Modul Tanggungjawab

9
SLOT 1- TANGGUNGJAWAB FASILITATOR I) NURDIANA BAIDURI BINTI ABD. HALIM (930910-14-5876) MAKTAB SULTAN ISMAIL KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SESI 2015

description

Modul Tanggungjawab kem kepimpinan

Transcript of Modul Tanggungjawab

MAKTAB SULTAN ISMAIL

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

SESI 2015

SLOT 1- TANGGUNGJAWABFASILITATORI) NURDIANA BAIDURI BINTI ABD. HALIM (930910-14-5876)II) SLOT 2 BERANICERAMAH (40 MINIT)PENGENALANSlot 1 ialah satu pengisian yang bertemakan nilai tangungjawab yang perlu ada di dalam diri setiap individu yang bergelar pemimpin. Slot 1 ini adalah satu modul ceramah dan aktiviti yang mampu memupuk nilai sebagai seorang pemimpin apabila mereka berada di dalam satu kumpulan untuk menjayakan aktviti yang di berikan. Cerg diberikan adalah bertujuan untuk memupuk nilai tanggungjawab seorang pemimpin yang amat luas dan berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Modul ini mampu membuatkan individu yang mengikutinya lebih berasa bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin dan tidak gentar untuk menghadapi cabaran dan halangan yang datang sepanjang menjalankan tugas dan amanah yang diberi.

OBJEKTIF1. Memberi fahaman tentang apa itu tugas sebagai seorang pemimpin. 2. Memberi kesedaran tentang tenagungjawab sebagai seorang pemimpi yang perlu digalas dengan penuh amanah.MATLAMAT1. Melahirkan para peserta yang dapat mengaplikasikan tugas-tugas pemimpin. 2. Membina sifat kebertangungjawaban dalam diri setiap pesertaALATAN1. Tayangan persembahan power point.2. Tayangan video tentang pemimpin dan sifat berani.

PROSEDUR :1. Peserta mendengar ceramah dan pengisian tentang nilai tanggungjawab yang perlu dikenalpasti bagi seorang pemimpin.

2. Fasililitator menunjukkan tayangan video tentang pemimpin dan cabaran yang dihadapi semasa memimpin.

3. Pelajar diminta mengemukakan cadangan dan pendapat sebagai seorang pemimpin berdasarkan soalan yang diberikan oleh fasilitator.

4. Pelajar diberikan kejelasan tentang matlamat seorang pemimpin.

5. Pelajar dikehendaki membentangkan apa tugas sebagai seorang pemimpin di atas kertas mahjong.

6. Pelajar diminta untuk membentangkan apa idea yang telah dikemukakan oleh setiap ahli kumpulan.

AKTIVITI 1- Bayangan minda ( 25 minit)JIKA AKU MATIJIKA AKU MATI membincangkan tentang tanggungjawab seorang pemimpin di dalam menjalankan tugas. Perkara ini tidak menekankan hanya pada tanggungjawab pada tugas pengawas sahaja, akan tetapi tugas sebagai seorang pelajar. Pemimpin haruslah pandai membahagikan masa dan menjadi idola kepada pelajar biasa. Seperti di dalam aktiviti ini, pelajar diberi teks yang memberi kejutan kepada semua yang bergelar pelajar. Di sini, pemimpin harus bijak membahagi masa untuk menjalankan tugas dan menjalankan tugas sebagai seorang pelajar.

OBJEKTIF1. Membantu peserta lebih bersedia dalam semua keadaan.2. Melahirkan pelajar yang peka terhadap situasi yang dihadapi.3. Membentuk sifat tangungjawab dalam pelbagai situasi yang akan dihadapi.

MATLAMAT1. Melahirkan para peserta yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.2. Dapat membentuk kesediaan diri dalam melaksanakan tugas.3. Melahirkan para peserta yang bermotivasi.ALATAN1. Paparan slide show2. Kertas A4

PROSEDUR :1. Setiap seorang di dalam kumpulan akan diberi sehelai kertas A42. Peserta perlu membaca petikan yang terdapat pada paparan slide show.3. Fasilitator akan menanyakan soalan berkaitan dengan gemabar yang ditunjukkan. 4. Soalan yang ditujukan adalah berkaitan dengan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin dan juga berkait rapat dengan tanggungjawab sebagi seorang pelajar.5. Pelajar diberi masa 10-15 minit untuk mengumpulkan hujah berkaitan isu yang diberi.6. Pelajar akan berbincang di dalam kumpulan untuk membahaskan tentang apa yang difahami dan tugas sebagai seorang pemimpin bagaimana untuk membahagi masa untuk belajar. 7. Fasilitator hendaklah menggegarkan suasana (provoke) peserta.8. Selepas selesai aktiviti, pelajar hendaklah membuat refleksi berkaitan aktiviti yang dijalankan.9. Akhir sekali, fasilitator membuat kesimpulan generalisasi berkaitan aktiviti dan rasionalisasi aktiviti tersebut dijalankan.

AKTIVITI 3- Mini Games( 35 minit)

SIMULATION MINDPeserta yang dipilih perlu memberi ucapan tentang tajuk yang dicabut sendiri secara undi. Tajuk yang diberi adalah berkaitan dengan tugas sebagai seorang pemimpin untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Apabila tajuk telah diundi, peserta akan melakonkan dihadapan dewan bagi tajuk yang telah diberi.OBJEKTIF1. Membantu peserta lebih bersedia dalam semua keadaan.2. Melahirkan pelajar yang dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai masalah disiplin yang dihadapi. 3. Membentuk sifat tangungjawab dalam pelbagai situasi yang akan dihadapi.

MATLAMAT1. Melahirkan para peserta yang berfikiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.2. Dapat membentuk kesediaan diri dalam melaksanakan tugas.3. Melahirkan para peserta yang bermotivasi.ALATAN1. Paparan slide show2. Kertas A43. Balang4. Kertas cabutan undian

PROSEDUR :1. Setiap kumpulan perlu cabut undi tajuk.2. Peserta diberi masa 5 minit untuk membincangkan tajuk yang dicabut untuk bersedia untuk membuat simulasi di hadapan dewan.3. Fasilitator akan menanyakan soalan berkaitan dengan simulasi yang telah dibuat.4. Selepas selesai aktiviti, pelajar hendaklah membuat refleksi berkaitan aktiviti yang dijalankan.5. Akhir sekali, fasilitator membuat kesimpulan generalisasi berkaitan aktiviti dan rasionalisasi aktiviti tersebut dijalankan.