakannya.

    Akibatnya, orang ramai sering kali menghadapi fenomena pekerja membaiki jalan dan

    mengorek lubang pada waktu siang, termasuk pada waktu puncak iaitu waktu pagi dan petang.

    Selain itu, pembinaan bangunan kormesial di tepi jalan besar turut menjadi punca kesesakan aliranlalu lintas. Lebih memburukkan keadaan jika lampu isyarat rosak di laluan berkenaan. Kekurangan

    tempat letak keretanya di sesetengah kawasan yang terkenal dengan kesesakan menjadi punca orang

    ramai meletakkan kenderaan mereka sewenang-wenangnya, terutamanya di bahu jalan, selain sikap

    pengguna yang tidak berdisiplin dan bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya lain.

    Bagi menangani masalah ini, warga kota yang enggan menggunakan perkhidmatan awam

    haruslah mengubah sikap. Sikap inilah mungkin penyumbang paling besar kerana jika sanggup

    bersusah sedikit berjalan kaki dari tempat meletak kereta atau bersesak menaiki bas dan tren serta

    menunggu teksi, kesesakan mungkin dapat dikurangkan. Begitu juga jika warga kota mengetepikan

    ego untuk memandu kenderaan ke tempat kerja, khususnya mereka yang tidak perlu bertugas di luar

    pejabat. Jika sanggup berkongsi kereta, pasti kesesakan dapat dielakkan, sekaligus membolehkan

    mereka ke tempat kerja atau pulang lebih awal. Bukankah ini akan menjadikan KL lebih menarik?

    2. Format UcapanLangkah-langkah

    1. Pengenalan

    - kata alu-aluan

    - nyatakan tujuan ucapan

    - perincikan skop ucapan anda, jika perlu

    2. Isi-isi ucapan (Dahului dengan ucapan hormat yang sesuai)

    3. Penutup (Jangan lupa ucapan terima kasih)

  • 7/25/2019 Modul Percuma - Format Karangan.pdf

    4/154

    [email protected]

    019 6626 057 Cikgu Suguz

    Soalan contoh

    Anda diminta memberikan ucapan dalam majlis pelancaran Kempen Hidup Sihat Tanpa Nyamuk

    di kawasan kediaman anda. Tuliskan ucapan itu selengkapnya.

    Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pengulu, tuan-tuan, dan

    puan-puan yang dikasihi sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih

    kerana diundang untuk melafazkan hujah-hujah saya pada pagi ini. Hidup Sihat Tanpa Nyamuk

    ialah matlamat kita bersama dalam menjamin tahap kesihatan dan kesejahteraan yang tinggi di

    kalangan penduduk-pendudk terutamanya anakanak kita yang disayangi. Jadi, marilah kita sama-

    sama memahami dan menyedari bahaya pembiakan nyamuk sekaligus bertindak menghentikan

    pembiakan haiwan tersebut yang membahayakan nyawa dan kehidupan kita.

    Para hadirin sekalian.

    Hidup Sihat Tanpa Nyamuk merupakan slogan untuk kempen yang dianjurkan oleh pihak

    kerajaan baru-baru ini. Kempen tersebut dilancarkan bertujuan untuk menyedarkan masyarakat

    tentang bahayanya penyakit-penyakit yang dibawa oleh nyamuk. Nyamuk merupakan serangga

    yang tergolong dalam spesies serangga yang membawa penyakit maut kepada manusia. Masalah-

    masalah yang dibawa oleh nyamuk adalah penyakit-penyakit yang sukar diubati, misalnya demam

    dengi, malaria, dan penyakit JE (Japanese Enphalitis) yang boleh membawa maut. Masalah-masalah

    ini terutamanya disebabkan oleh pembiakan nyamuk dengan cepat di negara kita.

    Hadirin yang dihormati.

    Punca-punca pembiakan nyamuk di negara kita adalah disebabkan oleh air yang bertakung

    di dalam longkang-longkang, tayar terbiar, dan juga di kawasan yang lembap dan gelap. Ini

    menyebabkan manusia menghidap pelbagai penyakit yang disebabkan oleh nyamuk. Bukan

    sahaja manusia yang menghidap penyakit, malah haiwan juga menghidap penyakit-penyakit ini,

    contohnya penyakit JE (Japanese Enphalitis) yang dibawa oleh sejenis nyamuk yang membawa

    virus ke dalam badan babi melalui air liurnya.

    Saudara-saudari yang saya hormati.

    Jelaslah bahawa penyakit-penyakit ini memang berbahaya kepada masyarakat. Namun

    kempen-kempen yang dilancarkan ini sering gagal kerana masyarakat tidak memahami betapabahayanya penyakit yang dibawa oleh nyamuk. Masyarakat mestilah sedar bahawa penyakit-

    penyakit ini berbahaya dan juga mestilah tahu cara-cara untuk mencegah pembiakan nyamuk di

    sekitar kawasan rumah mereka. Masyarakatlah yang mesti bertanggungjawab untuk mencegah

    pembiakan nyamuk. Oleh sebab yang demikian, saya berharap masyarakat mengambil inisiatif

    untuk bekerjasama dalam mencegah pembiakan nyamuk di negara ini. Selain itu, pihak berkuasa

    tempatan (PBT) di kawasan masing-masing haruslah juga menghulurkan bantuan kepada masyarakat

    setempat.

    Sekian, terima kasih.

  • 7/25/2019 Modul Percuma - Format Karangan.pdf

    5/155

    [email protected]

    019 6626 057 Cikgu Suguz

    3. Format Syarahan / Pidato

    Langkah-langkah

    1. Pengenalan

    - kata alu-aluan

    - nyatakan tajuk syarahan

    - denisikan tajuk, jika perlu

    2. Isi-isi syarahan (Dahului dengan ucapan hormat yang sesuai)

    3. Penutup (Jangan lupa ucapan terima kasih)

    Soalan contoh

    Anda telah menyertai syarahan sempena sambutan Tahun Memerangi Dadah 2013. Tajuk syarahan

    itu ialah, Dadah, Musuh Nombor Satu Negara.

    Tuliskan syarahan itu selengkapnya.

    Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, Yang

    Berhormat Tan Sri Musa Muhammad, Menteri Besar Selangor, para hakim yang arif lagi bijaksana,

    wakil-wakil jabatan kerajaan, guruguru, rakan-rakan seperjuangan dan hadirin hadirat sekalian.

    Tajuk syarahan saya pada pagi yang indah ini ialah, Dadah, Musuh Nombor Satu Negara. Tahun

    2003 diisytiharkan sebagai Tahun Memerangi Dadah dan semua pihak perlu bersama kerajaan

    dan pertubuhan bukan kerajaan dalam usaha memerangi habis-habisan masalah ini. Najis dadah

    dilihat sebagai nanah yang tidak sembuh dan sukar diatasi pengedarannya. Laporan kejayaan polis

    menumpas dan menghalang pengedaran dadah membuktikan usaha bersunggun-sungguh dan

    berterusan pihak berkuasa dalam memerangi dadah.

    Hadirin yang budiman.

    Belia antara 15 hingga 25 tahun ialah golongan paling ramai menagih dadah. Bagi

    mendapatkan bekalan, rumah dicerobohi, harta dicuri dan keselamatan rakyat terancam oleh

    golongan ini. Masyarakat yang amat prihatin dengan keadaan ini harus cuba menyekat kegiatan

    tidak bermoral ini dengan melaporkannya kepada polis. Malang sekali, apa yang berlaku, rumah

    mereka pula menjadi sasaran golongan penagih dengan membaling batu, najis atau apa saja untuk

    menakut-nakutkan penduduk yang melaporkan kegiatan mereka. Kedudukan perniagaan runcit dankedai makan pelapor juga menjadi mangsa. Kesannya, tidak ada sesiapa yang berani melaporkannya

    dan sanggup membiarkan mereka.

    Tuan-tuan dan puan-puan.

    Hal ini ditambah dengan ahli keluarga yang mempunyai anak atau saudara mara yang menagih

    dadah yang sering merahsiakan keadaan sebenar dengan alasan sayangkan mereka atau malu jika

    penduduk setempat tahu akan hal sebenar. Ahli keluarga yang terbabit tersepit untuk memilih antara

    hubungan emosi dan tanggungjawab melaporkannya dengan tegas. Oleh itu, cadangan mewujudkan

    pondok polis di sekitar kampung perlu diperbanyak dalam usaha memerangi gejala dadah.

  • 7/25/2019 Modul Percuma - Format Karangan.pdf

    6/156

    [email protected]

    019 6626 057 Cikgu Suguz

    Tuan-tuan dan puan-puan.

    Kesimpulannya, pihak sekolah harus memastikan keseimbangan dalam pendidikan, yakni

    keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan pembentukan peribadi mulia. Kini, kebanyakan

    sekolah didapati memberi tumpuan kepada akademik semata-mata. Akibatnya, pelajar yang

    dihasilkan, termasuk yang cemerlang akademiknya, tidak mempunyai keperibadian

    yang mulia. Apalah ertinya jika pelajar mendapat 6A dalam UPSR, 8A dalam PMR dan 10A1 dalam

    SPM, namun akhirnya menjadi sampah masyarakat kerana gagal menangkis pengaruh dadah?

    Keseimbangan pendidikan yang dimaksudkan ini juga memerlukan teladan yang baik daripada

    para guru. Guru-guru haruslah menjalani hidup yang positif yang dapat diteladani oleh pelajar dan

    mengelakkan pengaruh yang negatif kerana, guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Guru-

    guru harus berusaha menghapuskan imej rokok daripada sekolah kerana amalan

    merokoklah permulaan bagi segala-galanya termasuk penghisapan dadah.

    Sekian, terima kasih.

    4. Format Perbahasan (PENCADANG & PEMBANGKANG)

    Langkah-langkah

    1. Pengenalan (ucapan alu-aluan dan menyatakan pendirian)

    2. Hujah-hujah perbahasan (denisi tajuk dan pembentangan isi) Selepas memberikan

    denisi, calon-calon harus menulis 4 atau 5 hujah (isi)

    3. Kesimpulan perbahasan (menyatakan semula pendidiran dan mengucapkan terima

    kasih.)

    Soalan contoh

    Anda menyertai satu pertandingan bahas di bawah tajuk, Peranan ibu bapa lebih penting daripada

    sekolah dalam menangani gejala sosial di kalangan pelajar.

    Selaku pencadang atau pembangkang, sediakan hujah-hujah anda selengkapnya.

    PENCADANG

    Selamat pagi diucapkan kepada saudara pengerusi majlis, barisan hakim yang tetap berdiri

    di atas neraca keadilan, yang dihormati tuan pengetua, barisan pembangkang yang disegani, tuan-tuan dan puan-puan yang budiman. Saya dan rakan-rakan pencadang ingin menegaskan tajuk

    perbahasan kita pada pagi ini yang berbunyi, Peranan ibu bapa lebih penting daripada sekolah

    dalam menangani gejala sosial di kalangan pelajar.

    Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

    Melentur buluh biarlah daripada rebungnya, merupakan peribahasa yang mendukung

    maksud tersirat hujah saya yang pertama yakni ibu bapalah yang membentuk sahsiah anak-anak

    siang-siang lagi sebelum anak-anak melangkah ke alam persekolahan. Ibu bapalah yang memberikankasih sayang, meluangkan masa bersama anak-anak dan membentuk sebahagian besar sahsiah dan

  • 7/25/2019 Modul Percuma - Format Karangan.pdf

    7/157

    [email protected]

    019 6626 057 Cikgu Suguz

    keperibadian mereka. Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya dan bapa borek,

    anak rintik dengan jelas menegaskan peranan dan sumbangan ibu bapa yang begitu besar dalam

    kehidupan anak-anak.

    Hadirin yang dihormati.

    Jadi, ibu bapalah yang lebih memahami anak-anak dan berupaya menangani gejala-gejala

    negatif di kalangan mereka. Ibu bapa boleh membekalkan didikan agama dan moral yang sempurna

    kepada anak-anak. Selain itu, teladan yang positif dapat ditunjukkan oleh emak bapa agar menjadi

    ikutan anak-anak. Wawasan hidup anak-anak juga ditentukan oleh ibu bapa lalu menggariskan hala

    tuju dalam usaha mereka mengukir kejayaan hidup.

    Para hadirin yang budiman.

    Jelaslah bahawa peranan dan sumbangan ibu bapa maha penting dan jauh lebih berkesan

    daripada pihak sekolah dalam mengatasi gejala sosial di kalangan pelajar.

    Sekian, terima kasih.

    PEMBANGKANG

    Salam sejahtera saya ucapkan kepada saudara pengerusi majlis, panel hakim yang arif lagi

    bijaksana, yang berusaha tuan pengetua, barisan pihak pencadang yang dihormati serta tuan-tuan

    dan puan-puan yang dihormati. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-

    Nya kita telah dipertemukan di medanini. Saya dan rakan-rakan pembangkang ingin

    membangkang tajuk, Peranan ibu bapa lebih penting daripada sekolah dalam menangani gejala

    sosial di kalangan pelajar.

    Hadirin yang dihormati sekalian. Perlu difahami bahawa gejala sosial di kalangan pelajar lazimnya bermula ketika mereka

    melangkah ke sekolah menengah. Sebab di sinilah anak-anak memperoleh rakan-rakan sebaya yang

    baru daripada pelbagai latar belakang kehidupan. Maka bermulalah senario pengaruhmempengaruhi

    antara satu sama lain. Di sinilah pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam mengekang

    masalah sosial di kalngan para pelajar. Para pelajar banyak dipengaruhi oleh perwatakan guru

    mereka, guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

    Hadirin yang budiman.

    Sekolahlah yang bertanggungjawab memberikan pendidikan yang bersifat seimbang antarapencapaian akademik dan pembentukan sahsiah. Sekolah mempunyai peraturan dan disiplin yang

    wajib diikuti oleh para pelajar. Pelajar bermasalah diberikan kaunseling. Selain itu, sekolah juga

    menawarkan kegiatan kokurikulum dan sukan yang memanfaatkan masa pelajar.

    Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

    Saya dan rakan-rakan seperjuangan sekali lagi ingin menegaskan bahawa peranan sekolah,

    pengetua, dan para guru lebih penting dalam usaha mengatasi gejala-gejala sosial di kalangan pelajar.

    Sekian, terima kasih.

  • 7/25/2019 Modul Percuma - Format Karangan.pdf

    8/158

    [email protected]

    019 6626 057 Cikgu Suguz

    5. Format Surat Rasmi

    Langkah-langkah

    1. Alamat pengirim surat

    2. Garisan melintang dari kiri ke kanan

    3. Jawatan dan alamat penerima

    4. Tarikh

    5. Kata panggilan hormat (Tuan / Puan)

    6. Perkara atau tajuk surat

    7. Menghadap surat (pengenalan surat)

    8. Isi-isi surat (Nombor 2, 3, 4, & seterusnya)

    9. Penutup surat

    10. Pengakuan penulis (Yang benar,)

    11. Tandatangan penulis

    12. Nama penulis (ditulis dengan HURUF BESAR)

    13. Jawatan penulis (jika ada)

    Soalan contoh

    Kawasan tempat tinggal anda dilanda gejala vandalisme oleh golongan remaja.

    Tuliskan sepucuk surat kepada ketua polis daerah bagi mengadu masalah tersebut.

    45, Jalan Caves,

    Kampung Gua,

    68100 Kuala Lumpur.

    Ketua Polis Daerah,

    Balai Polis Batu Caves,

    Selayang Jaya,

    68100 Kuala Lumpur. 4 MEI 2016

    Tuan,

    Aduan Mengenai Masalah Vandalisme di Kawasan Perumahan Kampung Gua

    Saya selaku penghulu Kampung Gua ingin membuat aduan mengenai beberapa kes vandalisme

    yang sering berlaku sejak beberapa bulan ini. Kes ini berpunca daripada segolongan remaja yang

    tidak bertanggungjawab.

    2. Salah satu masalah yang melanda kampung kami ialah telefon awam dirosakkan. Sesetengah

    remaja yang tidak prihatin cuba merosakkan peti syiling telefon awam untuk mendapat wangnya.

    Gagang telefon ditarik hingga putus wayarnya. Terdapat juga yang membuang sampah di kawasan

    pondok telefon awam. Hal ini bukan sahaja menyusahkan penduduk kampung, malah pencemaran

    udara juga turut berlaku. Banyak penduduk kampung saya mengadu kerana tiada telefon awam

    yang berfungsi.

  • 7/25/2019 Modul Percuma - Format Karangan.pdf

    9/159

    [email protected]

    019 6626 057 Cikgu Suguz

    3. Selain itu, peralatan komputer yang telah disediakan di balai raya untuk memudahkan penduduk

    kampung kami mencari maklumat penting melalui internet turut dirosakkan. Hal ini disebabkan

    sesetengah pengguna menggunakan komputer yang disediakan mencari maklumat yang tidak

    membawa manfaat kepada mereka sendiri. Perkara ini turut mempengaruhi pengguna lain merebut-

    rebut untuk menggunakannya. Terdapat juga pengguna yang menggunakan komputer tanpa

    penggetahuan menggunakan komputer dan kini ketiga-tiga komputer itu tidak berfungsi lagi.

    4. Saya berharap tuan akan mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah-masalahyang telah saya adukan dalam surat ini demi kebaikan penduduk-penduduk di kampung ini.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,

    Ranjit Singh(RANJIT SINGH)Penghulu Kampung Gua

    6. Format Surat Tidak Rasmi

    Langkah-langkah

    1. Alamat pengirim surat (sebelah kanan)

    2. Tarikh (sebelah kanan)

    3. Pengenalan surat

    4. Isi-isi

    5. Penutup

    6. Pengakuan penulis (sebelah kanan)

    7. Tandatangan (sebelah kanan)

    8. Nama (sebelah kanan)

    Soalan contoh

    Sahabat anda dari luar negara ingin tahu tentang penubuhan Kelab Rakan Muda di sekolah anda.Balas surat sahabat anda itu dengan menulis matlamat penubuhannya dan usaha-usaha yang diambil

    oleh kerajaan. Balas surat sahabat anda itu.

    No. 4, Jalan Anggerik 31,

    Farmer River Park,

    08000 SUNGAI PETANI.

    8 Ogos, 2016

  • 7/25/2019 Modul Percuma - Format Karangan.pdf

    10/1510

    [email protected]

    019 6626 057 Cikgu Suguz

    Ke hadapan kawanku, Aishwarya yang kini berada di Mumbai dengan selamatnya. Apa

    khabar saudara? Saya dan seisi keluarga di sini sihat walaat. Saya harap saudara juga berada

    dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu.

    Saya selamat menerima surat saudara tempoh hari dan kini ingin menjawab beberapa

    persoalan yang saudara timbulkan tentang penubuhan Kelab Rakan Muda di sekolah-sekolah di

    Malaysia. Kelab Rakan Muda akan dijadikan sebahagian daripada kegiatan kokurikulum di semua

    sekolah Menengah sebagai tambahan kepada kegiatan yang ada sekarang. Sejak awal penubuhanya

    di sekolah, Kelab Rakan Muda telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar,

    kerana kelab bukan sahaja menjadikan para pelajar bergiat cergas dalam lapangan yang diminati

    mereka malah lebih senang untuk menjalankan kegiatan tersebut.

    Aktiviti Kelab Rakan Muda akan diselaraskan supaya mempunyai kesinambungan dengan

    program pertubuhan belia dan amat sesuai bagi mengisi masa lapang selepas mereka menamatkan

    persekolahan. Sebelum itu pihak bahagian sekolah-sekolah telah mengeluarkan pekeliling berkaitan

    perkara itu, dan berharap semua sekolah akan menubuhkan Kelab RakanMuda sebagai salah satu cara mengisi masa lapang dan mengatasi masalah sosial di kalangan

    remaja. Kementerian Pelajaran dan Kementerian Belia dan Sukan bersetuju menjalin kerjasama

    melaksanakan program Kelab Rakan Muda supaya pelajar turut mendapat manfaatnya. Kelab

    Rakan Muda amat sesuai kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti.

    Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan juga bertujuan memberikan bantuan dan sokongan

    dalam bentuk penyediaan peralatan, jurulatih serta latihan kepada ahli kelab Rakan Muda

    supaya program yang dilaksanakan lebih berkesan. Pelaksanaan Kelab Rakan Muda di sekolah

    menengah bertujuan memupuk sifat kepemimpinan dari peringkat awal lagi dan berharap adanya

    kesinambungan pembabitan pelajar dalam program Rakan Muda selepas tamat persekolahan.

    Namun, remaja kini sering kali dikaitkan dengan pelbagai masalah berikutan pelbagai kerenah

    remaja yang menggusarkan. Oleh itu Kelab Rakan Muda melalui pembentukan jiwa dan ketahanan

    mental yang kuat di kalangan remaja hari ini akan dapat

    mewujudkan masyarakat yang berjaya dan dinamik.

    Saudara, begitulah sedikit sebanyak maklumat yang dapat saya sajikan buat kali ini.

    Saya yakin selepas menyertai program tersebut di sekolah, saya akan mempunyai maklumat danpengalaman yang lebih.

    Yang benar,

    Jacky(Jacky Chan)

  • 7/25/2019 Modul Percuma - Format Karangan.pdf

    11/1511

    [email protected]

    019 6626 057 Cikgu Suguz

    7. Format Berita (2)

    Soalan contoh

    Sekolah anda telah mengaturkan satu program bagi mencegah pembiakan nyamuk aedes dan

    demam denggi. Anda diminta menyediakan satu teks berita tentang program tersebut bagi dihantar

    kepada pihak akhbar untuk disiarkan.

    Tuliskan teks berita itu selengkapnya.

    Sekolah Menengah Sains Bedong Atur Program Cegah Denggi

    Oleh Azizah Arifn

    SUNGAI PETANI: Peningkatan kes denggi di seluruh negara semakin membimbangkan. Baru-

    baru ini seorang pelajar berusia sepuluh tahun dari Manjoi, Perak, meninggal dunia akibat denggi.

    Justeru, pelbagai pihak telah melaksanakan program bagi mengawal dan seterusnya membasmi

    ancaman denggi di seluruh negara. Banyak sekolah, terutama sekolah berasrama di seluruh negara

    telah mengambil langkah proaktif bagi membendung denggi merebak di kawasan masing-masing.

    Antaranya ialah Sekolah Menengah Sains Bedong (SMSB), terletak 10 kilometer ke utara dari sini

    mengambil inisiatif awal bagi mencegah denggi berlaku di sekolah tersebut.

    Pengetuanya, Encik Amran Maskor berkata, pendedahan dipertingkatkan lanjutan daripada

    perkembangan semasa penyakit itu. Katanya, pihak sekolah sentiasa proaktif dalam mengawal

    keadaan itu dengan meningkatkan lagi amalan kebersihan khususnya di kalangan pelajar. Amalan

    kebersihan sememangnya menjadi fokus pihak sekolah sejak bermulanya program kebersihan,

    keselamatan dan kecerian (3K) yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan. Pelbagai aktivitidirancang, antaranya gotong-royong dengan membabitkan pentadbir sekolah, guru dan pelajar di

    sekitar sekolah dan asrama. Aktiviti ini dijalankan pada setiap hujung minggu di sekitar kawasan

    sekolah seperti longkang, kolam, tandas dan asrama dengan pengawasan warden asrama dan

    kakitangan sekolah. Pihak sekolah amat komited dalam menyediakan kemudahan baik dari segi

    zikal mahupun kewangan dan khidmat nasihat.

    Selain itu, katanya, pihak sekolah turut mendapat kerjasama daripada Majlis Perbandaran

    Sungai Petani yang menjalankan aktiviti pembersihan secara tetap pada setiap bulan di kawasan

    sekolah. Sementara itu, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sekolah itu, Encik Jedin Yatimberkata, 15 minit pertama subjek diperuntukkan untuk memberi penerangan ringkas mengenai

    bahaya denggi. Penerangan ini penting agar pelajar lebih memahami tentang denggi, cara denggi

    merebak dan langkah pencegahannya. Malah, pelajar sentiasa diingatkan supaya tidak

    mengabaikan aspek kebersihan sama ada di sekolah atau di asrama, katanya. Setakat ini program

    pencegahan denggi di sekolah ini telah menampakkan hasil positif. Pembabitan pelajar dan guru

    daripada semua peringkat sungguh menggalakkan. Pihak guru besar juga telah menjanjikan habuan

    yang besar kepada sekolah ini jika program yang dijalankan ini konsisten dan terus menunjukkan

    kemajuan.

  • 7/25/2019 Modul Percuma - Format Karangan.pdf

    12/1512

    [email protected]

    019 6626 057 Cikgu Suguz

    Sebenarnya, program seumpama ini harus diadakan di semua sekolah dan kawasan kediaman

    atau pejabat serta kedai dan kilang. Pendekatan yang sama dengan yang diambil oleh sekolah ini

    dapat diguna pakai. Berkat kerjasama dan keprihatinan semua pihak, kita yakin program seperti

    akan membawa manfaat yang besar bukan sahaja untuk para penghuni di kawasan terbabit tetapi

    juga sebagai motivasi kepada penduduk di tempat lain. Jika program ini berjaya maka taktik yang

    sama dapat dipergunakan bagi menjayakan kempen-kempen dan program-program kerajaan yang

    lain bagi kebaikan bersama.

    8. Format Ceramah

    Langkah-langkah

    1. Pengenalan

    - kata alu-aluan

    - terima kasih kerana diberi peluang

    - nyatakan tajuk (jika ada tajuk ceramah)

    2. Isi-isi ceramah (Dahului dengan ucapan hormat yang sesuai)

    3. Penutup (Memohon maaf dan mengucapkan terima kasih)

    Soalan contoh

    Masalah kesesakan lalu lintas di negara kita semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Selaku

    pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda diminta memberikan satu ceramah sempena majlis

    pelancaran Kempen Mengatasi Masalah Kesesakan Lalu Lintas.

    Tuliskan teks ceramah anda itu.

    Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi

    Majlis, pegawai-pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati

    sekalian. Masalah kesesakan lalu lintas di negara kita semakin meruncing sejak kebelakangan ini.

    Malah, krisis ini hangat diperkatakan dan diberi penekanan yang serius oleh semua pihak sejak

    akhir-akhir ini. Ini disebabkan oleh kesan-kesan yang begitu ketara yang dapat dilihat dan dirasa.

    Maka, pelbagai usaha perlu digiatkan bagi mengurangkan dan seterusnya membendung masalah

    ini agar tidak menjadi satu beban yang menjadi kekangan untuk memajukan negara ini.

    Hadirin sekalian.

    Langkah perdana yang harus diambil oleh kerajaan ialah dengan membaiki sistem pengangkutan

    awam. Kerajaan wajar mengambil tindakan ini sebagai langkah pertama untuk mengekang masalah

    ini. Bilangan bas atau teksi yang tidak mencukupi, pemandu bas atau teksi yang tidak menepati masa,

    dan kemudahan dalam pengangkutan awam yang tidak selesa merupakan faktor yang mempengaruhi

    mutu sistem pengangkutan awam. Maka, untuk meningkatkan taraf sistem pengangkutan awam,

    beberapa cara harus diambil iaitu dengan menambahkan bilangan pengangkutan awam selain

    mewajibkan pemandu bas atau teksi mengikut jadual yang ditetapkan.

  • 7/25/2019 Modul Percuma - Format Karangan.pdf

    13/1513

    [email protected]

    019 6626 057 Cikgu Suguz

    Tuan-tuan dan puan-puan.

    Selain itu, kita juga perlu mengurangkan tambang bas serta menghantar pemandu-pemandu

    pengangkutan awam ke kursus yang tertentu agar mereka lebih bersopan apabila berurusan dengan

    penumpang. Dengan ini, masalah kesesakan lalu lintas dapat diatasi. Orang ramai akan mula

    menggunakan pengangkutan awam tanpa perlu terlalu bergantung kepada pengangkutan sendiri.

    Para hadirin yang budiman.

    Akhirnya, semua usaha murni kerajaan tidak harus dipandang enteng oleh anggota-anggota

    masyarakat. Orang ramai juga tidak wajar mengamalkan sikap melepaskan batuk di tangga.

    Jikalau semua pihak berwajib dan berkenaan termasuk orang ramai menggembleng tenaga untuk

    membendung masalah kesesakan lalu lintas ini, sudah pastinya masalah ini dapat dikurangkan.

    Hal ini juga dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang semua pihak yang bertungkus lumus

    menangani masalah ini. Sebelum mengakhiri ceramah ini saya ingin mengambil kesempatan ini

    untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama menjayakan

    program ini.

    Sekian, terima kasih.

    9. Format Surat Rasmi (2)

    Soalan contoh

    Kawasan tempat tinggal anda dilanda masalah lumba haram oleh golongan remaja.Tuliskan sepucuk surat kepada pihak yang berkaitan bagi mengadu masalah tersebut itu.

    No.11A, Jalan Melawati 5/3,

    Taman Seaeld Jaya,

    08000 SG. PETANI.

    Ketua Polis Daerah,

    Ibu Pejabat Polis Daerah,Jalan Ibrahim,

    08000 SG. PETANI. 21 MEI 2016

    Tuan,

    Aduan tentang Masalah Lumba Haram oleh Sekumpulan Remaja

    Saya, selaku wakil penduduk di kawasan perumahan Taman Seaeld Jaya,ingin mengadu kepada

    pihak tuan tentang masalah sekumpulan remaja yang sering mengadakan lumba motosikal haram

    sehingga mengganggu ketenangan dan kedamaian di kawasan perumahan saya.

  • 7/25/2019 Modul Percuma - Format Karangan.pdf

    14/1514

    [email protected]

    019 6626 057 Cikgu Suguz

    2. Bagi makluman tuan, gangguan daripada sekumpulan remaja yang mengadakan lumba

    motosikal haram telah berlaku sejak enam bulan yang lalu. Akibatnya, penduduk di kawasan ini

    tidak mendapat rehat yang sempurna setiap kali apablia sekumpulan remaja itu mengadakan lumba

    motosikal di kawasan perumahan. Pada mulanya, kawasan perumahan ini adalah tenang, harmoni

    dan damai sehinggalah kemunculan masalah lumba motosikal haram ini.

    3. Semenjak akhir-akhir ini, kebanyakan penduduk di sini jatuh sakit akibat tidak cukup rehat kerana

    bunyi bising yang kuat berpunca daripada motosikal sekumpulan remaja ini. Mereka memulakan

    perjumpaan mereka dengan memasang muzik yang kuat daripada motosikal mereka iaitu pada

    waktu tengah malam dan perjumpaan mereka berakhir pada waktu subuh.

    Sekian terima kasih.

    Yang benar,

    Darshika(DARSHIKA SUGIN)Wakil Penduduk

    10. Format Laporan

    Soalan contoh

    Salah satu kawasan di lebuh raya yang berhampiran tempat anda dikenal pasti sebagai kawasan

    kemalangan yang paling dahsyat. Kemalangan sering dilaporkan berlaku di kawasan tersebut.

    Selaku seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda diminta menyediakan satu laporan

    lengkap tentang kemalangan di kawasan tersebut. Tuliskan laporan itu selengkapnya.

    Laporan tentang Kemalangan Jalan Raya di

    Kilometer 24 Lebuh Raya Utara - Selatan

    Kemalangan sering dilaporkan berlaku di kebanyakan lebuh raya di negara kita. Kilometer

    24 Lebuh Raya Utara - Selatan berhampiran Bandar Jitra di negeri Kedah dikenal pasti sebagai

    kawasan kemalangan yang paling dahsyat. Oleh sebab kekerapan kemalangan di kawasan ini,

    Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) telah berusaha membuat satu kajian menyeluruh untuk mencari

    punca-punca masalah tersebut.

    Jumlah kemalangan jalan raya di kawasan ini meningkat 5.3 peratus kepada 41 kes sepanjang

    2002. Jumlah kematian seramai 18 orang, iaitu 6 penunggang dan pembonceng motosikal, 5

    pemandu dan penumpang kereta dan seorang pejalan kaki. Selain itu, kematian disebabkan kecuaian

    pemandu bas seramai 4 orang dan yang membabitkan pemandu lori pula 3 orang. Kebanyakan kes

  • 7/25/2019 Modul Percuma - Format Karangan.pdf

    15/15

    [email protected]

    019 6626 057 Cikgu Suguz

    kemalangan juga dilaporkan berlaku pada waktu hujan lebat. Hal ini merupakan satu perkara yang

    perlu diberi pertimbangan serius oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

    Sikap pengguna jalan raya masih dikenal pasti menjadi punca utama kemalangan, seperti

    memandu laju hingga terbabas. Gopoh-gapah ketika keluar atau memasuki simpang menyebabkan

    berlakunya banyak kemalangan, diikuti tindakan memotong atau menukar haluan membuta tuli.

    Kajian juga mendapati, sikap pengguna adalah punca berlakunya peningkatan kemalangan maut

    Tindakan memandu dengan melulu dan laju adalah penyebab utama berlakunya kemalangan

    maut. Penunggang dan pembonceng motosikal masih menjadi mangsa utama kemalangan maut.

    Berpuluh-puluh saman turut dikeluarkan terhadap mereka yang terbabit dalam kegiatan lumba

    haram sepanjang 2002. Seramai lima anggota polis turut cedera akibat dilanggar pelumba haram

    tahun lalu.

    Laporan ini dipercayai dapat membantu pihak berkuasa mencari jalan penyelesaian bagi

    kes-kes kemalangan tersebut. Harapan kita ialah agar pada masa depan kemalangan di kawasan ini

    dapat dikurangkan ke tahap yang paling minima. Segala usaha yang menjurus ke arah pencapaianmatlamat tersebut sedang diusahakan oleh pihak JPJ dengan bantuan pihak polis dan masyarakat

    setempat. Satu rangka pelan penyelesaian masalah ini dijangka siap tidak lama lagi.

    Laporan disediakan oleh, 10 JULAI 2016

    zira(NAZIRAH BINTI ZULKAFLI)

    Setiausaha,Jawatankuasa Penyiasat,

    Jabatan Pengangkutan Jalan.

    TheonlyBM

    teacherwith

    morethan

    500,000viewson